kerja shift malam

Assalamualaikum.. nama aku Faiz. Sebelum nie aku ade cerita pasal kerja malam disebuah hotel di pinggir Putrajaya. Harinie ade masa terluang aku nak share cerita dekat sebuah hotel yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur. Hotel terletak berdekatan dengan kampung baru dan berdepan dengan sebuah shopping complex yang tak berapa nak hidup. kalau korang tahu, sendiri mau ingat. Aku berkerja setahun dekat hotel nie, dan kerja waktu malam pekara biasa bila kau dah menjadi staff hotel. Ada beberapa kisah yang nak diceritakan sewaktu aku kerja dekat hotel nie.

Kisah Per 1…

Macam biasa. Grad dari sebuah universiti swasta yang agak terkemuka agak senang untuk kau mendapatkan kerja. Memandangkan hotel tersebut ade masalah dalaman dengan chef atau HR hotel tersebut terlalu banyak staff yang berhenti dan masuk. Mungkin disebabkan itu aku sangat mudah diterima masuk di hotel tersebut akibat kekurangan staff dan tambah2 lagi bila kau ada kelulusan. Nak dipendekan cerita, aku antara staff baru yang tak banyak bunyi bila diberi tugasan. Ape2 sahaja kerja, jarang aku katakan tidak pada chef. Mungkin aku terlalu muda atau excited nak kerja menyebabkan aku selalu mengiyakan sahaja kerja yang diberikan. 3 minggu berlalu dan aku dinaikan shift malam dengan alasan boleh buat kerja dan staff tak cukop.

Kisah bermula seperti biasa. Kerja Shift malam dan siang sangat berbeza. Kerja malam hanya melibatkan beberapa orang sahaja pada 1 shift. Malam pertama aku diajar oleh senior chef untuk lalukan tugasan bila masuk kerja malam. Semua berjalan dengan mudah mungkin kerana kerja seorang dilakukan oleh 2 orang. Malam ketiga.. Aku bekerja seorang, dan segala tugasan kerja malam aku dah belajar. Aku kerja seperti biasa dan tiada apa yang berlalu hingga waktu masuk jam 2 pagi. Kisah bermula bila Jug yang biasa digunakan untuk persiapan brekfast hilang dari kitchen. Nak ikotkan kebiasaannye kitchen aku mengunakan 4 jug untuk mengisi berbagai jenis susu untuk diletakan di ruangan breakfast esok pagi.

Tapi malam tue tak tau kenapa hanya tinggal 2 dan 2 lagi hilang. Puas aku mencari jug tersebut dan masih tidak jumpa. Mungkin terlalu baru aku masih tak tahu dimana kedudukan jug tersebut sehingga kan aku teringat pesanan dari senior chef yang jika jug tersebut hilang boleh cari dari kitchen lain, dan kitchen tersebut adalah V!lla restaurant (italian Restaurant). Kitchen aku berada di tingkat 2 dan Italian restaurant tersebut berada di tingkat 5. Seperti biasa aku naik lift dan pergi ke kitchen tersebut. Kitchen tersebut berhenti operasi selepas waktu 11 malam dan kemungkinan tiada orang yang ada di kitchen tersebut membuatkan aku lagi mudah nak merembat barang dari ktichen tersebut. Masuk sahaja ke kawasan restaurant tersebut sudah membuatkan aku merasa meremang bulu roma kerana keadaan restaurant yang sungguh menyeramkan dengan adanya patung2 dan lukisan2 ala itali. Aku terus ke kawasan tempat cucian pinggan dan segala peralatan dapur.

