First of all, terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah aku ini. Tidak seram sangat juga, depends kepada individu yang membaca dan rajin untuk imagine benda sambil membaca.
Anyway, aku Desiree, kacukan Iban + Cina berasal dari Kuching, Sarawak dan bekerja di KL. Maaf kalau bahasa aku bercampur sedikit, tidak apa asal kisah yang aku mahu sampaikan, difahami kalian semua, hehe..
Aku banyak membaca kisah-kisah in Fiksyen Shasha ini, and its safe to say that I’m quite a fan. Aku sangat menyukai ‘bedtime story’ dan jenis yang kuat berimaginasi juga.
Waktu itu baru lepas Hari Gawai Dayak. My family balik rumah panjang daddy di Debak, Betong. Untuk sampai ke rumah panjai daddy waktu itu, kami harus melalui jalan berbatu dan juga hutan yang tebal dan perjalanan itu mengambil masa dalam 20-25 minit selepas melepasi jalan raya bertar di simpang.
Namun pengalaman itu tak membosankan sebab pemandangan sawah padi, kebun lada, kebun sayur, kebun buah dan beberapa batang sungai serta air terjun terletak di sepanjang perjalanan. Dari jambatan kecil yang merintangi sungai yang amat jernih sekali air dia, kelihatan rumah panjai tempat kelahiran ayah tersergam indah di atas bukit.
Tangga ‘takik’ kelihatan sedikit usang, dengan terpacaknya bendera Sarawak dan Malaysia berkibar di antara kaki tangga. Rumah panjai pula dibuat dari kayu belian dari Kepulaun Borneo. Bumbungnya sudah ditukar kepada atap metal, manakala lantai sudah menggunakan tile. Moden sudah. Bagi kalian yang tidak berapa tahu or tidak tahu langsung, rumah panjang or ‘rumah panjai’ orang Iban didirikan dengan upacara ber’manang’ kerana asal orang Dayak bermula dari amalan ‘Pagan’.
Kali kedua kesana, aku berumur 16 tahun so sifat ingin tahu sangat tinggi. Aku mulai memerhati dan perasan banyak benda secara terperinci. Benda pelik banyak tergantung di ‘Ruai’, jadi ‘my imagination was going wild’ sambil berjalan mengikuti langkah daddy, mommy dan abang, Val menyusuri deretan ‘tanju’ dan ‘ruai’ dimana terletaknya rumah/bilik kepada kakak sulung daddy.
Auntie dan anak tunggal dia, Nyanggai menyambut ketibaan kami di depan pintu dengan ‘menyadung’ air tuak dan berpelukan. Kaki aku kaku sekejap dan mata serta mulut terbuka luas ketika terpandang tengkorak yang tergantung di tengah pintu masuk. Sebelum mommy menarik tanganku memasuki rumah, aku sempat menjengah kepala ke luar pintu rumah melihat ke ‘ruai’ dan ternyata tengkorak tersebut sememangnya digantung di setiap pintu rumah disini.
Selepas bertanya kepada mommy, baru aku tidak ’empelah’ (sakai/jakun). Aku difahamkan bahawa akan berlangsungnya ‘Gawai Antu’ pada keesokan hari. Tanpa bertanya banyak, mommy menyuruh aku naik ke atas ‘sadau’ (bahagian dia tas bilik/ruai). Menjenguk ke atas, aku mula merasa seram dan hampir menangis. “Amai-amai anak umbung indai ea!” sergah Auntie aku dari belakang.(anak umbung bermaksud anak emas/kesayangan) namun auntie yang memanggil aku dengan panggilan Kumang, mengatakan bahawa aku harus tidur di atas memandangkan aku anak dara.
Sekitar pukul 7 selepas makan malam, aku diarahkan untuk naik ke sadau. Berat kaki aku melangkah naik tangga kayu sambil memerhati beberapa orang jiran mula memenuhi ruang tamu. Dari atas, terdengar jelas perbualan rancak diantara mommy, daddy, auntie dan yang lain. Sesekali terdengar gelak ketawa mereka mengusik daddy mengatakan dia mempunyai anak dara yang cantik dan putih melepak. Kunun.
