Surat untuk kamu

Assalamualaikum admin dan para pembaca. Izinkan saya mencoret kata. Saya tidak pandai bercerita. Coretan ini disemak semula oleh isteriku agar boleh difahami. Sudah lama saya menulis luahan ini. Harapnya tulisan saya ni disiarkan. Ini bukanlah kisah seram tetapi kisah benar yang berlaku pada keluarga saya secara amnya dan kepada diri saya secara khususnya tentang kehadiran seorang insan yang memiliki kelebihan istimewa. Dan saya ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada seorang insan yang sanggup meletakkan diri beliau dalam bahaya dan kesulitan semata mata untuk memenuhi hajat arwah ayah saya yang diamanahkan kepada beliau. Kisah ini saya tulis khas sempena insan ini. Semoga insan tersebut membaca coretan ini.

Saya seorang lelaki berumur 30an. Sudah berkahwin dan dikurniakan sepasang anak kembar perempuan. Saya ada keluarga yang besar. Punyai adik beradik seramai 13 orang. 5 daripadanya perempuan dan saya anak yang kedua terakhir. Sebelum kejadian ini berlaku saya bekerja sebagai akauntan. Arwah ayah merupakan pengusaha perniagaan yang masyur dalam penghasilan pelbagai jenis produk. Kami adik beradik dibesarkan dalam kehidupan yang sangat mewah. Cakap saja hendak apa pasti akan dipenuhi. Ibu kami juga seorang pengusaha. Alhamdulillah masih sihat di usia 82 tahun pada bulan mac yang lalu. Keluarga kami sangat bahagia. Dengan perniagaan ayah dan ibu, kami tidak pernah diuji dengan masalah kewangan. Namun segalanya bertukar 360 darjah selepas ayah dah tiada. Kehidupan mewah keluarga saya membawa kepada masalah kewangan. Setiap adik beradik saya menghadapi masalah kewangan kerana sebelum ini semua ansuran aset dan perbelanjaan kami ditanggung oleh ayah. Walaupun pada usia abang sulung saya 50 tahun, ayah tetap membayarkan abang sebuah rumah agam. Pendek kata, kami hanya guna duit kami untuk berfoya foya. Kerana gagal mengurus duit. Sebagian abang dan kakak saya hampir diisytihar muflis.

Masalah terbesar berlaku apabila semua adik beradik menuntut hak masing masing ke atas pemilikan syarikat ayah. Semua adik beradik saya menuntut satu syarikat ayah yang menjadi induk kepada syarikat bawahannya yang lain. Sebagai manusia biasa, saya juga berniat inginkan satu perniagaan walaupun kecil. Namun saya tak sanggup menambah keruh lagi keadaan. Di satu malam ketika menunaikan ibadah umrah, saya telah bermimpi melihat keluarga saya kembali bahagia. Mimpi itu berulang sehingga bertahun lamanya. Sejak dari mimpi pertama, saya kerap bermimpi melihat kebahagiaan yang saya impikan. Saya juga banyak bermimpi melihat detik detik secara rawak berkenaan keluarga saya. Kemudian saya akan sampai ke detik itu di masa akan datang. Saya pernah melihat kakak saya memasak gulai lemak untuk saya. Saya pernah menyaksikan abang saya menghadiahkan sepasang kucing kepada saya. Saya juga pernah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang sangat menyenangkan. Lelaki itu senyum sambil melihat keluarga saya sedang bergembira. Kemudian lelaki itu melambai dan pergi hilang lenyap dari pandangan.

Beberapa bulan yang lalu, abang dan kakak saya saling bertengkar dan saling ugut untuk putus saudara. Keluarga saya tidak lagi harmoni seperti dulu. Puas saya fikirkan bagaimana caranya untuk mendamaikan semula abang dan kakak saya. Saya ada seorang adik perempuan yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat master. Suatu hari adik perempuan saya datang ke rumah membawa saya dan anak isteri keluar bersiar siar. Sambil teman adik siapkan projek master dia katanya. Ketika saya tengok adik saya berbincang dengan kawan kawan dia. Saya ternampak ada seorang lelaki di dalam kalangan dia orang. Lelaki ini adalah rakan kumpulan projek beliau untuk tugasan master. Saya sangat tidak asing dengan raut wajah lelaki ini. Selepas beberapa kali pertemuan. Saya mula beranikan diri menegur dengan lelaki ini sehingga saya meluahkan kepada dia tentang masalah keluarga.

