Teman Berdamping 2

Terima kasih nk diucapkan pada FS kerana sudi siarkan kisah Teman Berdamping 1. Maaf andai penulisan saya tunggang langgang, dah lama tak mengarang karangan ni, last buat karangan masa final year projek time diploma dlu ja.
Pada 2013, aku ambil keputusan bersama bff aku, Nazri untuk sambung belajar. Nazri ni sahabat yang aku kenai masa ambil sijil dlu di institute yang agak angker yang pernah aku cerita dalam episode 1. Aku dengan Naz ni sama-sama broken hearted actually, masing-masing ditinggalkan buah hati, tu yang bawak diri jauh dari kampung halaman. kalau ikut keputusan Naz tu, dia nk apply kat Sabah nu..”bwk ngucap sat Naz, apa-apa jadi kat penang nanti, susah nak balik weh, apply dalam semenanjung dah la”.

Jadi kami dapat la U kat Kemaman, Terengganu, sama kos. Pada usia yang agak lewat, kami sambung belajar.
Usai bersalaman, berpelukkan dengan parent masing-masing, aku rsa sebak jugak la, kali kedua berjauhan dengan keluarga. Sebenarnya aku tak berapa rapat dengan parent aku, jurang bertambah lagi bila aku kecewakan parent ak dengan aku blah dari kolej medic dari kos yang diorang pilih. Since dari sijil dan aku kerja cashier selama 3 tahun, diorang endah tak endah aku, what to do,they’re hoping too much from me dan aku kecewakan diorang.

Batch kami batch pertama yang rasmikan blok asrama yang baru siap dibina. 3 tingkat dan ada banyak apartment dalam tu. 1 apartment 4 bilik dan 1 bilik besar untuk basuh baju, tandas dan bilik mandi. Semua baru lagi, habuk simen pun tebal lagi. Tiap 1 bilik ada 4 orang, 4 katil, 4 meja study serta 4 almari kayu. Aku sorang ja budak utara dalam bilik tu, 3 lagi orang pantai timur. Sambil kemas barang dan bilik, sambil berkenalan la, gitu2 ja, sebab aku tak brapa pham lagi bahasa pantai timur.

Petang tu start la orentasi, hari pertama berlalu, malam tu lepas mndi aku keletihan, U ni besaq apak berjalan untuk ke 1 fakulti ke asrama memang jauh nak napak. Tapi bilik ni, lain mcm punya panas dia, mcm sauna weh ,peluh macam lari 100m. Elok nak lena, dengar pula bunyi macam lembu nak kena sembelih, agak seram,, dalam samar-samar tu aku cari bunyi tu..’’grrroohhhhh errrrrkkkkkkkkk”..rupanya roommate aku ,Iza (pengajaran aku kenal Iza ni, dia lebih syaitan dari syaitan, pisau lipatan talam dua muka, jangn mudah percaya org) berdengkor,aku tengok Ena (budak katil seblah Iza) pun terkejut,kami saling pandang, terkikik gelak kami dua orang.

seminggu berlalu, orentasi tamat, tiap-tiap malam kami berjeruk kepanasan. Yang pelik, bilik orang lain sejuk gedik, sampai Ena dengan Min bawa bantal tidur dorm lain psal dorm kami panas yakmat. Aku dah jadi terbiasa suasana panas tu lepas bebarapa minggu. Aku dengan roommate lain tegur-tegur gitu ja sebab diorg ada geng diorang sendiri. Cuma Iza ni kekadang sembang gak dengn aku cakap mengenai suhu klimaks bilik ni, memang sauna.
Aku terpaksa balik ke Penang sebab ada urusan pinjaman pelajaran yang kna diuruskan di Penang, kalau tak sattle, tak boleh sambung belajar la aku. Elok aku balik Kemaman ni, aku terperasan roommate aku yang bertiga ni mcm takut tak takut nak cakap dengn aku.

Ada suatu hari tu, Iza ni mai kat aku, dia nk ckp ssuatu tapi macam tak nak cakap.’’er Yana…hm….busy tak…hm..nak cakap se ni..hmmm…” . Aku paling nympah org camni, straight to the point lah, masa tu aku tak tahu kenapa aku berang sangat.. ”Iza, nak cakap cakap, tak payah nak diri-diri sini buat muka cmtu”, aku rasa macam nak hempok papan LK je ke muka dia tu, dan aku tak tahu kenapa aku nak marah sangat. Dia tak cakap atau tegur aku terus.

