Pengalaman Sendiri

Assalamualaikum, ok ingat aku lagi tak? aku lah Kaka yang pernah tulis cerita pasal LIYA. Okay sebelum ni aku pernah hantar cerita pasal pengalaman kawan aku kena rasuk. Kalini aku rasa, aku nak cerita tentang pengalaman aku sendiri kena rasuk. Maksud aku, apa yang aku benar-benar rasa ketika dirasuk tu. Tak semua pernah alami kan. Yelah, kadang ornag ingat yang kena rasuk ni semua main-main je. Tak memain okay! Haa, Sebelum tu kalau nak lebih faham apa yang jadi, korang boleh search Kenangan Ketika Belajar Part 1.

Disebabkan perkara ni dah lama berlalu jadi aku ambil masa juga nak ingatkan balik peristiwa-peristiwa yang berlaku.

Aku panggil minggu tu sebagai minggu histeria lah ye. Sebab apa ? Sebab memang ramai sangat yang kena histeria. Salah sorangnya aku, tapi sebelum aku kena histeria. Akulah yang tolong budak-budak yang kena histeria ni, aku jaga dorang dab pastikan dorang berada dalam keadaan selamat maksudnya dorang tak duduk sorang-sorang dan ada yang tolong jagakan. Tapi, bukan aku sorang je ada juga beberapa orang yang lain tolong sama.

Pendekkan cerita, satu malam ni ada bacaan yassin. Lepas bacaan yassin, akak senior yang jadi ketua bacaan tu panggil budak-budak yang kena histeria pagi tadi tu dan meminta mereka duduk dekat dengan dia. Dia bagi tazkirah sikit, doa and bagilah beberapa tips nak lawan benda tu. Tapi, aku taktahu kenapa aku takboleh fokus. Aku perhati salah sorang budak yg kena histeria pagi td dan aku rasa aku nak tergelak. Entah kenapa. Nak kata muka dia kelakar macam zizan takdelah pulak. Lepastu aku mula gelak sorang-sorang. Aku sedar tapi aku takboleh kawal. Ala bukan gelak yang terbahak. Cuma macam tergelak sikit lah camtu.

Okay, lepas habis sesi tazkirah tu, masing2 balik bilik sendiri. Dekat bilik, aku duduk sorang-soranglah dekat katil sebab aku memang suka duduk sorang-sorang. Tapi entah kenapa masa tu bahu aku rasa berat sangat. Dia punya berat macam ada gajah dekat bahu. Makin lama makin berat. Aku dah mula rimas dan mula tak rasa selesa.

Dalam beberapa minit lepas tu, kak bulan masuk bilik. Yelah sebab aku share bilik dengan dia. (Kalau nak tahu siapa kak bulan please baca cerita Kenangan Ketika Belajar Part 1 & 2. Takdelah korang konfius). Kak bulan ni mungkin perasan yang aku lain macam masa tu, dia pun datang dekat dan tanya aku okay tak.

Kak Bulan, “Akak tengok Kaka macam tak okay je. Ada problem ke woi? Ha ni mesti gaduh dengan pakwe?”

Aku, “Eh tak lahh. Ni haa entah la nape tetiba bahu sakit. Berat pulak tu” Aku berkata sambil buat muka kesian weh.

Aku tengok kak Bulan terus diam lepas aku cakap macamtu. Dia tu memang jenis seriois sikit. Hosmet sakit perut sikit pun dah serious suruh bawak g klinik. Haha okay Kebetulan, Lisa masuk bilik dan adia tanya kenapa apa semua. Aku beritahu pasal bahu aku yang sakit. Si Lisa ni cuba lah picit-picit bahu aku. Dia kata mungkin sebab aku penat sangat kot.

Tanpa aku sedar, aku tepis tangan Lisa. Aku cakaplah yang dia picit sakit gila macam nak bunuh aku.

Aku, “kau pehal picit kuat sangat. sakit la!!”

Lisa, “Aik, aku baru picit sikit je. Tak tekan kuat mana pun. Lembik ah kau ni”

Aku, ” Dah la takpayah la picit lagi! Kau nak bunuh aku ke gila !”

Fuhh, Aku rasa nak sepak dia masa tu. Tiba-tiba satu badan aku tak boleh gerak. Hape lagi, aku menangislah. Weh tak lawak tau tiba-tiba je badan tak boleh gerak. Yang lisa dengan kak bulan dah gelabah dah.

