Penghuni Blok A

Namaku Shahlan. Kini aku sedang belajar di salah sebuah institut kemahiran di Sabah (IKBN). Kisah yang ingin aku ceritakan ini berlaku pada dua bulan yang lepas. Sebelum aku mula bercerita, aku ingin memohon ribuan kemaafan jika ayatku bertaburan kerna sejujurnya aku memang tak pandai mengarang.

Okay, aku mulakan dgn lafaz Bismillahirahmannirrahim. Seingat aku, hari tu hari Jumaat (malam Sabtu). Aku serta kawan-kawanku iaitu Adlin, Hafiz, Hakim dan Azree bercadang untuk membuat kerja gila, iaitu mencari hantu. Walaupun hanya Adlin yang paling berani di antara kami semua, memandangkan esok cuti dan bosan sangat, so kami bercadang untuk mencari hantu (untuk test kejantananlah katakan).

Sebelum tu, aku lupa nak bagitahu yang kami tinggal di hostel. Hostel untuk Aspura ada dua blok, iaitu blok A dan B (setiap blok ada tiga tingkat ). Blok A sudah lama ditutup (bertahun-tahun jugalah), kerana pelajar LLKI tak berapa ramai. Di sinilah kami nak menjalankan operasi. Jarak antara blok A dan B tidaklah jauh sangat, cuma dipisahkan oleh lima baris ampaian (tempat menjemur pakaian) dan pagar blok A telah dikunci dan dijadikan kawasan larangan untuk para pelajar yg tinggal di hostel.

Pada pukul 9:00 malam tu kami telahpun memecah masuk ke blok A dengan memanjat pagar dan bercadang untuk naik ke tingkat tiga. Sedang kami menuju ke arah tangga, kami terdengar suara seorang lelaki ketawa dengan kuat! Dengan spontan Hakim membuka langkah untuk lari (dia paling penakut antara kami semua). Tapi memandangkan kami tidak berganjak, Hakim membatalkan niatnya untuk lari. Perasaan takut dan lucu muncul di minda ketika itu (haha). Kami merancang untuk membatalkan niat untuk naik ke tingkat tiga. Tapi memandangkan Adlin berkeras untuk naik ke atas, kami terpaksa mengikut.

Ketika kami melalui tingkat satu dan dua, tiada apa-apa yang berlaku. Apabila sampai ke tingkat tiga, bulu romaku tiba-tiba meremang. Dengan berbekalkan lampu flash dari telefon milik Hafiz, kami memasuki bilik pertama yang berhadapan dengan tangga. Namun tiada apa-apa kelibat yang kelihatan. Begitu juga dengan bilik yang kedua dan ketiga.

Seterusnya kami menuju ke bilik yang keempat. Dengan perlahan-lahan Azree membuka pintu bilik tersebut. Sebaik sahaja pintu bilik terbuka luas, jantungku bagai nak tercabut melihat sesusuk lembaga sedang mencangkung tepat di hadapan kami dengan senyuman yang menyeringai, rambut menggerbang, kulit muka menggerutu bercampur d***h kehitaman dan mata putih tanpa bebola mata. Memang nampak macam tengah menunggu ketibaan kami.

Perasaanku ketika itu memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang tahu. Dengan kudrat yang ada, kami membuka langkah seribu sehingga ke pagar yang kami panjat awalnya tadi. Ketika nak memanjat pagar tu, aku toleh tengok tangga. Memang jelas kelihatan ‘perempuan’ yang kami nampak dekat atas tadi sedang merangkak turun ke bawah. Nasib baik kami semua dapat keluar dengan selamat dari blok berpuaka tu.

Selepas kejadian tu, kami demam teruk. Kami rahsiahkan kejadian tu daripada semua orang. Dari situ pelbagai gangguan yang kami alami. Tiga hari selepas kejadian tu, aku tertidur setelah pulang dari kelas. Ketika azan Maghrib baru aku tersedar. Apa lagi, terus bergegas pergi mandi. Usai solat Maghrib, aku teringat yang aku belum angkat pakaian yang tersidai dekat ampaian. Dengan langkah yang malas aku menuju ke ampaian yg bersebelahan dengan blok A. Ketika itu aku menghadap ke sebuah tingkap salah satu bilik di blok A yang paling bawah.

Sedang leka mengangkat pakaian, aku dengar macam bunyi cermin tingkap depan aku tu dibuka. Aku pun automatiklah pandang ke arah tingkap tu. Guess what? Aku nampak lembaga yang kami jumpa dekat tingkat tiga hari tu. Tapi kali ni mata dengan batang hidungnya saja yang kelihatan. Dia siap melambai-lambai jari lagi. Macam tengah nak panggil aku suruh dekat. Aku tergamam sekejap. Nasib baik ada sikit kekuatan yang tersisa untuk aku lari balik ke bilik.