Aku hanya meniarap di lantai menghala tangga memandang ke bawah. Hati aku sememangnya sudah merasa tidak sedap dan tenteram sebaik melangkah kaki ke rumah panjai ini. Aku tak tahu kenapa; jantung aku tak berhenti berdetak kencang dan aku merasa seolah-olah aku diperhatikan.
Suasana semakin sunyi dan bunyi cengkerik sangat kuat kedengaran memecah keheningan malam. Melihat ke arah jam di dinding, baru pukul 10.30 malam. “Balat tumu tinduk bala mensia ba menua tu ne!” (Punya la awal orang sini tidur.), bisikku seorang. ‘Sadau’ ni gelap, siling rendah dan di satu sudut tidak jauh dari katil aku, terdapat beberapa ‘tajau’ lama dan longgokan guni beras yang tersusun bersih dan rapi.
Terus naik semua bulu roma aku sebab ‘tajau’ mengikut kepercayaan Iban adalah tempat tinggal ‘penunggu’ atau ‘penjaga’ rumah. Aku menangis seorang, tak sedar bila aku terlelap..
Kisah yang aku akan ceritakan ni waktu aku ‘tidur’ selama 3 hari 3 malam berturut-turut. Kalau tiada upacara ber’manang’, mungkin aku sudah tak wujud dah di muka bumi ni untuk berkongsi kisah ini.
Aku masih ingat aku menangis hingga tertidur, dan sewaktu aku ‘bangun’, aku melihat diri berada di kamar indah, serba putih dan bersih. Suasana sangatlah damai dan suci, putih ja semuanya. Gaun yang aku pakai juga putih, dan kamar tempatku beradu seolah-olah aku adalah puteri raja di kayangan. Semerbak bau wangi datangnya entah dari mana.
Aku mula kebingungan tapi tiada pula perasaan takut masa tu. Terlihat banyak kupu kupu pelbagai jenis dan warna menghiasi ruang kamar yang dipenuhi seakan awan kabus yang persis kayangan. Aku merasa sangat bahagia, hingga terlupa dimana aku seharusnya berada! Dari penjuru katil, terbentang taman bunga yang amat cantik.
Aku melompat turun dari katil menuju ke bunga bungaan itu lalu memetik dan menciumnya sambil tertawa kecil sendiri. Alangkah bahagia apabila pinggul aku dirangkul dengan lembut dari belakang oleh ‘seorang’ insan yang wajahnya tidak ku kenali, namun terlalu sempurna sebagai lelaki.
Aku tahu bunyi ni macam gila ja, tapi sampai sekarang aku tak jumpa lagi ‘lelaki’ yang sempurna seakan ‘Keling’ (pahlawan iban yang kacak dan gagah) macam insan ini. Rambutnya panjang hingga ke bahu, matanya galak dan hitam dengan senyuman di bibir merah yang amat memikat hati.
Merangkul rapat aku didalam dakapan tubuh sasanya, aku dapat merasa kucupan yang hangat hinggap di dahiku. Tanpa bicara, insan ni kemudian mencium lembut tanganku sambil langkahku mengikutinya ke suatu taman indah dipenuhi ‘manusia’ yang lain.
Aku diiringi berjalan menyusuri karpet berwarna putih berbulu, sambil diperhati semua ‘orang’. ‘Lelaki’ sempurna itu kemudian berdiri dihadapanku sambil menyarungkan cincin dan aku sah menjadi ‘isteri’ kepada ‘lelaki’ sempurna tersebut. Tiada kata dapat mengungkap betapa bahagianya aku waktu itu. Majlis kayangan itu berlangsung dengan dipenuhi bunga dan wangian. Kabus dan awan memenuhi; rama rama dan bunyi trumpet meriahkan suasana. Ketika aku sedang dilamun cinta, ‘lelaki’ sempurna itu tiba tiba hilang disebalik kabus dan suasana mulai suram. Aku menangis memanggil ‘lelaki’ sempurna itu, namun segalanya bertukar gelap dan aku mula mendengar jeritan tangisan. Aku sangat takut, berseorangan dan sangat patah hati.
Aku masih ingat ketika aku terbangun, aku menjerit sambil menangis menutup kedua dua belah telinga. Terpinga pinga aku melihat sekeliling. Aku berada di tengah tengah ruai rumah panjai dikerumuni berpuluh puluh orang.
