Rasuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga FS. Ini pertama kali aku nak berkongsi cerita seram yang pernah aku alami, selalunya aku hanya menjadi ‘Silent Reader’ je kat FS. Apa yang aku nak kongsi ni pengalaman seram bagi aku semasa aku menuntut di salah sebuah IPTA di negeri Kedah.

Untuk pengetahuan korang, rumah aku berdekatan je dengan IPTA tu, jadi sebelum aku masuk ke situ, aku dah banyak dengar tentang tempat-tempat yang agak ‘keras’ dalam kampus tu.
Jika kita tidak berniat untuk menggangu makluk-makhluk tu, In Sha Allah mereka pun tak akan menggangu, Cuma kalau ia menjelmakan diri tu, biasalah hanya untuk memaklumkan pada kita, bahawa mereka itu wujud. IPTA ni dahulunya merupakan sebuah tempat pembunuhan komunis beramai-ramai. Semasa pembukaan tempat ni, orang terdahulu pernah membuat perjanjian dengan penunggu hutan sebelum kerja- kerja pembangunan dijalankan.

Ok, apa yang aku nak cerita ni tentang sebuah pokok besar yang berusia lebih dari 100 tahun aku anggarkan. Peristiwa ni terjadi semasa aku di semester 5. Semasa di IPTA, aku merupakan salah seorang daripada tentera simpanan Universiti (PALAPES). Tapak yang kami gunakan untuk menjalani latihan harian tu sememangnya salah satu tempat yang sering diperkatakan ‘keras‘ sebab kawasan dataran tersebut berdekatan dengan pokok besar tersebut. Adakalanya pokok besar tersebut kelihatan seolah bergerak,dan sebagainya aku pun tak tahu lah nak gambarkan macamana. Ia mengikut pada gambaran fikiran kita yang melihat lah. Seolah terpukau haa itu yang cuba nak maksudkan hehe.

Pada cuti semester kali ini, aku dan pelatih-pelatih yang lain terpaksa menjalani latihan lanjutan PALAPES selama seminggu, semua pelajar yang terlibat tidak dibenarkan pulang bercuti tanpa sebab yang munasabah. Malam tu setelah selesai latihan menembak, kami tengah rancak berkumpul kat ruangan memasak dengan berpakaian latihan. Sedang rancak kami bercerita, tiba-tiba datang seorang jurulatih menyuruh kami dengan segera berkumpul di tapak latihan yang berdekatan dengan Markas kami. Masa tu, muka jurulatih aku tu nampak sedikit cemas seolah ada sesuatu yang terjadi yang tak dapat ditanggani. Setiba di tapak latihan semua pelatih disuruh membaca ayat pelindung diri. Masa tu aku nampak kawan aku Alya(bukan nama sebenar) sedang mencangkung di satu sudut markas dan kelihatan beberapa orang jurulatih sedang berbincang sesama mereka secara serius. Setelah selesai membaca ayat pelindung, barulah mereka memaklumkan bahawa salah seorang dari rakan pasukan kami telah dirasuk. Aku lihat beberapa jurulatih sedang berusaha untuk mengubati Alya, namun kelihatan jasad Alya masih kaku tidak bergerak dalam posisi mencangkung. Mukanya pucat lesi. Anggota badannya seolah dikunci rapi. Alya ni memang seorang yang lemah semangat, sebelum ni pun dia dah pernah kena tapi tidak seteruk kali ini. Menurut Koperal kami yang agak mahir dalam perubatan ilmu batin, benda yang ada di dalam tubuh Alya bukannya seekor dua, tetapi melebihi 30 ekor yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa setakat ini.