Sampai dekat kawasan tersebut, hati terus lega sebab ade seorang steward yang sedang mencuci pinggan. Aku terus menegur steward yang sedang mencuci dalam keadaan gelap. Dengan nada yang selamber aku menegur “Bang ade nampak jug susu tak, nak pakai 2. Biasa kitchen nie je pakai”. Dengan nada yang agak slow steward tue menjawab “Hmmm” tapa berpaling kearah aku. Selepas mendengar jawapan dari “dia” aku meninggikan sedikit suara dan membebel sebab bengang dengan jawapan “dia”. Aku bertanya lagi ” orang tanye jawab la bang, hmm je dapat ape. orang nak pakai esok nak guna nie jangan la main2″… sekali lagi “dia” menjawab dengan hanya dengusan “hmmmm” tapi lebih panjang. Tanpa memikirkan ape2 aku terus berlalu pergi ke kitchen sebelah. Masih mencari jug untuk digunakan tanpa berfikir apa2 yang aneh. Tengah dalam gelap mencari tiba2 rasa seperti diperhatikan dan membuatkan aku tidak sedap hati. Aku terus bla dari Restaurant tersebut sambil lalu dikawasan steward tadi mencuci dan peliknya “dia” dah takda dan kawasan tersebut nampak agak kering.

Turun dari kitchen tersebut aku terus ke cafe untuk minum dan berjumpa dengan Geng2 Steward yang sedang melepak berehat. Aku mintak dieorg carikan Jug dan aku menceritakan yang aku dah naik sampai ke kitchen atas untuk mencari jug tersebut sampai berjumpa dengan si “dia” mintak carikan. Tapi tiba2 semua terdiam dan pandang antara 1 sama lain bila aku menceritakan ape yang terjadi sebentar tadi. ketua steward malam tue mulakan percakapan dengan ” hang sorang ke naik restaurant tue, sebab lepas pukol 12 takda sapa berani naik. lepastu hang cakap dengan sapa, mana ade steaward yang berani naik lagi dan yang kerja malam nie kami berempat je”. Aku pandang muka sorang2 steward kat situ dan ternyata takda sorang pon yang menyerupai si “dia” yang aku baru sound tadi. Dengan nada yang selamber steward lain hanya cakap ” kau dh kena game la nie, dia nak kenal budak baru”. so siapakah si “dia” tue, dan Mulai detik itu aku tak pernah lagi naik kitchen atas selepas jam 12 malam.

kisah ke 2…

Selepas aku cuti 1 hari dari kerja, aku sempat balik kampung untuk berjumpa dengan mak dan ayah aku di kampung. Kebiasaanye aku akan balik kampung sehari jika offday dan jika aku tahu shift seterusnya adalah shift malam, jadi dapat la lama sikit rasa kat kampung tue. Kebiasaanye selepas mahgrib aku akan balik ke KL dan aku akan terus masuk kerja tanpa balik kerumah dahulu.

Jadi nak dijadikan cerita malam tu aku masuk awal dalam jam 10.30 malam dan shift aku bermula jam 11 malam. Malam tue aku memang dah ade niat nak mengulor siap2, jadi aku masuk kitchen awal dan terus sediakan barang untuk brekfast. Jam 3.50 pagi separuh kerja aku dah siapkan dan hanya ade beberapa kerja lagi untuk disiapkan pada waktu awal pagi nanti. Jadi aku curi peluang untuk berehat seketika di sofa ruang makan coffee house tempat aku bekerja. Dalam 10 minit aku baring tiba-tiba aku terlelap mungkin terlalu penat drive dari kampung. Walaupon terlelap tapi aku dapat rasa kan seperti ade orang memerhati dan seperti aku sedar dalam mimpi.

Tak lama lepas tue aku dikejutkan dengan tamparan dimuka, dan terus tersedar dari lelapku. Mungkin sakit hati sebab ditampar aku terus terbangun dan mencari cari siapa yang menampar aku. Dalam fikiran aku mungkin kawan 1 shift atau steward yang berkerja sama, tapi sangkaan ku salah. Takda orang disekeling ternyata hanya aku sorang dan badan terasa sangat letih seperti baru lepas berlari 100 meter. Dalam keadaan suram2 dan sunyi tiba2-tiba roma menegak seperti menandakan ade sesuatu dan sangkaanku betul, ternampak kelibat lembaga hitam yang sedang duduk dibucu bilik Arak yang betul-betul berada dekat dengan kedudukan sofa yang aku lelap tadi. Aku bangun dari sofa dan terus ke dapur sambil mulut membaca ayat suci alquran walaupon aku rasa dah tunggang langgang bercampur dari ayat kursi ke doa makan. Aku terus siapkan kerja tanpa menghiraukan lembaga tersebut dan lama kelamaan hilang dari pandangan.