Aku masih keliru sangat waktu tu, “ni laki aku? dini ka tunga ea?! kenduai ea udah jadi!” (mana laki aku? kemana dia? kami baru berkahwin). Aku menangis sambil mataku melilau mencari kelibat ‘lelaki’ sempurna itu, namun hampa.
Aku seakan akan hilang akal sebelum seorang nenek yang cukup tua menyembur wajahku dengan air apa entah. Jantung aku berdetak kencang, takut dan pucat. Mommy, daddy dan Val duduk bersila disebelah aku sambil memegang erat tanganku.
Kain sarung mengelilingi aku macam ‘pagar’. Aku mula merasa lapar, amat lapar namun nenek tua yang dipanggil ‘manang’ berkata aku tidak dibenarkan makan atau minum apa apa sampai upacara ‘ngangau semengat pulai’ (memanggil roh balik) aku selesai.
Manang berkata pada beberapa pembantunya yang duduk melutut di hadapanku,
“Urang din udah nyambi endu tu nyadi ka bini. udah berami besai agik, baka ka diambu Kumang menua sida ea. Enda tau lak lama bakatu, nangi ka endu alu diambi belama ea ila.” (Nampaknya wanita muda ni dah kahwIn dengan orang bunian, kemungkinan raja mereka. Kalau dibiarkan, wanita muda ini mungkin takkan bangun dari tidur dia selamanya.)
Pembantu manang hanya mengangguk tanda mengerti. Pada tengah malam, aku dibawa ke sungai di hujung rumah panjai. Aku hanya menurut tanpa berkata apa apa, seolah aku bukan macam diri aku. Wajah ‘lelaki’ sempurna itu terbayang bayang dan aku hanya menangis sepanjang upacara.
Beberapa ekor ayam dibunuh dan digantung dengan semacam ranting kayu di tepian sungai tersebut sambil mulut manang terkumat kamit membaca mantera yang hanya dia tahu maksudnya.
Macam yang aku cakap, aku seperti orang yang tidak bernyawa. Hanya menangis memanggil manggil ‘lelaki’ sempurna itu. Selepas upacara penyembelihan ayam dan darahnya mengalir mengikut arus sungai, aku disuruh memakai hanya kain sarung untuk upacara mandi bunga.
Menngunakan ‘kapuk’ (cecair pekat berwarna putih yang orang tua tua palitkan di daun sirih untuk makan buah pinang), manang menconteng dahiku samil bibirnya terkumat kamit lagi. Aku menatap lemah. Selesai upacara tu, manang membuat 2 bentuk cincin yang dibuat dari daun nipah dan seperti biasa, beliau menjampi kedua cincin tesebut.
Sepanjang malam, aku dibaringkan di tengah ruai dengan dipakaikan kain berwarna putih membalut badan dan daun nipah dibuat jadi ‘tiara’ di atas kepala .Aku tak dibenarkan tidur malam tu. Suasana terasa pilu dan aku merasa sangat berduka.
Menjelang pagi, orang ramai di ruai mula bersurai, dan aku dibawa balik ke rumah / bilik Auntie. Selepas makan tengah hari, aku hanya duduk lesu dan termenung panjang memandang ke luar tingkap dari ruang tamu. Kelihatan beberapa orang jiran datang melawat untuk melihat keadaan aku.
Mata aku bengkak menangis, betul betul hampir hilang akal. Imaginasi aku bukan di bumi, hati aku bukan di bumi. Hanya tubuh. Kosong. Tiada jiwa.
Aku hanya melihat bila manang masuk dari pintu utama rumah sambil membawa ‘piring’ berisi beberapa barang untuk upacara ‘bercerai’. Tiba masanya; ketika itu matahari hampir hilang dipelusuk bumi, aku dibawa ke satu kawasan bukit yang agak tinggi berdepan sebatang air terjun yang sangat jernih airnya, dengan dikelilingi hutan yang agak tebal. Hanya aku dan manang sahaja.
