Mendengar Cerita Hantu

Hi Admin dan warga fiksyen shasha,aku dah jadi pembaca cerita-cerita yang dikongsikan dalam fiksyen shasha ni dari pertengahan tahun 2018.

Bukan fiksyen shasha je yang aku layan, ada macam-macam lagi page cerita hantu termasuklah di youtube yang aku akan khatamkan setiap hari sebelum tidur.

Nak dijadikan cerita, pada tanggal 17 januari 2019 aku berbaring di atas katil.Waktu tu jarum jam yang pendek dah tunjuk ke arah 11 dan yang panjang dah tunjuk ke arah 10.Tak lama lagi masuklah pukul 12 tu.

Aku buka laptop lalu ikon youtube aku tekan, aku cari video terbaru dari satu akaun dalam youtube ni.Tak perlu aku beritahu akaun apa sebab aku rasa ramai yang dah tahu.

Aku tekan video terbaru yang berkisahkan tentang komplikasi kisah kehidupan pelajar yang duduk di dalam sebuah asrama sehinggalah satu ketika mereka diganggu sesuatu.

Aku tekan butang play lalu aku pakai headset dan selesakan badan di atas katil, telefon bimbit aku yang terletak di atas meja lampu aku capai dan aku mula mengeledah whatsapp group aku.

Bunyi dari sound effects video yang aku mainkan tadi memang menyeramkan sekali pada malam ini, rasa macam betul-betul pula…terasa seperti aku memang berada dalam kalangan pelajar tu.

Berdetum detam bunyi sound effects tu, bunyi derapan tapak kaki yang berlari dan ada yang menjerit dengan diikuti bunyi perempuan menangis sayu jelas kedengaran pada corong headset aku.

Dalam 6 minit kemudian semua bunyi tu terhenti secara tiba-tiba.Dalam hati aku terdetik ‘ oh mungkin dah habis kot. ‘ padahal sewaktu aku tekan play video tu berdurasi 21 minit.

Aku pandang skrin laptop aku,ternganga kejap aku bila tengok skrin tu masih menunjukkan simbol bulatan yang berpusing-pusing tanda benda tu masih surfing.Aku tengok di bahagian Wi-Fi rupa-rupanya sambungan dah terputus.Aku syak mak aku yang tutup Wi-Fi tu.

Video tu langsung tak bermula lagi, video tu masih load pada 00.00.Habis tu…yang aku dengar tadi tu semua apa pula kalau video masih tak bermula?

Aku dah mula takut, rasa tak sedap hati dan seperti ada orang yang sedang memerhati aku.Aku arahkan kaki untuk berlari keluar dari bilik tapi rasa takut lebih kuat sampaikan aku tak berani nak bangun dan turun dari katil.

Betullah yang ibu tu ialah superwoman,tiba-tiba ibu aku buka pintu bilik aku dan mula berleter tengok aku tak tidur lagi padahal esok nak kena bangun pagi pergi sekolah.Aku pelajar tingkatan 5 buat pengetahuan pembaca.

Ibu kata ” dah pukul 12 ni angah, tak tahu nak tidur ke? Esok susah nak bangun pula. ”

Aku cepat-cepat turun dari katil dan menerpa ibu.

” ibu hari ni angah nak tidur dengan ibu eh, takutlah. ”

Ibu aku pasang muka pelik tengok aku.Lepastu dia menggelengkan kepala.

” ni mesti tengok cerita hantu kan? Dah takut lah ni? Ha padanlah muka kamu.. Orang cakap tak…” tiba-tiba ayat ibu terhenti disitu.

Aku pandang mata ibu, aku nampak ibu tengah tengok ke arah katil aku.

” dah…pergi masuk bilik ibu, tidur cepat…nanti ayah balik kau tak tidur lagi, habislah kau kena dengan dia. ” ibu tolak bahu aku perlahan menuju ke bilik ibu yang hanya terletak di sebelah bilik aku.

Ibu tutup pintu bilik dia lalu ibu mengucap panjang sambil usap dada dia sendiri.

” kenapa ibu?. ” soal aku.

” tak ada apa, dah tidur cepat. ”

Pada 18 januari 2019.

Balik je dari sekolah aku terus ke dapur,ambil air lalu aku tarik kerusi dan duduk.

