Jerangkung Rumah Lama Part 2

Tajuk : Jerangkung Rumah Lama (II)
Pencerita : Pakngah Bakri
Tahun : Anggaran Tahun 1990 – 2000.

Ouchhh!

Darah pekat mengalir dari jari hantu Ija. Segera dia mendapatkan tisu dan mengelap darah yang masih mengalir itu. Huzaini yang sedang membaca surat khabar bangkit dari sofa dan menuju ke kotak pertolongan cemas didalam almari. Dia menghampiri isteri kesayangannya itu dan jari yang terluka itu dirawat menggunakan first aids yang diambilnya tadi.

“Sayang berangan apa sampai potong buah pun boleh terluka?.” Huzaini bertanya lembut kepada isterinya.

Satu keluhan berat kedengaran dilepaskan dari nafas isterinya. Ija menatap raut wajah suaminya itu dengan penuh kasih sayang.

“Entahlah abang. Beberapa hari ni sayang rasa tak sedap hati.” Ija mengadu.

“Kenapa? anak-anak ada buat masalah ke?”. Huzaini bertanya dengan nada serius. Jarang anak-anak mereka menimbulkan masalah dari segi akhlak, kalau ada pun disebabkan keputusan sedikit merosot dalam peperiksaan. Bagi Huzaini biasalah perkara itu, dia mahu anak-anaknya jadi terpelajar tetapi jika mereka tidak mampu, anak-anaknya kena usaha tetapi dia tidak mahu menekan sehingga menjadi bebanan kepada anak-anaknya.

“Anak-anak Alhamdulillah, okay saja abang tetapi sayang sendiri pun tak tahu kenapa rasa berat dan gusar saja hati ini. Serba serbi rasa tidak kena.”

“Macam semalam, sayang nak buat kek marble, sayang rasa baru je tinggal sekejap tapi dah rentung. Bukan hangus tau abang, rentung terus macam bontot kuali tu.”

Huzaini ketawa kecil, diusapkan lembut kepala isterinya itu. Ija sudah menjuih bibir, dirasakan suaminya itu tidak mengambil berat apa yang diluahkan.

“Kalau sayang rasa tak sedap hati, banyakkan berzikir dan dengar ayat Al-Quran. Lazimkan diri baca surah ‘Alam Nasrah Laka Sodraq’ dan surah ‘Ar-Rahman’, inshaAllah bila kita gusar tanpa sebab kita akan rasa tenang nanti. Amalkan hari-hari dan niat minta perlindungan dari Allah SWT.” Huzaini berkata sambil bibirnya menguntum senyuman. Ija mengangguk kecil mengiakan kata-kata nasihat suaminya itu.

“Abang… sejujurnya sayang sudah tiga hari terdengar cakaran diluar tingkap bilik kita dan baru sayang perasan yang cakaran tu berbunyi tepat pukul sebelas malam. Bunyi kuku cakaran tu kuat sangat sampaikan sayang boleh terjaga tetapi yang peliknya abang tidur nyenyak saja kat sebelah sayang. Abang tak ada dengar ke?”. Ija bertanya kehairanan.

“Tidak pula abang dengar apa-apa, mungkin sebab abang penat sangat jadi tidur sampai tak sedar akan bunyi-bunyi tu. Sepanjang tiga hari tu, memang sayang dengar setiap hari ke? atau kadang dengar kadang tidak? setiap hari sepanjang tiga………..” Huzaini tidak meneruskan kata-katanya.

Tiga hari? Tiga hari lepas adalah hari kawan baiknya itu ditemui mati dalam keadaan mengerikan dan juga merupakan hari dia terlihat kelibat susuk tubuh tanpa isi itu. Mayat arwah Daud ditemui dengan beberapa garis cakaran panjang dan besar ditubuhnya. Adakah benda yang menganggu arwah Daud itu kini menganggu dia dan keluarganya pula?

“Abang! Abang! Aaabannggg! Abang dengar tak, apa yang sayang cakap?”.

“Huh? sayang cakap apa?.” Huzaini terpinga-pinga.

“Sayang kata, nanti abang minta tolong Ustaz Anuar untuk tengokkan keadaan rumah kita ni. Kalau tak ada apa, Alhamdulillah lega sikit hati sayang ni. Boleh tak, abang?”.

