berhadapan dengan lembaga hitam

Assalamualaikum , aku nak share cerita time aku first time kene kacau memang hardcore punya la. Okay aku ni anak sulung dari 5 orang adik beradik dan adik beradik aku ni semua perempuan . Cerita ni jadi masa aku kecik-kecik dulu rasanya umur aku dalam 9 ke 10 tahun dah lama so tak ingat time tu umur berapa hehe. Aku dengan family asal dari Johor Bharu memang aku lahir situ dan masa aku 5 tahun kitorang pindah KL sebab ayah dapat tukar kerja kat sana dan rumah yang kitorang tinggal kat Johor tu kitorang tak jual atau sewakan cuma biar macam tu jela kan balik beberapa bulan sekali untuk bersihkan rumah tu.

Okay satu hari ni kitorang satu family balik kampung dekat Johor la. Family aku ni kalau balik kampung pun kitorang tetap nak balik rumah sendiri tidur kat rumah sendiri sebab lagi selesa dan sebab jarang balik rumah tu kan jadi alang-alang balik Johor tu duduk la situ kan. Jadi satu hari ni kitorang balik kampung macam biasa la dah balik kampung tu memang sampai tengah malam la kan baru balik sebab masing-masing dah borak sakan sampai tengah malam baru gerak balik rumah. Sampai rumah lewat jugak time tu dalam pukul 12 jugak .

Sampai-sampai rumah, mak aku terus pesan basuh kaki dulu solat isyak dulu baru tidur sebab balik tengah-tengah malam kan . Dan macam biasalah dalam adik beradik mesti ada sorang yang degil kan hahahaha. adik aku sorang ni dah mengantuk sangat jadi sampai-sampai rumah terus baring terbongkang dengan tak basuh kaki dengan tak solat isyak lagi terus membuta tengah-tengah ruang tamu sebab kitorang adik beradik memang tidur dekat ruang tamu ramai-ramai bentang toto. Bilik ada tapi taknak tidur kat bilik.

Nak dijadikan cerita malam tu aku tak boleh nak tidur. Golek kiri, golek kanan, telungkup, telentang semua dah tapi tak boleh nak tidur jugak. Bila dah tak boleh nak tidur tu aku tutup jelah mata dengan harapan terlelap sendiri nanti. Lama aku tutup mata tapi masih tak boleh nak tidur jugak. Lepastu aku bukak mata balik. Tapi lepas je aku bukak mata aku terus tutup balik mata sebab bila aku bukak mata masa tu aku ternampak ada macam susuk tubuh lelaki tapi dari kepala sampai kaki dia semua hitam macam bayang-bayang. Bende tu tengah duduk sebelah adik aku tadi sambil tenung dia tengah tidur . Memang cuak gila la masa tu rasa takut nak nangis semua campur-campur. Dalam hati memang macam-macam surah baca tapi semua berterabur ayat kursi pon bole baca separuh je lagi separuh terus lupa dah .

Lepas dah ternampak tu aku tak tau la entah apa yang merasukiku~ ehh tiktok pulak hehe. Tak tau la ape aku fikir masa tu boleh pulak aku pergi bukak balik mata aku sebab nak tengok bende tu lagi sekali. Dan aku tak tipu memang aku menyesal gila dengan perbuatan aku tu .Sebabnya bila aku bukak balik mata aku, bende tu betul-betul ada atas aku . Muka dia bertentang dengan muka aku betul-betul dekat dengan muka aku. Muka dia memang completely hitam je tkde mata hidung mulut semua macam bayang-bayang tu. Masa tu nak jerit pon suara tak keluar sebab dah kaku. Aku macam tak tau nak buat ape masa tu aku terus pejam mata balik. Aku nak jerit panggil mak ayah aku tapi memang suara aku tak boleh keluar masa tu . Aku macam kene panic attack masa tu tak boleh nak buat apa-apa nak baca apa-apa pon tak boleh sebab aku tengah panik.

Dah lama sikit baru aku boleh gerakkan badan aku. Aku terus tutup muka aku dengan selimut aku pejam mata aku kuat-kuat sambil air mata memang dah mengalir dah masa tu sampailah lama-lama aku tertidur sendiri. Esoknya bila bangun memang aku terus bisingkan adik aku la kan sebab dia tak reti nak basuh kaki dulu dah balik jauh-jauh tengah malam dengan solat isyak pon tinggal tak pasal-pasal aku yang kene kacau. Dia tidur sedap-sedap aku pulak menggigil nangis sorang-sorang malam tu huhuhu sadis .

Tapi dari situ aku belajar kalau balik dari keluar jauh-jauh ke atau tak kisahla kalau balik malam-malam tu basuhla kaki lagi bagus kalau amik wuduk dulu barulah tidur jangan la balik tengah-tengah malam taktau dari mana pastu apa yang mengikut balik kita tak tau kan. Lagi satu mungkin sebab rumah tu dah lama kitorang tak balik atau tinggal dan balik-balik je terus tidur. Sepatutnya kalau rumah yang tinggal lama masuk tu baca-baca la sikit sebab kita tak tau masa tak ada orang dalam rumah tu dah ada penghuni lain menumpang ke ape. Kalau boleh azan dulu dalam rumah tu kalau dah lama tak balik dan tinggal. Inilah first time aku kene kacau teruk time kecik-kecik memang trauma gila la sampai bila-bila pon aku takkan lupa .Β  Sekian.. terima kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

kuntum

3 thoughts on “berhadapan dengan lembaga hitam”

  1. Wowwww!! Bestnyeee!!…hmm Tak pasal2 awak yg kene..this is not fair.. HAHAHAHAHHA πŸ˜‚ πŸ˜‚..kalau Ade cerita citeee la lagiiii okayyyy

    Reply
  2. benda ni jd time ko kecik2 dulu kan…n skrg ni umo ko dh brp eh…apsal aku rasa mcm baca bdk sekolah nye citer je eh..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.