Makcik Berkemban

Selepas peristiwa terserempak ‘Kembar Kak Ti’ tu, mak langsung tak bagi aku dengan Kak Ti keluar malam. Kecuali time aku nak pi masjid. Tu pun kena pi dengan ayah atau dengan kawan-kawan. Mak cukup risau pasai dia tau anak-anak dia ni mata belum elok. Ayah pun dah cuba rawat tapi belum pulih.

2 tahun kemudian, aku dah besar sikit. Orang Penang kata dah baliaq(akil baligh). Akai makin jenuh kata orang tua-tua. Bila mencecah usia macam tu, macam-macam benda hang nak try.

Semua budak macam tu termasuklah aku. Sepanjang 2 tahun lepas peristiwa tu, tidak berlaku apa-apa yang mistik dalam hidup aku.

Kehidupan berjalan seperti biasa. Pagi pi sekolah, balik sekolah pi mengaji, balik mengaji pi main kat padang. Malam pi masjid kena mengaji lagi. Balik masjid terbongkang tidur. Hari cuti pi main sungguh-sungguh sampai tak reti nak balik rumah.

Pi terjun ayaq acaq (parit), pi mengai ikan, pi hambat ayam, tangkap ikan puyu, sama macam budak-budak lain. Dulu-dulu mana ada gadjet. Gadjet yang paling best ialah senapang kayu ikat getah guna peluru buah ceri. Kena tengah belakang mau melaung hang mengalahkan bilal masjid. Pendek kata kehidupan aku di kampung masa tu sangat tenteram, tiada benda pelik-pelik yang berlaku dalam 2 tahun tu. Sehinggalah di suatu malam….abang Long ajak aku keluar malam. Sebab nak pi sambut abang Ngah aku yang dalam perjalanan balik dari asrama.

Kebetulan malam tu ayah aku tak ada. Macam biasa, ayah sama ada ke laut atau kemana-mana aku tak ingat dah. Jadi tiada yang lebih hero tamil dalam rumah tu melainkan abang Long aku. Waktu dia ajak aku tu, jam dah menghampiri tengah malam.

Abang Ngah aku ni, dia balik dari asrama guna bas lompat-lompat. Kalau sekarang ni bas Rapid lah. Perjalanan dari tempat abang Ngah belajar menuju ke terminal bas kat kampung aku ni ambil masa 2 jam ja. Tapi entah apa jadah dia balik lewat malam tu, tengah malam baru sampai.

Sebelum bertolak balik, dia telefon rumah dan minta kami tunggu kat simpang masuk kampung pada sekian-sekian jam. Banyak barang katanya, maklumlah cuti hujung tahun. Dari terminal bas ke rumah aku pula ambil masa 45 minit berjalan kaki.

Kena menyusur jalan kampung, lalu tepi ladang kelapa dan rumah-rumah penduduk yang jarang-jarang kedudukannya. Cering bulu roma la juga sementara nak sampai rumah. Kalau siang hari ada beca yang boleh disewa dari terminal ke rumah. Tapi bila dah malam ni…menapak la hang.

Aku yang dah mabuk ayam nak lena malam tu terkulat-kulat bila abang Long kejutkan aku.

“Edii…mangkit(bangun). Jom pi ambik Angah.” Kata abang Long sambil menghinggut-hinggut tubuh aku yang sedang tidur terlentang depan tv hitam putih. Aku gosok-gosok mata kepeningan.

“Ok..” Sebagai adik yang menurut perintah, tu je aku boleh cakap walaupun dalam hati agak memberontak. Aku pun ke dapur, basuh muka dan ready kat pintu rumah.

“Hang naik honda merah, abang naik RXS” Kata abang Long sambil menjuihkan bibirnya pada basikal chopper warna merah yang tersandar kat dinding rumah. RXS pula merujuk kepada basikal tua kesayangannya berjenama Raleigh. Dulu mana ada motor. Boleh dok berangan gitu je lah.