Masuk la Ramadhan tak lama kemudian. Aku ada rasa bersalah gak la kat Iza ni, jadi haritu aku beli dia air soya sebagai tanda mntak maaf la, haritu bukak posa dengan roommate aku, kami berempat. Aku tengok Min, Ena kuis-kuis paha si Iza ni..Iza bersuara..”Yana, nak tanya ni.. tapi jngan maroh”..dia cakap dengan slang pantai timur dia, aku translet siap-siap, msa tu aku dah paham skit dah bahasa sana.. Aku berenti kunyah makanan, focus ke arah Iza..”yana, memalam lepas ttup lampu, Yana pergi mana? Kekadang kami terjaga yana takde dekat dalam bilik”..Min cerita dia ingat aku ke tandas, tapi dia terperasan, pintu masih berkunci lagi. Aku pelik la, lepas tutup lampu, memang aku akan lena, tak pernah lagi aku keluar tandas memalam sesorang, aku akan ke tandas awal-awal masa ramai orangg..”tak prgi mana la..nak pergi ma na nya,Yana pergi tandas awal-awal lagi, dah tutup lampu means ready nak tido je.. kenapa nya, nmpk takde kat katil ke?’’ jawab aku. Iza sambung lagi “ kami nak cakap bab ni lama dah, tapi takut nk tegor Yana, sebab Yana nampk garang sangat”..mmg rupa aku gini, garang, blagak, sombong tmbah lak aku tak reti nak bergaul dengan orang, tapi yang mana kenal aku, kenal la, aku.

”sebenarnya haritu, kami jumpa Encik Botak (warden kami) tnya sebab panas sangat bilik ni, dia pernah masuk dan kata pnas sangat, dan bila Yana balik penang, warden ada mari bawa kwan dia ustaz, ustaz tu tengok bilik dan dia tengok meja study Yana, dia tengok gambar family Yana dan dia kata, bilik ni tak panas, takde masalah, yang msalah, budak ni, dia cakap,Yana ada sesuatu yang buatkan bilik ni panas, jangan maroh na, masa Yana balik Penang ritu, bilik ni sejuk,macam ada ekon ja, tu Encik Botak minta kami tnya Yana, Yana, ada bawak ape-ape ke”.. Aku terdiam..bia betik..tiba-tiba aku teringat kata sami yang Timmy jumpa dlu, ada benda nak kawan dengan aku, lama dah..aku cerita kisah benda dan mimpi msa aku kat penang dulu kt roommate aku (don’t trust anyone, bukan smua orang baik nak tolong ko, ni kesilapan aku, dedah kelemahan aku)..diorang pun paham kondisi aku.. Min Tanya..”kenapa Yana tak berubat cara islamik?”..”ntah la Min, nak tnya sapa?”..Ena “parent Yana ? Dia tau dak semua ni?”..aku balas “ntah la Ena, Min, Yana tak tau nak habaq camna kat diorang, dh kabo, kene bising sebab lemah la, tak solat, tak ngaji.. saloh Yana gak, lemah” balas aku, atok dan nenek aku besarkan aku, cukup ilmu agama, tapi iman tu, hidayah, pudar dalam diri aku.

Beberapa malam kemudian, aku mimpi aku ada dekat hal luar asrama aku, aku Nampak ada satu susuk tubuh melayang,terbang pergi balik, pergi balik. Aku tengok ja dari balkoni asrama tu. Kemudian dia mendarat atas bumbung atas, aku masih berdiri kat situ.m Susuk tu aku pernah nampak dan kenal. Nenek tua bongkok yang pernah aku jumpak dalam mimpi dulu. Dia senyum dekat aku slow dia melayang turun mai kat aku rambut putih dia ngerbang. Dia msih melayang layang..Tapi di depan muka aku..tangan dia yang sekadar kulit membaluti tulang, kedut seribu kulit dia, kedua-dua tangan dia, pegang pipi aku, pelik..aku tak takut, aku seperti kenal dia, ramah, dan aku biarkan dia usap-usap muka aku, dan aku terjaga, terperasan, ada 1 lembaga berdiri di hujung kaki katil aku bila aku bukak mata luas-luas dia hilang,t engok jam handphone dah pkul 5pagi, aku kejutkan Ena, Iza untuk sahur, Ena tidur dorm kawan dia.