“Baiklah! nanti abang tanya Ustaz Anuar.” Huzaini berkata sambil tangannya mencapai beberapa hirisan buah yang sudah dipotong oleh isterinya dan dimasukkan kedalam mulut. Fikirannya kini pula bercelaru.

*********************************

” 13 April….

Hari ini sekali lagi aku cuba menghubungi Laila tetapi masih tiada jawapan. Surat yang ku kirim juga dikembalikan semula kepada aku. Masih marahkah Laila kepadaku? Ya, mungkin salahku tetapi bagiku sudah tiba masanya Laila tahu mengenai kebenaran ini. Semakin lama aku pendam, semakin aku rasa terbeban dan tidak tenteram tetapi semakin gusar pula hatiku apabila Laila bertindak mendiamkan diri. Aku tidak boleh pulang ke rumah selagi kes belum selesai. Jikalau tidak, aku sendiri yang akan melutut memohon maaf andai itu yang diminta Laila. Tidak mengapalah, esok aku akan cuba menghubunginya lagi.”

Huzaini memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Buku catatan itu ditutup dan disimpan didalam laici sebelah katilnya.

Laila berada dimana? Daud pula berada dimana? bukankah merasa tinggal bersama? atau mungkin catatan ini ditulis ketika Daud bekerja diluar kawasan?
Kebenaran apa yang diberitahu oleh Daud sehingga menimbulkan kemarahan Laila?

Huzaini memandang Ija yang sedang lena disebelahnya. Perasaan kasihan dan simpati timbul dihatinya pada isteri kesayangannya itu. Jam menunjukkan baru memasuki pukul sembilan namun isterinya sudah lena diulit mimpi, mungkin kepenatan menguruskan rumah setiap hari. Huzaini bercadang mahu menunggu sehingga pukul sebelas untuk mendengar sendiri bunyi cakaran ditingkap yang diadukan oleh isterinya itu namun matanya juga rasa keberatan lalu dia juga turut tertidur.

“Shrekkkkkkkkkkk! Shreekkkkkkkkkkkkkkk!”

Mata Ija terbeliak, bulu romanya meremang secara sendirinya. Dikejutkan badan suaminya yang tidur berdengkur disebelahnya namun suaminya ibarat tidur mati, tidak bergerak sedikit pun.

“Abang! Bangunlah abang, sayang dengar lagi bunyi tu.” Ija memandang cemas ke arah suaminya dan dilihat jam dinding yang tergantung dibiliknya, tepat jam sebelas malam. Ya! bunyi cakaran itu kuat kedengaran dari arah tingkapnya. Ija tidak berani hendak menoleh ke arah tingkap tersebut. Tangannya menggoncang kasar tubuh badan suaminya namun masih tidak menunjukkan tanda-tanda yang suaminya akan bangun.

“Shreekkkkkkkk! Shreeekkkkkkkkkkk! Sssshhhhhreekkkkkkkkkkkkkk!”

Ija menekupkan tangannya ketelinga. Bunyi cakaran itu begitu kuat sehingga terasa ngilu dipendengarannya. Didalam hati dia berdoa semoga suaminya itu cepat bangun dari lena.

“Haaa…..haaa…… haa” Bunyi nafas seperti tercungap-cungap itu kedengaran seperti berada disebelahnya. Perlahan namun cukup jelas.

Ija mula terkenang kata-kata atoknya bahawa jika benda itu berbunyi kuat dan nyaring maka ‘dia’ berada jauh dari kita tetapi jika bunyi itu perlahan dan jelas maka ‘dia’ berada dekat dengan kita. Air mata Ija mengalir laju.

“Allah! Allah! Allah!” Bibirnya menyebut Allah berulang kali.

“Abang, tolonglah bangun.” Ija cuba menggoncangkan badan suaminya sekali lagi.

Huzaini bangun dalam keadaan terpinga-pinga, tanpa banyak bicara Ija terus memeluk suaminya dan menangis teresak-esak seperti anak kecil. Huzaini membalas pelukan isterinya dan bibirnya mengalunkan ayat suci Al-Quran bagi menenangkan isterinya. Dilihat jam didinding menunjukkan sudah pukul 11.13 malam. Dia menyalahkan dirinya sendiri didalam hati kerana terlena sebelum pukul 11 malam. Esok dia tekad untuk berjumpa dengan Ustaz Anuar.