Kami pun sama-sama menekan paddle membelah kegelapan malam Kampung Bagan, menuju ke jalan besar. Aku ingat lagi. Malam tu aku pakai baju tidur hadiah dari salah seorang kakak aku sebab result periksa aku bagus. Baju tidur dibaginya. Lengkap baju dengan seluar dan ada corak buaya. Abang Long pula macam biasa, kain sarung dengan t-shirt pagoda zaman berzaman yang jarang aku nampak dia basuh.

Suasana hening dan dingin kampung menemani perjalanan kami menuju ke kepala simpang. Jalan kampung berlopak-lopak kesan hujan lebat petang tadi. Sekali sekala terdengar anjing sahut menyahut dari kejauhan. Aku kayuh di depan, abang Long ikut di belakang.
“Hang kayuh laju sikit Edi…satgi Angah sampai jenuh melangut dia kat depan simpang” Kata abang Long. Aku pun tekan laju sikit sambil cilok mencilok mengelak lopak di jalan. Limpahan lampu dinamo terang menyuluhi jalan di depan.

Ketika melewati ladang kelapa, kami kayuh beriringan. Abang Long kayuh tepi aku sebab jalan situ agak luas. Laju je kami kayuh kat jalan tu, sebabnya….di tengah-tengah ladang tu ada sebuah rumah ladang yang dah terbiar kosong. Nampak macam usang menanti rebah ke bumi. Walaupun rumah tu tak pernah kacau orang, tapi fikiran budak-budak ni hampa tau la kan. Suka pikiaq benda pelik-pelik.

“Edi…hang tengok rumah tu. Takut tak takut tak..?? Tersentap aku yang tengah control minda bila abang Long sound macam tu. Jibake time macam ni nak buat lawak seram. Tetapi bila dia cakap macam tu secara automatik kepala aku pun pusing ke arah rumah tu. Dengan sedikit bantuan cahaya bulan yang tak berapa mengambang, boleh nampak rumah tu berdiri senget, keseorangan, kesepian dan bagai memandang kami berdua macam nak telan. Bumbung atapnya banyak yang dah gugur ke tanah. Dinding depannya dah terpelohong, hanya tinggal daun pintu yang tertutup rapat bagai tidak mengalu-alukan kedatangan tetamu.
Aku cuma diam dan pekakkan telinga takmau layan. Mata kembali fokus ke jalan di depan takut terlanggar lopak.

Lepas 15 minit kayuh, kami pun tiba di simpang masuk kampung…dan abang Ngah masih belum tiba di situ. Kami berdua pun tongkat basikal dan duduk menunggu atas tembok parit di tepi jalan. Dah tak ada apa nak buat, aku dengan abang Long pun sembang kosong. Tentang member kampung, tentang ayah, tentang mak. Paling lama sembang tentang program cuti sekolah. Nak mengai ikan, nak terjun parit, nak ngorat Leha anak Pak Latip jiran belakang rumah.

Lepas setengah jam baru nampak kelibat abang Ngah jalan menyenget sambil usung beg sekolah dengan barang-barang asrama dia. Antara yang paling aku tak boleh lupa…timba (baldi) pun dia usung bawa balik. Dalam tu penuh dengan sabun mandi, sabun basuh baju, syampu dan apa lagi entah.

“Ni hang nak pindah sekolah ka apa? Semua usung balik.” Ujar abang Long menyapa adik dia yang berbeza umur hanya setahun.

“Taaaak! Ni semua kalau tinggai, tahun depan masuk sekolah semua ghaib. Tak pasai-pasai ayah kena beli lain.” Kata abang Ngah sambil menghulurkan timba tu kat aku.

“La ni mai aku bawa timba tu dengan beg baju. Hang pikoi(pikul) beg lagi satu. Edi mai naik dengan aku. Angah kayuh honda.” Kata abang Long menyusun strategi untuk kami balik ke rumah. Sebenarnya bila dia kata “mai aku bawa baldi dengan beg ”, tu maksudnya aku yang kena pikul dua benda tu sebab aku duduk belakang. Dia kerja kayuh ja. Dah setting elok, kami pun kayuh kembali menyelusuri jalan tadi untuk pulang ke rumah.

