“Tang tang tang ting ting tang tang”
Mataku terbuka perlahan-lahan. Kelemahan orang yang bertelinga lintah, bila ada bunyi-bunyian, automatik mata ini akan terbuka dengan sendirinya. Aku mencari telefon aku untuk melihat waktu. 2.55 a.m.
“Tang tang tang ting ting tang tang”
Fikiran aku yang masih separa sedar, mengambil waktu untuk memproses bunyi yang sedang aku dengar. Bunyi seperti sudip bertemu kuali. Siapa yang sedang rancak memasak didapur pada waktu sebegini?
Assalamualaikum para pembaca FS. Aku peminat tegar blog-blog kisah seram dan novel thriller. Aku percaya bahawa makhluk-makhluk halus ini wujud dan berada di sekeliling kita. Kewujudan makhluk halus wajib dipercayai kerana ia jelas dalam Al-Quran serta hadis-hadis.
Aku ni, utaqa mari. Lahir di utara, membesar di utara. Nak dijadikan cerita, selepas habis ja degree, aku dapat offer untuk bekerja secara kontrak di sebuah tempat. Kontrak selama 6bulan. Jadi, disebabkan tempat kerja tersebut jauh dari rumah iaitu kira 2jam perjalanan, aku membuat keputusan untuk mencari rumah sewa di kawasan yang dekat dengan tempat kerja aku. Cari punya cari, aku jumpa lah satu rumah kampung yang comel, yang sesuai untuk dijadikan tempat berteduh selama 6bulan. Oh ya, aku dapat offer kerja ni bersama dengan 4 orang lagi kawan aku yg berbeza umur. Aku gelarkan Min, Mun, Mai, Kak Mas. Kami bukan lah bersahabat baik, cuma sekadar kawan biasa-biasa aja. Saling mengenali kerana satu universiti. Kami pon sepakat lah untuk tinggal bersama-sama di rumah itu.
Terdapat 3 buah bilik di rumah tersebut. Satu bilik dibahagian depan sekali berdekatan dengan ruang tamu, lagi dua bilik bersebelahan dapur, bertentang pintu antara kedua-dua bilik. Jadi kami decide, Min dan Mun bilik depan, Mai dan aku bilik berhampiran dapur, Kak Mas akan duduk seorang. Kebetulan Kak Mas tu memang sudah berkahwin, so akan dapat sedikit privacy untuk berbual di telefon dengan husband dia. So, settle masuk rumah baru.
Tiga bulan pertama, kami hidup aman bahagia sentosa tanpa ada apa-apa gangguan. Tapi, keamanan kami terganggu pada bulan berikutnya. Suatu hari tu, Mai ada bagi tahu aku yang dia selalu ternampak seperti kelibat seseorang melintas di ruangan dapur. Dan kadang-kadang dia merasa kan seperti ada orang lain yang tinggal dengan kami semua. Tapi hal ni Mai hanya cerita kan dekat aku sebab Kak Mas, Min dan Mun agak tidak percaya dengan benda-benda seperti ini. Sehinggalah…
“Tang tang tang ting ting tang tang tang”
Bergema bunyi itu di balik dinding. Rumah kami pula sejenis rumah yang bila benda jatuh ke atas lantai bermozek, memang akan bergema bunyinya satu rumah. Lantas, terdetik dihati ini untuk bangun dan lihat keluar bilik siapa kah gerangan yang sedang rancak menggoreng mee goreng mamak di dapur rumah sewa kami. Sebab dari pintu bilik kami, hanya perlu keluarkan kepala sikit dan toleh kekiri, akan terus terlihat dapur gas, tempat memasak kami. Tetapi, otak separa warasku menegah aku untuk terus bangun, tapi memaksa untuk aku berfikir, siapa kah gerangan yang tengah memasak di dapur pada waktu sebegini. Jadi, aku batalkan niatku, buat-buat seperti tiada apa yang berlaku, aku sambung tidur ku dengan memasang earphone sambil mendengar surah Al-Mulk.
Keesokkan harinya, aku pon bertanyakan kepada seisi rumah, “ada sapa-sapa ka yang bangun masak soq (sahur) pagi tadi?” Dan ternyata benar jangkaan aku, jawapannya, tiada. Habis tu, yang aku dengar bunyi rancak sudip bertemu kuali tu, siapa yang tengah memasak? Rumah kami jauh dari rumah jiran-jiran lain. Mustahil jiran terdekat memasak bunyi sebegitu kuat. Aku cerita lah apa yang aku dengar dan ternyata Kak Mas, Min dan Mun kurang mempercayainya dan berkata mungkin aku berimaginasi, tersalah dengar atau bermimpi. Kak Mas berkata yang dia ada juga terjaga dalam pukul 3.00 a.m. tapi tidak mendengar apa-apa bunyi pon di dapur. Okay fine! Mungkin aku seorang ja yang dengar. Mungkin aku berimaginasi. Aku malas berbalah, sudahnya cerita itu berlalu begitu sahaja.