Dia tekun mendengar dan belum sempat saya habiskan kata kata, dia mencelah dengan menyambung luahan saya. Saya terkejut kerana dia sangat tahu secara terperinci tentang apa yang saya bukukan di dalam hati. Sedangkan adik perempuan saya tidak ambil peduli tentang perebutan harta ini jadi tidak mungkinlah adik ada bercerita kepada dia. Lelaki ini berjaya meyakinkan saya selepas dia menyatakan setiap nama adik beradik saya beserta latar belakang mereka. Sejak itu kami banyak berhubung di telefon. Saya merasakan sesuatu yang ganjil di sini begitu mudah saya percayakan dia. Alhamdulillah dia tidak mengkhianati kepercayaan saya. Suatu hari dia meminta izin untuk berkenalan dengan semua adik beradik saya. Kebetulan suatu hari kakak saya melangsungkan majlis pertunangan anaknya. Jadi saya menjemput lelaki ini bersama. Bukan mudah untuk mengumpulkan semua adik beradik pada waktu tegang ini. Syukur segalanya dipermudahkan.

Selepas habis majlis, saya menjemput adik beradik untuk minum petang di halaman rumah kakak yang sangat besar dan terdapat laman gazebo di rumahnya juga. Di sini lah lelaki yang saya bawa ini mengusulkan topik tentang harta pusaka ayah. Abang dan kakak saya ada yang tidak menyenangi tapi lelaki ini bijak mengambil hati untuk mengajak semua berbincang. Lelaki ini menyatakan bahawa dia pernah menjadi orang kanan projek syarikat ayah. Tiada siapa mempercayai kata kata dia termasuklah saya sendiri. Isteri saya juga mula memandang sinis kepadanya. Namun dia berjaya meyakinkan kami sekeluarga apabila dia menjelaskan dengan terperinci bagaimana karektor ayah dengan mengaitkan beberapa hal peribadi ayah. Kami tidak boleh menyangkal lagi. Di dalam perjumpaan ini dia meminta agar kami membuat beberapa perkara iaitu mewujudkan firma consultation, menguruskan pusat pusat tahfiz ayah dan yang terakhir dia meminta kami untuk bekerja dengan seorang kawan ayah sebagai eksekutif pemasaran. Dia tidak memaksa, kata kata dia seakan memberikan cadangan shj dan memberikan alasan bahawa arwah ayah menginginkan sebuah syarikat consultation untuk perniagaan beliau. Untuk saya pula dia memberikan saya senaskah al-quran kecil.

Selang beberapa bulan, kami sekelurga berkumpul lagi pada majlis perkahwinan anak kakak. Kali ini kami dengan sengaja menjemput lelaki ini untuk melanjutkan perbincangan lalu. Di dalam perbincangan ini dia bertanya jika ada sesiapa di antara kami yang telah mewujudkan syarikat consultation. Abang dan kakak hanya memperlekehkan dia kecuali abang ngah yang mengaku dan membuktikan ada membuka firma itu seperti yang dimahukan. Begitu juga dengan permintaan untuk bekerja dengan kawan ayah. Semua kata tidak mahu dan tidak peduli namun dalam diam adik perempuan saya telah bekerja dengan kawan baik ayah sebagai eksekutif. Saya memilih untuk menjaga pusat tahfiz selepas tiada seorang pon adik beradik saya yang menunjukkan minat. Al-quran yang diberikan juga saya sudah hampir khatam. Dengan tenang dan santun lelaki ini mengeluarkan kenyataan yang sangat berat. Abang ngah akan mengambil alih syarikat induk ayah, adik sebagai ketua pengarah setiap cawangan dan aku sebagai ketua unit kewangan induk. Kenyataan ini sangat tidak dapat diterima oleh adik beradik yang lain. Lelaki ini dimaki, dipukul dan ditendang oleh abang yang lain. Namun tetap tenang menerima setiap hentakan.

