Wanita Berkebaya Putih Bersanggul Merah

Habis SPM kakB sambung belajar di pekan, pahang. Seronok belajar kat sana walaupun kampung. Tak stress tau. Mula-mula kami dapat duduk kat luar, kolej sediakan rumah, dah nak habis study kami kena pindah duduk hostel dalam kawasan kolej tu. Agak tak best, sebab tak dapat merayap, pukul 10 malam nak kena ada dah kat kolej. Masalah kami ni, pukul 10malam baru lapar, baru nak keluar cari makanan 😅

Tapi apakan daya, kenalah ikut peraturan hostel. Duduk hostel 1 bilik 6 orang. Katil bawah senior dah sapu dulu. Takde pilihan, tidur jugalah kat katil atas, walaupun sebenarnya tak selesa, sebab tak kena kipas.

Bulan pertama tak apa-apa yang pelik pun. Biasa je. KakB bergayut phone dengan bf sampai pagi pon takde apa-apa yang pelik. Sampailah 1 malam kakB terkejut sebab ada ‘orang’ kejutkan kakB. Ingatkan dah subuh. Sebab biasanya, senior bawah katil kakB tu akan kejutkan subuh. Tapi, takde orang pun, bila tengok kat bawah, senior tu sedap lagi membuta. KakB tidur semula. Kemudian terjaga sebab rasa susah nak bernafas, macam ada yang menindih. Cuba lawan, tapi tetap tak boleh bergerak. Baca alfatihah dalam hati, pun sama tak boleh bergerak. Makin lama makin berat dan makin susah nak bergerak. Tiba-tiba, alarm phone kakB berbunyi. Puhhhhh lega. Lepas seksa. Boleh bernafas macam biasa.

Tapi, sejak tu terasa macam ada ‘orang’ yang memerhati. Pelikkan, padahal takde orang pun sebenarnya. Hampir 2 minggu juga terasa ada ‘orang’ tu.

Tak tahan memendam rasa, kakB cerita kat kawan sebilik juga, katil kami sebelah-sebelah je sebenarnya. Dia pun buka cerita, dia kena tindih pada malam pertama kami masuk situ. Tapi takde pula dia rasa apa-apa selepas tu. So, kami minta tolong kawan sorang lagi. Minta tumpang tidur kat bilik dia. Masa tidur kat sana ok je, takde apa-apa pun. Sampailah cuti weekand, masing-masing nak balik kampung. Kawan kakB ni tak cukup duit pula nak beli tiket bas. So dia minta tolong kakB temankan. Terbatallah plan kakB nak pergi rumah pakcik kat kuantan. Tinggallah kami berdua. Eh lupa nak cerita, kami duduk hostel bahagian belakang, rumah papan. Ada 3 bilik tidur dan 1 bilik air. Hostel bahagian depan, hostel seperti kebanyakan ipt la.

So bahagian hostel depan tu ada ramai juga tak balik, kat rumah tu kami tinggal berdua. KakB cakap dengan kawan kakB, kita tidur awallah malam ni (sebenarnya kakB rasa tak best dari petang lagi)
Nak tumpang bilik kawan, dia balik kampung.

So, lepas je isyak, kami dah masuk bilik. Standy nak tidur. Tak pasti jam berapa, kakB tersedar sebab pintu bilik terbuka (katil kakB sebelah pintu) so cahaya lampu dari ruang tamu tu mengganggu tidur kakB. So, kakB bangun nak tutup pintu. Masa nak naik kat katil semula, kakB nampak akak senior ni. Tapi dia mengadap dinding.

“Akak ke yang balik, pasaipa tak tutup pintu?”

Takde jawapan. Pekak ke apa akak ni.

“pakcik guard tak bising ke akak balik lambat?”

Senyap.

Dah kenapa akak ni. Lantaklah, badmood kot.

