Masuk Rumah Baru

Assalamualaikum. First of all aku nak ucap terima kasih kepada FS sebab sudi beri aku peluang share pengalaman dengan readers dengan menyiarkan kisah aku.

Kisah bermula dari sini. Penghujung 2015 aku masuk tempat baru iaitu rumah yang aku beli, baru lepas siap dibina. Rumah ni semi D dan kawasan tapak rumah sebelum ni merupakan kawasan paya, ditambak menjadi kawasan tapak perumahan.

Aku dapat rumah corner lot. Tepi rumah aku ni jalan kawasan perumahan dan seberang jalan tu kawasan bukit yang ada ladang sawit dan jirat cina.

Kalau bukak tingkap bilik utama ni boleh nampak kawasan bukit tu. Tapi jenis aku ‘ah lantak lah. Janji tak susahkan hidup aku sudah.’ 1st kejadian yang berlaku, 3 hari selepas masuk rumah, hari tu dalam pukul 12 lebih tengahari, aku bersiap2 nak keluar makan. Barang rumah banyak tak siap lagi so tak masak. So bersiap lah aku.

Biasalah orang pompuan kalau bersiap. Pi balik pi balik sana sini sambil tunggu husband aku sampai ambil dirumah. Disebabkan kawasan rumah baru, memang ramai yang tak pindah masuk lagi. Dalam 350 unit yang dibina, ada lah dalam 10 buah keluarga yang pindah masuk tapi berlainan lorong. Lain2 ramai yang tunggu renovate etc. Lorong rumah aku ada 2 je keluarga termasuk keluarga aku (aku & suami je pun). So surround memang sunyi. Sangat2 sunyi. Orang kata tengahari rembang.

Dalam aku tengah menunggu aku terdengar suara perempuan berdehem. 2x. Sofistikated sangat kedengaran dehemnya. “Ehm ehm.” Tapi bunyi tu muncul dari atas area kepala aku which is siling rumah. Lepas je aku dengar, aku boleh lagi rileks2 tapi airmata automatik deras mengalir menyimbah lantai rumah sekaligus terkena kaki aku setitis dua. Kepala terasa kembang. Aku cerita kat suami aku. Suami aku gelak. Dia kata perasaan aku je.

Aku pun ‘okay. Fine.’
One day, suami aku cuti. Kejadian tengahari jugak. Dia baring atas katil sambil main phone. Dia dengar suara lelaki berdehem 2x then mengeluh pendek. Dalam sesaat macam tu. Dia ingat kucing aku bunyi macam tu. Tapi bila dia tengok kucing aku sedap je tidur tak berkutik pun. Dia pulak rasa kembang kepala. N few weeks kejadian bersekuensi berlaku. Tapi aku tak amik port. Aku jadikan solat n alquran pedinding aku. Tapi nampak gaya kadang kadang macam ‘ada’ yang marahkan aku.

Ada satu malam aku n suami nak tidur. Betul2 luar pagar rumah aku tapi berhadapan tingkap bilik utama, anjing menyalak. Sahut panjang. Sayu. Macam dalam movie seram tu. Macam tu lah. Aku wat lek lagi. Boleh tidur. Malam lain suami aku dengar budak menangis pukul 3 pagi. Aku pesan kat dia tak penah lagi anak jiran kita tu (masa ni dah ada jiran baru masuk tapi rumah bertentangan dan seklang 2 buah rumah) buat hal pukul 3 pagi macam ni n tak munasabah lansung boleh dengar sampai bilik kita.

Baru suami aku macam terfikir sejenak. Kami sambung tidur. So setakat bunyi anjing salak menyahut panjang tu dah jadi biasa kat telinga aku n suami. Then satu hari tu, aku main makeup2 malam. Konon dapat barang baru. Suka la. Nak test2.

