Assalamualaikum nama aku Ariana (bukan nama sebenar). Maaf ye jika kisah yang aku cuba sampaikan ini tidak dapat memuaskan hati pembaca semua. Kisah aku ini hanyalah rekaan semata-mata. Jangan mudah terpengaruh atau terpedaya dengan cerita yang aku sampaikan. Terima kasih kepada admin jika kisah aku ini disiarkan.
Bunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran. Pucat lesi muka anak dara berusia 17 tahun itu kerana terperanjat.
Mazni bingkas bangun. Perasaan takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut ikal mayang itu. Bunyi desiran air hujan di malam hari itu tambah meresahkan hatinya menyebabkan Mazni berasa tidak bertahan lama dibiliknya. Tanpa menutup lampu bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh di sofa. Matanya merenungg jauh entah ke mana. Malam itu Mazni sendirian di rumah. Ibu, ayah serta dua orang adiknya ke rumah Pak Lang kerana ada kenduri doa selamat pada malam itu.
Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) sudah hampir. Sebelum pergi, ibunya mengingatkan bahawa mereka mungkin akan pulang lewat kerana mahu menolong apa yang patut. Ibunya juga berpesan agar Mazni tidak lupa mengunci semua pintu dan tingkap. Sebaik sahaja mereka pergi, Mazni segera mengunci puntu dan tingkap. Kemudian dia terus berkurung di dalam bilik untuk mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang asyik menelaah, hujan turun dengan lebatnya diselangi dengan kilat sabung-menyabung. Kesunyiaan yang begitu mencengkam tiba-tiba mengundang resah dan takut di hati Mazni. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam.
Mazni masih bertelekup di sofa. Hendak menonton televisyen bagi menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan sabung menyabung menyebabkan hasratnya itu terhalang. Saat itu timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan ibu dan ayahnya tadi, “Ah kenapalah ibu dan ayah lambat sangat balik ni?” keluhnya untuk sekelian kali. Untuk menghilangkan rasa takut Mazni membaca doa kursi dan beberapa ayat al quran yang lain. Namun rasa cemas yang tidak kunjung hilang itu menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidur.
Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni terdengar satu dentuman yang sangat kuat. Untuk menyedapkan hati dia membuat andaian itu adalah bunyi petir. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi pintu rumah diketuk orang. Mazni segera bergegas membuka pintu kerana menyangkakan ibu dan ayahnya dah balik. Namun, apabila dibuka tiada sesiapa di luar. Mazni menutup semula pintu tetapi ketukan berbunyi lagi. Sebaik sahaja pintu dibuka, Mazni melihat seorang wanita dalam lingkungan dua puluhan berdiri di depannya. Wanita itu basah kuyup dan mengendong bayi. Bajunya koyak dan ada kesan darah. “Maaf, kereta kakak rosak terlanggar pembahagi jalan di simpang sana. Boleh kakak tumpang berteduh sebentar dik?” kata wanita itu memecah kesunyian. Suaranya begitu perlahan hingga tidak kedengaran. “Eh, masuklah kak,” kata Mazni seolah-olah tersedar daripada khayalan.
Setelah mempersilakan wanita itu duduk di sofa, Mazni lantas ke bilik ibunya mencari pakaian untuk menggantikan pakaian wanita itu yang lencun dek hujan. Mazni juga mencari tuala bagi membalut tubuh anak wanita itu. Sementara wanita itu bersalin pakaian, Mazni bergegas ke dapur menyediakan minuman panas untuk mereka. “Maaf sebab menyusahkan adik,” kata wanita tadi sebaik sahaja Mazni meletakkan secawan nescafe panas di depannya. “Tak apa akak. Sekurang kurangnya saya ada kawan,” jawab Mazni sambal menjeling ke arah anak wanita itu yang senyap sahaja sejak tadi. Mungkin sudah tertidur agaknya. Tidak banyak yang dibualkan oleh mereka berdua. Biarpun banyak yang ingin ditanyakan oleh Mazni, tetapi mulutnya bagaikan terkunci. Sedangkan wanita itu seolah-olah lebih senang menyendiri. Mungkin dia ada masalah apabila melihat wajah wanita itu yang seolah olah dalam kesedihan.
Tiba-tiba, “Maaf dik, Kakak kena pergi sekarang.” Kata wanita itu sambil meluru keluar. Mazni tidak sempat menahan dan hanya mampu memandang sambil terpinga-pinga. Beberapa minit kemudian kedengaran daun pintu diketuk orang. “Mesti kakak tadi. Ha itulah. Hujan belum berhenti dah nak pergi,” omel Mazni sambil berlari mahu membuka pintu. Namun alangkah terkejutnya Mazni apabila melihat seorang wanita berlumuran darah sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat didepan Mazni. Wajahnya amat menakutkan. Dia seolah-olah berada dalam kesakitan dan inginkan bantuan. Tubuh Mazni menggeletar dan akhirnya dia rebah tidak sedarkan diri.
Ketika membuka mata, sayup-sayup Mazni mendengar suara ibu bertanyakan apa yang sudah berlaku. Tetapi Mazni tidak mampu menjawab. Dia hanya memeluk erat tubuh ibunya sambal menangis semahu-mahunya. Keesokan pagi, sambil bersarapan pagi, ibunya menceritakan satu kemalangan ngeri yang berlaku dekat simpang berhampiran rumah mereka. “Kasihan pemandu wanita dan bayinya meninggal. Tu sebab kami terlewat semalam.” Hati Mazni berdebar-debar mendengar kata-kata ibunya. Dan debaran itu bertambah kencang bila ayah menyampuk. “Berita kemalangan tu ada dalam akhbar hari ini. Gambar perempuan dan anaknya itu pun ada. Nah tengok,” katanya sambal menhulurkan surat khabar itu kepada Mazni. Dengan tangan menggeletar akhbar itu disambut. Tidak salah lagi memang wanita dan anaknya itu yang datang berkunjung ke rumahnya malam tadi.
Sekian dan terima kasih.
not bad. boleh asah lagi bakat menulis
yea mf diterima. .cite yg best. .klu ad lg sila smbuog lg yea??. .t.t.
Sampah..teruskan hanya jadi pembaca dari penulis yer
aku tak faham dan hairan dengan orang yang kegemarannya adalah menghina dan mencaci orang. dah tak ada hobi lain yang memberi faedah ke dalam dunia? jangan ikut perangai si mambang ni ye saudara/i..jadilah manusia yang memberi manfaat dan bukan memberi mudarat..
Terima kasih ain kerana berkongsi cerita saya mintak izin untuk buat short film kisah ini boleh ?
Wahh kau macam le reti sangat menulis cakap penulisan orang tu sampah bodoh mentality low class lain kali comment biar berakal siket kau tu perangai mcm sampah