Disana, aku disarungkan salah satu cincin yang aku cakapkan tadi, dan setelah beberapa mantera dan jampi, aku disuruh mengatakan ini dengan lantang,
“Ni alai nuan bujang sigat keling menua sebayan, diatu aku deka sarak enggau nuan. Nadai jalai tua begulai, nuan urang menua bukai, aku menua bukai. Lengka meh aku beserara ditu meh tua.” (Dimanapun engkau lelaki tampan bak kayangan, aku ingin meminta cerai. Tiada jalan kita bersama, dua dunia berbeza. Lepaskanlah aku, berpisahlah kita).
Cincin di jari manisku kemudian ditarik dan kucium sebelum dibuang ke sungai bersama cincin yang mewakili ‘lelaki’ sempurna itu. Setelah segalanya selesai, manang memberitahu mommy untuk tidak membiarkanku seorang sehingga kami bertolak balik ke Kuching.
Sunnguh, pengalaman ini amat terkesan dalam diri aku. Aku masih terbayang dan teringat dengan jelas raut wajah ‘lelaki sempurna’ bak kayangan itu walaupun sudah 11 tahun berlalu.
Aku tahu kisah ni tak seram, tapi untuk mengingatkan diri kita bahawa pantang larang orang tua dulu adakalanya betul dan harus dipatuhi. Macam yang aku cakap di awal tulisan ni, aku suka berimaginasi. aku suka warna pink dan cerita dongeng.
Aku rasa diri macam aku ni princess (kunun) yang kayuh basikal sambil kutip bunga di tepi jalan dan hidu bau bunga tanpa ingat pantang larang. Sekarang aku lebih memilih untuk percaya semua yang berlaku hanyalah sekadar mimpi yang tak terungkai misteri.
Apapun kebenarannya, sesetengah perkara lebih baik dibiarkan tanpa apa apa bicara. Sekian.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Pernah tak termimpi lgi lelaki itu smpai sekarang?
Pernah tahun lepas. Bulan 6 juga. So saya bagitau nenek. So dia mandi bunga ja. Pastu okay. Lelaki tu sangat2 sempurna.
Terasa sedih dia 😭
Sedih tu maybe sebab tidak jumpa lelaki seelok rupa paras ‘lelaki sempurna’ tu kot. But i never wish to get that kind of dream ever again. Its creepy and haunting, really
Ada juga last year bulan jun juga tu. Tapi tiada apa yang pelik, cuma mimpi tengok wajah ‘dia’ yang sangat sempurna tu ja. Tidak wujud lelaki macam dia di muka bumi. Puas saya cari LOL
macam Hussain Bolt ka?
LoL.. jangan begitu like that ba kamu 🤣
Gempak
Lagi gempak kalau baca sambil imagine kan 😊
saye try nk imagine that man
Belum terserempak or terjumpa lagi yang boleh saya compare dengan dia. Weird but true. Ada juga buat research online. Pun tiada 😅 apa pun tak bole haha
Jangan nak menggatal!
aku bukan apa la, but aku memang terigin sgt nak masuk alam bunian. I don’t know why :'(
Its not as beautiful as you think. Meremang bulu roma kalau duduk termenung seorang. Selalu rasa ada peneman esp kalau seorang kat mana2. But sometimes if i rasa down over something, i akan menangis panggil ‘lelaki sempurna’ tu. Lepas tu bulu roma naik. Kadang2 mimpi tengok dia senyum sebelum hilang di balik kabus
Same as me, nak tengok macamana alam bunian, macamana orang orang dia. Tapi takuttt
Dont wish for something that could cost our soul or even life. These aint funny. Up until now, i hardly could believe that i was sleeping like a living corpse selama 3 hari. But tiada salah berangan. 😊 asal kita tidak lupa siapa diri kita
Fuhhhhh… Sy pn pernah bermimpi d kahwinkan dgn org yg x d kenali dgn lagak upacara perkahwinan d raja. Taw2 yg nk kahwin tu sbnrnya pendamping, once d terima… selamanya berdamping huhuhuhu
You might as well share your story. At least i tau im not the only one who seemingly macam kemaruk lol. We aint crazy. This is real
Ceritakanlah kisahnya
Boleh share. Nak gak baca kisah org lain.