Bayangkanlah saja orang luar yang tidak berkait dengan pertalian darah membuat keputusan untuk keluarga kami. Sudah tentu tiada siapa yang mahu terima. Ketika itu abang ngah menghentikan andak yang tidak berhenti memukul lelaki ini tanpa dibalas. Dia dihalau oleh kakak. Seluruh tetamu yang tersisa di majlis itu menyaksikan betapa malunya lelaki ini dikerjakan. Pertelingkahan dalam adik beradik saya terus berlarutan sehinggalah suatu malam. Saya khatam al-quran yang diberikan oleh lelaki itu. Di halaman selepas surah terakhir terdapat satu helai kertas dilekatkan. Ianya bertulis satu arahan untuk mendapatkan satu buku di rak buku arwah ayah. Kemudian catatkan setiap perkataan yang diwarnakan di dalam setiap halaman buku tersebut.

Saya kembali ke rumah ibu bersama abang andak untuk cuba melakukan seperti arahan itu. Sesungguhnya Allah maha besar. Saya menangis selepas selesai mencatatkan semuanya ditemani isteri dan abang andak. Ia adalah sebentuk wasiat. Arwah ayah sangat gemar membaca. Di dalam bilik arwah terdapat perpustakaan kecil. Buku yang dinyatakan tersimpan di atas rak di kedudukan sama seperti yang ditulis lelaki itu pada surat yang dilekatkan. Setiap perkataan yang diwarnakan berbunyi nama dan beberapa perkataan lain yang membawa maksud kedudukan. Ini adalah setiap perkataan yang dicatatkan dari buku arwah ayah,

Nombor 2, pemimpin, empayar, zulkifli, duit, seluruh, serikandi muda, pasar, setiap, ruang, jaya, bapa, sayang, keluarga

Jika dibuat kesimpulan maka terhasil seperti kenyataan lelaki itu tempoh hari. Abang ngah sebagai ketua, saya bernama zulkifli sebagai ketua unit kewangan dan adik serikandi muda sebagai business advisor. Namun lebih bijak apabila hanya kami sahaja yang menunjukkan usaha untuk memenuhi permintaan dia ketika di majlis pertunangan. Rupanya dia telebih dahulu menguji kami sebelum memberikan kenyataan wasiat ini dan buku ini sebagai catatan wasiat ayah. Sesuai dengan ujiannya. Abang ngah buka syarikat consultant sebagai persiapan mengemudi syarikat arwah ayah. Adik diminta untuk dipimpin supaya bersedia untuk memimpin. Saya pula menjaga pusat tahfiz untuk menguji amanah. Subhanallah. Kamu sungguh bijak.

Jika diberi kesempatan saya ingin sekali bertemu dengan lelaki ini walau cuma sekali. Beliau pernah menulis coretan di sini. Sumpah mimpi oleh saudara Ahmeng. Nama pena kamu tidak jauh berbeza dengan nama sebenar kamu. Saudara, orang yang kamu tolong itu adalah sepupu kami. Saya terbaca kisah kamu di facebook. Ia telah mengingatkan saya kepada saudara saya itu. Ternyata gambar kamu yang saya tunjukkan kepada sepupu diakui oleh dia. Tak sangka kamu orang yang sama yang membantu keluarga kami berdua. Dan kamu juga lah yang membantu menjernihkan semula keluarga saya. Kami sudah kembali damai. Semua adik beradik saya dapat bahagian masing masing dari ihsan abang ngah. Saya yakin kamu mendapat mimpi amanah dari arwah ayah untuk menyanpaikan wasiat dan tamatkan pergaduhan kami adik beradik. Mulianya hati kamu. Kamu seorang yang bijak kerana menyampaikan wasiat ini melalui ujian. Adik beradik saya tidak mampu berkata apa selain bersetuju dengan kamu. Kamu juga seorang yang berani.