KakB panjatlah katil, nasiblah masa tu ramping lagi. Kalau gemuk macam sekarang ni, confirm roboh katil tu 😅

Dah sampai atas, kakB baru je nak tarik selimut, akak senior tu menangis. Pulak dah, tadi tanya taknak jawab. Pening la.

KakB jenguk kat bawah. Terkejut dibuatnya. Akak tu baring, dengan kembangkan rambut kat atas katil, dan matanya terbeliak.

“akak ni kenapa? Balik tengah-tengah malam, lepastu menangis. Saya nak tidur ni, dahlah ganggu orang tidur. Kot ye pun breakup dengan bf, tak payahlah macamni. Cari je orang lain. Tak payah nak sedih-sedih, kat kolej tu ada je yang helok, nanti akak usha je baru”

Senyap. Bila jenguk semula kebawah, posisi akak tu masih sama, tapi dia senyum. Senyumannya tu menyeramkan.

Cepat-cepat kakB tarik semula selimut, menyorok dalam selimut. Berdebar masatu, lain macam, macam nak jatuh jantung ni.

Mesej masuk kat phone.

“kau cakap dengan siapa? Ke kau mengingau?”

“aku cakap dengan akak senior la, dia balik tengah-tengah malam lepastu menangis, pehal ntah”

“tidur jelah, jangan layan” kawan kakB mesej. Masatu mana ada whatsapp macam sekarang.

Aduh, tak boleh tidur la pulak. Pusing sana pusing sini tetap tak boleh tidur. Dok terbayang senyuman akak tu. Pasaipa tak tahu. Aduh.

Sampailah bunyi alarm phone, kakB bangunlah, alang-alang tak boleh tidurkan. Capai towel, masuk toilet. Cuci baju, mandi, ambil wudhu.

Keluar toilet, kawan kakB bangun, tapi dia tak tegur kakB. Dan katil akak senior kosong dan kemas.

Lepas solat. KakB turun bawah, nak sidai baju. Kat rumah tu, nak sidai baju kena turun bawah dan dibahagian belakang rumah. Luas kawasan belakang tu. Masa nak turun tangga tu, ternampak perempuan melambai tangan kat tepi sungai tu. Pelik pula, budak mana pagi-pagi pergi sungai. Lantaklah.

KakB turun dan sidai kain. Kawan kakB pula nak turun, masa kat tangga tu, dia menjerit. Macam histeria eh ke memang histeria? Macamtu la dia menjerit, meronta-ronta. KakB tak tahu nak buat apa. Last-last, tinggalkan dia, panggil pakcik guard.

Pakcik guard baca sesuatu dan hembuskan pada air. Dia suruh kakB sapukan air kat muka kawan kakB tu. Bila dah sapu, kawan kakB ni macam dah bertenang. Lepastu pakguard kata dia nak panggil kawan dia. Nampknya benda lama tu datang semula.

Benda apa pulalah. Kami ni dah la tak tahu apa-apa. KakB angkat kawan kakB dan papah dia, kami pergi ke cafe.

Tak lama, pakguard datang, dia tanya berapa orang dalam rumah tu, kakB jawab 3 orang. Pak guard masuk rumah, nak panggil sorang lagilah kawan kakB tu. Tapi dia kata takde orang pun.

“Aik, mana pulak perginya akak senior tu? ”

Pak guard check buku list outing. Ada nama akak senior tu. Tapi dia tak tanda masuk, ikut rekod dia masih kat luarlah.

Masatu lagi tambah berdebar la kakB ni. Dengan siapa pula kakB tegur malam tadi. Dengan kawan yang macamni pula. Apalah nasib 😪

Pak guard kata takde orang pun kat atas dan dia suruh kawan dia bantu ‘bersihkan’ rumah tu. Tak lama lecturer pula sampai. Dia kata malam ni tidur rumah dia, sementara kawan pak guard buat kerja ‘pembersihan’

Kami masuk semula hostel hari isnin. Sebab menumpang kt rumah lecturer. Sebelum masuk kelas, nak singgah dulu hostel. Masa buka pintu tu. Semerbak bau bangkai keluar. Tak jadi teruskan langkah, tutup semula pintu. Masa kami turun tangga tu terdengar bunyi orang ketawa – halus je bunyinya.