Di dalam rumah tu, aku adalah insan terawal yang akan bangun untuk mengelakkan sesi berebut ke tandas. Dan orang kedua yang akan menyusul adalah Kak Mas. Pada suatu pagi, sekitar jam 5.30 a.m., ketika aku membuka pintu bilikku, sekujur tubuh terbaring di depan bilikku. Terkejut aku bukan kepalang. Rupa-rupanya itu adalah Kak Mas. Apa lagi, kelam kabut aku memanggil kawan-kawan yang lain, lantas mengejutkan Kak Mas. Bila dia tersedar, terus aku bertanyakan keadaan nya, dan kenapa dia boleh terbaring disitu. Lama dia berdiam dan akhirnya dia menjawab, tiada apa-apa. Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat, bermakna petang tersebut masing-masing akan membawa diri pulang ke kampung untuk cuti hujung minggu. Kemusykilan bermain difikiran kami semua, tetapi jika tuan punya badan tidak mahu berkata-kata, kami terpaksa akur dengannya.
Sesampainya kami di tempat kerja, kebetulan memang aku dan Kak Mas ditempatkan di jabatan yang sama pada waktu itu, Kak Mas tiba-tiba datang menghampiriku. Dan surprisingly, she start talking about what happen last night sampai dia boleh terbaring dekat depan bilik kami.
Jam menunjukkan pukul 3.15 a.m., tiba-tiba Kak Mas tersedar dari tidurnya.
“Tang tang ting ting tang tang” “tap tap tap tap tap”.
Bunyi seperti sudip bertemu kuali dan bunyi seperti seseorang sedang memotong sesuatu di atas chopping board. Dan kedengaran juga suara seperti orang sedang bersembang. Kak Mas bangun dari pembaringan. Siapa yang sedang berada di dapur? Mungkin Mai dan Mar (aku) sedang memasak untuk bersahur. Fikirnya kerana Mai dan aku sering berpuasa ganti mahupun sunat. Lalu, dengan positifnya, Kak Mas bangun memulas tombol bilik dan keluar dari bilik. Kaki terpaku, tubuh membeku di depan bilik. Apa yang dia lihat adalah benda yang tidak pernah terlintas di fikirannya. Seorang perempuan berbaju kurung Kedah lusuh, berkain batik, dengan rambut beruban yang mengerbang sedang membelakangkan Kak Mas, sibuk memasak sesuatu di atas dapur. Yang lagi mengejutkan Kak Mas, dia bukan memasak menggunakan sudip, dia menggaul benda di dalam kuali menggunakan kukunya yang panjang. Jantung Kak Mas seperti berhenti berdegup dan Kak Mas terus jatuh longlai disitu. Sehinggalah kami semua mengejutkan dia pagi tadi, baru dia tersedar dan percaya apa yang dilihat semalam bukanlah mimpi kerana dia betul-betul tersedar di hadapan pintu bilik kami.
Aku terdiam. Otak sedang bekerja keras untuk memproses cerita yang dikhabarkan oleh Kak Mas sebentar tadi. Kak Mas menepuk pahaku. Muktamad. Aku terus mengajak Kak Mas untuk mencari rumah sewa baru. Kerana aku tak mahu perkara ini berulang buat kali ketiga. Dan aku minta untuk rahsia kan dahulu benda ini daripada Min dan Mun. Lagipun, petang nanti selesai kerja, kami masing-masing akan pulang ke kampung selama 2hari sebelum kembali ke rumah sewa untuk bekerja. Aku akan khabar kan hal ini kepada Min dan Mun selepas aku menjumpai rumah sewa yang baru. Dan akan aku khabarkan kepada Mai petang ini kerana kami pulang bersama. Setelah seminggu mencari rumah sewa, dengan bantuan kakak yang bekerja di tempat kerja kami, aku dapat mencari sebuah rumah sewa yang lagi dekat dengan tempat kerja kami cuma harga ya sedikit mahal berbanding rumah sewa sekarang. Aku cerita kan semuanya kepada Min dan Mun, dan ayat aku kepada meraka “hangpa nak percaya, hangpa percaya. Kalau hangpa tak percaya, hangpa duduk lah kat rumah ni”. Dan akhirnya kami berlima berpindah dari situ. Alhamdulillah, rumah sewa yang baru ini berhampiran dengan jiran tetangga dan tiada gangguan sepanjang menghabiskan kontrak kerja kami di kawasan tersebut.
Kesimpulannya, makhluk halus dan alam ghaib itu memang wujud dan wajib dipercayai kerana ia adalah bukti keimanan kita kepada Allah, namun janganlah terlalu taksub kerana dikhuatiri akan menjejaskan keimanan seseorang itu. Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf jika penulisan aku kurang menarik dan kurang seram.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
aduh…xdpt imagine lah masak gaul pakai kuku panjang…