sama la, sy dh tiga kali mimpi kahwin dng laki yg sy tak kenal. adik sy pon mimpi sy kahwin dgn kerabat diraja.. hmm hensem betul laki dlm mimpi sy tu
the best story setakat ini ! pernah juga dkat kampung sya, ada sorang llki tu dia pergi hutan sorang diri meninggalkan istri dn anak2 dia dekat rumah (dipercayai kes merajuk). bertahun2 lamanya dia menghilang tanpa jejak di dalam hutan smpai masuk newspaper dan bomba polis pun tidak boleh berbuat apa2 sbb langsung tiada kesan prjalan dia. dan macm2 istri lki itu cari ikhtiar untuk mengesan suaminya itu smpai pergi kebomoh dn kebykannya mngatakan llki itu sdh berkhwin dgn bunian. rasanya umur sya pada masa dia hilang itu, 14 tahun smpai sy mnjejaki umur 20tahun, barulah mayat dia dijumpai tapi di bukit perkampungan orang lain dan org kampung itu sdri yg npak rangka tengkorak dan baju2 nya masih ada. istri llki pda masa itu sdh nak berkhwin dgn lki lain. anak2 nya juga sdh besar. melalui kajian DNA, tengkorak itu mmg llki yg hilang itu. jadi berhati2 lah pergi ke hutan seorang diri !( btw sy dari sabah )
That was one hella creepy story babe. Mommy saya bilang, mereka tiada tunggu sampai 3 hari. Pagi itu on the first day, abang sa Val naik atas sadau tu na mo bangunkan sa tapi sa enda bangun2. Pukul 7.30am macam tu. Dia kira sa suda parai/matai oh. Tapi bernafas 😖 pagi itu juga ba mereka bawak sa pigi hospital betong tapi dutur bilang tiada apa. Daddy sa bawa sa balik rumah panjai terus curah air paip dekat sa pun sa enda bangun. Tu kasi panggil terus tu manang. Imagine ar hari ke 3 baruk sa bangun. Roh/semengat sa jauh berjalan. Balik Kuching lepas itu, sebulan lebih juga sa ambil masa jadi diri sendiri fully. K
Betong area mana? Lama xbalik dh ke
Tahun 2008 waktu kejadian itu, last saya balik sana. Kejam saya, mendiang nenek (ibu daddy) saya meninggal 6th january 2019 haritu pun saya tidak balik. Terkesan dengan kejadian itu. Rumah panjai Ulu Teru, Debak, Betong.
Kan same lh kita tp xtau kenapa
Apa yang sama itu? Tak tau kenapa itu? 😁
best ceta tok. sambung agi awu.
Nadai agik utai ka ditusi ar 😅 sepi asai laban enda nitih ka jako tagang apai indai aki inik majak beulah. Nya alai nyadi bakanya deh. Jera aku wai
Hi Kumang, jum kitak padah.😍😎
Padah pa ya? Sik tauk apa nok dikelaka kitak eh 😅
saya cuma pernah jatuh cinta kat lelaki tampan dlm mimpi…
mase terbgn tu rindu sgt2 huhu
Macam mana ada jumpa yang macam dia di dalam mimpi tu? Saya kalau mau mimpi, mau mimpi Jason Derulo. Sekali saja pun tidak apa. Tapi tidak kesampaian haha. Ini angan2 saya aduduu
Dengar macam tak logik, tapi memang betul2 berlaku. Saya pun mengalami perkara yg sama..cuma tak sempat ‘dikahwinkan’ sebab dibawa berubat cepat.
‘Jejaka’ bunian memang terlalu sempurna di mata kita. Sangat sempurna. Tak jumpa lagi yang sesempurna itu di dunia nyata.
Janganlah korang nak masuk ke alam bunian. Nak patah balik tu payah, ‘mereka’ tak melepaskan dengan mudah. Akan terganggu fizikal dan emosi kita. Seriously!
Boleh baca kisah saya ‘TUNTUTAN SAKA KETURUNAN’. Berebut-rebut ikut 😪. 3 ekor sekaligus. ‘Jejaka-jejaka’ yang ‘handsome’ ikut dari kecil lagi.
Sis, agik bisi nuan mimpi ke nyak agik? Bisi nikal baru utai nyak?
