“Okay! Settle, insyaAllah!”
Terkejut pemuda itu dengan suara tegas Samad sekaligus tepukan dibelakang badan si pemuda.
Pemuda tersebut membuka matanya dan menoleh ke kanannya. Samad memegang botol air sambil terkumat-kamit membaca doa serta jampi penyembuhan. Riak wajahnya tenang.
“Minum..mandik!” Tegas Samad kepada pemuda tersebut ringkas. Kaedah mandi diajarkan kepada pemuda tersebut.
Pemuda tersebut mengangguk faham. Plastik botol air diambilnya dari tangan Samad. Plastik tersebut diikatnya bersama plastik berisi limau nipis. Pemuda tersebut masih tertanya-tanya apa yang berlaku padanya selama ini. Mulutnya seakan terkunci untuk bertanya. Hampir setiap malam didatangi mimpi ular besar. Dalam keadaan sebegitu, sakit badannya sudah tiada. Syukur.
Samad hanya mendiamkan diri tatkala pemuda tersebut berjalan pergi ke arah motosikal di luar rumahnya. Seminit kemudian, pemuda hilang dari pandangan Samad. Entah siapa pemuda tersebut, Samad hanya mengiakan saja apabila pemuda tersebut mengatakan dirinya kawan kepada kawannya. Samad sudah tidak terhitung pesakit yang berhajat. Kenal atau tidak sudah tidak penting baginya.
Samad sempat mengerling ke arah jam dinding.
‘Hm..baruk 9.03 malam..’
Samad yang berusia 30an tinggal sendirian di rumah pusaka arwah ibunya di sebuah perkampungan Bandar Kuching. Adik perempuannya sudah bernikah dan hidup bersama suaminya di Kelantan.
Yang menemani hanyalah Koreng, kucing jantan miang.
“Koreng! Makan lagik kau!” jerit Samad yang berada di pintu rumahnya. Kepalanya menoleh ke kiri dan kanan mencari jejak si kucing hitam putih. Tangannya memegang bekas berisi nasi dan ikan goreng yang sudah digaul sebentar tadi.
Samad menuang nasi di pinggan buruk yang terletak di sebelah kereta Saga lamanya.
“Koreng! Oo Koreng!”
Samad kehairanan. Sepatutnya jam sebegini, Koreng sudah ada di rumah dan menggesel manja badannya di kaki Samad. Samad menyalakan rokok. Disedut perlahan-lahan asap rokok.
Samad dapat mengagak bahawa Koreng sekarang berada bersama teman wanita barunya. Biasalah, musim mengawan. Samad kembali masuk ke dalam rumah. Bekas nasi diletak di atas sinki.
“Arghh!”
Samad yang baru sahaja meletakkan bekas tersebut berguling di lantai dapur. Badannya sakit!
Samad merangkak ke biliknya perlahan-lahan. Badannya sakit dan panas seakan dipanggang di atas bara. Samad menjerit kecil. Berguling-guling dirinya. Ini malam keempat dirinya sakit sebegitu.
“Erghh..apahal aku oh?” gumam Samad
………………..
Mad! Ada jumpa bomoh?” tanya Alem. Berkerut dahinya menahan tekanan dari pesakit yang mendengus seperti khinzir.
Samad masih memejam matanya. Keringat membasahi dahinya. Bajunya lencun. Ini antara kes yang mencabar bagi mereka. Haji Adi duduk tegak. Kepalanya senget ke kanan. Matanya juga terpejam.
Itu bermaksud dia dalam keadaan serius.
“Eee okkkkk..eeokkkk! Hrokkkk!” Pesakit mendengus seperti khinzir. Matanya terbuka luas. Pesakit seorang anggota polis hutan yang dianiayai oleh seseorang yang menaruh dendam ke atasnya.
“Hrokkkkkkkk!”
“Heih! Udah lagik berbunyi kau!” Spontan Haji Adi menepuk bahu pesakit.