**********************************************

“14 April…….

Hari ini aku berjaya menelefon Laila namun hampa, panggilan telefonku dapat disambungkan tetapi tiada satu pun perkataan yang dituturkan Laila. Beberapa kali namanya ku panggil dan aku cuba berborak dengannya namun dia hanya membisu. 5 minit keadaan itu berlalu sepi dengan suaraku sendiri dan talian diputuskan.

Maafkan abang, Laila. Abang akan cuba betulkan keadaan. Abang sayang Laila.”

-Rumah Ustaz Anuar-

Buku catatan itu ditutup apabila Huzaini menyedari kehadiran Ustaz Anuar. Ustaz Anuar merupakan senior sekolahnya dan mereka sudah berkenal rapat hampir 20 tahun. Hubungannya dengan Ustaz Anuar lebih dari seorang abang dan adik. Apa-apa masalah mesti dikongsikan dengan Ustaz Anuar untuk dapatkan nasihat dan dorongan selain Huzaini turut menyertai kelas agama dengan Ustaz Anuar.

Selepas kejadian malam semalam, dia segera menghubungi Ustaz Anuar dan dia diminta untuk kerumah Ustaz Anuar pada hari ini selepas zohor namun setibanya dia dirumah Ustaz Anuar, dia dimaklumkan bahawa ada kes pelajar universiti dirasuk dirumah pelajar terbabit tidak jauh dari situ. Huzaini tidak mahu masuk kedalam rumah walaupun sudah dipelawa oleh anak lelaki Ustaz Anuar, dia lebih selesa untuk membicarakan hal itu dimeja diluar rumah sahaja.

Ustaz Anuar : Kamu cari gaduh dengan siapa pula kali ini?

Ustaz Anuar mengambil tempat duduk dihadapan Huzaini. Satu senyuman terukir dibibirnya.

Huzaini : Tidaklah abang, bukan saya cari gaduh tetapi entahlah….. saya pun tidak faham kenapa dia ganggu saya dan keluarga.

Ustaz Anuar : Kamu tahu apa yang sedang ganggu kamu sekeluarga?

Huzaini : Perempuan rambut mengerbang dan mempunyai badan yang kurus kering, mungkin juga hanya tinggal tulang tanpa isi.

Ustaz Anuar mengangguk kecil, dihirup air kopi yang dihidangkan oleh isterinya.

Ustaz Anuar : Jerangkung. Benda yang ganggu kamu sekeluarga sebenarnya adalah jerangkung. Jerangkung ni sama macam saka. Ada tuannya sendiri. Dari cara dia ganggu kamu sekeluarga, nampak macam agresif mungkin tuannya ada berdendam dengan kamu.

Huzaini : Tak mungkin sebab Daud merupakan kawan baik saya, abang. Lagipun, dia sudah mati.

Huzaini menghela nafas kasar. Dia menceritakan perkara sebenar yang terjadi pada Daud dan peristiwa pertama kali dia melihat kelibat tersebut.

Ustaz Anuar : Cuba hubungi isterinya Laila. Tanyakan apa sebenarnya yang berlaku. Setiap saka ada tuannya, jika tuannya mati berkemungkinan dia mahu mencari tuan yang baru.

Setelah mendapatkan air penawar dan ayat pendinding, Huzaini meminta izin untuk pulang. Risau hatinya meninggalkan keluarganya ketika ini walaupun sebelum ini kerap kali dia outstation di luar namun kali ini, perasaannya lain.

Ustaz Anuar : Berpegang teguh pada pertolongan Allah. Yakin dengan Kuasa dan KudratNya.

Ustaz Anuar : Kalau boleh, kamu pulangkan buku catatan itu pada balai kamu atau pulangkan semula ke rumah arwah.

Huzaini hanya mengangguk.

#tqfrontlinersMalaysia
#Kitajagakita
#keepstayathomeguys

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Jerangkung Rumah Lama Part 2”

Leave a Comment