Tetamu Lewat Malam

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara.. Kisah berlaku setahun yang lepas 12 May 2018.. Aku dan suami memang suka balik kampung time malam-malam buta.

Sebab jalan lengang.. Kali ni kami balik bertiga.. Sepanjang perjalanan dari KL ke kampung, kitorang cerita kisah arwah atuk Sewaktu dijemput sang Pencipta. Kami selamat sampai kat kampung pada jam 12.30 malam. Kami pun masuk salam parents aku, then lepak sembang dengan diorang. Tak lama lepas tu sampai lah anak buah aku yang tinggal dengan mak and adik dia.

Rumahnya selang beberapa buah rumah je dari rumah mak aku. Nama dia Iz.Iz ni memang membesar dengan mak aku dan kami adik beradik memang sangat rapat dengan dia terutama, adik aku Yaya. Sebab jarak umur diorang rapat. Iz lepak ngan suami aku kat luar. Mengomel je mulut Iz mengadu lapar tgh malam dengan harapan dapatlah ke mamak.. Sedar hint dia x jadi, terus nk masak megi itik..

“Abg Bil.. Nak mkn megi itik tak? Iz nak masak.”
“Masak la Iz.. Aku makan je”

Iz terus ke dapur, dan mula memasak. Segala rencah yang ada dalam peti ais dicampaknya masuk dalam megi itik tu. Memang kebiasaan Iz akan buka pintu belakang Sebelum masak. Settle masak, dia ajak suami aku makan..

Adik aku duduk kat depan ruang tamu sambil menghadap ke Pintu belakang yang terbuka.Untuk pengetahuan korang, kami adik beradik ada kebolehan melihat dan merasa kehadiran tetamu tetamu tak diundang ni. Secara tak sengaja, adik aku mengesan tetamu yang tengah meninjau dari pintu yang Iz buka.. Tanpa pikir apa-apa, terus suruh Iz tutup pintu tu.

“Iz,asal kau buka pintu belakang? Pegi tutup”
“Iz tak buka la Cu.”
“pegi tutup! Ada yang meninjau kat belakang tu.”
Adik aku terus berlalu masuk bilik. Lepas tutup pintu tu, Iz terus masuk bilik adik aku.
“Cu, kepala Iz sakit la” sambil menangis-nangis.
“Sakit sangat Cu.”
Tanpa syak wasangka sebesar biji sawi pun adik aku terus membebel.
“Tu lah kau. Campur macam-macam sangat dalam megi tadi”
Padahal Iz belum sentuh megi tu lagi pn.
“Cu, Iz tak tahan.. Sakit sangat. “
Mulut yang mengadu sakit tu seakan-akan tersenyum sinis sambil memandang adik aku. Adik aku da mula syak.
“Iz, igt tuhan Iz.. Zikir banyak banyak”
Habis je perkataan terakhir adik aku, Iz terus terkam dia..
“KAKMI!KAKMI! TOLONG ADIK!”
Aku yang dengar, buat bodoh je sebab memang biasa diorang bergurau macam tu.
“KAKMI! KAKMI! TOLONG ADIK! IZ KENE RASUK!”

Aku terus pegi tengok dengan besahaja.. Pintu bilik berdentum ditutup. Aku masih tenang dan tolak pintu. Sampai la aku terpandang muka Iz yang da menyeringai. Aku memang dikenali dengan sifat yang xde perasaan.. Tone suara ataupun reaksi ku sentiasa cool. Aku pegang Iz dan cakap “Iz, ingat tuhan, istighfar banyak-banyak Iz.” No respond.

Hati da mula bedebar. Bulu roma da mula berdiri setegak-tegaknya. Panggilan aku tak ada respond. Aku ulang lagi. Masih tak ada respond. Aku panggil suami aku untuk tolong lepaskan Yaya dari cengkaman Iz. Laki aku boleh pulak buat tak tau.. Sebab dye masih rasa Iz bergurau.. Makanya, terpaksa la aku guna tone halilintar.. Baru la tejonggol kepala laki aku kat pintu bilik.

Menggelabah dia peggang tgn Iz suruh lepaskan leher si Yaya.
Masa ni berlaku pergelutan antara “Iz” dengan Iz.. Iz masih separuh sedar. Aku dengan suami berjaya lepaskan adik aku dari cengkaman “Iz” Sebab badan dia kuat dan masih boleh lawan dengan tetamu yang dah mula hampir menguasai tubuh. Iz menonggeng-menonggeng cuba melawan tetamu tu. Sekejap sedar, sekejap hilang kawalan..

Aku terus jerit suruh Yaya yang da lari keluar panggil bantuan. Sebab kami memang tak mampu nak lawan tetamu yang dah mula menguasai tubuh Iz.. Kami takde ilmu didada. Sekadar berpegang dan percaya pada Ayatul Kursi. Dalam keadaan ni, kudrat aku ngan suami memang tak dapat nak tahan si iz ni..Badan iz tu dah la sportsman punya badan, tambah pulak dengan kemampuan tetamu tu,memang tak termampu la..