Abang Long kayuh kat depan dengan aku membonceng RXS dia tu. Angah follow belakang dengan chopper. Sakan depa berborak menyanyi-nyanyi sebab cuti sekolah dah tiba. Aku tersengguk-sengguk akibat mengantuk yang amat sangat. Kejap tersenget ke kiri kejap tersenget ke kanan.

“Edi….mengantuk ka?” Tanya abang Long. Aku jawab pendek..
“Hmmmm…”

‘Prrreeetttttttttt…..preettt pett’
Kuangajaaaaaaqqq….selamba dia kentut kat muka aku 3 das. Bedebah betul.

“Bagi cerah mata sikit. Sat lagi hang terlentang kat belakang” Katanya lagi. Jadah sungguh.

Abang Long aku ni memang dah popular sebagai anak paling huru-hara dalam rumah. Ada saja benda pelik-pelik dia nak buat. Yang paling aku ingat, bila dia bakar sabut nyok kat seluruh penjuru rumah sebab stock ubat nyamuk dah habis. Berkelun (berkepul) asap sampai ke rumah jiran. Mak aku hambat dia dengan pelepah pisang, mencicit lari tak cukup tanah.

Setelah beberapa minit kayuh, kami pun tiba di kawasan ladang kelapa. Aku yang kena kentut tang muka tadi ni terus berasa segar bugar dan buka mata luas-luas. Dalam kegelapan malam tu aku memerhati seluruh kawasan ladang. Benda yang paling menangkap mata aku dah tentu lah rumah kosong tadi. Lama aku perhatikan rumah tu sambil membayangkan ada setan jenglot keluar kot pintu. Tapi bila ada bertiga dengan abang-abang aku ni tak la berasa seram sangat.

Abang-abang aku masih berborak kosong. Adakalanya depa main tampar menampar bila kayuh beriringan. Mata aku masih liar memerhati keadaan sekeliling. Suasana sunyi sepi. Hanya terdengar bunyi rantai basikal kami sedang berpusing dan gelak tawa abang-abang aku. Rasa mengantuk aku kembali datang perlahan-lahan. Bila nak sampai rumah ni? Dan mata aku pun terkatup rapat dengan kepala tersandar kat belakang abang Long.

Belum sempat aku nak lena dengan nyenyak, mata aku terbuntang kembali bila basikal masuk lopak. Terasa sengal kat telur. Jilake. Kayuhan abang Long tiba-tiba jadi agak laju diekori abang Ngah kat belakang. Kali ni depa tak borak macam tadi,masing-masing memberi tumpuan kat jalan di depan. Aku yang duduk di belakang dengan baldi dengan beg lagi jenuh dok ejas buntut bila terlanggar lopak. Sambil tu mata aku masih melilau melihat kiri kanan. Dan aku mula sedar sesuatu yang pelik.

Sejak dari tadi kami masih berada dalam kawasan ladang kelapa. Sepatutnya dah lama keluar dari sini. Ladang ni bukan luas sangat pun. Tapi aku diam ja. Sehinggalah sekali lagi aku ternampak rumah kosong tadi. Aik? Rumah ni ada dua buah ka? Rasanya tadi dah lintas. Aku mamai ka tadi ni? Abang Long terus rancak menekan paddle. Bunyi nafas turun naik menyergah ke telinga aku. Abang Ngah aku pun ikut rapat kat belakang. Depa ni tengah race ka apa?

Perjalanan kami malam tu tiba-tiba jadi panjang dan jauh. Sepatutnya 20 minit dah sampai rumah tapi ini dah lebih. Dah la aku nak terkencing ni. Dalam dok menahan kencing tu sekali lagi aku nampak benda yang sama belah kiri aku. RUMAH KOSONG!! Langsung bulu roma di lengan aku tegak terpacak bagai daun semalu.

“Long…kita lalu depan rumah tu lagi la Long…” Ujar aku yang semakin tak senang duduk di belakang.