Lepas berbukak puasa malam tu, Iza dan Ena ajak aku untuk berterawih, ntah aku tak rasa nak buat, aku tolak, aku cakap aku busy nak basuh baju. Keesokkan hari,petang selepas habis kelas, aku buka pintu bilik aku, aku tengok Ena, Min dengan Iza tengah baca Yassin, aku tersentak, rasa sakit hati tiba-tiba, aku hempas pintu, keluar ke taman asrama aku. Hati aku panas je rasa, tapi aku tak tau sebab apa. Tiba-tiba handphone aku berbunyi, warden call, dia cakap lepas isyak malam ni..mungkin ustaz nak mari, sebab Iza call td cakap msa diorg baca Yassin ,pintu tiba-tibaa tertutup kuat..”itu sya Encik, yang tutup pintu tu” jawab aku..”dah kenapa Yana buat gitu, Yana marah ke?”..tanya Encik Botak..”ntah la Encik, saya ta tau..tiba hati rasa panas”..

kemudian aku ceritakan mimpi nenek bongkok tu mai melawat..”yana, yana ada cerita tak hal ni kat keluarga, saya rasa..saya minta maaf kalau silap, tapi yang ni mcm ada kaitan dengan keluarga punya, kalau tak dirawat, risau Yana makin teruk..tu saya cuba panggil ustaz ni, dia kawan sya, dia kata, dia boleh tolong tengok-tengok”…masa dia cakap ustaz tu nak mai tengok, aku rasa macam serabut, geram rasa macam..semak la..sibuk apa sangat-sangat la urusan aku..pastu..aku tak ingt..aku mandi, aku bukak puasa, Iza ceritakan hal pintu dihempas tu, aku diam bnyak ja. Malam tu Iza bagitau , yang Ustaz tak jadi mari, ada jenazah dia kna uruskan..hati aku happy.

Sejak dari malam aku mimpi nenek tu…makin kerap pulak dia datang dalam mimpi aku, aku dah biasa.
Encik Botak jmpak aku di luar pagar asrama, dia bagi aku skeping kertas dimana ada tulisan tangan 3 qul , pesanan dia dari ustaz, letak bawah bantal, ambil wuduk sebelum tidur dan baca ayat qursi serta 3 qul sebelum lena. Aku buat seperti dia kata…akibatnya, katil aku digoncang kuat, bilik terdengar bunyi nafas yang sangat kuat serta macam ada benda yang menyeret..syreeek…syreekkkk di ruang tengah bilik tu.. Aku ketakutan yang amat , malam tu tiada dengkuran Iza.. aku yakin..dia tak tidur, kami semua tak tidur malam tu..aku tak tahan dengan gangguan tu, aku ambil kptusan untuk buka mata, tengok bnda apa, pelan-pelan mata dibuka, bayangan hitam rambut mengerbang di hadapan aku, terkejut, spontan aku tepis pantas aku bukak lampu dan bayangan hitam tu hilang, Ena,  Iza,bgun serentak..muka diorang cuak sangat.. Aku berpeluh-peluh.. tengok jam pukul 4pagi..”jom sahur semua” tu ja aku boleh cakap..aku sambung lena di meja study dengan lampu terbukak..dan bangun bersiap untuk kekelas, bila aku kemas katil..kertas 3 qul tu dah takdak.

Aku call mak aku petang tu sambil jalan balik dari fakulti. Aku ceritakan tentang msalah aku, tapi mak aku cakap..takdak apa, perubahan tempat baru, bnyak ngaji, smbhyang..aku diam la..nak kata apa. Aku jumpa Naz, dia cakap, tu maybe Saka, psal dia pn ada sekor..dia pnya rimau, tapi takde ganggu dia sangat pun mungkin sebab dia bukan anak sulung dan Naz suruh berubat, dia takut aku boleh gila. Haah, aku kekadang rasa nak gila pun ada, sebab kadang-kadan aku dengar bisikkan, tapi tak tau apa yang dibisik dan aku ralit sangat sampai kekadang Iza tepuk bahu aku baru aku tersedar.

