Kisah dirasuk

Hai semua. Terima kasih admin kerana menyiarkan kisahku ini. Nama aku Amira Dan kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Namun ianya masih segar diingatan kami semua. Kisah bermula apabila Aku, suami aku, anak perempuan aku berusia 18 tahun, anak lelaki aku berusia 17 tahun dan anak saudara perempuan aku berusia 18 tahun dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan keluarga kami disebuah negeri di selatan tanah air….

Pada jam 630 petang, kami semua bertolak dari rumah aku untuk ke majlis tersebut memandangkan kami semua perlu berada disana pada jam 730mlm. Sewaktu dalam perjalanan, suami aku berkata yang beliau akan berhenti solat disebuah surau memandangkan waktu maghrib baru sahaja masuk dan takut tak sempat untuk solat di lokasi perkahwinan nanti. Sesampainya di surau tersebut, suami aku bertanya aku samaada mahu solat sekali ataupun tidak sebelum mematikan engine kereta. Memandangkan aku telah siap bermake up, aku hanya menggelengkan kepala dan berkata nanti malas nak make up balik. Suamiku mengangguk dan membiarkan sahaja engine kereta hidup dan mengajak anak lelaki aku untuk solat sekali dan berpesan kepadaku untuk mengunci kereta untuk keselamatan. Tinggallah aku bersama anak perempuan dan anak saudara perempuan aku didalam kereta…

Sewaktu tengah menunggu suamiku, anak aku dan cousinnya menyatakan hasrat mereka untuk ke tandas. Aku berpesan untuk mereka berhati-hati. Selepas semuanya selesai, mereka kembali ke kereta dan suamiku juga telah selesai menunaikan solat. Kami pun meneruskan perjalanan ke lokasi majlis.

Selesai majlis tersebut, kami pun kembali kerumah untuk berehat. Sewaktu dalam kereta, aku melihat, anak saudara aku banyak mendiamkan diri. Sepatah kita tanya, sepatah yang dijawab. Mungkin penat kerana majlis tadi kataku didalam hati. Sesampainya dirumah. Kami semua berehat dan masuk tidur. Tiba-tiba pada jam lebih kurang 4am, anak perempuan ku mengetuk pintu bilik aku dengan kuat memanggil aku dan suamiku. Kami terjaga dan melihat anak kami sangat ketakutan. Anakku berkata, cousinnya macam dirasuk. Suamiku bergegas untuk melihat keadaan anak saudaraku. Matanya mcm terbeliak bulat. Bewarna merah. Rambut pulak kusut semacam. Kami semua panik kerana tidak tahu untuk buat apa. Suamiku melaungkan azan dan membaca ayat kursi. Keadaan wajahnya sangat menggerunkan pada waktu itu. Jelingan matanya juga sangat menakutkan. Aku yakin, itu bukanlah anak saudaraku. Tetapi beliau telah dirasuk.

Keadaan makin tidak terkawal apabila anak saudaraku mula bertindak liar dan menghempas barang-barang yang terdapat didalam bilik anakku. Suami ku menelefon seorang imam masjid berhampiran dengan rumah kami. Lebih kurang 30 minit kemudian, imam pun tiba kerumah kami bersama 3 lagi lelaki yang aku assume merupakan perawat islam. Sewaktu hendak merawat, 3 lelaki bersama suami dan anak lelaki tu cuba untuk memegang anak saudaraku. Tetapi gagal. Bayangkan, 5 orang lelaki pun tak boleh nak pegang anak saudaraku. Sedangkan anak saudaraku itu, berbadan kecil sahaja. Selepas itu, salah seorang perawat itu seakan membaca sesuatu. Anak saudaraku seakan lemah sedikit. Sewaktu itulah baru anak saudaraku boleh dipegang untuk dirawat. Aku masih ingat bertapa kuatnya anak saudara ku menjerit perkataan “sakit” “kau siapa” “tidak mahu” dan mengilai berulang kali sambil meronta-ronta. Semasa proses rawatan, ada beberapa kali aku mendengar perkataan yang aku sendiri tak tahu bahasanya keluar dari mulut anak saudaraku.

Selepas beberapa ketika, keadaan menjadi tenang, dan anak saudaraku kelihatan begitu penat dan tertidur. Aku begitu kesian melihat apa yang berlaku kepadanya. Imam dan perawat islam tersebut meminta izin untuk pulang dan sebelum pulang mereka memanggil suami ku untuk keluar bilik sebentar untuk membicarakan sesuatu. Selepas beberapa ketika suamiku masuk kembali kebilik untuk melihat keadaan kami semua dan beliau berkata akan menceritakan apa yang berlaku selepas dia solat subuh memandangkan waktu subuh pun baru saja masuk. Aku mengikuti suamiku untuk solat sekali dan meminta anak lelaki dan perempuanku untuk menemani cousinnya sewaktu kami solat.

Selepas solat, kami kebilik anakku kembali dan melihat anak-anak kami pun terlelap. Kami mengejutkan anak-anak kami dan membiarkan anak saudaraku untuk terus tidur. Suamiku menceritakan apa yang diberitahu oleh perawat islam tadi. Katanya hal ini ada kaitan dengan pengurusan tuala wanita. Suamiku bertanya anak perempuanku sama ada dia period ataupun tidak, anakku menjawab tidak. Kemudian, suamiku bertanya anakku, samaada cousinnya period atau tidak? anakku menjawab ya. Long story short, akhirnya anakku menceritakan, sewaktu kami singgah disurau semalam, anakku ke tandas untuk menemani anak saudaraku menukar pad. Dan pad yang telah digunakan itu, tidak dibuang kedalam tong sampah sebaliknya dibuang diatas lantai sahaja. Actually anakku sudah menegur cousinnya untuk membuang pad tersebut ditong sampah yang disediakan. Tetapi tidak diendahkan. Dan suamiku menceritakan sebab itulah ada “benda” yang mengikut anak saudara ku pulang.

Beberapa hari kemudian, apabila anak saudaraku sudah kembali sihat, kami menceritakan apa yang berlaku dan puncanya. Beliau mengaku memang salah beliau dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Aku selalu berpesan kepada anak perempuanku untuk sentiasa menjaga adab ketika period dan tidak membuang pad merata-rata sebab “benda” tu memang suka untuk menggangu perempuan yang tengah datang bulan. Walaupun cerita ini berlaku beberapa tahun lepas, tetapi ianya masih segar diingatan kami semua.

Sekian…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Amira

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.