Akibat Menendang Busut

Assalamualaikum semua,

Aku antara pembaca tegar di fiksyen shasha…
Nak kongsi sebuah cerita dan pengalaman yang dilalui aku sendiri.
Ada pengajaran buat semua.

Masa tu aku berada di lower six di sebuah sekolah menengah di daerah Pahang.Sekolah ada buat kursus bagi pengenalan (icebreaking) bagi pelajar lower six dan upper six (Tingkatan 6 rendah dan 6 atas). Kami berkursus di salah sebuah pusat peranginan di dalam negeri Pahang tula..tak maula cakap kat mana nanti ramai tak nak pergi sana..yang penting tempatnya berdekatan dengan pusat pusat peranginan hutan berbukit bukau di Pahang dan tempat ini memang selalu jadi port bagi sesape yang nak buat kursus/seminar sebab ianya dalam hutan sangat mendamaikan ada chalet ada tempat mandi manda ada kelas seminar dan ada makhluk tu jugak. Jeng jeng jeng……….

Nak dijadikan cerita,malam terakhir selepas kami berbbq dan sesi icebreaking dah berjalan esoknye adalah waktu pulang ke rumah. Masa kat sana aku ni dan kawan kawan happy sangatla,syok wei sebab memang suka masuk hutan dan boleh kenal kenal dengan senior upper six kan. Mandi manda pun seronok tak ingat apa….ok malamnye aku ade tergolek jatuh atas busut tak besar sangatlah macam bukit kecil so orang panggil busutla kan kan…dah jatuh tu aku tergolek dok kat situ terlanggar busut tu member punya gelak..haha.da puas gelak baru diaorang tolong tau…sabarjelah, geram punya pasal akupun marahla busut tu,awatla hang duk tang ni,sakit kaki aku,sambil kaki ni duk sepak2 busut tu..kenmain ko ye……

Ok dah part tu esok pagi lepas bersiap dan sudah seminar yang last sekali kami pun balik, masa on the way balik nak lepas keluar dari hutan tu tetiba rasa menangkap kat pinggang..waduhhh sakit tak menahan,rasanya malam tadi lepas jatuh macam nangka busuk tu tak adala rasa sakit sangat kan,dah nak balik baru rasa sakit.Sampai rumah relax lagi bertenang walaupun rasanya masih sakit.

Dah 2 3 hari tak boleh tahan bagitau mak,dan mak bawa pergi berubat. Masa berubat tu,pakcik tu tanya awak pergi mana ni seronok sakan ye,ada buat benda tak elok ye masuk hutan tu…macam-macam soalan pakcik tu teka teka aku dahla sakit haaa weii..adoiii. Dan aku pun duk ingat balik buat ape ye rasanya memang tak ada buat apepun selain penuh dengan aktiviti seminar bab seronok sakan ye tak dinafikan…dan tetiba pakcik tu cakap tu dekat pinggang awak tu ada seekor jembalang tanah duk bawa balik….sebab tu rasa sakit sangat tu…

Allahuakbar betul ke ni macam tak percaya percaya gitu nak melompat pun ade masa tu..fuhhhh dan dah takut sangat mak pun cakap awak buat apa ye kat hutan sana….aku pun sungguhla mak tak ada buat apepun. Tak percaya tanya cikgu…kenmain aku menjawab.

Tetiba pakcik tu cakap ada marah apa apa tak, ada jatuh kat mana mana tak….haaaaaa ada ada laju je kujawab. Pandai pakcik ni teka betul, ke Jembalang tu mengadu kat pakcik tu.Pakcik tu cakap dia ikut awak ni marah dia buat apa ,awak masuk tempat dia mulut jangan capuii,kan da sakit.

Haaaaa pastu mak cakap nak buat apa ni, aku da rasa macam nak nangis pun ye.Jembalang ye jembalang tanah okay sampai bila nak duduk kat pinggang aku, nasibla hang tak tunjuk rupa langsung..fuhh. Pakcik tu cakap tak apa kita ikhtiar,dia bagila limau nipis yang dah dijampi suruh buat mandi dan telur ayam tu dia suruh alinkan (gosok membulat) ke pinggang. Atok aku dulu pun kalau ada cucu cucu demam dia suka alinkan telur kat dahi kita,telur tu dia adala baca baca ayat al quran…esuknya elok demam dan telur tu memang macam jadi telur separuh masak gitu.Buang penyakit orang tua cakap…ha ada selitan pulak ye cerita ni.