Malam tu, aku mimpi nenek tu lagi, aku mandi kan nenek bongkok tu…dia duduk dia atas kerusi kayu pendek, berkemban dengan kain batik, di tepi telaga aku tak tau la mna lokasi, seakan macam dalam hutan, diterangi cahaya bulan penuh, aku jirus perlahan lahan kat nenek bongkok tu, gosok perlahan lahan kulit dia yang kedut seribu, rambut dia yang putih kasar tu, perlahan lahan tangan aku lurutkan masa aku jirus air..dia kalih ke arah aku, dia tersenyum, kulit dia kuning langsat pucat, berkedut seribu, mata dia hitam smua, tapi dalam mimpi tu, takda pulak aku nak menjerit takut ke apa..aku seolah, tenang, aku kenal nenek bongkok tu…aihhh..seram pulak ak menaip ni, meremang tengkok ni weh, nasib aku taip siang-siang hari..

Tinggal beberapa hari lagi untuk Aidilfitri, pihak U menyediakan 1 bas khas untuk budak utara, sebab ramai senior-senior budak utara. Selepas Isyak, kami semua pulang ke kampung halaman. Aku tak tau kenapa, sampai penang aku demam. Aku terlelap di ruang tamu rumah aku selepas berbuka. Aku rasa mcm ada benda menguit kaki aku, aku tepis la dengan kaki aku, kuis lagi, aku bangun aku nampak ada tngan pucat pegang kaki aku dan cuba Tarik, aku mengelupoq aih.. Masa tu aku rasa, aku dalam mimpi lagi, sebab aku nampak ayah aku baring atas lantaio, tengk tv, aku jerit panggilo ayah aku, ayah tak dngar..ya..aku ditindih, geram sangat, aku maki, “celaka ang!” aku tendang kuat tangan tu..hilang dia. Badan aku rasa makin berat dan tak larat bangun dari mimpi tu. Aku bagitahu ayah aku tentang mimpi aku kena tindih tu..nak menangis dah aku..sebab aku rasa, badan aku dah tak larat..ayah aku ckp “merepek ang ni, kalau ada benda tu, Ayah dah boleh rasa, ang mimpi merepek ja tu, layan sangat cerita hantu, cakap merapu”..sedih wor..dan Aidilfitri tu..aku tak pergi mana..pasal demam,nasib rumah nenek sebelahr umahnya, dpt la manja-manja tak sihat dengan dia.

Seminggu kemudian, pulang lah daku ke pantai timur, tiada gangguan untuk beberapa hari. Tapi pada suatu lewat petang, aku buka pintu, tengok Ena, Min dengn Iza tengah baca Yassin…zupppp..panas hati tetiba..aku baling beg aku kat meja study aku..”Iza!!,ikut aku!!”…then aku tak ingt dah..malam tu aku tgh buat homework kat meja study, Min, Ena dengan Iza takde dalam bilik..tenang sunyi rasa. Then aku dengar pintu bilik di bukak, aku kalih, Iza, di belakang dia, ada Ena..”pergi café ke Iza, baru nk kirim chocolate shake, dahaga menda sejuk lok ni” kata aku, sambil aku smbung menulis..diam takde balasan..aku pelik, aku kalih, diorang tengah dok percik2 dalam bilik dangan air dari botol mineral tu..”what de hell lak budak-budak ni?”..gumam aku dalam hati..

Tiba-tiba aku rasa something..dalam hati macam ckp “fak off, berambos!’’..aku kalih, Iza dah dibelakang aku, dia nak percik air tu kat aku..aku bangun, dia dengn Ena keras..”ayaq menda?”..aku Tanya, msa tu aku rasa, mcm panas hati sangat, rasa mcm meronta, dada macam nk meletup..”air..Encik Botak bagi, dia suruh percik dalam bilik bagi sejuk”..”jadahnya”aku cakap..Splasssshh!!air dipercik Iza ke muka aku..basah muka aku sebab dia tertuang semua ke aku…diorang kaku..aku..”berambos celaka!ang dengan ayaq celaka ni, ustaz celaka, berambos! ampa ingt ampa sapa nak renjis-renjis aku ni celaka???!!” aku jerkah sebab dalam hati aku rasa gelegak panas yang amat, mau ja aku demah muka Iza tu, dari first aku tak tau pasaipa aku ada sense aku cannot go dengan dia, tapi sebab dia baik dengan aku so aku takdak reason gaduh dengn dia..diorang lari keluar..bammm! pintu di tutup..masa tu aku mula dengar bisik-bisik dekat telinga aku..aku duduk..dan aku tenang balik..pandang ke luar tingkap tengok bulan penuh, cantik. Kenapa aku nak marah-marah sangat tadi…Astarfirullah..aku beristifar..dalam masa yang sama..”aku dah teruk ni..”…aku hantar msg kat Iza aku minta maaf sangat-sangat..aku call mak ayah aku, aku memang kena berubat, aku tak tahu kalau lepas ni aku hilang kawalan…aku pergi buat benda bukan-bukan..belasah orang ke..terjun bangunan ka..sapa tau..aku dah la dekat kawasan orang..takde sapa angkat telefon..aku hantar whatasapp dekat mak aku tentang stuasi aku. I really need help..or I endup dying or hurting others. Iza ja balik dorm malam tu (aku tak pham apsal dia boleh berlakon baik gila, supposed bia nenek bngkok tu amik dia sorok dalam hutan amazon, bia kena belit dek anaconda, dimakan dek pirana. Iza ni actually gunting dalam lipatan, disebalik baik dia, dia busuk hati. Sapa yang tak kenal lakonan dia, akan terpedaya, macam aku, terpedaya, percaya dia. Masa ni aku tak tau tentang lakonan dia lagi)

