Kuarters

KUARTERS HOSPITAL

Salam semua… Aku Joe. Pengalaman ni pada tahun 2+++ . Waktu tu aku praktikal di sebuah Hospital di Kedah. Kumpulan aku seramai 3 orang di tempat kan di sebuah Hospital di kedah untuk menjalankan sesi praktikal selama 2 minggu. Jadi pihak kolej ada menyediakan tempat penginapan iaitu sebuah kuarters di Hospital tersebut.

Kami bertiga pun berkemas-kemas untuk melaporkan diri di Hospital terlibat. Pada hari pertama melaporkan diri, kami terus memasuki kuarters yang telah disediakan. Tapi malangnya keadaan kuarters yang tidak terurus, penuh dengan sampah sarap menyebabkan kumpulan aku memilih tinggal di tempat lain. Akhirnya aku seorang je tinggal di kuarters tersebut.

Waktu petang, hanya aku seorang diri saja membersihkan kuarters tersebut. Baru aku perasan ada satu bilik stor yang dikunci dan pintunya ditanda pangkah. Jadi aku tidak buka risau bilik itu ada simpan benda-benda berharga senior dulu-dulu.

Malam tu aku kesunyian dan hanya tidur di ruang tamu sahaja. Tiba-tiba terdengar suara tengah bercakap-cakap tapi suaranya tidak jelas. Fikiran ku masa tu mungkin jiran sebelah kot. Setelah suara itu menghilang, pintu rumah ku pula diketuk-ketuk. Aku pun bangun dan membuka pintu tapi malangnya tiada orang. Lepas tu aku tidur macam biasa.

Pada keesokan hari, beberapa orang Hospital bersoal jawab dengan aku kebanyakkan soalan semuanya tertumpu kepada kuarters. Aku baru perasan ada benda tidak kena. Puas aku tanya tapi tiada seorang pun yang bercerita pasal sejarah kuarters tersebut.

Pada malam kedua, aku awal-awal buka surah alquran bagi mengurangkan risiko untuk digangu. Lebih kurang pukul 10 malam, ganguan pertama datang dengan semua lampu ditutup dan dibuka. “ Tutup je lampu boleh aku tidur awal, janji jangan tunjuk rupa” Dalam hati aku la. Mungkin sudah puas bermain lampu, ia cuba mengetuk setiap pintu bilik dalam kuarters tu. Aku sudah sedikit gementar, berpeluh juga la. Aku tutup mata, baca apa yang aku ingat je sampailah aku tertidur.

Lebih kurang 2-3pagi aku terjaga selepas selimut ku ditarik. Dalam mata tertutup aku tarik semula selimut aku. Berdebar-debar juga hati ni. Tiba-tiba aku terasa badan aku ditindih, aku langsung tidak dapat bergerak. Aku mahu azan tapi suara langsung tidak keluar hanya terdengar suara mengilai dari cuping telinga. Bulu roma terus meremang, aku dah nekad pagi esok aku akan cari tempat tinggal lain.

Selepas 2-3 minit baru aku dilepaskan. Aku membuka telefon dan membuka ayat al-ruqyah. Apabila ayat al-ruqyah dipasang, terdengar suara didalam bilik stor sedang memaki hamun, pintu stor ditendang bagaikan nak dipecahkan. Aku bernasib baik aku tidak buka bilik stor kalu tidak lagi teruk ganguan ni. Baru aku kata bernasib baik, pintu stor terus terbuka. Aku melihat satu lembaga hitam ada didalam bilik itu. Aku terus berbaring dan berselimut dan membaca apa yang ingat, tapi masa tu semua ayat aku telah lupa. Aku merasakan ada satu jelingan yang tajam ke arah aku. Mungkin ia marah kerana aku memasang surah al ruqyah. Dalam ketakutan aku hanya berdoa agar semua ni hilang dengan cepat.

Aku memang tidak dapat tidur sehingga waktu subuh, aku terus bangun untuk bersiap-siap untuk solat dan pergi praktikal. Masa hendak mandi, air yang keluar dari paip sangat busuk. Aku periksa semua air paip menjadi busuk dan berwarna keruh. Aku rasa penghuni kuarter masih tidak berpuas hati. Aku pun keluar dan berkemas-kemas untuk melarikan diri.

Pagi tu juga aku keluar dari kuarter dan mencari tempat tinggal lain. Selepas aku keluar, aku membuat laporan mengenai air busuk. Setelah diperiksa ada 5-10 ekor bangkai burung ditemui dalam tangki air. Padahal aku sudah mandi beberapa hari dan 3 kali sehari, kenapa pagi tu baru perasan ada bau. Kuarter tersebut masih misteri sampai aku keluar kolej. Nasib la junior yang tinggal di sana boleh la sama-sama ada pengalaman. hehehe… Sekian dari aku…Assalamualaikum..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Kuarters”

Leave a Comment