Alem dan Samad terkejut dengan tepukan dan sergahan Haji Adi. Rasanya itu kali pertama beliau sebegitu tegang.
Dua malam lepas, Haji Adi dicabar oleh bomoh dari Sabah agar memanggil semua rakan perawatnya. Ada yang menegah, ada yang hanya mendiamkan diri dan hanya dua orang yang membantunya malam ini iaitu,Samad dan Alem.
Haji Adi menggerakkan tangan di atas leher pesakit tersebut tanpa menyentuh. Alem menarik bisa dari kaki pesakit yang menggelupur.
“HAHAHA! Kenapa kamu urang? Tida dapat kamu kalahkan sia!” Bomoh Bugis yang tidak berbaju tersebut ketawa.
Haji Adi kini lebih tenang riak wajahnya. Beliau senyum. Mereka kini di atas gunung. Haji Adi, Alem dan Samad duduk bersila di sebalik hutan tebal gunung. Jarak mereka dengan bomoh tersebut dalam anggaran 20 meter. Di sebalik pokok-pokok tebal, nampak kelibat lelaki buncit tidak berbaju duduk bersila.
“Aji, aku geram dengan bomoh ya..ijin aku ajarnya boleh sik?” tanya Samad sambil mengetap bibir.
“Sabar, jangan gelojoh gilak,” Haji Adi menenangkan Samad yang memang diketahui mereka sebagai orang yang panas baran. Alem hanya menunggu gerak Haji Adi.
“Lem, carik benda yang diikat di geruknya,” perintah Haji Adi sambil mengisyaratkan leher.
“Geruk?” Alem menunjuk lehernya sendiri. Haji Adi mengangguk. Alem yang di rumah Haji Adi memeriksa leher pesakit. Haji Adi kembali menoleh ke hadapan dan baru disedarinya, Samad sudah tiada!
Haji Adi lantas berdiri!
“Mad! Ne kau?” Pak Haji sedikit marah dengan Samad. Tindakannya melulu. Hanya Haji Adi dan Alem yang masih berada di sebalik hutan gunung.
Bomoh mengasapkan kepala khinzir sambil membaca kalimah yang tidak bisa difahami. Mantera serapahnya tidak jauh dari memuja raja jin dikalangan khinzir.
Bomoh berhenti membaca. Nafasnya dihembus perlahan.
“Kau berani ya? Hehe.” tanya bomoh tersebut saat merasakan seseorang berdiri betul-betul di hadapannya.
“Insaf kau!” ujar lelaki yang berdiri di depan bomoh.
“Hahaha! Sia tida akan berhenti menyakiti dia. Upah menyakiti dia lumayan! Kau tingu nanti! Hahaha!”
“Kau—”
“Samad!” Belum sempat Samad mengerjakan bomoh, Haji Adi memanggil dari jauh.
Samad menoleh ke belakang dan menoleh ke hadapan kembali. Bomoh sudah tiada!
Zup!
Kedengaran seperti benda yang laju bergerak menghasilkan angin. Samad terpinga.
Mereka bertiga membuka mata. Alem senyum puas menunjukkan leher pesakit kepada Haji Adi. Di situ rupanya ada rantai yang diikat bomoh agar lehernya sentiasa sakit dan mendengus seperti khinzir. Haji Adi mengangguk dan menoleh kepada Samad. Samad tunduk.
……….
“Haji..ubat aku, tolong aku, Ji..” Samad merayu kepada Haji Adi.
Haji Adi masih tidak melayan. Masih dengan bunga orkidnya.
“Ji, tolong..tiga malam dah aku sakit, ji.”
Haji Adi memeriksa orkid putihnya. Dia menggunting daun-daun yang dirasakan tidak diperlukan.
“Sakit aku ji.. sik kesian dengan akukah?” tanya Samad.
Haji Adi menjawab tanpa menoleh, “Kau ubat sendirik.”
Samad sakit hati juga takut. Dirinya sakit tetapi tidak dipedulikan sahabatnya.
……………..
“Aku bencik Haji Adi!” sempat dia mengomel.