Roommate aku kehairanan jugalah tengok tingkahlaku aku waktu tu. Dia tanya, “kenapa muka kau pucat?”

Aku geleng diam.

Malam tu selepas Isyak, kami adakan kelas malam. Dipendekkan cerita, ketika kelas dah nak berakhir tu, tiba-tiba satu bangunan blackout! Time tu semua dah panik. Tapi dapat ditenangkan oleh pensyarah kami, Encik Sali. Lima minit lepas tu, elektrik ada balik. Sebelum pulang, Encik Sali mengira bilangan kami untuk memastikan tak ada sesiapa yang hilang. Tapi ternyata kurang seorang. So, senarai nama diambil dan disebut satu persat. Tiba giliran Adlin, tak ada sahutan. Keadaan sunyi sekejap. Kalau katalah dia ke tandas, sebelum blackout tadi dia masih ada. Katakanlah kalai dia keluar dari kelas, tak ada pulak kedengaran pintu dibuka kerana pintu kelas kami agak fit. So, bila dibuka, bunyi gegaran pintu pasti akan kedengaran.

Semua saling berpandangan. Tak lama lepas tu, keadaan kembali riuh. Encik Sali mula panik. Dia minta kami untuk tak ke mana-mana sementara dia panggil ustaz.

Dalam beberapa minit lepas tu, Encik Sali tiba bersama Ustaz Anzari, seorang staff yang agak pandai dalam perubatan Islam. Sesi mencari dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran. Tapi Ustaz Anzari kata, Adlin memang tak ada dekat kawasan berhampiran.  Radius kawasan pencarian diperbesarkan. Ustaz Anzari minta beberapa orang pelajar untuk bantu dia. Aku salah seorang daripada pelajar yang turut membantu. Ustaz Anzari beritahu kami yang nalurinya kuat mengatakan bahawa Adlin ada di Blok A. So kami pun bergeraklah menuju ke blok A.

Sampai saja dekat blok A, kami terus menuju ke tingkat tiga, sebab Ustaz Anzari mengatakan yang Adlin ada di tingkat tiga (hebat ustaz ni). Masa tu memang aku teringat baliklah kejadian yang menimpa kami tiga hari lalu tu. Tapi aku diamkan saja. Dari situ aku dpt mengagak sesuatu. Aku bawa ustaz menuju ke bilik yang kami nampak lembaga hari tu. Ternyata andaian aku tepat. Adlin memang ada dekat situ dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Tapi dekat sebelah dia ada lembaga hari tu; sambil menyeringai ‘benda’ tu pandang kami. Mengucap panjang Ustaz Anzari. Semua yang ada bersembunyi dekat blakang ustaz dek kerana ketakutan. Kalau korang nak tahu, ada juga yang sampai terkencing!

Ustaz mengarahkan kami agar jauhkan diri. Dia memulakan pertarungan dengan lembaga tersebut (melalui bacaan-bacaan ayat suci). Dalam 10 minit macam tu, akhirnya lembaga tu berundur, lepas tu lenyap. Ustaz pun apa lagi, cepat-cepat pergi dapatkan Adlin. Adlin dikejarkan ke hospital. Agak kecoh jugalah cerita ni di seluruh asrama. Adlin cuti selama sebulan, pergi berubat di kampung. Bangunan blok A telahpun di pagar oleh Ustaz Anzari. Start dari hari tu, tak ada lagi gangguan yang dialami pelajar-pelajar.

Tamat.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Shahlan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

115 thoughts on “Penghuni Blok A”

  1. Serammmmmm!!!!! Kalau nak ghost hunting tanpa ada isi, jawabnya jadi bahan makhluk. Isi itulah yg sedikit sebanyak akan menjadi perisai dari diganggu secara berterusan.

    Reply
  2. Gilalah… Tapi ustaz tu tak tahu ke korang ada pergi blok tu? Benda tu tak komunikasi pula dengan dia. Kenapa dia ambil(?) Adlin?

    Reply
  3. Story ni patut boleh dipanjangkan dan dikembangkan lagi…. True story ker atau ko reka n habis idea…. kalau true story mohon belanja sambungan

    Reply
  4. 9/10 cerita best…

    Aku da nampak part melambai dengan jari tu.. Auloh aku g buat betul2..
    seb baik boss aku x nmpak..

    Reply
  5. Cerita best.Apa malam-malam pergi blok A,baik mengaji.😂
    Part last tu apa jadi kat dia,masuk hospital.Pastu dia sihat ka?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.