Kisah ke 3…

Kalau korang nak tahu mana-mana hotel kebiasanye menyediakan bilik yang dipanggil “sleeping bay”. Kegunaan bilik nie untuk staff berehat lelapkan mata dengan disediakan katil serta bantal. Jadi mana2 staff yang baru lepas kerja overnight yang tak tahan ngantuk lepas abis shift pagi ataupun split shift biasanye gunakan bilik nie untuk lelapkan mata seketika. Pagi tue aku terlalu barai untuk balik selepas tamat shift pagi, jadi aku ambik keputusan nak tidur sekejap dalam sleeping bay. Biasanya awal pagi sleeping bay nie takda orang sangat sebab tak ramai yang kerja shift malam berehat.

Meh aku cerita sikit pasal sleeping bay nie. Bilik nie tersangat la gelap sampaikan masuk kena meraba2 dan ade 5 set katil 2 tingkat disediakan. Kalau kau masuk bukak pintu masuk kau akan nampak la beberapa katil yang digunakan.

Nak dijadikan cerita pagi tue aku tidur sekejap dalam tue, tengah syok2 tidur tiba-tiba terasa katil seperti digoncang dan bergerak. Aku dalam keadaan yang agak barai penat terus naik angin sambil sound orang yang mungkin berada diatas. Selepas ditegur katil akan berhenti bergoncang dan selang beberapa minit akan bergoncang lagi. Aku dengan selamber dah bosan tegur terus sepak katil atas untuk bagi isyarat suruh diam. Katil behenti bergoncang tapi tiba2 aku rasakan ade seperti rambut wanita yang panjang menjurai ke bahagian muka aku. Aku dapat rasakan yang rambut tue ikal mayang dan panjang bermain main di muka aku. berbekalkan torchlight Hp aku menyuluh sekeliling dan yang ape yang aku nampak hanya kepala wanita dri tingkat katil atas menjengah menatap aku dari atas. Tanpa menunggu aku terus bangun dari sisi katil sebelah lagi tanpa memandang ape yang ade di tingkat atas katil. Setibanya di pintu aku sengaja membuka pintu keluar dengan besar supaya keadaan bilik akan menjadi terang, dan ternyata hanya aku sorang sahaja yang tidur pada waktu itu. Rasanya sapalah yang menjengah tue….

kisah ke 4…

Sepanjang aku kerja di hotel nie, aku tak tahu yang dahulunye hotel nie ada kelab malam yang agak famous 1 ketika dahulu. kelab malam nie berhenti beroperasi selepas ade kes kebakaran dan melibatkan kematian. Kisah nie bermula bila aku ditugaskan untuk mengambil barang dari kitchen Chinese, dan kitchen nie berada di tingkat 4. Waktu tue aku ditugaskan mengambil ayam dari kitchen chinese untuk keguaan order ala carte di kitchen room service. Waktu menunujukan jam 11.30 malam, tiba-tiba keluar order nasi ayam dari room service dan nak dijadikan cerita ayam untuk nasi ayam dah habis dah, aku perlu mengambil sendiri di chinese kitchen. Aku naik sendiri ke chinese kitchen dan mengambil ayam.

Disebabkan menggu lift yang lama aku mengambil keputusan untuk mengunaan tangga dan tiba sahaja di tingkat 3 aku terkejut sebab aku terperasan 1 pintu yang bercahaya hijau dari pintu keluar dari tingkat 3. Aku ambik keputusan nak tengok ape yang ada, dan sungguh terkejut aku tengok kelab malam tue seperti bukak macam biasa dengan adanya orang-orang menari sambil minum dan ada pelayan2 di bar seperti biasa. Suasana di kelab malam agak suram dan seram walupon ada cahaya serta lagu2 yang dipasang.

