Gambar Dia Di Sebelahku

Assalamualaikum..

Perkara ni dah lama berlaku. Masa tu aku baru sekolah menengah, tingkatan 2 2008. Dah lama cerita ni berlalu, aku tak pernah ingat balik tentang hal ni, sampai la haritu anak saudara aku, dia main ipad kakak aku and terbukak gallery then terbuka gambar tu. Terus peristiwa tu kembali berputar di fikiran cewahhh. Aku share kat sini sebab aku nak korang jadikan pengajaran.

Okay, actually atuk aku belah mak aku ni boleh la mengubat sikit sikit kalau ade masalah. Aku panggil atuk aku ni tokwan. Tokwan bace doa je. Dengan air kosong dan garam. Takde asap asap kemenyan semua. Huhu.

Family aku plak ramai campur parents 8 orang. Abah aku beli van je sebab senang nak berjalan, tak payah nak rebut tempat duduk. Masa 2008 tu, kakak aku grad kat salah satu IPTA di Selangor. Dia memang dah ada kat U dia dah sebab sambung belajar kat sana lagi. So Masa nak pergi konvo ni, tak semua ahli keluarga aku ikut sebab kakak sulung aku and abang aku takleh join. So dalam van tu cuma ada mak, abah, adik, aku and kakak kedua aku (jom bagi nama dia Kak Bedah). Nenek (isteri kepada tokwan aku tadi) aku pun ikut jugak cuma tokwan je tak ikut sebab ade orang nak datang berubat.

Korang boleh bayangkan kedudukan dalam van tu, depan sekali abah aku merangkap driver and sebelah tu mak aku. Bahagian tengah, adik and nenek aku. Bahagian belakang, aku dan Kak Bedah. Kitorang bawak kamera digital (cewahh masa tu kiranya bangga la dapat tangkap gambar pastu view tengok balik gambar tu kat skrin). Kamera tu ada kat Kak Bedah. Masa perjalanan dari utara membelah highway PLUS, abah aku kata nak guna jalan lama yg bukan highway. So ikut driver je lah. Masa tu singgah kat satu pekan kecil yang bagi aku bangunan bangunannya agak usang dan lama. Singgah satu surau lama , parking and pergi solat. Dah nak gerak, baru perasan kawasan pokok2 belukar kat tepi van tu rupanya kawasan kubur lama. Haha time ni serius semua tak perasan kot

Kami meneruskan perjalanan. Aku dengan kakak aku kat belakang pun macam excited plak bergambar. Buat pose ntah pape then snap. Masa kakak aku nak snap gambar aku, aku membelakangkan tingkap belah kanan. Pastu aku lipat tudung gaya opah opah then kakak aku snap. Lepas tu nak tengok ape hasil gambar tu. Masa tu aku nampak macam bintik putih kat tepi gambar aku tu. Tapi tak jelas lah sebab skrin tu kecik jer huhu. Aku cakap kat kakak aku,

“Weh Kak Bed, tu apa?”, Sambil jari tunjuk kat bulat putih tepi kepala aku dalam gambar tu.

“Entah. Cahaya kot”, balas Kak Bedah. Then lepas tu dia malas nak bergambar dah.

“Hmm kay”. Aku pun malas nak amik port. Then kakak aku kata balik rumah nanti la bukak kat komputer. Nak dijadikan cerita, mak aku demam plak masa dalam perjalanan. So badan pun lemah. Orang kata kalau badan lemah ni, ada benda suka menempel.

Long story short, kitorang tumpang rumah cousin kat KL. Masa sampai situ, bla bla bla bersembang cousin aku plak cakap rumah dia ni keras sebab benda tu suka kacau. Aku masa tu blur je and tak amik kisah pun. Maka rumah keras ke, gambar ade bulat putih kat tepi ke, semua aku tak peduli and perkara tu berlalu begitu sahaja.

Kini tiba masanya dah nak balik rumah balik. Mak aku tak kebah jugak demamnya. Dah amik ubat dah pun. Masa sampai kampung, kitorang bermalam dulu kat rumah tok aku. Lagipun nak hantar nenek aku kan. Tokwan aku pon sambut kitorang dengan gembiranya. Pastu tokwan aku tengok mak aku macam lemah jer, tokwan pon bace la doa kat air n suruh mak aku minum n mandi. Tokwan aku ni plak jenis dia kalau nampak ada benda menumpang ke ape, dia tak bagitahu kitorang. Senyap2 je dia baca doa halau2 benda tu. Bila benda tu dah takde baru dia cerita. Tu pun citer kat parents aku je. Huhu. So setakat ni, tak pernah lagi aku menyaksikan adegan ala ala macam dalam movie citer seram semua tu.

Pasal gambar tu, takde sape ingat pun haha. Tokwan aku cakap, masa kitorang berhenti kat pekan lama tu, ade yang mengikut kitorang sampai KL. Pastu ikut balik kampung. Haa mendapatlah kau bila ikut balik kampung pastu kene halau lak dengan tokwan aku huhu.

