Degil menunggu

Hello warga FS. Terima kasih admin sekiranya cerita saya ni disiarkan. Untuk pengetahuan semua, nama saya Jo dan cerita yang saya nak tulis ni berunsurkan Tuhan & Tradisi kaum Cina. Maafkan saya sekiranya cerita saya ni tersinggung kawan2 kaum yang lain dan sorrylah sekiranya bahasa saya ni kurang ckit.

Cerita saya ni taklah seram mana tapi cukup untuk menghuru-harakan keluarga saya sebab ia melibatkan Pak Ngah saya. Nak dijadikan cerita, benda ni dah lama terjadi sekitar 90’an masatu PakNgah masih bujang berdating ngan MakNgah. So i start la…

Masa kejadian agak2nya dalam jam 11mlm, PakNgah & MakNgah dalam perjalanan pulang ke rumah dan  melalui padang permainan yang terletak di depan rumah (rumah atuk) kite. Baru je nak sampai rumah dalam 200m je tapi ditahan oleh seorang gadis, jadi PakNgah hentikan kereta dan tanya kenapa?. Gadis tersebut tanya PakNgah boleh tak hantar dia dekat Taman yang pada masatu masih baru dimajukan.
PakNgah dan MakNgah pun ok jelah sbb bahayalah seorang gadis kan tambahan pula dalam malam2-malam buta.

Gadis ni pun naik passenger seat kereta PakNgah di belakang. PakNgah dgn MakNgah continue berbual untuk mengurangkan suasana yg agak kekok dan gadis ni diam je di backseat. Sampai je area taman tu, PakNgah tanya gadis ni nak turun mana tapi soalannya tak terjawab jadi PakNgah dan MakNgah toleh ke belakang…. tapi yang hairannya gadis tu dah takde! MakNgah memang dah cuak tapi PakNgah steady lagi dan dorang agak-agak tau lah yang gadis tu bukan manusia tapi sekiranya kita tak buat jahat, nak takut apa kan. Pastu mereka berdua ni balik lah rumah ingatkan benda tu nak tumpang je pun. Kejadian ni tidak dibagitau sesiapapun dalam keluarga kita.

Dalam beberapa bulan lepas kejadian, PakNgah sedang bekerja di sebuah Mall yang masatu baru siap dibina di Klang Valley (PakNgah dan PakLang mempunyai syarikat m&e dan projek yang diterima biasanya projek besar2). Kerja dorang kebiasaannya lepas kedai dalam mall tutup jadi kerja punya kerja, dia terdengar bunyi tangisan gadis di tangga mall tersebut. PakNgah cuba mencari tetapi takde apa-apa pun.

Malam seterusnya, PakNgah continue bekerja dan dalam bidang M&E ni, memang dah dijadi kebiasaan dikehendaki memanjat tinggi. Sedang fokus bekerja, tiba-tiba dia ditolak dari ketinggian 5tingkat dan tolakan tu sememangnya dapat dirasai bukannya tergelincir ke apa.
PakNgah memang dah cuak dan masa “falling” ni, PakNgah tau dia akan m**i atau parah sebab dia jatuh facing upward dan kepala dia yang turun dulu tapi sebelum jatuh ke lantai, PakNgah tetibe rasa badannya disupport seperti ada sesuatu yg mendukungnya sebelum jatuh ke lantai tingkat bawah. Kawan-kawan sekerja yang lain cepat-cepat membawa PakNgah ke hospital dan impak kejatuhan tersebut, 2 tulang rusuk & gigi Pak Ngah patah tapi PakNgah selamat.

Dalam tradisi keluarga saya, sekiranya berlaku kejadian buruk memang dah biasa nenek akan mendapat “bantuan” medium dan medium ni adalah Pak Sepupu saya yang masatu berada di kampung.

*Ok sini i nak intro ckit kepercayaan bangsa cina. medium ni biasanya boleh menyeru dewa yang dikehendaki merasuk badan mereka bagi menyampaikan sebarang mesej yang hendak ditanya.
PakNgah pun boleh menyeru sebab masa remaja, dia suka duduk di temple dan dewa yang selalu dia seru jugak dijadikan “ayah angkat” sebagai pelindung*…back to story

Masa Medium “dirasuk” dewa “ayah angkat” PakNgah, Dia cakap selama ni, ada gadis yang mengikuti PakNgah dan gadis ni nak jadikan PakNgah teman dia di alam yang lain. Semasa PakNgah ditolak, kuasa Yin PakNgah memang lemah dikuasai Yang, jadi gadis ni mengambil kesempatan untuk mengambil nyawa PakNgah dan kenapa PakNgah dapat rasa yang dia dilindungi ketika jatuh pulak? Sebab “ayah angkat” PakNgah yang sedang melindung PakNgah sbbtu PakNgah ok. Nenek tanya medium ada tak cara untuk halau gadis ni tapi medium kata gadis ni degil dan dia sudah targetkan PakNgah untuk masa yang agak lama jadi mmg susah dihalau.

Medium juga telah cuba berunding dengan gadis ini untuk lepaskan PakNgah sebab PakNgah sudah beristeri tapi gadis ni cakap yang dia tidak akan tinggalkan PakNgah sampai bila-bila. Nenek tanya bagaimana gadis ni kenal PakNgah, so……. jengjengjeng……..
Gadis ni adalah gadis yang sama PakNgah tumpangkan dulu. Dia rasa PakNgah baik hati dan sejak itu, dia menaruh perasaan terhadap PakNgah dan mengikutinya. Nenek saya yang tidak tahu kejdian tumpang itu tanya PakNgah lepas PakNgah bangun di hospital dan ketika itulah PakNgah ceritakan kisah tumpang kereta pada Nenek.

PakNgah dah ok dan dia meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa apa-apa gangguan sehingga 4 tahun yang lepas di mana PakNgah berkelakuan ganjil. Masatu PakNgah tidak suka waktu siang jadi dia terperuk dalam bilik tidur saja, makan tak kerja pun tak. Waktu malam baru dia bangun dah kita dapat lihat PakNgah menjadi kurus kering dalam masa yang singkat. MakNgah cari bantuan medium lagi dan medium kata ini semua angkara gadis itu sebab semangat PakNgah lemah masatu, gadis tu sedang menunggu peluang dan masa untuk “mengambil” PakNgah. Jadi kata medium biarkan PakNgah duduk dalam rumah tapi banyakkan sembahyang dan banyakkan memberi dorongan kepada PakNgah. PakNgah selamat sekali lagi sehingga harini tapi kita tahu yang gadis ni masih berkeliaran disisi PakNgah dan menunggu masa.

Setakat ni je lah cerita saya. Tak seram pun tapi cukup bagi mengganggu hidup keluarga PakNgah. Padang yang diceritakan memang selalunya ada citernya. PakSu pun pernah melihat ketika menaiki motosikal dalam perjalanan balik ke rumah waktu malam. Ibu saya yang dulu tinggal di rumah atuk depan padang ni pernah nampak buaian di padang ni dibuai perlahan pastu cepat/tinggi siap dengan bunyi ketika dia sedang menyidai baju di balkoni. Mula-mula takut jugak dan selalu menyuruh ayah menemaninya tapi lama-kelamaan ibu saya dah biasa pun.

Sampai sini sajelah saya nak bercerita. Maaf sebab panjang dan tak seram. Kalau cerita saya disukai ramai, mungkin nanti saya cerita gangguan yang lain pulak….Sekian terima kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Jojo

3 thoughts on “Degil menunggu”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.