“Tau…mau relax dah.” Jawab abang Long dalam tercungap-cungap mengayuh basikal. Dia suruh aku relax tapi gaya macam dia yang menggelabah.

“Bila nak sampai ni? Kita sesat ka Long?” Tanya aku lagi.
“Kalau sesat, kita tak lalu sini. Jalan ni betoi dah. Mana ada jalan lain balik rumah” Kata abang Ngah yang sedang cucuk rapat belakang basikal abang Long.

“Aku nak terkencing ni Long” Ujar aku minta simpati dengan harapan depa berhenti sekejap tepi jalan.

“Alahai dia ni. Time emergency macam ni la nak kencing pun. Time tidoq nak berak, time kayuh nak kencing” Abang Long mula beletiaq kat aku.

“Nak ka cek kencing dalam seluaq?” Aku bagi final reminder. Kalau tak berhenti juga aku kencing ja dalam seluar. Nanti sampai rumah hampa jawab dengan mak.

“Ha laah haa laaaahhh….berenti sat. Cepat sikit. Jangan dok berak pulak kat sini.” Kata abang Long sambil perlahankan basikal.

Aku pun cepat-cepat turun, letak baldi atas tanah dan tanpa berlengah terus pancut kat tunggul pokok kelapa yang dah mati. Terketar-ketar lutut aku menahan kencing sejak dari tadi. Dan nak dijadikan cerita, kencing aku jadi lama pula kali ni. Keluar macam air terjun Lata Hijau. Macam takmau berhenti.

“Ya Allaaaaaahhh…..kencing apa ni Edi lama sangat woiii? Hang langgah minyak tanah ka siang tadi?” Bebel abang Ngah. Depa ni kan…..aku terajang satgi.

“Sat laaaa dia dok keluaq lagi ni…takmau stop” Jawab aku terketar-ketar sambil pejamkan mata. Takut nak tengok suasana gelap di depan.

Dah siap, aku pun langkah sikit ke kiri dan cari daun nak buat istinjak. Sebaik aku panggungkan kepala, mata aku terpaku pada satu kelibat tubuh perempuan tua memakai kain batik berkemban sedang membelakangi aku, berdiri sebelah pokok kelapa selang dua tiga pokok dari tempat aku berdiri. Waktu tu juga aku berasa macam nak terkencing lagi sekali. Kaki aku bagai kena gam kat tanah. Terketar tapi melekat.

Perempuan tu hanya berdiri tanpa bergerak sedikit pun. Aku terus berdoa supaya dia tak kalih tengok aku yang belum sempat beristinjak ni.

Aku pun berpaling kearah abang-abang aku yang sedang menunggu atas basikal. Haram….basikal kosong tidak bertuan. Rupanya depa dua pun turun kencing, tapi kat arah seberang jalan membelakangi aku. Dan bila aku pusing balik ke depan, perempuan tu dah tak ada kat tempat tadi. Tetapi dia berubah tempat selang sepokok ja dari tempat aku berdiri. Makin hampir. Cuma tubuhnya saja sama macam tadi, berdiri membelakangi aku. Hampa tau tak, tak pernah lagi dalam sejarah aku lari dalam kampung dengan seluar terlondeh ke lutut. Dan malam tu sejarah tercipta.

Tanpa pedulikan abang-abang aku yang masih tengah kencing kat belakang…..zaaaaaaaasssssssss!!!! Kelepek kelepek kelepek kelepek kelepek kelepek…….

Bunyi selipar aku memecah keheningan malam meninggalkan abang-abang aku dalam kegelapan. Masa tu aku tak peduli dah tentang abang aku, tentang seluar yang dah melurut ke tumit. 2 kali aku tersembam ke tanah sebab kaki tersangkut seluar.

“Wooiiii Ediiiiii….hang nak pi manaaaaa???” Jerit abang Ngah dari kejauhan.
“Hantu baaaannnnnggggg…..hantu kembaaaaaaannnn!!!” Teriak aku setelah tersembam buat kali ketiga. Lutut dan siku terasa pedih akibat tersagat tanah.
“Tuuuuuuu….tepi ampaaa tuuuu…!!!!!”