Selfie sampai 2 pagi. Kat bilik tengah. Sebab aku tak nak ganggu suami aku tidur. Dari pukul 12 lbh malam tu sampai 2am aku selfie, aku pun mula letih n mengantuk. Tapi sebelum tu aku view dulu hasil aku selfie tu. Oh, fyi waktu selfie tu ada few pics yang aku pakai spec frame yang besar ala2 korea w/o power n cermin pun jenis pantul cahaya tu (jenis murah, plastik). Bila ko selfie, kat cermin spek nampak imej n lightening dari skrin phone.

Waktu aku view semua pics, aku perasan makin lama muka aku dalam pantulan cermin spek tu makin pelik. Mula2 macam mengejek. Then hodoh merepot2. Ada yang macam goblin n gollum dalam LOTR. Start tu aku dah kaku sikit. Tapi the last one dalam pic tu bila dalam pantulan imej kat cermin spek tu, aku nampak muka macam gollum tu dekat atas bahu aku ! Aku dah tak tau nak gerak macam mana.

Aku kuatkan hati aku berlari tinggal bilik tu tanpa tutup lampu, berlari ke bilik utama tapi still boleh control. Takut ganggu tidur suami aku. Aku cuci makeup, cuci muka, cuci kaki, aku naik katil, aku view lagi pics. Sah! Confirm. Mata aku tak tipu. Aku delete ! Sebab aku takut. aku baca kursi, 3qul alfatihah. Aku tidur. Sejak tu aku tak pernah selfie malam buta dah.

Then, kejadian lain pulak. Orang kata bulan puasa hantu syaitan tak ada. Tapi nak penghujung ramadhan, biasalah kita akan merasa satu kerugian kalau tak pulun buat amal lebih2 malam2 penghujung ramadhan kan? Aku pun macam biasa, lepas solat isyak (malam tu tak tarawih pun) aku nak mengaji. Lepas amik wudhuk aku tak tutup pintu bilik air. Pintu bilik air sebelah kanan belakang aku if aku menghadap kiblat. Aku pun solat macam biasa n mengaji.

Dah satu setengah helaian aku mengaji, ada suara perempuan menangis. Menangis syahdu. Mendayu. Aku sampai terpikir eh sedap sangat ke aku mengaji sampai ko sendu sekor2 dalam bilik air aku tu?? At last aku sedapkan hati aku dia sedih sebab tiket bas nak balik raya waktu tu dah habis.

Then, ada lagi malam lainnya. Aku baru suci dari period. Dah boleh solat. So aku start solat aku nak mengaji la. Baru 2 ayat aku dengar suara lelaki mendengus marah. Kononnya marah lah aku mengaji. Aku wat dek. Pernah jugak adik tinggal dengan aku kejap. Dalam 3-4 bulan. Waktu dia duduk2 main phone atas kerusi kat ruang tamu menghadap pintu bilik dia, dia terdiam.

Dia pandang je dalam bilik dia. Aku kehulur kehilir dok ngangkut kain baju yang dah lipat hantar ke bilik2. Jadi lalu lalang depan dia. So aku noticed. Dia lain. Aku tanya “kau kenapa?” Dia diam. Sambung main phone. Esok dia cerita. Dia kata sebelah rail gantung baju dalam bilik dia tu, dia nampak lembaga hitam berbulu tinggi berdiri kat situ. Lama. Pernah jugak kawan dia datang n ternampak lembaga yang sama. Demam panas 3 hari kau. Terasa bersalah pulak aku. ?. Haha.

Lagi jugak 1 kejadian, aku pergi kedai nak beli barang nak masak. Tak sedar balik dah masuk waktu maghrib sebab nak cepat masak nak bagi suami makan. Suami ada event, kena bagi talk malam tu. Aku masuk je rumah tanpa sedar tanpa bagi salam dengan melurunya. Laki aku laju bukak pintu bilik tanya aku balik dengan siapa. Aku cakap tak ada siapa. Aku sorang je dari tadi.