Dah balik rumah 3 hari 3 malam la mandi limau dengan istiqamahnya dengan penuh keazaman nak elok..Masa hari pertama alinkan (gosok ) telur ayam dekat pinggang tu,telur tu telur mentah ye,memang tak masak lagi..lepas 3 round gosokkan dan pecahkan telur tu sajela nak tengok ape jadi,perghhh masak weii masak telur tu,punya panas pinggang ku..ye memang sakit lagi masa tu cuma tak adela rasa panas tapi telur tu boleh masak macam nak jadi telur rebus 3 suku gitu.Kuat tak kuat jembalang tu.

Cukup 3 hari lama lama makin ok dan sembuh, telur telur ayam tu pun da tak masak macam telur rebus,telur 3 suku lagi,makanya aku da sembuh pinggang pun da tak sakit lagi.Sakit tu macam merengat rengat sakit dia, orang perempuan yang nak bersalin dan senggugut kena sakit rengat tu ha macam tula sakit dia pastu berdenyut-denyut pulak….haaaaaa.sekiannn,kesakitan berakhir..macam mana jembalang tu keluar masa bila wallahualam…apepun sungguh memberi pengajaran.

Alhamdulillah,di sini nak bagi sedikit peringatan betulla orang kata kita pergi mana mana perangai nak kena elok,mulut nak kena jaga,jangan seronok sangat kene selalu hati hati alam ni bukan kita saja.Sejak dari kejadian tu,aku memang sangat menjaga kata kata nak pergi mana mana pun,tak puas hati dengan sesuatu keadaan tempat itu hatta dengan orang pun aku diam je cakap dalam hati.

Serikkkk ye serikkk.Nasib aku baik jembalang tanah tu tak menunjuk rupa hanya bertenggek dan dia pun tak ada kacau orang lain langsung..mungkin dia penunggu busut tu…fuhh seram ke tak ni..haha.okla sama sama ambil iktibar ye.Sebelum tu teringin nak tau jembalang tu macam mana ye,takut pulak nak tanya pakcik berubat tu,kang mau dia ketuk kepala aku….Dan masa kami balik berubat tu,rasa pelik sebab tetiba pakcik yang ubat aku tadi tu ada kat simpang jalan nak balik ye,fuh dia naik basikal tua lagi laju dari kami, bila dia keluar pun tak tahu…pakcik tu tengokje kami balik sambil senyum tersengih pandang aku..perghhh.dia ke bukan dia…dan memang takla nak tanya sesape dalam kereta dah maklumla da insaf tak nak capuii sangat mulut tu kan dahla masa tu ada jembalang bertenggek…

Terima Kasih Fiksyen Shasha sebab siarkan kisah benar aku ni…
#afseram #msaf

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Akibat Menendang Busut”

  1. Aku bagi 1 * jer la sebab ko penat menulis. Bab seram tu mmg xde la. Lebih kepada cerita perkhemahan budak2 pandu puteri

    Reply
  2. kisah adik ni dia sembuh…tp kisah anak kawan seofis saya pulak sampai dia meninggal dunia….kisahnya masa dia gi camping dalam hutan (tingkatan 5)…dia main kencing je dalam hutan tu..kawan2 pun ikut kencing…tp tempat dia kencing tu dikatakan tempat anak jin/setan duduk…mengamuk la natang tu…balik umah dia sakit kaki dan berubat la mcm2…makin lama makin teruk bawak hospital sampai kena potong kaki…akhirnya dia meninggal…mmg pengajaran sungguh kisah ni utk adik2 yg jenis degil/tak nak ikut pantang larang masuk hutan/ckp ikut suka…hati2 la…

    Reply
  3. Sje nak kongsi juga kisah arwah rakan karib sy noor hairi,meninggal thun 2010,puncanya tersepak busut ms kerja di cherating,nk dijadikan asbab kematian beliau mgkin..kita hnya merancang Allah maha mengetahui,doktor pun xdpt kesan punca penyakit hairi yg lumpuh separuh bdn selepas pulang dr cherating,merata family dia bawa berubat,ada pengamal perubatan drpd indonesia dtg ubatkan masih juga xmampu merawat hairi, dia pernah juga dibawa mandi di kolah air 7 buah masjid ,tp Allah lebih menyayangi beliau..Al-fatihah..

    Reply
  4. Seram / Tak (2 marks) = 0
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 1
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 1
    4/10

    Reply

Leave a Comment