Maafkan kami kerana pernah memukul kamu. Kami berhutang budi. Kami juga berhutang pukulan itu dari kamu. Kami banyak bersalah dengan kamu. Rupanya orang yang selama ini saya bermimpi adalah kamu ahmeng. Saya tidak nafikan senyuman yang sangat menyenangkan dan lambaian kamu sebelum meninggalkan rumah kami. Itulah kali terakhir saya melihat kamu. Kamu sangat pemurah dengan senyuman. Kamu matang dan tenang mengawal keadaan yang tegang. Maafkan kami amir. Kami banyak buat salah pada kamu. Besarnya dugaan kamu menjalankan amanah. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih ya Allah kerana menghantar lelaki berjiwa suci ini. Semoga dimurahkan rezeki untuk kamu. Saya harap kamu tidak keberatan untuk datang ke rumah kami. Semoga berjumpa lagi. Terima kasih saudara Ahmeng.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

17 thoughts on “Surat untuk kamu”

  1. Astaghfirullahalazim 😭😭😭 carilah dia saya selalu baca coretan dia.. memang dia ada keistimewaan.. semoga awak boleh blas dia setimpal dengan kejujurn dia..

    Reply
  2. Ceritanya sangat sedih, byk manfaat buat yg msih muda mmbacanya, terima kasih

    Reply
  3. Best cite, kemas dan teratur.. nampak ujian tu berjalan lancar dan wasiat tu tepat..
    Insyaallah.. harap Ahmeng dtg ye.. eh mcm tersebut nama sebenar dia je tu hehe

    Reply
  4. My 1st comment sejak bbrp thn mnjdi pmbca FS yg setia.

    Seandainya ini kisah benar, Ya Allah muliakan lah insan bernama Ahmeng. Sesungguhnya budi pekertinya sangat luhur dan suci. Hnya Allah mampu membalas budi dan jasa saudara Ahmeng.

    Cerita saudara Zul sangat menyentuh hati saya. Ini adalah 1st cerita menerima komen saya. Terdetik hati ini untuk meluahkannya.
    Sememgnya cerita yg dikongsikan saudara Ahmeng sgt best and memberi teladan buat pembca FS.

    Semoga beliau sihat sentiasa & dilindungi Yg Maha Esa.
    Amin Ya Rabb.

    Reply
  5. Allahu… Dlm keistimewaan itu tentunya terselit ujian.. kesiannya Ahmeng.. mmg sy ada terbaca ceritanya.. sukarnya beliau nk dptkan kepercayaan dlm keadaan begitu, sedangkan itu amanah utknya.. sy fhm, pd zaman millenium ni sukar org2 spt kita nk percayakan insan spt Ahmeng. Tp kita perlu tahu, apa lah sgt ilmu yg kita ada, satu zarah pun belum tentu besarnya nk dibandingkan ilmu Allah SWT yg terlalu luas. Semoga saudara Zulkifli hidup bahagia bersama keluarga dan ketemu Ahmeng kembali. Aggaplah Ahmeng sbgai keluarga juga

    Reply
  6. Cerita dan nukilan oleh Saudara Ahmeng memang menarik,penuh misteri dan bermanfaat …
    tak sangka pulak dapat baca nukilan dari Orang aka Keluarga yang pernah dibantu oleh beliau …
    beliau ada bercerita perihal kisah ni dedulu tu …pasal Wasiat yang sungguh mistik tu …
    dan sekarang terserlah ianya betul-betul berlaku …
    Terbaiklah Bro Ahmeng …Sungguh ikhlas dalam membantu sesama Saudara yang memerlukan …meski berhadapan dengan dugaan dan ujian berat dan hebat yang tak masuk dek akal yang waras …

    Reply
    • Assalamualaikum Ahmeng.

      Sangat, sangat terkesan.

      Kalau Ahmeng terbaca komen saya, boleh balas komen ni.
      Tkasih Ahmeng@Amir.

      Reply
  7. Kesian kau dik..nak tolong orang tapi macam² kau kena..kau tolong akak kau ni cukup la..masuk dana setiap bulan..hahaahahaaa..

    Baru jumpa cerita ni..hahahhaaa

    Tapi nape choo meng ngaa je..letak la eee chaa waa sekali

    Reply
  8. aku baca semua story ahmeng, seram2 tp aku asyik tergelak2 sj sbb lawak.. malangnya aku terbaca yg ni & xbleh tahan menangis. huhuuuu…. kenapa sedih sgt entry ni😭😭😭
    Moga dipermudahkn urusan bro ahmeng & writer entry ni amiinn

    Reply

Leave a Comment