Ibu yang sibuk memasak aku pandang sekejap.Dari sekolah tadi aku asyik terfikir kenapa ibu terkejut malam tadi.Tak puas hati selagi tak tahu. Jadi aku mula buka mulut.

” ibu malam tadi kenapa ibu mengucap bagai?. ”

Ibu pandang aku sekilas sebelum dia pandang lauk dalam kuali dia semula.

” lain kali tak payah dah tengok, baca ke apa benda-benda macam tu lagi…kamu asyik dengar benda macam tu, benda tu fikir kamu panggil dia tahu tak?. ”

Air yang aku minum terasa kesat bak minum pasir je bila dengar kata-kata ibu.

” ibu nampak apa?. ” aku menyoal lagi.

Ibu matikan api dapur gas tu lalu dia duduk disebelah aku.

” semalam ibu nampak ada perempuan rambut panjang tak nampak muka baju penuh dengan tanah merah duduk peluk lutut dekat tepi katil kamu.”

Ah sudah!

” ni ayah keluar pergi rumah tok imam nak minta dia tengokkan bilik kamu tu…kejap lagi sampailah tu.”

Dalam jam 5 petang,tok imam dan ayah aku sampai. Aku duduk dekat luar, dari balik sekolah tadi sampai sekarang tak berani nak masuk bilik.

Tok imam tu pandang aku sekilas sebelum ayah tunjukkan bilik aku.

Aku memerhati.

Ibu dengan ayah pula membuntuti tok imam tu masuk ke dalam bilik aku.

Aku tak nampak sebab ibu dengan ayah menghalang pandangan aku.Tapi aku dapat dengar suara tok imam tu bagikan sedang memarahi ‘sesuatu’.

Tak sampai 20 minit lepas tu,mereka bertiga keluar dari bilik aku dan biarkan pintu terbuka.

Tok imam tu pandang aku lalu kuntum senyum.

” kamu tau? Dia nak berkawan dengan kamu…dia kata kamu suka dia. ”

Fuh kus semangat aku dengar kata-kata tok imam tu.

” ayah kamu kata kamu suka berjaga lewat malam baca cerita hantu ye?.”

Aku mengangguk perlahan.

” itulah sebabnya…waktu malam ni waktu mereka, kamu pula pergi tengok benda-benda macam tu,lepas ni nak baca ke apa tak ada masalah tapi jangan baca selepas 10 malam lagi.Takut dia nak duduk dengan kamu pula….dia ada kacau kamu tak selama ni?

Dan aku pun ceritakanlah apa yang terjadi malam tadi…

Sejak dari tu aku memang insaf.Tapi tak sepenuhnyalah,aku masih dengar dan baca cerita hantu.Tapi aku pegang nasihat tok imam tu untuk tak baca di waktu ‘mereka’lagi dah.

Ini kisah benar yang aku lalui dua bulan lepas dari tarikh aku hantar cerita ni pada fiksyen shasha.Kalau fs sudi post cerita ni aku ucapkan ribuan terima kasih.Semoga menjadi pengarajan kepada korang semua!

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ryka
Mendengar Cerita Hantu
8 (80%) 5 votes

36 comments

  1. Dah ler teman suka layan FS ni tgh mln buta kt balkoni luar umah teman ni sambil isap rokok…nk isap rokok kt dlm umah takleh sbb ada anak2 teman…mmg teman suka layan FS sampai pkl 2-3 pagi…lps ni takderlah teman nk bt gitu lg…seram

  2. hai ryka…boleh tahan seram kisah awk ni 👍 Kalau sy suka juga tgok bnda seram kat youtube ke tapi tak berani nak tgok sorang² terus rasa meremang…harap baca cerita² kat fs ni xde ape² laa

  3. betul kata tok imam tu..anak makcik pun mcm tu..ms sek ren lg,suka sgt tgk crita hantu..tp ,makcik mmg x bg klu wktu mlm,nt nk ketandas pun bising suh adik temankn..he..he…

    1. Macam mana awak boleh kata saya ‘kencing’ hanya disebabkan saya budak sekolah eh? Adakah kejujuran sebuah penulisan dikritik melalui umur sang penulis?

      1. abaikan je dik. dia ingat hantu/jin/setan ni nak kacau org ikut peringkat umur agaknya. takpe nnt malam biar anak2 dia kena baru dia tau siapa yg terkencing. your story is good and cara penceritaan pun jelas dan ringkas. senang org fhm.

