Ada SILAT pun kena TAPAU…

Assalamualaikum wbt kepada Team FS dan pembaca setia sekalian. Terima kasih Team FS kerana masih sudi menyiarkan kisah yang saya hendak kongsikan dengan anda. Semoga kita semua di bawah lindungan serta keberkatanNya dan tidak mengalami kejadian sedemikian rupa.Terjadi pada tahun sekitar 2010,begini kisahnya

Ini kisah terakhir dari lokasi resort di Chenang,Langkawi.Ketika ini Ejat dan saya masih lagi berkerja bersama.

Pada suatu hari waktu berkerja, saya dan Ejat sedang menjamu selera di kedai makan sebelah hotel. Kami membincangkan tentang hal-hal kerja. Lalu terlintas dalam perbualan tentang penampakan ular oleh salah pelancong dalam bilik hotel dalam beberapa hari sebelumnya pada malam harinya.Saya dan Ejat berseloroh masing-masing nak sembang kencang.Kami angkuh cakap tak takut ular bagai.Kalau jumpa terus bunuh saje, Ejat cakap sekali dia bagi jurus pelempang jangankan ular, hantu pun ketaq!!! Inilah orang kata sebab pulut santan binasa, sebab mulut badna binasa.

Malam minggu tu ramai yang check-in hotel sebab dah mula cuti sekolah.Hampir semua bilik penuh,urusan menguruskan pelancong berlarutan sehingga 12malam lebih sebab ada yang sampai naik flight lepas 10pm. Tak lama tunggu untuk Allah swt bayar cash sebab atas keterlanjuran mulut kami berdua di tempat orang.

Setelah habis urusan di front office lebih kurang pukul 1.45 am, kami pun siap kunci2 pintu office dan tutup sebahagian lampu untuk balik ke bilik melabuhkan tirai. Untuk makluman pembaca jarak dari front offie ke lokasi blok penempatan bilik agak jauh nak jalan dan kiri kanan ada semak samun serta agak gelap.Lagi-lagi kiri kanan ada pokok kelapa yang tinggi lebih kurang tinggi 1 tingkat. Lalu kam pun menyerahkan kunci office pada pengawal keselamatan di pos kawalan dan meneruskan perjalanan balik ke bilik.

Sedang kami jalan berdua dalam keadaan gelap, tiba-tiba kami mendengar suatu bunyi dari semak samun di sebelah kanan kami. Al maklumlah time ni masih gunakan nokia 3310 dan lampu pun tak berapa terang. Kami mencari punca bunyi berkenaan sebab nak kepastian.Sedang mata kami mencari dari mana buunyi itu datang, secara tiba-tiba muncul seekor ular tedung yang sedang kembang dalam keadaan yang tak mungkin saya lupakan. Ular itu berwarna merah menyala keluar dari semak dan terus berdiri atas ekornya memandang kami. Saya dan Ejat berundur dan membuka langkah seribu berlari ke bilik tanpa toleh ke belakang. Habis dokumen yang dipegang berciciran jatuh,saya dan Ejat terus meluru ke bilik kami yang mujur berada di tingkat bawah ketika itu.

Kami buka bilik dengan tergesa dan panik.Waktu macam nilah kunci access card x jumpa.Agak dalam 5 minit juga baru kami sedar access card bilik dalam dompet bukan dalam poket.Pintu dah berjaya dibuka, kami berpeluh-peluh dan penat berlari tadi campur pula perasaan takut sebab jumpa ular yang bercahaya warna merah seluruhnya.Kami ingatkan gangguan dah berakhir,namun kami silap besar.Ketika Ejat membuka pintu bilik air, dia nampak ular berkenaan sedang melingkar di atas sinki,lalu Ejat menjerit dan berlari ke katil.Tatkala itu juga dalam bilik kami kedengaran suara perempuan ketawa berjela dalam suara yang nyaring dan bingit sekali.Kami menutup telinga dan mata kerana ular itu muncul pula di atas katil kami dan tegak berdiri atas ekor sehingga mencecah siling bilik.Kerana lampu yang terang benderang, saya membuka mata dan lihat memang ular itu dalam keadaan cahaya merah menyala.

Bunyi ketawa makin kuat ,lantas Ejat yang katanya ada silat Rajawali Putih pun membuka langkah dan gerakan batinnya.Saya dah start pening dan sakit kepala sebab suara ketawa yang kuat sangat. Sedang saya melihat Ejat membuka langkah sambil mulutnya terkumat-kamit, terus pandangan saya kelam dan gelap. Bila saya buka mata hari dah siang dan terang.Saya di atas lantai bilik dan sebelah saya Ejat sedang terbaring.Kami dikeliling oleh pekerja house keeping yang masuk shift pagi. Saya dan Ejat masih pening-pening lalat dan kabur ingatan tentang apa yang jadi malam tadi.

Staff house keeping beritahu, mereka nampak pintu bilik kami terbuka dan keadaan bilik bersepah sementara kami tak sedarkan diri.Mereka ingat kami mabuk teruk sebab macam tu sekali(saya dan Ejat x minum arak).Tapi sebenarnya kami pengsan tak sedarkan diri, Ejat bercerita apa yang terjadi lepas saya x sedarkan diri.

Ejat cakap dia terus membuka silat dan bermain batin untuk melawan ular berkenaan dan hilaian ketawa yang kuat. Dia lihat saya dah pengsan dan tak sedarkan dir,sedang dia bermain batin tiba-tiba dia pula sesak nafas dan sakit dada.Bunyi ketawa makin kuat katanya dan ular berkenaan berubah menjadi susuk tubuh yang berbulu warna hitam. Ejat juga rebah sesak nafas dan tak sedarkan diri.Kami berdua hanya sedar selepas staff jumpa bilik kami terbuka dan bersepah. Saya cakap, hai la Ejat sekali dengan silat-silat kau pun bungkus.Ingat kata power bagai boleh lempang sampai hantu pun lari.Sekarang dua-dua dah kena tapau sebab berlagak.Staff kami pun berikan gelak kecil dan cakap tapak resort ni memang keras dan angker.

Semenjak itu saya pun dah jaga percakapan dan tingkah laku..Padan muka pada diri sendiri.

sekian,terima kasih.
Wassalamualaikum

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 thoughts on “Ada SILAT pun kena TAPAU…”

  1. Of course, according to this writer, none is better than him when it comes to treating those who have been possessed. Dear, if u are that great, go offer your help to find missing ashraf. Of course, for free.

    Reply

Leave a Comment