Pada mulanya hati agak terpegun dan terkejut sebab memang kali pertama aku nampak dan tahu di hotel nie ade kelab malam. Tiba-tiba fikiran aku terganggu dek kerana order yang perlu disiapkan di kitchen untuk dihantar ke room service. Selepas itu aku hanya berlalu pergi ke tingkat 4 untuk mengambil ayam. sampai di kitchen room service aku menceritakan ape yg aku lalui dan staff room service berdiam setika dan memandang aku dengan riak wajah yang hairan. Tiba-tiba kata-kata aku dipotong oleh salah seorang staff room service. Dengan nada yang serius dia berkata ” kau biar betul, kelab malam tue dh bertahun tutup, dah la ade orang mati. Lepas tue pintu dri tangga pn dah kunci mana boleh naik tingkat tue dah”.. aku terputus kata dan masih menafikan ape yang staff tue katakan sebab aku memang lalui. Ramai orang dekat kelab tue dan semua elok nampak normal takde ape yang pelik. Tapi tenyata ape yang katakan staff room service adalah betul bila kawan senior aku sendiri menceritakan kisah yang sama. Sampai sekarang aku masih terbayang akan kelab malam tue.. Aku pasti ape yang aku nampak tue bukan mimpi atau mainan mata..

Kisah ke 5…

malam nie aku ditugaskan sediakan set buffet di restaurant chinese yang berada di tingkat 4, kerana restaurant coffee house penuh disebabkan hotel aku terpilih untuk diletakan team F1 pada ketika itu. Jam menunjukan 4.30 pagi. Aku menarik troli yang penuh dengan barang brekfast ke restaurant chinese tersebut. Tengah leka menyusun seorang diri, tiba-tiba aku terdengar suara riuh yang datang dri pintu masuk restaurant tersebut. Dalam hati aku berbisik ” awal beno masuk, aku dah la tak setup lagi. kata masuk pukol 6 ke 6.30.. nie awal sangat”.. Aku dengan keadaan kelam kabut terus menyusun barang-barang di atas meja buffet tanpa menghiraukan keadaan sekeliling..

Dan tiba2 aku tersentap kerana baru aku ingat team F1 yang bakal masuk nanti semua mat salleh dan konfem bukan chinese, tapi kenapa chinese yang masuk dahtu awal pagi. Aku memusingkan badan kebelakang dan ternyata tiada sesiapa dan suara-suara tersebut terus ghaib dan sunyi. Aku dengan kelam kabut terus menyiapkan susunan buffet dan beredar dari situ. Sebelum sempat beredar aku sempat merasa ade sesuatu yang menampar belakang badan aku. Pagi tue aku menceritakan pada kawan aku dan ternyata semalam waktu dia yang menyiapkan set buffet turut dikacau bila mana barang-barang yang disusun di sepahkan.

sampai sini sahaja kisah aku nak share… sorry kalau tak berapa seram.. Ade beberapa lagi cerita yang nak aku sampaikan tapi tak reti nak taip… Nnti ade masa aku cerita kisah kerja shift malam dekat Hotel DI johor bharu pulak…

Ternyata kerja seorang chef bukan benda yang mudah… Jadi sapa sapa yang nak jadi chef tue mintak hati kena kental… Positive… Dunia kulinary tak sama macam ape dalam Tv… Jadi fikir banyak kali kalau nk teruskan dengan career nie… Sekian…

Hantar kisah anda : fiksyeshasha.com/submit

11 thoughts on “kerja shift malam”

  1. Haaa sudahhhh. Nanti nak practical nanti mesti aku akan kena. Minta jauh sekali kalau dapat butcher sorang2.

    Reply

Leave a Comment