  4. Thanks ryka.. Suka sangat cerita ni. Banyak pengajaran yang boleh diambil. Gaya cerita macam karangan orang dewasa. Gudluck SPM. Belajar rajin2 ye..

  5. serammm.. selalu jugak tido lambat malam2 tapi tak berani baca atau tengok cerita seram/hantu. dalam bilik pun byk koleksi novel seram . tapi baca siang atau malam sebelum jam 10 lahh haha .. .

      1. Tapi cerita dia bila dia sorang2 dalam bilik kat asrama pastu dia dengar video mj12 then terdengar bunyi orang menangis walaupun buang headset haha pastu kene kurung

    1. Oh yeke? Maksudnya bukan saya sorang jelah pernah kena gangguan spesis ni kan. Mungkin lepas ni antara awak yang baca ni pula kena? Siapa tahu haha..apapun semoga awak semua dilindungi.

      1. Ya dik.. Jgn baca atau tgk kisah seram mlm2.. Mmg benda tu akn tahu.. Lagu2 pun jgn dgr mlm2.. Memanggil jin lagu2 lalai ni

  6. Sy masa pregnant suka layan FS ni tp lepas maghrib sampai kul 9.30pm. Pastu ada sekali dengar bunyi guli melantun. Pk +ve, anak jiran main ni. Mlm esok bunyi lg + bunyi kerusi mkn kat hall ditarik. Lepas tu dh tak berani nk baca FS. Terus sepanjang pregnant x baca FS tp baca Al-quran je. Anak sy sampai 2 thn ni takut je. Nk masuk bilik sorang2 pun takut. Cakap takut2.

    1. Carilah perawat yg blh halau si halus tu dari bilik puan. Kesian anak. Elakkan anak dari gangguan si halus. Kt sini ada seorang perawat yg sering cerita pengalaman dia merawat. Cuba minta bantuan/pm beliau. Syed Idid rasanya. Klu Tuan Syed hantar cerita, beliau ada komen sekali.

      Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin

    2. ekk, sama la, masa mengandung ank ke3 la stat layan FS ni, skrg umo dia dh 2thn lebih dn layan FS ni smpai skrg, semoga kita semua dilindungi dr gangguan jin/syaitan yg menyesatkan ni aaminn

    3. Sama la… Msa tgh pregnant mmg rajin layan fs.. Mmg prnh alami bnda pelik2 smpi tak tahan sangat.. Jd depres xnk duk dlm rmh.. Haha.. Sbb msa tu tak tahu punca knapa dpt gangguan tiba2 mcm tu.. First time baca fs msa tu.. Pastu berhnti baca jap.. Lpas bersalin smbng baca, dpt balik gangguan… Hmmm.. Btul la tu kot, taksub sgt baca citer kt fs.. Tp mmg ada2 citer kt fs ni bila baca, mmg blh ‘selam’ dalm citer tu.. Kdg baca, rsa bese je, wlpn dlm citer tu ada jelmaan2 hntu ke apa.. Pape pn, sya msih trus membaca fs ni, tp sya pilih msa y sesuai.. Bnyk info jugak dpt dri fs..

  7. Saya pon pernah kena juga..satu hari tu dri pagi sampai malam saya baca FS..tetiba blackout..umah saya tu bertingkat..time tu saya kat atas ayh ngan adek beradik kat bawah..tu pon nasib baik aritu ayh amik cuty..nasib baik tk kerja..mne tk nya saya sorg je kat atas tengah syok baca cerita hantu tetiba blackout boleh maty saya kat situ..nasib ayh ade tolong bukak kan lampu😢😭😭🙏malam tu juga saya terus taubat nasuha😭huhu

  8. Tapi cerita dia bila dia sorang2 dalam bilik kat asrama pastu dia dengar video mj12 then terdengar bunyi orang menangis walaupun buang headset haha pastu kene kurung

    1. Wow speechless..sbb saya pun dgr misteri jam dua belas malam dj kc tu waktu kena kacau dgn benda ni..tapi yg lainnya bunyi tu berhenti tiba2..dan bila tgk video tu x mula pun lagi je.

  9. Takk, sekarang ni aku je ke yg perasan “Ini kisah benar yang aku lalui (dua bulan lepas dari tarikh aku hantar cerita ni )pada fiksyen shasha”. Cuba korg fahamkan. Ke aku yg salah faham?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.