Abang Long yang sedang betulkan kain sarung terus celapak naik atas basikal tuanya. Abang Ngah pula terhoyong hayang menolak basikal chopper.

“Lariiiiiii…..lari kaaaiihhhhhh!!” Teriak abang Long. Aku pun bingkas bangun, pasang seluar dan buka langkah seribu. Kalau pelesit ajak race masa ni confirm dia kalah bertiang-tiang.
“Woi naik belakang…naik belakang kaih” Abang Long menarik lengan aku yang masih berlumba dalam kegelapan. Terus aku lompat naik belakang abang Long. Lagi sekali aku berasa sengal ya amat bila punggung singgah di besi carrier.

“Adddoooooooiiiiiii……” Melolong aku sambil memeluk erat pinggang abang Long.

“Kayuh Ngah kayuh…..aku nampak gak tadi. Dia ada celah pokok tu.” Ujar abang Long pada abang Ngah yang pucat lesi kat tepi. Kami bertiga memang tak cukup nyawa dah malam tu.

“Aku tak nampak pun. Hampa jangan melawak time macam ni woiii…” Balas abang Ngah melelong-lelong menekan paddle.

“Tobat aku nampak masa hang dok keriau kat Edi. Nak melawak apanyaaaa!!” Kata bang Long lagi demi nak meyakinkan bang Ngah.

Tak sampai 10 minit, kami tiba di halaman rumah. Pintu rumah berkunci.

‘Dumm dummm duummmmm….’
Bergegar pintu rumah bila abang Ngah ketuk pintu tu. Siap tendang-tendang guna lutut.

“Assalamualaikum …..maaaaaaakkkkkkkkkk! Tolong bukak pintu maaaaaaaaaaaaakkk!!!” Jerit dia terlolong-lolong memanggil mak.

“Maaaaaaaaaaaaakkkkkkk……bukak pintu maaaaaaaakkk!!” Abang Long pula melalak.
‘Dummm dummm dummm dummmm dummmm’

Mau reban pintu rumah macam ni. Aku masih duduk melekat atas pelantar basikal. Tak boleh nak bergerak. Rasa bagai kena welding kat besi pelantar tu.

“Waalaikumussalammm…..haa sampai dah! Pi melilau mana punya lama mak tunggu..” Pintu pun dibuka dan wajah mak aku yang suci murni muncul menyambut kami bertiga.

“Yaaaaa Rabbbbiiiii……..hang buang tebiat apa Along hooiiii. Kain hang mana? Yang balik bogey ni pasai pa?” Jerit mak aku dengan muka terpinga-pinga. Dari tadi aku dah perasan kain abang Long terlondeh masa dia lompat atas basikal, tapi aku tak mampu nak gelak sebab tengah panik dan sakit di kelangkang aku tak abis lagi ni.

“Kaaaaaahhhhkahkahkahkahkahkahkah….setan curi kain dia mak!!. Kohhhkohkohkohkohkohhhhh…!!!” Abang Ngah aku gelak terbahak-bahak sambil menekan perut. Dajey sungguh.

Aku pula yang dari tadi nak turun dari basikal tak boleh-boleh. Rasa macam betul-betul kena gam dan pedih di kelangkang.

“Maaakkkk….tak boleh turun ni. Sakiitttt!!!” Air mata aku dah keluar waktu aku minta tolong mak.
“Hat ni pasai pa plak? Ya Allah…anak-anaaaakk!” Mak pun datang menghampiri aku. Abang Long dah masuk ke dalam ambilkan kain ganti. Dah macam toyol hitam aku tengok dia berlari masuk ke rumah. Mak cuba tarik aku turun dari basikal.

“Adddooooiiii….sakit maaaaaakkkk!!!” Lagi sekali aku melolong. Abang ngah pun datang nak tolong sama. Abang Long yang dah pakai kain turut keluar nak membantu. Dia jenguk-jenguk ke bawah pelantar basikal.