Dorang cepat cepat panggil warden datang rumah. Haa part ni paling seram aku rasa. Time ni aku rasa blank jer tau. Macam kosong. Macam dekat dunia sendiri. Tapi dunia yang putih dan kosong je. Kebetulan, housemate aku lagi sorang nama Ilah jaga aku, haa dia ni boleh nampak benda-benda ghaib tau. Dia tengok aku lama gila. Atas bawah dia pandang. Lepastu tiba tiba dia terus lari keluar dari bilik tu. Muka dia takpayah cakaplah, macam tengah berdepan dengan orang jahat. Kecut habis muka! Ilah ni Panggil housemate yang lain. Aku dengar dia kecoh-kecoh dekat luar cakap dia nampak ada benda hitam besar dekat belakang aku. Mungkin benda tu yang bertengek dekat aku. Aku pun macam, “ok ada benda hitam kat bahu aku… okay… okay… steady weh jangan pengsan dulu weh…”

Bila Warden sampai rumah, macam biasa lah dia suruh aku lawan benda tu baca ayat-ayat suci dalam hati. Dia urut aku sikit-sikit sambil baca-baca beberapa surah. Di sebab kan aku rasa sakit sangat, Aku cuba untuk bergerak untuk tepis tangan warden tu. Warden tu marah aku weh, dia suruh aku tahan sikit . Aku menangis, merayu suruh warden tu stop. Sakit gila weh! Tapi warden tu buat tak endah je. Dia tetap teruskan sambil mulut terkumat kamit baca ayat ayat Al Quran. Tak lama lepas tu, Alhamdulillah badan aku dah boleh gerak. Dia punya lega macam fuhhh ringan gila badan! Warden suruh aku solat sunat amik wuduk lepas tu rehat. Dia cakap mungkin sebab aku selalu tolong budak-budak kena histeria, jadi benda tu tak suka. Jadi, dia tumpang la kat bahu aku. Eh ingat bahu aku ni kenderaan ke sesuka hati je nak tumpang. Alhamdulillah untuk malam tu badan dan bahu aku rasa ringan dan aku tidur kepenatan.

Aku ingat benda tu habis malam tu jer. tapi jangkaan aku meleset. esoknya ada lagi kes histeria berlaku! Aku tolong takat yang mampu je. alah, tolong papah budak pengsan, tenangkan yang tengah menangis semua tu. Haa macamtu je. Tapi, badan aku tiba tiba rasa macam uish oenat gila.Jadi, aku pergi rehat dekat luar lobby. Kebetulan dekat situ juga ada Lisa dengan kawan aku si Ilah tu.

Ilah ni secara tetiba tanya aku okay ke tidak. Aku cakap lah okay je cuma bahu aku sakit. Dalam masa yang sama, Aku rasa panas sangat. jadi aku nak pindah duduk dalam lobby ( ada aircond ) . Badan aku berpeluh habis dah masa tu. Dia punya panas macam ada api dekat badan aku.

Lisa dgn Ilah ikut aku masuk dalam lobby. Haa dlm lobby tu pulak ada Liya ni. Dia baru je lps kena histeria. Jadi dia rehat kt situ. Tapi dalam tu ada juga dua orang budak lelaki, sorang budak lelaki ni dia duduk dekat sofa belah kanan dan aku duduk sofa depan sofa liya baring. Aku cuba selesakan diri dekat sofa bila aku terpandang budak lelaki tu dia pandang aku berkerut. Aku pula terus keluar, sebab aku terkejut tengok muka dia macam orang tua padahal dia tu boleh tahan handsome juga orang dia. Tapi kawan aku bagitahu aku, budak lelaki tu nampak ada benda hitam ikut aku dari belakang masa keluar dari bilik tu.

Lepas tiga hari, aku pergi kelas macam biasa, dekat luar kelas tu ada senior jual nasi lemak aku ajak kawan aku beli, perangai aku macam budak-budak bila seronok sangat nampak nasi lemak tu siap beli dua takut tak cukup lepas tu kitaorang gerak pergi cafe. Aku tak ingat sangat apa yang berlaku, tapi ni dari apa yang kawan-kawan aku cerita. Masa aku tengah makan tiba-tiba aku makan macam gelojoh sangat macam tak pernah makan. Sebab dorang dah rasa pelik ada yang dah blah tukar meja kak bulan tegur aku, tapi aku buat bodoh je. Lepas tu, Lisa beranikan diri tegur aku ketuk ketuk meja tanya aku okay tak tapi aku jeling dia. Tiba-tiba Lisa tanya kau ni siapa ? Datang dari mana ?

Sebab Lisa asyik push soalan aku tiba-tiba mengamuk ketuk meja dan berdiri sambil renung tajam dekat dia. Semua orang takut, kak bulan dah suruh seseorang panggil kan ustaz.