Bila balik rumah aku, aku totally tak ingat langsung pasal nak bukak tengok gambar tu. Aku teruskan hidup macam biasa balik asrama. Masa cuti pulang bermalam, balik jer rumah nak masuk bilik, aku terpandang kat meja komputer ade gambar aku yang ada “sesuatu” kat tepi tu. Uisy rajinnye sape pulak g print gambar tu. Bila aku tengok kat benda putih tu, uiiiii rasa tak percaya. Muka dia hitam and rata takde pape and kepala berbungkus (read: encik gula gula). Haha dah la print size A4 hamboihh betul.

Aku bawak gambar tu g ruang tamu sebab time tu family aku tengah lepak situ minum petang sambil tengok tv. Then barulah aku tahu cerita pasal hari kejadian. Rupanya gambar benda tu rupanya. Pengajarannya kat sini, kalau lalu kawasan hutan2 semua takp ayah lah kita ni nak berhuha huha sangat macam aku dengan kakak aku. Kan dah kena huhuhu. Btw Alhamdulillah aku xde pun pengsan ke demam ke sebab gambar tu. Aku gelak then malas nak tengok dah. Bila difikirkan balik, rajin plak kakak aku simpan gambar tu dalam ipad dia.

Papepun, gambar sebelah aku tu tak se “extreme” pengalaman kawan bilik sebelah aku masa kat U. 2 tahun lepas citer ni, aku rasa better aku cerita kat sini, kang kesian plak kalau ade yg kata cerita tergantung.

Masa kejadian tu, Hari Khamis. Pukul 11 lebih nak ke pukul 12. Kawan aku tu (Mia), baru balik dari mana tah dengan geng dia. Biasalah gegirls kan, kalau boleh sepanjang masa nak selfie. So dorang pun selfie berjemaah masa kat koridor nak ke kolej. Dipendekkan cerita, dah selfie, balik bilik.. Tak tengok dah gambar tu. Hari Ahad berikutnya roommate aku g lepak bilik sebelah and dorang baru perasan tentang kelainan gambar tu. Bila perempuan selfie, biasa laa ade banyak gambar padahal angle sama jer. So that picture yg lain dari yg lain tu bila di zoom kan, ade makhluk baju putih merangkak rambut hitam panjang kat tepi kerusi masa dorang selfie ramai ramai. Roommate aku ape lagi, citer kat bilik kitorang. Siap bawak phone tu lagi.

Kitorang pun tengok. Wau. Memang ade. Bila compare dengab gambar2 lain yg angle sama and masa yg sama cuma selang beberapa saat je, imej perempuan merangkak tu takde. Ahh sudahhh, penampakan perempuan misteri ni. Aku tekan details pic tu, pukul 12.05 tak silap. Tengok tarikh, hari Khamis malam Jumaat. Haaa amik kauu. Dah la lokasi gambar yang dorang ambik tu belakang bilik kitorang hahaha. Roommates aku semua dah buat muka takut and seram. Aku bukan buat buat cool tapi maybe sebab dah terbiasa dengan benda camni, aku cakap kat dorang takde pape la. Then aku cakap, gambar ni tak payah sebar lah sebab kitorang ni first batch yang rasmi kolej baru tu. Nanti viral plak. Eh tapi aku dah tercerita kat sini LOL.

Last but not least, hope dua cerita yang aku ceritakan ni memberi pengajaran kat kita semua. Asalnya nak cerita satu jer, tapi orang kata alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ketiak kah masam. Eh?

Dalam dunia ni kita share dengan “mereka”. Kelakuan and tindak tanduk tu behave sikit. Dah kita bergambar, dia pun nak jugak. Alang alang kan.

Okay korang, thanks sebab baca. Maaf kalau bosan and panjang. Dah lama tak buat essay BM camni laa jadinya.

Adios !

.

NurNasyeeka
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

  1. My friend pun baru semalam je ada cerita kat group WhatsApp rumah kitorang. Dia ada bergambar raya kat depan satu rumah papan lama. Dah usang dah rumah tu. Dia memang suka rumah papan macam tu sebab unik kot. Klasik tradisional macam tu lah kot. Husband dia tolong ambikkan gambar dia. Dia tak perasan or rasa apa pun pada mulanya. Lepas dia post gambar tu kat FB then ada sorang tu komen cakap nampak something kat rumah tu. Siap cakap ada tiga ekor lagi. My friend terus padam sebab dia takut. Tapi semalam dia buka cerita kat group, and dia bagi gambar tu kat kitorang minta tolong tengokkan betul ke ada. Hahaha. Gigih masing-masing dok membulat kat mana lokasi benda-benda tu. Memang ada pun, tiga ekor sama macam yang orang tu komen. Obvious nampak, tapi tak berani nak tatap lama-lama takut melekat kat kepala. Itu lah, benda tu pun nak ikut selfie sama, OOTD sama-sama.

  2. Kes menumpang gambo ni penah jadi dekat aku dan kawan2 waktu trip ke gua kelam perlis. Kami berempat ambik gambo di bahagian belakang gua berhampiran dengan kawasan dilarang masuk, alah yang ada tali kuning no entry tuh. Betul2 luar tali tu kami bergambo berempat sederet. Bila cek balik gambo, alih2 ada pulak perempuan muka kosong beratur sekali hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.