Malam tu katil aku digoncang teruk, aku kena tindih start dari aku tutup mata, bukan bunyi seret saja, bunyi dinding dicakar, bunyi nafas, bunyi tapak kaki smua ada. Aku bukak mata aku, tapi ditutup oleh lembaga, aku tepis dia tutup lagi..aku fedup gila!..kemudian dengar suara dalam kepala aku..”jangan harap hang dapat buang aku, aku takkan pisah dari ang!”…aku terdiam.. memang dalam tidur aku nangis..segala jenis doa aku baca, tapi dia gelak ja ngilai ja..ya Allah, cepat la siang..smua gangguan berhenti bila azan subuh dan blackberry aku berbunyi, mama call, aku cepat-cepat angkat dalam keadaan termengah2..nak bangun dari kena tindih serupa ang hiking secara berlari..mama call dan aku menangis tersedu sedu..sebab dah tak tahan sangat.

Aku cerita habis semua yang jadi kat mama dan dia cakap akan ikhtiar sesuatu. Aku tak ke kelas haritu sebab demam panas serta badan aku rasa sangat berat, aku dapat rasakan dia mula menguasai badan aku. Aku call ayah aku tengah hari tu dan cerita semua yang jadi.. Seperti biasa, aku kena marah sebab aku lemah sangat. Aku redho je lah. Ayah aku ada di KL ketika itu dengan PakMus atas urusan kerja. PakMus ni setahu aku, dia memang pandai berubat. Ayah aku letak telefon dan PakMus Tanya, “kenapa dengan anak hang?”..”Ntah kat dia, dia cakap ada nenek tua dok kacau dia, dia amik apa tah dalam mimpi dia haritu”..PakMus duduk dan Tanya nama penuh aku kat ayah aku..dan dia mula scanning..”anak hang dah teruk ni Kaha, kalau tak sattle, parah anak hang, kita kena pergi Terengganu la ni gak”.

“Ayah akan sampai Terengganu malam ni selepas sattle kerja ayah sat, tunggu kami kat Kolej ang”..ayah aku msg…lega aku masa tu..tapi tangan aku mengiggil dan aku terdengar bisikkan halus..”kami takkan lepaskan hang, hang kami punya”..terduduk ak menangis.

Malam tu hujan lebat sangat, aku tunggu ayah dan PakMus. Bersama aku, Iza dengan Encik Botak. Jam dah tunjuk pukul 10malam, hati aku mula risau resah ,marah pun ada..aku dapat rasa dia dalam keadaan marah, dan aku ternampak susuk bongkok di pintu keluar café,nenek tu pandang aku, muka dia sangat bengis, aku tunduk, takberani rasa.”ayah ang dgn Mus tu takkan mai”..aku dengar bisikkan tu, masa tu aku rasa menggigil serta sejuk, hati aku serabut sangat, macam nak menangis, menjerit (yang ni kot perasaan bila nak kena hysteria).. Phone aku berbunyi, Ayah call..”Na, ayah tak dapat mai, kami sesat berapa kali dah ni..dok masuk kawasan hutan yang sama, keluar masuk tempat yang sama.. Nanti ayah ikhtiar lain”..

Masa tu aku dah menangis..takut sangat,,apa nak jadi dekat aku malam ni. Ayah aku jarang nak sesat bila dh sampai 1 kawasan, sebab dia sangat arif dengan setiap kawasan yang dia pernah pergi, dan aku pasti, ni mesti nenek tu punya angkara..”yana jangan risau,  kejap lagi PakMus cakap dengan dia jangan kacau Yana dah.. Malam ni Yana jangan sorang-sorang, tidur dengan kawan yana, ambil widhuk sebelum tido”.. Pesan PakMus sebelum letak phone.