“Kaaaaaahhhhhhh kahkahkahkah…..hahahahahahaha…..kahkahkahkahakahkaaaahhhhhh!!!” Tiba-tiba abang Long gelak berdekah-dekah macam kena rasuk setan.

“Angahhh…. Hang tengok tu…kaaahhhkahhkkaaahhkkkaaaahhh” Ujarnya menekan-nekan perut kesukaan. Jadah….pasaipa depa ni? Aku tengah sakit kot. Angah pun tunduk ke bawah pelantar, nak tengok tempat yang abang Long tunjuk.

“Kaaaaahhhhhhkahkahkahkahkahkahkahkah….” Abang Ngah pula berdekah gelak sampai terguling-guling menepuk tanah. Hareeeyyy dua orang sekali kena rasuk. Aku dan mak masih bingung tak tahu punca.

“Maaaaakkkk!!! Teloq dia tersepit kat besi mak…kaaaaahhhhkahkahkahkahkah! Teloq dia maaaakkk!! Teloq kena kapit maaaaakkk!!Kah kahkahkahkahkahkahkah!! Teriak abang Long aku dalam ketawa yang semakin galak sambil menepuk dahi. Mak aku pun jenguk ke bawah pelantar. Confirm, telur anak dia tersepit celah tu….dan aku takmau gambarkan macam mana mak aku puya gelak malam tu. Sadiss….kejam!!

“Abih tu nak buat macam mana ni? Takkan nak tunggu ayah balik? Seksa adik ampa macam tu.” Tanya mak pada abang-abang aku dalam nada suara ak menahan gelak.

“Senang ja tu mak. Kami besa kena dah hahahahahahahaha!!” Jawab abang Ngah

“Tu la hang…lenkali pi mana-mana pun pakai la spenda. Apparaaaa….” Kata abang Long sambil keluar bawa playar. Lepas dicabut spring pada besi pelantar, aku pun turung mengengkang-ngenkang masuk ke rumah dipimpin mak aku. Pedih siot. Mujur tak kemek…
Lepas dah disapu ubat ke lutut dan lain-lain tempat yang luka, kami bertiga duduk berbincang dalam bilik.

“Tadi tu kita kena sakat. Dia bagi kita sesat. Lepaih tu dia tunjuk yang dia ada situ.” Kata abang Long sambil membetulkan tilam tempat tidur kami.

“Yang berpusing tempat sama tu aku perasan. Tapi yang hantu kemban tu aku tak nampak.” Ujar abang Ngah.

“Aku nampak…dia berdiri celah pokok depan Edi dok kencing. Tu la jin . Ampa jangan dok meronda kat situ time magrib. Satgi sesat. Dia kidnap ampa buat gulai” Kata abang Long lagi.

Aku yang sejak dari tadi belum hilang pedih terus membungkam sepi kat tengah tempat tidur. Abang Long ambil kipas mengkuang dan kipaskan aku sampai terlena diulit mimpi. Demam!

Esoknya, lepas subuh ayah sampai di rumah sambil usung baldi kaler merah yang tertulis nama abang Ngah.

“Angah….ni Angah punya kan? Awat pi tinggai kat pokok nyok tu?”

Sekian…..

75 thoughts on “Makcik Berkemban”

  1. mengalir air mata baca hat kisah ni.. bukan sebab sedih tp sebab gelak lebih sangat.. hang kalau cita tak penah buat aku tak gelak.. tp hat ni paling lawak lah

    Reply
    • Hahahahahaha natang harey toi…. First time baca cita antu tp gelak….. Vengong toi…. Weyh troihhhkn bercerita weyh…. Pas tu sapa2 taw dak dh brpa bnyk crita edi tlis…. Link pleaseee kalo dh bnyk …. Weyh ang bg aku sindrom gelak x berenti

      Reply
  2. berair mata aku weyh..!! ketawa xhenti..
    memang olwés tunggu citer tuan, semua kelakar seram, teruskan lagi citer lain..

