Kisah Borneo Sungai Berpenghuni

Terima kasih kepada admin fiksyen shasha sekiranya cerita ini disiarkan. Nama saya emen, saya berasal dari sabah dan cerita yang bakal saya ceritakan ini sangatlah terkenal di kampung halaman saya. Saya mendengar cerita ini sendiri ketika saya masih kecil lagi daripada nenek saya sendiri. Okay mari kita mulakan.

Cerita ini berkisarkan kisah persahabatan antara dua orang lelaki bujang dan berlaku kira-kira pada tahun 60-an. Saya berikan nama Ali dan Ahmad (bukan nama sebenar). Mereka ni antara dua pemuda yang paling nakal di dalam kampung tersebut dan seperti mana-mana pemuda pada zaman dahulu, memancing atau memburu merupakan antara perkara yang paling seronok untuk dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan mereka, tetapi berani-berani mereka atau nakal-nakal mereka perlu ada batasnya.

Terdapat sebuah sungai yg terletak agak jauh ke dalam hutan yang terdapat di dalam kampung mereka yang dikatakan banyak hasilnya tetapi agak keras tempatnya. Ali dan Ahmad yang terdengar perkara itu lantas membuat rancangan untuk pergi ke sungai itu, bagi mereka keras itu belakang cerita yang penting hasil kautannya dan mereka memang suka benda-benda yang mencabar seperti ini.

Keesokan harinya, mereka bergerak ketika matahari belum terbit lagi, kira-kira jm 3 subuh pagi kerana hasil kautan lebih banyak jika mereka pergi awal pagi, setelah memeriksa segala alat-alat untuk dibawa, mereka pun bergerak. Ali yang ketika itu agak tidak sedap hati tetapi tidak mengendahkannya kerana memikirkan betapa banyak hasil yang bakal mereka dapatkan nanti. Ketika dalam perjalanan merentas hutan untuk ke sungai tersebut, Ali perasan yang terdapat beberapa mata yang berwarna merah memerhatikan mereka tetapi dia menyedapkan hati dengan memikirkan itu merupakan mata haiwan liar.

Setelah mereka tiba di sungai tersebut, betullah kata-kata orang kampung, tempat tersebut penuh dengan ikan dan lain-lainnya. Langit masih lagi sangat gelap dan mereka berkeputusan untuk berpisah, satu ke hulu dan satu ke hilir untuk mendapatkan hasil yang lumayan dan berjanji untuk berjumpa di sini kembali setelah mendapat hasil yang cukup. Setelah berpisah, Ali hanya memerlukan setengah jam untuk memenuhkan kantungnya dan dia pun kembali ke tempat mereka berjanji untuk berjumpa.

Setelah menunggu dalam setengah jam, Ahmad belum juga kembali. Ali agak hairan kerana dia hanya memerlukan masa yang sekejap untuk memenuhkan kantungnya tetapi Ahmad agak lama. Dia pun berputus untuk mencari Ahmad. Ketika sedang sibuk mencari Ahmad, dia terlihat Ahmad nun jauh di sana kelihatan seperti menunduk membelakangkan Ali. Dia pun memanggil-manggil Ahmad tetapi Ahmad langsung tidak membalasnya. Dia agak berang dengan tindakan Ahmad tidak memedulinya lantas dia berlari ke arah Ahmad sambil memanggil-manggil namanya.

Setelah agak hampir dengan Ahmad, dia hairan melihat air sungai di sekitar Ahmad agak merah seperti darah dan Ahmad menjawab Ali dengan suara yang agak garau. “Ali, saya sakit Ali, saya sakitttt.” kata Ahmad. Ali setelah tiba di tempat Ahmad lantas memusingkan Ahmad ke arah dia. Terperanjat beruk Ali melihat yang Ahmad sudah tidak mempunyai kepala. Ali dengan pantasnya berlari merentas sungai dan hutan untuk balik ke rumahnya dalam keadaan ketakutan. Ahmad juga dengan pantasnya mengejar Ali di belakang dalam keadaan tiada kepala. Ali sudah tidak rasa kakinya sakit terpijak duri atau apa-apa yang tajam yang penting dia sampai dulu di rumah.

Setelah sampai di rumah, Ali segera menutup segala tingkap dan pintu rumahnya. Sesiapa sahaja dia menutup semuanya, kelihatan Ahmad juga telah tiba di rumahnya. Ahmad kelihatan berlegar-legar di luar rumah Ahmad kerana tidak dapat masuk ke rumahnya. Rumah Ali ialah seperti rumah-rumah kampung lama yang terdapat lubang-lubang kecil pada lantai rumah yang membolehkan kau melihat ke bawah rumahnya. Ahmad kelihatannya juga cuba untuk masuk ke rumah Ali melalui lubang-lubang tersebut. Perkara itu membuatkan Ali amat takut dan panik. Dengan segera Ali memasak air panas dan menuangnya ke arah Ahmad.

Setelah di tuang air panas tersebut, Ahmad berteriak dalam suara yang sangat garau dan mengelupur, akhirnya tidak bergerak. Ali dengan segera mencari bobohizan (bomoh) untuk membantu arwah bersemadi dengan aman. Ketika itu, mereka belum lagi menganut apa-apa agama. Bobohizan tersebut memberitahu Ali bahawa tempat yang mereka pergi sangat keras dan rogon di tempat itu telah memakan kawan dia lantas merasuk dia. Makanya, dengarlah amaran orang tua-tua ye kawan2, amaran yang mereka berikan ada maksudnya. Ini sajalah kisah saya untuk kali ni. Terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “Kisah Borneo Sungai Berpenghuni”

  1. Cadangan sy, elakkan guna nama Islam (Ahmad/Muhammad) bagi watak bukan Islam. Jika kisah tersebut kisah Melayu silam/sebelum Islam gunakan nama tumbuhan bagi watak tersebut spt Jati,
    Medang, Meru etc bagi watak lelaki dan Melur, Mawar, Cempaka etc bagi watak perempuan. Harap penulis tidak berkecil hati.

    Reply
  2. aq rasa mcm kat kwasan kampung aq shaja lh, 2 tahun yg lalu ada kes bapa seorang bdak nie hlng dan lama tak blik ,orng kmpung ckp dia msuk hutan kira memburulh dan bla orng kmpung cari cuma tnggal mayat je and mayat tu takde kepala dan area mayat tu d jmpa d sungai d dalam hutan tebal,

    Reply
  3. Saya sokong akulah.. Jgn rosakkn nama ahmad/muhammad.. Boleh je pkai nama lain yg lbih sesuai. Supaya xmengguris mana2 pihak.. 🙏🏻

    Reply

Leave a Comment