Hantu Game Permesejan

Sebelum aku mulakan cerita, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Fiksyen Shasha kerana telah menerbitkan kisah seram aku yang sebelumnya. I really appreciate it! You are the best.
Kisah yang ingin diceritakan kali ni berlaku masa aku form 4 dulu (tahun 2012) masa tu zaman budak budak gila main k0lony .korang tau kan main k0lony tu macam mane? Alah, zaman belum banyak yang tak pakai whatsapp , mesej pakai k0lony ler, Kcall,kfenz . Aku pun ikut gila main bende k0lony tu.

Jadi disingkatkan cerita, dok aku syok syok add orang dekat k0lony,tetibe ada sorang add aku, kalau tak silap aku nama k0lony dia ‘BadBoy93′ jadi aku accept je .Tapi die tak chat aku pun ,cuma add je.

Malam tu dia hantar chat k0lony dia minta nombor aku. Tapi aku bodoh sangat masa tu, aku bagi jer. Lepas tu aku tak dok pikir pasal budak tu.
Untuk pengetahuan korang, aku ni jenis suka silent phone. Sampaikan mak aku marah sebab susah nak contact bile emergency. Aku silent pun sebab aku ni jenis tak suka terkejut. Tapi malam tu, ada bende pelik berlaku. Masa sebelum tidur tu handphone aku habis bateri, jadi aku charge laa dalam keadaan ‘off’ .Then aku terlelap. Tiba-tiba aku terbangun pukul 2 pagi. Korang nak tahu sebab apa? Sebab phone aku berbunyi .Aku pelik lab sebab masa aku charge tadi phone aku off dan silent, macm mana boleh bunyi kan?lepas tu aku check la phone ku tengok ada orang call . Nombor yang tidak ada dalam kenalan ku. So aku jawab jer.

Aku: hello?
Dia: hai awak! (Suara lelaki)
Aku: siapa nee?
Dia: aku yang add dekat k0lony td. Namaku aiman
Aku: ohhh yang punya k0lony bad boy tu ke?
Dia: Hahaha, ya.
Aku: ohh, kenapa call malam malam buta nee? Kamu tak tidur ka?
Dia: eh tak lah. Aku TAK TIDUR MALAM,aku TIDUR SIANG.
Aku: owww, ok lah, nanti kamu call lagi, saya nak tidur, bye!
Lepas tu, aku letak je handphone tetiba mesej masuk daripada si Aiman td (terima kasih awak kerana sudi berkawan dengan saja walaupun tak sampai satu hari, SEE YOU!) Aku pun pelik, apa bende budak ni cakap eh? Lepas tu daripada celcom. (You have received rm2 from 01******) .sekali lagi aku pelik. Apehal budak aiman ni bagi aku kredit? Eh lantak laa, rezeki laa kot. Lepas tu, aku sambung balik tidur ku tanpa pikir apa apa.

Pagi tu nombor tu call balik kat aku. Aku jawab je dengan muka slumber, mungkin budak tu masih mau sembang dengan aku kot.
Aku: heloo
Dia: helo, siapa ni?
Aku: eh, kamu yang call, kenapa tanya siapa aku?
Dia: aku pelik tengok telefon aku ni ada bagi kredit kat nombor kamu tu sebab aku call ni.
Aku:ehh jap jap. Kamu Aiman kan?
Dia: eh mana ada . Nama aku boy.
Aku: Tapi nombor ni call aku semalam dia cakap nama dia Aiman.
Dia: awak…..(dengan suara terketar-ketar) awak jamgan main main.Aiman tu kan sepupu saya, 3 bulan lepas dia mati eksiden kena langgar lori.lagipun ini memang phone aku.
Zapppp!! Terus aku padam call. Perasaan gementar aku hanya Tuhan saja yang tahu. Jangan-jangan hantu tu pakai nombor boy? Aishhhh buntu betul fikiran aku. Nak buang simkad nanti orang pelik pulak. Apa patut aku buat eh? Ahhh,lupakan je, mungkin orang salah nombor kut.( untuk menyedapkan hati yang sememangnya tidak sedap)

Malam tu kami ada majlis makan makan bersama keluarga dan ada ramai jugak la sanak saudara sampai. Masa tu aku pakai handphone sony ericson yang boleh send gambar dan terima gambar. Tengah duk makan-makan tadi tetiba handphone ku vibrate menandakan ada message masuk. Sekali aku tengok handphone ku ada orang hantar MMS dekat aku. Dalam hati ingin sangat nak tengok apa MMS yang dihantar, tapi niatku terbatal apabila aku tengok nombor si pengirim tu adalah nombor si boy tadi.

Jadi aku dalam dilema tadi nak bukak ke tak MMS tu. Tapi dalam hatiku kuat mengatakan nak bukak benda tu.so aku bukak je laa kot kot ada benda penting. Apabila aku bukak MMS tu betul-betul memeranjatkan aku. Gambar selfie muka seorang lelaki seakan akan hancur pecah bernanah berdarah yang sedang senyum menyeringai.mungkin inilah muka si Aiman mati eksiden tu! Dan korang nak tahu apa jadi kat aku masa tu? Aku kerasukan benda tu, masa ni aku dah tak sedarkan diri dah. Mak cik aku yang cerita apa yang jadi kat aku lepas tu.mataku tak bekerdip,gigiku menggertap dan badanku kaku. Gigiku terlalu rapat sampaikan mak aku selitkan sudu dan aku gigit sudu tu sampai bengkok. Dan mak panggilkan orang kuat agama ni untuk sembuhkan aku dan handphone dan juga simkad aku dibakar. Dan aku sembuh secara total.

Pengajaran dia disini guys, berkenalan tu rasanya tak salah, tapi korang kene pastikan yang kenalan korang tu betul-betul manusia atau ‘benda lain’. Sorry ya, kalau tidak seram sangat tapi kalau korang alami sendiri, rasanya boleh kencing dalam seluar dibuatnya.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Lin Patz
Hantu Game Permesejan
6.2 (61.94%) 62 votes

13 comments

  1. First 😆 dari malam tadi aku tunggu FS update cerita baru. Aisehhh lambat lah FS ni. heheheh. Btw, seram gila cerita kau ni. Eeee, ngeri 😨😭

  2. part gigi rapat sampai kena selit sudu tu tetiba gigi aku pulak yg ngilu ..btw okaylah cerita kau ni.Seram ….

  3. Boy dh ckp aiman tu meninggal kena langgar lori. Bila dpt gambar muka hancur, sangkaannya aiman lah tu. Kenapa nk bakar h/p ek? Tukar sim dh la 🙄

  4. Pelik la orang komen sekarang ni. Tak ada adab. Anak siapalah biadap sungguh. Harap mak ayah diorang tak salah ajar.

  5. Aku tahu apa kau rasa sebab ada benda menyamar jadi aku kat ML. sampai kawan aku kena ugut bunuh lagi. sadisss.. kahkah.. nice story btw..

  6. Rasa macam pernah la fren dengan badboy93 ni.. Dulu mmg koliny ni membantu sgt.. Masa SPM, malam2 semua org dh tido, kolony ni membantu hilang bosan & mengantuk.. Hantar mms xguna kredit.. Alhamdulillah xde kejadian menakutkan gitu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.