Aku Istimewa

Assalammualaikum semua pembaca FS, nama aku john (bukan nama sebenar). Aku nak cerita kat sini pasal diri ku yang dikatakan istimewa oleh seorang kawan ayah ku.

Cerita ini bermula ketika kami baru berpindah di sebuah rumah di satu perkampungan di Perak. Masa itu aku baru darjah 3. Rumah ini 70% siap maklum la semua tak sabar nak dudukkan ayah bawak jugak pindah. Seminggu aku berada dirumah tu tiada apa-apa perkara pelik berlaku. Tetapi selepas seminggu berada di rumah tu aku nampak makhluk Allah dari alam lain ni.

ketika tu aku masuk ke tandas untuk kencing. Tandas rumah aku ni ada tingkap kecik dekat belah atas. Masa aku kencing tu aku ternampak dua ekor makhluk berbulu sedang melihat aku. Badan aku tergetar-getar berlari keluar tandas sambil menangis. Semua orang pelik kenapa aku menangis aku cume cakap masa tu “AKU TAK SUKA ORANG LUAR MASUK TEMPAT AKU”(setengah cerita ini diceritakan semula oleh ibu ku sebab ada beberapa perkara yang aku tak sedar berlaku)

Bermula dari kejadian itu tiap kali mahgrib aku akan meracau-racau menjerit kesakitan. Tapi diri ku seperti menjerit bagi orang lain yang dengar mereka berkata aku berulang-ulang kali cakap KELUAR!!. Penah satu petang ni aku tengah tengok tv pastu aku tak sedar. Adik-adik aku tiap petang depa lari dah dari aku. Lari masuk bilik mak Jang. Jadi mak Jang la teman aku. Mak Jang aku cerita yang aku bersembang dgn mak Jang ku ni. Aku sembang sebijik macam orang tua.. Ini di ceritakan semula oleh mak Jang ku.

Mak jang tanya kenapa kacau budak ni yang aku jawap bukan aku kacau budak ni tapi budak ni yang melihat aku dahulu jadi aku memilih budak ni. Mak Jang tanya lagi apa yang aku nak. Aku jawap aku tak suka orang luar datang tempat aku buat rumah sesuka hati, ada mintak kebenaran dak. Pastu mak jang ku cakap lagi tak apa la esok siang kami pergi mintak kebenaran, tapi nak mintak kat siapa mak jang aku tanya. Tapi aku hanya diam mebisu. Itu yang mak jang aku cerita apa berlaku. Untuk makluman semua pembaca di rumah ku ada keluarga Mak Jang ku sekali. Mereka masih mencari rumah.

Aku jadi ketakutan apabila menjelang senja. Jadi tiap kali senja aku akan ikut mak dan ayah ku ke tempat kerja mereka. Ayah dan mak memiliki sebuah kedai makan di RNR. Aku selesa berada dengan mak ayah ku. Ingatkan duduk kt RNR ni selamat la aku tak nampak makhluk tu tapi aku silap. Masa tu aku duduk kesorangan belakang kedai tengah duk makan. Tengah aku duk makan aku terdengar seperti bunyi angin dari arah jalan. Bunyi angin tu mcm bunyi orang berhayun. Bila aku tengok dekat lampu jalan aku ternampak seekor mahkluk yang berbadan kecik tapi mempunyai tangan yang sangat panjang sedang bergayut dari satu lampu ke satu lampu menuju kearah ku.

Aku berlari ketakutan masuk ke dalam gerai. Masuk saja aku kedalam gerai aku muntah. Aku muntah bukan sebab aku takut tapi aku muntah sebab aku ternampak sekor makhluk kecik seakan-akan manusia kurus kecil melompat dari meja ke meja sambil memuntah berak dan kencing ke makanan orang. (Makhluk kecil ni bukan kacau aku tapi yang aku tahu makhluk ni ada kat mana-mana kedai makan aku pergi. Jadi makan jangan lupa baca doa ye) Aku menjerit dekat orang ramai masa tu JANGAN MAKAN!!! Terus aku tidak sedar diri.