Samad yang bergulung di atas tilam bujangnya perlahan duduk. Seluar panjangnya digulung kemas aras atas buku lali. Samad bersila. Mahu tidak mahu, dia harus mencari punca sakit.
Matanya dipejam erat. Nafasnya diatur perlahan.
Matanya dibuka. Sekeliling Samad gelap. Samad berdiri dan cuba berjalan.
Bam!
Dia melanggar sesuatu. Samad mencuba lagi namun masih dihalang dinding yang tidak nampak. Samad mencuba untuk undur, namun juga gagal dek dihalang dinding yang tidak nampak.
Samad gelabah dan memeriksa kiri dan kanannya. Ruang itu sempit! Setelah diamati dengan fokus, dirinya telah disumbat ke dalam botol!
“Aduhh..camne nak keluar dari botol?”
Samad duduk tenang. Auranya disalurkan ke seluruh badan dalam masa beberapa saat. Samad menghentak lantai!
Botol tersebut pecah! Samad akhirnya bebas!
Dia berlari dalam kegelapan mencari jalan keluar. Hutan itu dia kenal. Tempoh hari, mereka berada di situ. Kedengaran seperti sesuatu mengejarnya.
Tup! Tup! Zup!
Semak belukar seperti ada benda yang bergerak mengejarnya.
Akhirnya, nampak dengan jelas apa yang mengejarnya. Bomoh tempoh hari! Cuma kali ini jasadnya seperti khinzir. Dia telah bersatu dengan raja jin khinzir.
Samad berhenti dan membuka langkah. Cahaya sekeliling mulai terang dan menerangi hutan tersebut.
Khinzir tersebut marah. Dia menerkam ke arah Samad. Samad tunduk lantas menendang khinzir tersebut ke arah lubang yang baru diwujudkan.
Bomoh khinzir tersebut melolong meminta tolong. Samad menutup lubang tersebut. Firasatnya masih merasakan ada sesuatu yang masih belum selesai.
“Berhenti lagi kau..taubat!” Samad mengarahkan lelaki dibelakangnya berhenti.
Lelaki tersebut terbahak-bahak. Samad merasakan lelaki tersebut mempunyai aura yang sama seperti dirinya. Lelaki tersebut terus menghilangkan diri.
………………
“Dah bagus kau, Mad? tanya Haji Adi yang baru sampai di halaman rumah guru mereka. Guru mereka masih belum siap.
Samad yang dahulunya marah kini sudah faham apa yang disampaikan Haji Adi. Jangan gelojoh dan menunjukkan diri di hadapan musuh. Samad menceritakan segala yang berlaku kepada Haji Adi.
Haji Adi termenung. Samad menunggu jawapan.
“Sebenarnya, ada sidak yang merawat dan faham jalan ketuhanan tok salahgunakan ilmu.”
(Sebenarnya, ada mereka yang merawat dan faham jalan ketuhanan ini salahgunakan ilmu.)
Samad mengerutkan dahinya.
“Orang yang paham ilmu ketuhanan, tapi niatnya salah. Niat nak nyakit urang. Kau disumbat dalam botol oleh laki yang paham ilmu macam kita. Laki ya tulong bomoh ya.”
Samad baru faham. Rupanya, bomoh tersebut sengaja mengumpan Samad dan peluang itu dipergunakan sepenuhnya oleh sahabat bomoh yang juga belajar ilmu rawatan dan ketuhanan seperti mereka.
“Jaga-jaga lepas tok,” pesan Haji Adi.
Guru mereka keluar dari pintu utama. Lantas mereka bersalaman.
“Insyaallah..terimak kaseh,” balas Samad perlahan…..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
apa ni??
oh ya, lepasni klu boleh penulisan tu guna bahasa malaysia boleh ? boleh masukkan bahasa sarawak bugis apa semua cuma itula kabanyakkan ada yg tak faham jadi memudahkan untuk bercerita selepas perkataan tu bole buat kurungan untk maksud perkataan tersebut hehee