Dia kata dia nampak ada bayang dari bawah pintu bilik ikut belakang aku. Terkesima aku airmata meleleh tak payah cakap. Macam water fountain dah. Lepas tu laki aku pun nak keluar pergi event dah. Aku pun sementara suami aku keluar n aku sorang2 je, aku duduk dalam bilik. Lepas tu dalam 5 minit aku dengar tombol pintu dipulas ibarat tombol tu dikunci. Padahal aku tak kunci.

Aku fikir kalau laki aku mesti aku dengar dia bukak gril rumah n pintu masuk rumah. Ni senyap je tiba2 dengar tombol dipulas macam banyak kali. Aku dah nak meraung. Aku kuatkan diri bukak tengok kat luar. Tak ada. Kucing aku je duduk kat tepi dinding bilik aku buat muka simpati nak masuk bilik. Mustahil kucing pulas tombol. Mana la sampai si buncit tu nak capai tombol pintu kan?

Walau aku selalu nampak dia selalu berusaha pandang tombol pintu bila laki aku balik n aku nak bukakkan pintu (macam dia nak bukakkan la). So memang aku kalau takut dok sorang2, aku memang panggil kucing aku teman aku. Penah jugak aku mengaji sebab nak perbetulkan bacaan tajwid aku. Kebetulan aku pilih surah al jinn. Waktu tu tengah malam. Lepas je beberapa ayat aku dok ulang2 perbetulkan, aku dengar suara perempuan menangis kat area bukit sebelah rumah aku ni. Sendu lak tu menangis.

Sedih sesedih sedihnya. Sedih pedih. Pernah aku tidur, suami aku cerita aku banyak kali macam mengigau seram salah satunya yang terakhir aku macam kerut2 muka n baca dalam keadaan takut n sakit “auzubillahiminasyaitonnn…”. Pernah jugak dalam terdengar anjing ramai2 menyalak panjang tu suami aku bukak tingkap nak tengok. Guess whatttt. Anjing tu menyalak beramai2 pandang ke dalam kebun sawit sekaligus jirat2 cina tu. Ahaiyooooo.

Okaylah guys. Tq sudi baca kisah aku yang level2 biasa2 je seram dia. Orang kata sepatutnya masuk rumah baru buat kenduri sikit kan. Aku bukan tak nak buat. Sebelum ni memang nak buat. Tapi ada perkara yang banyak menyebabkan kekangan tapi kitorang just buat dengan inisiatif sendiri iaitu dengan aku mengaji n tak tinggal solat selain surah2 lazim menjadi amalan. InsyaAllah, satu hari memang nak buat jugak. Lagi pun since kejiranan tak ramai lagi. Tak kan aku nak jemput ‘habam2 kakak2’ senior kat sini kot?? Hahaha. Okay guys. Next nanti aku ceritakan pulak pengalaman aku yang lain2. Tengah taip cerita ni pun aku dah terpekik2 panggil kucing aku ajak teman sebab laki aku pi office dia kena siapkan presentation.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “Masuk Rumah Baru”

  1. Seram / Tak (2 marks) = 1
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 1
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 1
    Deserve 5/10. Sebab terlalu bnyk nk cerita. Setiap cerita tkda suspen, pastu bnyk sgt buat lekk, buat lekkk. Panggil lah ustaz. Adoiii.

    Reply
  2. Dulu tinggal kat puj pun sama gak ngacau. Masa tu beberapa fmly je baru tinggal situ. Kawasan baru bukak time tu. Babi hutan pun ada nmpk skali mrayap situ haha

    Reply
    • Patutlah, dulu pernah nampak babi hutan ats bukit depan pangsapuri enggang. Abg aku xcaya, dia kata anjing je tu 😆

      Reply
  3. kesimpulannya kena buat makan – makan kenduri doa selamat jugak kalau nak masuk rumah baru kan.
    setakat kita ngaji dan solat sendiri masih belum cukup nak lindungi dari gangguan – gangguan macam ni.

    Reply

Leave a Comment