Pakcik Menumpang Kereta

Hai semua pembaca yang setia! Sudah lama rasanya tidak menulis cerita misteri selepas menulis cerita yang lepas (akibat permainan kolony) . Kini tampil lagi dengan cerita yang agak misteri dan pelik.

Jadi kisah yang satu ini berlaku semasa umur aku 9 tahun. Masa tu kami sekeluarga balik berkelah di tepi pantai, kira-kira jam 6.30 petang. Masa tu bapak aku ni takda lesen memandu,jadi kami gunakan jalan shortcut lah. Untuk elakkan bejumpa dengan ‘jpj a.k.a bapak polisi’ hehehe. Biasalah kan, kalau dikatan ‘shortcut’ ni memang sunyi giler.

Jalan pun berbatu dan tiada satu pun tiang elektrik ataupun lampu jalan. Kami hanya terserempak dengan beberapa buah kereta je masa tu. Masa lalu jalan shortcut tu, bapak slow je bawak kereta sebab jalan memang sedikit teruk. Dalam kereta masa tu cuma bapak, mak, adik ku(umur 4 tahun) dan aku. Tapi, cuma aku je yang duduk dekat belakang.

Tiba tiba dalam kegelapan tadi terlihat dari jauh seorang lelaki yang sudah berumur lingkungan 50-60 tahun macam tu berdiri di tepi jalan (sebelah Kiri) dengan tangan yang melambai-lambai ke arah kami.Bapak ku sedikit kehairanan.

Kenapa agaknya dibiarkan orang tua seperti itu ditinggalkan di tepi jalan? Atas dasar kesian, bapakku memberhentikan kereta di tepi lelaki itu dan menurunkan tingkap sebelah Kiri(tingkap tempat mak ku duduk) bapak ku pun bertanya kepadanya “kenapa sorang-sorang ni pak cik?” Dia pun menjawab, “boleh tolong tumpangkan pak cik tak?pak cik nak balik ke rumah tapi tak larat nak jalan kaki, sebab penat sangat baru balik dari kebun cari kayu api,tapi kawan pak cik dah balik awal tadi.” kesian pulak tengok. Jadi bapak ku pun setuju untuk menghantarkan pak cik tersebut ke rumahnya.

Pak cik tu duduk bersebelahan denganku. Sekejap kelihatan anak matanya menjeling ke arahku. Tapi aku biarkan saja tanpa rasa apa apa pun. Cuma Ada bau busuk ataupun bau Yang tidak menyenangkan .Perjalanan ke rumah pak cik tu kira kira 15minit je,tidaklah jauh sangat.

Rupa rupanya pak cik tu tinggal di rumah panjang(iban) dan rumah panjang itu berada di atas bukit(tak lah bukit sangat, cuma tinggi sikit je) .pak cik tu berkata “sudahlah nak,setakat sini saja pun sudah cukup,tak payah susah-susah bawak kereta naik ke atas, biar pak cik jalan kaki je,terima kasih.” belum sempat bapakku menjawab percakapannya,pak cik tu blah macam tu je.kelihatan macam tergesa-gesa. Takpa lah, mungkin dia letih kot. Masa kami nak balik tu ,bapak nak u-turn kereta dia susah sikit sebab sempit.

Jadi bapak drive kereta tu naik bukit rumah panjang pak cik tu tadi untuk u-turn, manalah tau ada tempat luas. Masa kami naik untuk u-uturn,kami dengar bunyi bising datang dari arah rumah panjang itu, dan orang banyak sangat. Setelah diamati bunyi tersebut , ternyata bunyi orang menangis. Kami kebibungan sedikit.

Untuk mengelakkan rasa bingung itu melanda,jadi kami berempat keluar pergi masuk ke rumah panjang itu untuk mengetahui apa yang berlaku. Terlihat banyak sekali orang berkerumun dan berkumpul di satu tempat seperti ada sesuatu yang berlaku. Aku dan bapakku cuba mendekati mereka disitu. Alangkah terperanjatnya aku dan bapakku bila melihat sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa terbaring kemas diatas tilam.

Dan mayat itu adalah pak cik yang menumpang kereta tadi. Aku kaku. Apa yang sedang terjadi sekarang ni? Siapa yang m**i ni? Siapa pulak yang baru saja menumpang kereta tadi? Aku mencuri curi mendengar perbualan bapakku dengan isteri pak cik tadi. Mereka mengatakan pak cik itu meninggal ditimpa kayu dan perutnya tertusuk parang yang dipegang olehnya sendiri.

Pak cik tu meninggal petang tadi dalam pukul 4 . Dan mayatnya baru dibawa ke rumah panjang pukul 5. Kami sekeluarga rahsiakan tentang pak cik yang menumpang kereta kami dari pengetahuan orang rumah panjang itu,supaya mereka tidak takut. Cukup lah kami sekeluarga saja yang tahu.selepas kejadian tu, bapak kena demam panas 3 hari mungkin demam sebab trauma dengan apa yang berlaku. Tapi apakah motif pak cik itu menumpang kereta kami? Itu akan terus menjadi persoalan sampai bila bila. Tidak berapa seram tapi cukup untuk dijadikan kenangan dan juga pengajaran.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Lin Patz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

9 thoughts on “Pakcik Menumpang Kereta”

  1. Seram / Tak (2 marks) = 1
    Gaya bahasa (2 marks) = 2
    Penyampaian (2 marks) = 2
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 1
    Comment : Cerita ini bukan lah cerita seram, tetapi lebih kepada Misteri. Boleh tahan jugak cerita nya. Cuma kita semua takda jawapan, kenapa pakcik tu nak sampai kan pada keluarga penulis. Misteri jugak. Sekarang ayah awak dah buat lesen tak. Buat tau, nanti selalu rasa insecure je masa driving. Bahaya tu. Ok. Markah saya bagi 7/10.

    Reply
  2. Mungkin yg dikatakan roh yg tidak mengetahui dia belum sedar bahawasanya dia sudah m**i.
    Tp setelah melihat jasad sendiri barulah dia sedar dia adalah roh yg telah berpisah dr jasadnya.
    Wallahuaklam

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.