KakB pandang kawan, kawan pandang kakB. Kami campak beg terus lari masuk kelas. Mengah-mengah sampai kelas.

Masa kelas berlangsung, kakB dan kawan ni, ternampak seorang perempuan berbaju kebaya putih, bersanggul merah lalu depan kelas. Besar sanggulnya (boleh nampak sebab pintu kelas berkaca) kakB macam biasalah, buat tak tahu dan buat-buat fokus kat kelas. Tapi tak fokus pon. Sampailah habis kelas, apa yang lecturer ajar pon tak tahu.

Habis kelas, kakB panggil kawan lelaki kelas kakB ni. KakB cerita kat dia. Lepastu dia kata, dia pun nampak perempuan kebaya putih tu. Dan dia pernah nampak sekali masa kat tepi sungai belakang hostel kakB tinggal tu.

Kawan lelaki kakB ni memang jenis boleh nampak tau. Dan dia adalah belajar sikit-sikit pasal ‘benda’ ni. KakB bagitahu dia, takut nak balik hostel, tapi kalau tak balik macamna pula, dah la kawan kakB ni macam fobia dah.
(Kawan lelaki kakB ni kakB gelarkan Hairul)

Si Hairul ni suruh juga kami balik, kan semua ahli rumah dah balik, so tak payah takut. Dan dia bagi beberapa p****g ayat untuk kami amalkan dan tampalkan di bilik.

Balik tu terus buat apa yang Hairul ajar. Alhamdulillah malam tu ok je tak apa-apa.

Bangun pagi, kawan kakB takde. Kemana pula dia. Cari 1 rumah dan hostel depan, pun takde. Lepastu cari kelas demi kelas, pun takde. Tanya pak guard kot kawan ni keluar ke, takde juga.

Kemana dia ni. KakB call lecturer dan dan Haiul. Pak guard pun tolong cari. Tak jumpa. Masa Hairul sampai, kakB rasa nak peluk dia sebab takut. Mujur lelaki, kalau perempuan dah lama kakB peluk ☺

Cari dan cari, akhirnya Hairul jumpa. Kawan kakB ni bawah rumah, dia menyorok kat situ. Tapi masatu suaranya dah lain. Besar dan garau. Hairul pegang je kawan kakB ni, terus menggelupur dan menjerit-menjerit. Mengamuk macam tu la.

Hairul bawa naik rumah. Dia suruh kakB dan kawan yang lain tunggu kat cafe. Kawan pak guard pun sampai. Mereka sama-sama menyelesaikan ‘masalah’ tu. Lama juga. Nak dekat jam 12 tengahari baru selesai.

Hairul minta kakB call parent kawan ni. Suruh ambil dan berehat supaya bertenang.

Sampai sekarang kakB tak tahu kenapa kawan kakB kena histeria macam tu. Hairul tak cerita apa-apa pun. Dia memang kuat sangat berahsia. Geram je. Tanya kawan, dia tak ingat apa pun. Hampeh betul.

Tapi bagus juga kakB tak tahu apa-apa, takde la menggangu fikiran kakB ni. Dan akhirnya kakB habis study kat sana. Next year tu sambung diploma di kuantan pula.

Terima kasih admin sudi share #ceritakakB

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nurul basyarah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Wanita Berkebaya Putih Bersanggul Merah”

  1. slm. .pompuan brkebaya putih tue sape yek. .penuntut ke pemilik ke penunggu. .aduh. .xbpe jelas tp story ok n best. .6ti sambung lg yek KakB.??. .t.t.

    Reply
  2. berapa orang sebenarnya tak balik kampung ni? kami? kak b, kawan dia dan tukang cerita? 3 orang kan? campur akak senior hantu.. 4 orang la kan..musykil aku ni

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.