Masa aku sedang perhati mereka mengubati si Alya tu, aku duduk di barisan ke 3 dan yang hujung, jadi sebelah aku tak ada sesiapa. Tapi yang peliknya, aku merasakan seolah-oleh ada seseorang yang berdiri disebelah aku, aku memandang sekilas pandang aku nampak seperti Alya disebelah aku sedang merenung. Tapi aku tak berani nak toleh sebab Alya kan kat depan macamana boleh ada kat sebelah aku pulak.. Suaranya sayup-sayup memanggil nama aku, adakalanya aku merasakan mukanya dekat dipipi aku sehingga aku dapat merasakan hembusan nafasnya yang panas.. aku nak jerit tapi entah suara seakan tidak keluar. Aku memberanikan diri menoleh kat sebelah…… TIADA !!!…aku kemudian menoleh ke depan ya.. aku nampak Alya sedang mencangkung dan kali ni muka dia yang tegang tu tetiba tersenyum. Aku rasa macam nak menangis je kat situ. Benda tu cuba tarik perhatian aku, tapi dia tak boleh menguasai aku sebab aku dah baca ayat-ayat pelindung diri. Memang tak berhenti aku baca. Nasib baik, Koperal aku perasan dengan tindakan aku tu, jadi malam tu, kami diarahkan untuk pulang ke bilik lebih awal untuk mengelakkan daripada berlaku perkara –perkara yang tidak sepatutnya.

Kejadian ini sebenarnya berpunca daripada sikap-sikap segelintir pelatih yang terlalu seronok apabila melalui kawasan pokok besar tersebut terutamanya waktu maghrib. Waktu-waktu macam ni memang waktu ‘mereka’ berkeliaranlah. Sebelum rakan pasukan kami yang kena, pelatih dari Palapes Udara yang terlebih dahulu dirasuk secara bergilir-gilir. Sebelum ni, kontraktor pernah nak hapuskan Pokok besar tu tapi apa yang jadi, segala jentera yang sampai disitu rosak dengan tidak semena-mena. Malahan alatan yang rosak tu perlu ditanggung dengan kos yang besar.
Kalau korang nak tahu, pokok ni kalau ditoreh sedikit, akan keluar getah yang pekat berwarna merah dan baunya hanyir sama seperti darah. Tapi aku tak pernah la toreh, Cuma aku pernah lalu dikawasan pokok tu semasa balik latihan aku nampak kesan darah. Secara tiba-tiba bulu roma meremang.

Itu saja lah yang dapat aku kongsikan, macam mana si Alya pulih tu aku tak pasti lah.. sebab pekara ni dibiar menjadi rahsia macam tu je… mungkin bagi korang tak seram sangat cerita aku ni, tapi bagi aku yang pertama kalinya mengalami peristiwa ni.. huii memberi kesan kot, esok tu aku demam sampai kena mandi dengan air penawar lah untuk pulihkan semangat aku… hurmmm. Terima kasih sebab sudi membaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Jemah

Aku lah makhluk Tuhan yang sentiasa melakukan kesalahan

rate (4.17 / 6)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

18 Comments on "Rasuk"

avatar
هاڽ انسان بياسا
هاڽ انسان بياسا
rate :
     

BEST! 😀

Teruskan berkarya!

هاڽ انسان بياسا
هاڽ انسان بياسا

Hida Yah
Selamat datang ke dunia penulisan!Jangan risau,cerita yang dikongsikan amat mudah untuk difahami.Tidak berterabur dan tidak berbelit.Setiap ayat dalam cerita juga mudah untuk dihadam.Baru pertama kali menulis di sini,itu tidak apa.Boleh ditingkatkan lagi!Berusaha. 🙂

Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita di FS 😀
Waalaikumussalam

Eyna

Uum ke..kalo uum kita sekampung..

DeluStar
rate :
     

Tq for sharing

angelnaura

Dalam gmbr tu ad ssuatu..

Azwan Ali
rate :
     

macam Diva dah pernah baca jerrr…

tapi di mana yaaa???

3 bintang

kranberizstore
rate :
     

ringkas & menarik

Kicap_Toyu

kat uum ke ni kak jemah??

Kicap_Toyu
rate :
     

woww la

Izul

Menarik! 🙂

miszmujahidah

Nice story

spanascrewdriver
rate :
     

nice..hoho…sbb tu jgn seronok sgt xingt dunia…

wpDiscuz