Lepas mengamuk, aku sambung balik makan dengan gelojoh makan ayam sampai sisa-sisa dekat tulang tu pun aku cuba nak makan. Bila makanan dalam pinggan tu habis aku mengamuk lagi, kak bulan tanya nak makanan lagi ke ? Aku mengangguk macam budak-budak berjalan pergi amik ayam 3-4 ketul guna tangan ( bila dorang cerita balik masatu aku rasa geli ok, sorry makcik cafe ) lepastu duit aku main campak je dekat kaunter kak bulan ikut aku masa tu. Jadi, dia lah yang tolong kutip semua barang aku. Ustaz datang aku still tengah makan lepas tu ustaz tu tanya beberapa soalan sampai aku mengamuk.

“ kau datang dari mana ?” Ustaz tu tanya. Aku still makan dengan gelojoh.

“ aku bagi kau peluang keluar dari badan dia “ aku geleng kepala.

Lepas tu ustaz tu keluarkan lada hitam and tekan dekat pergelangan tangan, kepala aku pun dia pegang. Badan aku besar, bila aku meronta-ronta tu ramai juga budak lelaki yang pegang tapi aku boleh lawan. Dorang terpaksa pegang aku kuat-kuat. Kawan aku cakap ustaz tu tanya dari mana aku masuk dia cakap dekat belakang badan aku dekat dengan bahu, ustaz tu amik lada hitam dan tekan dekat situ. Sakit weh, serious sakit. Aku meraung kuat gila, macam macam cara ustaz tu guna dengan macam-macam soalan dia tanya lepas setengah jam aku sedar. Masatu aku rasa penat gila dan badan aku semua lemah.
Waktu balik habis kelas, aku cari kawan-kawan aku semua tak ada. Dorang tinggalkan aku, sampai hati 🙁 . Tapi masatu aku rasa marah gila. Aku sampai bilik aku jeling dekat kak bulan. Dia nasihatkan aku balik rumah untuk berubat.
.
Aku amik bag semua dan balik . Nasib rumah dekat tau. Bila sampai rumah baru aku rasa lega badan tak penat dan tak berat. Esoknya, ibu bapa aku bawa aku pergi berubat.
.
Bila aku balik asrama balik baru kak bulan cerita apa berlaku. . Lepas kes ni, aku tak kena rasuk sebab aku selalu berjaga-jaga aku kurangkan sikit kebaikan aku tolong budak-budak kena histeria ni. Tapi aku still kena ganggu sikit-sikit, pernah sekali aku bangun subuh baru lepas amik wuduk aku terdengar sayup-sayup suara panggil nama aku tapi masa tu semua orang tidur aku tahu sebab aku check satu-satu bilik. Bila aku solat, aku rasa ada benda tengah perhati. Kalau kena ganggu sikit-sikit ni aku okay lagi, sebab dari sekolah rendah aku dah biasa kena ganggu tapi takut tetap takut okay, cuma aku buat-buat berani. Tapi, sampai harinilah, setiap kali aku baru balik dari kubur ke bahagian badan yang ustaz tu tekan dengan lada hitam tu mesti sakit rasa macam ada orang tekan jadi aku memang di wajibkan terus mandi kalau balik dari kubur atau tempat-tempat yang kotor. Ini je pengalaman yang aku nak kongsikan..

Kaka
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Support FS

15 comments

  1. Beat best best…mcm aq jer slalu tlg org histeria mase asrama dlu…tpi x kene histeria laa…mintak jauh laa kene semua tuu…

      1. Awak baik Kaka. Kemarahan awak sbb ditinggalkan xk lama, (takut punya pasal. Lepastu awak rapat semula dengan Bulan & geng. Sifat terpuji tiada dendam dihati.

  2. ermmm, serious nak tanya je ni.. tpi plz jgn kecam yea.. Klau jin masuk dari bahu, ustaz tu tekan dkt bahu ye.. Tpi klau jin masuk dari susu, tekan disitu jugak ker? Tak menyebabkan jin tu horni ke?

    1. jin bodo mcm kau je nak masuk ikut situ nak horny segala. bodo punya komen. kalau takleh ckp benda elok2 tak payah jelah komen. sbb nampak bodoh sangap dan bengap lah. sorry ek kalau taknak kena kecam jgn jadi bangang lain kali ok?

  3. cerita yang menarik.,but yeah kadang2 bukan berani sgt..tpi da smpai tahap trdesak takleh pikir apa so nak tanak kena berani berdepan dgn ‘benda’ alah ni..jenis aku selagi aku tak kacau ‘benda’ ni jgn ‘dia’ kacau aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.