    Reply
  3. Cerita seram x tera mana lawak ja lebih.. Berayaq mata dok gelak. Dah tu teringat pulak zaman aku kecik2… Haru la hampa ni

    Reply
  4. HAHAHAHAHAREYYYYYY !!! SAKIT BODO TELOQ TERSEPIT CELAH BESI BESKA!!

    Apapapon, 100% best cerita edi saratongga ni !!

    Reply
  5. Sumpah first time baca cite dalam ni gelak smpai nangihh..sempoi sungguh mu Edi..xtau nk gelak ke nk kesian..share lagi Edi..terhibuq sngt2

    Reply
  6. first time baca cerita seram gelak2 sampai kuar air mata hahah..terbaikkk…siap dapat imagine kalu cerita ni buat filem..tahan perut gelak wei..pa pun penceritaaan hang terbaikkk….keep it up…

    Reply
  7. HAHAHAHAAHAHAHAHAHHHH berdekah weh aku gelak!! macam haram perangai sekoq2! hahahahahahahaha cara penceritaan bestttt, sempooiii! hahaaahahaahaa part last tu taksangka, keluaq air mata akuuu, cerita lagi pleaseeeeee

    Reply
  8. Seronok baca life hang zaman 80s… buat teringat zaman saya kecik2 dulu kat kampung. Tapi cerita hang boleh blah kelakar 😂😂😂😂😂😂😂😂😂… sapa la hang ni Edi 😂😂😁😁

    Reply
  9. HAHAHHAHAHA TERBAIK! 😂 syok la cite camni skaliskala, ada seram2 tapi most of it buat aku tak henti terbahak2 😂 keep it up 👍👍👍👍👍

    Reply
  10. aku bagi 10 bintang utk tahap lawak tu. serious lawak giler siot. lama dh aku tak gelak sampai mengalir air mata ni sejak maharaja lawak mega tak bsiaran.

    Reply
  11. taktau la nak kata apa dah, pajadah hang pi taruk sabut nyok woiii.gelak teruk. pastu buleh pulak dahhhh tersepit teloq adoiiiiii

    Reply
  12. Best!! Aku doq gelak…. Bolehh imagine laa mcm mana keadaan depa cabutt lari bila jumpa
    hantu kemban tuhhh…. Hahahahahaha!

    Reply
  13. Masa cek dok blajaq dlu…pnh gak jmpa yg bkemban ni tp bkn mkcik…kakak rambut panjang 7 puteri..tp yg cek jnpa tu xtaulah puteri ke brp…dok dlm blik cucian kat asrama dlm gelap…gile seram bila dia pusing kpla nk pndg blkg…trus cek lari

    Reply
  14. Bestt!! … Cerita lg tuan. Buat fb page ka.. Xkisah la cerita hantu ka, cerita biasa ka asalkn cerita masa kecik2 dlu. Bestt sgtt.. Terhibur.. Terasa mcm kembali kezaman dlu2.. Terasa sgt kemesraan hubungan kkluargaan tu.. Rasa seronokkk sgt baca.. 😂

    Reply
  15. Aku baca cerita ni dalam tandas sambil berak terkentut kentut aku baca tahan gelaakk 🤣 berair mata beb! HAHAHAHAHAHAHAHHA

    Reply
  16. kalo ceta edi ni mmg lawak la..tertunggu2 jugak la ceta dri hang ni..paih ni aku rasa hang kena pkai # la..senang nk cari ceta2 hang.. #edilawak

    Reply
  17. Sakit perut gelak dh la tgh meeting boss tnya aku tgh tahan gelak terus tersembur gelak.. Tercengang2 la dorg… Adehh tgh bosan smntara meeting nak hbs…spoil..

    Reply
  18. time dok pulun lari tu, nasib baik lutut & siku je yg tersagat…buatnya si adik pon tersagat sama, lagi haru jawabnya? 😅😂
    dah tu kesian pulak bila tersangkut teluq…nasib masih mampu berfungsi dgn baik sampai skrg? 🤣🤣🤣

    Reply

Leave a Comment