Malam tu, Ena dengan Min tido dorm kawan diorang, Iza stay dlam bilik aku dan Encik Botak tido dalam asrama jugak dalam blok aku, tapi bilik khas warden la..in case apa-apa jadi kat aku malam tu. Ayah call aku cakap dalam kawasan bandar dekat dengan kolej aku, semua hotel dan homestay fully booked.. Jadi diorg terpaksa pergi jauh ke Cherating untuk checkin. Selepas call, aku ambil wuduk and terus lena..nyenyak.

Esok hari nya, aku bangun rasa fresh sangat, Alhamdulillah, tiada gangguan malam tu. Tengah hari Ayah dan PakMus sampai dekat kolej aku. Rupanya PakMus dah kurung nenek tu. PakMus cakap, nenek tu bidan, malam-malam aku hilang tu, mungkin aku pergi sambut org bersalin..tersentak jugak aku, PakMus cakap, ntah orang ke apa yang dia smbut tu..Allahualam.. PakMus dah cakap, jangan ganggu aku dan dia kurung nenek tu dalam botol dan campak dekat kawasan bukit kuang, masa tu jambatan dekat bukit Kuang tu still under construction..”macam mana pun Yana, kita kena kuatkan diri kita dengan zikir dan solat, ngaji jangan lupa, benda mcm ni, tunggu masa kita alpa dan akan sesatkan kita, kita jangan lupa DIA sekali pun, benda tu ciptaan Dia jugak, jangan takut dengan benda tu, takut dengan Dia, mintak tolong dr Dia, insyAllah”..

Aku dengar smua tu dengan hati terbuka. Aku sesat dah terlampau lama, sebab aku mai Terengganu ni, aku broken heart dan dalam masa yang sama aku nak lari dri hidup aku yang,,terlalu jauh menyimpang dari agamaNya, halal haram smua aku langgar, mungkin tu salah 1 sebab kenapa dia mudah pilih aku sebagai teman pedamping.

Setelah kejadian tu, aku banyak tidur sebab badan aku perlu recovery dari berapa lama dia guna badan aku dan aku dekatkan diri aku dengan Nya stiap 5 waktu. Setiap kali aku lalai, dia akan cari jalan untuk berdamping semula dengan aku, bukan nenek tu, makhluk yang agak ngeri, rambut ngerbang dan dia tiada muka kerap muncul dalam mimpi, bangun dari mimpi, cepat-cepat aku ambil wudhuk dan solat. Sekarang dia tiada pedamping, Cuma jangan lalai ja..dia Cuma boleh tengok aku dari jauh saja, macam-macam jenis bntuk. Tpi selagi aku tak lalai..dia pun tkdak peluang untuk berdamping dengan aku..

Alhamdulillah… Sekian terima kasih..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “Teman Berdamping 2”

  1. hang jangan macam macam yana, settlekan part iza tu la ni juga. jangan sampai aku cakap nogori sombilan dongan ekau.

    Reply
  2. salahkan iza kenapa? penulis yang annoying dalam cerita ni. kalau aku jadi kawan penulis, aku simbah air sebaldi, takde nak renjis2 dah

    Reply
  3. ramai org geram dgn iza.
    kalau dh crita bab iza…dia akn jd sinetron…bkn kisah seram.Iza ni,dlm dia buat baik,dia talam dua muka.dpn penulis dia simpati,blkg penulis dia jaja hbis buruk penulis ni kt org,sedangkan penulis ni percaya kt iza ni.penulis susah nk pcya and buat kwan baru,tp silap langkah,penulis terpedaya dgn sikap baik hati si iza ni. selepas pengamatan,si iza ni dia ad bnyk kekurangn drpd org lain dr segi physical lah,so bila dia tgk life org lain btter than her, so dia try nk catchup jugak other pace.penulis pn dia bru dlm proses pembentukkan diri dr anasir hidup yg tiada batas, dia ingt cri kwn yg baik budi,santun, dpt membaiki hidup dia yg bnyk menyimpang dr hukum agama.tapi silap langkah,kpercayaan hancur retak. harap jgn la marah ke penulis:P.

    Reply

Leave a Comment