Setelah sebulan lebih aku menjadi seperti ini, ayah ku mengambil keputusan untuk membawa ku ke seorang uztadz di Pulau Pinang tapi lain pula jadinya. Kita pergi nak berubat tapi uztadz ni macam nak berniaga pula dengan kita tunjuk patung burung cenderwasih la suruh beli sebagai pendinding. Jadi ayah ku mengambil keputusan untuk pulang. (Tak semua uztadz boleh berubat benda ni. Silap-silap ada yang nak kaut untung ja) ada jugak aku pergi berubat dengan seorang perempuan. Yang aku peliknya perempuan ni tiba-tiba tidak sedarkan diri dan bercakap dengan suara garau seperti suara orang lelaki. Jadi bermula la sesi berubat dengan perempuan itu

Pulang ke rumah sehari dua okey saja tiada apa berlaku tapi hari ke tiga, aku masih lagi nampak kelibat dua ekor makhluk yang mula-mula kacau aku. Kali ini mereka cuba berkawan dengan aku. Dan aku tak tahu kenapa aku tidak lagi merasa takut dengan mereka. Dua minggu berlalu selepas berubat ayah aku tegur kenapa aku kelihatan kurus tetapi sebenarnya aku kuat makan. Ayah ku syak sesuatu yang pelik jadi ayah ku membawa ku ke kawan nya di Kedah

Sebaik sampai saja di Kedah kawan ayah ku tersenyum kepada ayah ku dan berkata “aku habaq da anak hang yang ni istimewa”. Apa istimewa nya aku pon tak tahu masa tu. Terus aku diubati oleh dia. Aku dimandikan dengan air limau purut. Setelah aku di mandikan aku baring lemah. Aku tidak mampu untuk mengangkat badan. Masa aku baring aku melihat kawan ayah ku mengeluarkan botol kaca kecik sambil membaca sesuatu. Setelah itu aku tidak sedarkan diri. Apabila aku sedar aku sudah berada dalam kereta dalam perjalanan pulang. Botol kaca tersebut ayah aku dah buang ke laut.

Aku pulang ke kampung tetapi masih ada sekor lg di rumah ni. Rupanya yang dah di buang si jantan. Si betina masih ada. Tetapi sekor lagi ni tidak melakukan apa. Cuma duk mencari sekor lagi. Tapi selepas seminggu aku tidak lihat lagi yang sekor ni da. Mungkin dia pergi mencari laki dia kowt. Hahaha.

Sejak dari kejadian tu aku masih boleh melihat makhlukmakhluk ni. Macam rupa aku penah tengok kalau nak tengok banyak makhluk ni time kemalangan. Penah masa aku pulang raya ada kemalangan dengan sorang meningggal aku boleh dengar makhluk ni datang dari jauh menuju ke tempat kemalangan tu. Aku dengar bunyi berlari terbang jalan semua ada. Bila sampai kat tempat tu dia jadi seperti pasar berebut-rebut mereka nak isap darah dan makan sisa-sisa danging yang ada atas jalan. Macam-macam rupa ada manusia merangkak tapi kaki banyak la, berbadan besar tapi tak berbulu pon tak ada mata hidung pun mulut saja ada, macam burung hantu besar pon ada. Mungkin itu yang di maksudkan istimewa oleh kawan ayah ku. Sebab aku boleh tengok benda-benda ni..

Masa aku tingkatan 2 aku dapat asrama. Masa ni lah ayah ku cerita kan semuanya. Benda yang ada dirumah kita dulu yang dua ekor makhluk tu orang kampung situ yang tanam. Kampung atau tempat yang aku maksudkan ni mereka memang tak berapa setuju orang luar datang tempat mereka pastu buat rumah besar0-besar. Mereka macam jeles jugak la.

Ayah aku cakap sebelum aku lahir ayah penah bawak ummi pergi rumah kawan ayah tu. Masa tu kawan ayah ada cakap yang anak kau yang bakal lahir ni istimewa sedikit. Kawan ayah cakap kalau boleh bila aku da boleh sekolah nanti sekolahkan aku di sekolah agama. Tapi maklum la ayah aku sebuk dengan kerja. Mana nak ingat semua sebab tu sampai la kejadian ni berlaku. Kawan ayah suruh kuatkan aku dengan ajaran agama sebab kelebihan ini kalau tak di jaga mungkin akan hilang. Ada setengah orang bila sambal akil baligh saja kelebihan ini boleh hilang. Bagi sesiapa yang ada kelebihan ni harap perbanyakan ajaran agama. Bukan mudah Allah nak bagi kelebihan ni. Allah bagi bila-bila masa di boleh tarik semula.

Terima kasih FS kerana bagi peluang untuk saya menceritakan. Banyak lagi yang nak ku cerita tapi mungkin di lain hari. Maaf kalau jalan cerita tak menarik. Cerita AKU ISTIMEWA ni permulaan hidup ku nampak makhluk ni. Inshaallah kalau di izin kan saya akan mencarita lagi. Terima kasih FS..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Aku Istimewa”

Leave a Comment