Ndai gak. Taun nyin sarinya bisi. Tang ea datai mantai ka dirik empu ba mimpi. Tuchum aja alu nyau udah nya
Seram / Tak (2 marks) = 1
Gaya bahasa (2 marks) = 1
Penyampaian (2 marks) = 2
Real / Fake (2 marks) = 1
Whole story (2 marks) = 1
Total : 6/10
Okay boss 🙌 😁
hmmm… bunian ye…
Ya Tok Embah. Bunian ka manusia masuk dalam mimpi ka, saya pun tidak tahu Tok Embah. For sure, saya tak nak tidur 3 hari 3 malam lagi. Lapar haus saya. Bangun2 terus imagine cekodok
comelnya lapar cekodok
Pernah jugak beberapa kali mimpi mcmni. But I didn’t remember his face. Just his presence and touch. Bangun tidur rasa sedih dan rindu sgt. Harap2 tiada apalah. Takut juga bila fikir balik.
Indeed. It feel so real, yet so unreal
Klau bole sblum tidur berdoa dulu lah ye , lagi2 bila kita rasa cm x sdap hati. Anyway manah crta nuan tu👍
Sigi besampi meh wai. Nda gak tinggal. Tu tegal ku enda ninga jako beaambi besium ka bungai sebarang. Jera meh
bh
Kmk pun penah mengalami benda sama tapi dlm mimpi ya ktk. Mungkin inikah yang dinamakan cinta hehe tapi seriously best story ktk 👍
Kamek ka? Mena tek? Adehh maok leput sa nyawa ahahahaha… ya bukan cinta, ya udah palau embak ngirup cap langkau lol..
jadi sekarang mcm mana hubungan kamu dgn kwn lelaki? ade x mcm halangan seperti ada yg cemburu ke..ape ka..atau kehidupan normal
Seriously ive been into 3 serious relationship tapi semua sgt cemburu and kaki control. That i cant hardly breath. Letih so saya pergi. Dlm hidup saya mmg byk kawan lelaki dari merata dunia. Kebanyakan akan ada perasaan s22o memang tak boleh. But as im writing you now, im so in love dengan seorg lelaki ni. Tahun ni masuk 3 tahun dengan dia, and he proposed to me 22nd july 2019 haritu. So yeah im engaged now 😇
Petah amat d jaku iban taja ank iban cina..
huhu ulih ku imigine ,labn maya agi mit suba aku pun selalu ka bka puteri kayangan kunun.
Terhibur aku ngau penulisan d sis..santai jak ngau bahasa kitai…
first ku tetemu ke penulis ke santai bebahasa iban..
5 star beriku…
Nda gak betah iga sis, semina landik agi nulis ari ka bejako. Sigi baka maia agi mit, beleman mayuh ulah nyak meh ka nyadi buah kenang kitai diatu nyau majak ga tuai 😅
“bidik” ga nyau nn terkena kawin ngau keling nya. I can’t imagine myself enti ba ndur nn. Engka bai nn jarang pulai ke menua, nya kini ya milih nn ke “bini” suba. Keni gaya nn diatu? Bisi manah gik gaya? Ndai “nnya2” nn ya?
Agik bisi baie ka mimpi nyentuk ka diatu meh. Aku sigi ada ba kch, besai ba kch. Ka madah ku tekena utai bakatu tegal baie plai ka rumah panjai, enda sure gak ku. Baca nuan story sambung ku sitik agi “3 Hari Cinta Bunian: Kumang Di Bumi. Utai tu nyadi taun dudi nyin tadi. Ila bisi ku nulis sitik agi cherita ka nyambung utai ke nyadi ba aku taun tu.
Dulu sy pun pernah mimpi puteri bunian gara2 kmi main spirit2.. Orgnya mcm biasa ja dan rupa pun mcm biasa tp semacam ada tarikan di wajahnya yg buat sy sgt terpikat.. hehe Nasib baik masa tu ada puteri gunung ledang kasi nasihat kami spya jgn main lagi spirit2.. kenangan yg paling indah sy rasa yg tdk dpt sy lupakan smpai sekarang..
best!!
thank you
Hahah samalahh. Xknl pun lelaki tu xpi rinsu dia sampai menangis
balik2 berdiri bulu paha ni, inda seram ko bilang… ishh