Dalam saat-saat genting ni,aku dan suami tetap panggil Iz untuk sedarkan dia. Kitorang bejaya bawak dia keluar dengan sukarela tanpa paksaan..
Dalam masa yang sama, adik aku pun ada kat luar jugak. Masa Iz keluar, terus dia pandang adik aku, then sekali lagi dia menyeringai.. Kali ni Iz da hampir hilang kawalan!! Dia terus nak attack adik aku.
“KAKMI!DIA NAK ATTACK ADIK!”

Pada mata aku, dia tak attack, tp saja nak takutkan adik aku.. Sebab dia terus ubah haluan dan berjalan ke arah lain bila adik aku menuju kat aku. Aku pn dengan senang hati menjawab.
“Tak pe.. Lek je..dia boleh kawal lagi tu”
“Iz, duduk kat sofa tu.” Arah ku.

Seperti yang disuruh,Iz duduk kat sofa sambil senyum.. Ruqyah dah mula mengalunkan alunannya. Adik dengan mak Iz dah ada kat ruang tamu lepas adik aku mintak bantuan dalam Group WhatsApp family kitorang.
Iz mula gelisah.

Perlahan-Perlahan-lahan, aku nampak Iz bertukar macam seekor kucing! Tangan Iz mula menggesek mata dan Dia mula menjilat tangan kat bahagia bahu. Sebiji macam kucing tengah lepak bersihkan diri. Iz dah tak boleh bercakap. Mata dah pejam. Kami panggil dia.

“IZ! IZ! INGAT TUHAN IZ.”
“LAWAN IZ.”
Takde respond. Kitorang cuba tenang untuk kawal keadaan.
“DIK, MASUK BILIK KAU” aku mula bagi arahan bila tengok Iz asyik pandang kat Yaya sambil senyum sampai nampak hampir semua gigi dia.. Haish.. Meremang bulu roma aku tengok.

Makin lama, Iz makin aggressive. Dia bangun dengan tangkasnya, nak menuju ke bilik adik aku.. Kitorang just boleh bertahan. Pegang kaki tangan dia. Bila keadaan semakin tegang, kitorang dah tak boleh kawal dia, maka terpaksalah suami aku jadi ahli gusti untuk tumbangkan dia. Kitorang trus baca ayat kursi tanpa henti sebagai perisai.

Dalam masa kitorang tengah wrestling ni, ayah aku buat air tawar. Once dia da terbalik, sepantas kilat aku capai air tawar yang abah hulur tu. Debgan lafaz bismillah, Al-Fatihah dan selawat, aku sapu air tu kat ubun-ubun, muka,dada dan di setiap pelipat..

Dapat la bertenang sikit. Tapi, sekejap je la.. Hahaha.. Lepas beberapa minit dia bangun balik wei!!!

Dekat 1 jam jugak begusti.. Kitorang bertiga, just mampu tahan dia, supaya dia tak menyerang. Berbekalkan ayat kursi yang kami baca, aku pegang kepala dia. Dia tak melawan.. Tapi mendengus.. Muka dia sentiasa menyeringai mcm kene poison joker tu.

Malangnya, aku tak boleh pegang dia lama.. Dia bertindak. Melompat nak lepaskan diri. Kali ni sekali lagi kitorang terpaksa bertindak kejam. Sekali lagi kitorang tumbangkan Iz secara menangkup pula.. Tangan dipulas ke belakang.

Dalam masa tu jugak aku dengar motor abang aku kat luar.. Fuhh.. Rasa lega mula betapak dalam hati aku.. Tapi, aku tak lupa yang tetamu kitorang ni mesti akan lebih aggressive.. Sebab dia lebih tau sapa yang datang.. Memang jangakaan aku tepat.. Belum sempat abang aku melangkah masuk dalam rumah, Iz bangun dari lantai tanpa dapat ditahan. Dia nak serang abang aku.. Kalau tadi aku cakap dia macam kucing,kali ni dia beraksi lebih seperti seekor harimau.

Sebaik je abang aku berada betul-betul-betul depan dia, dia terus nak terkam.. Dari gaya dia sama macam nak gigit. Dengan bunyi nafas dia yang macam seekor harimau yang tengah marah tangan dia yang dipegang dah mula keras mcm kucing yang tengah keluarkan kuku..

Dengan senyuman paling manis abang aku sambut tetamu kami ni.. Sambil tangan cuba pegang leher dia.. Tapi dia menronta dan susah nak dikawal.. Abang aku arahkan suami aku untuk tumbangkan dia buat sekian kalinya.
“Bil, kau tumbangkan dia.. Senang sikit kita nk buat kerja..”

Maka untuk kali ketiga, jatuh la Iz ke lantai.. Kali ni, kepala Iz ditekan dan tangan abg aku da berada di tengkuk Iz. .

Dan disinilah bermulanya perbualan mesra antara abg aku dan tetamu kami.

Abang aku mula menyapa.

Sila baca dalam loghat orang nismilan.. Ini apa yang keluar dari mulut Iz. Haha bukan rekaan.
A: Apo hal kau masuk lam badan budak ni??
T: Den tak sangko budak ni kuek.
A: Apo kau nak?
T: Den taknak budak ni do.
A: Abih tu, kok taknak budak ni apo lak kau masuk lam badan ea.?
T: Apasal ko datang sini?
A: Eh.. Suko hati den la, ni umah den. Ekau ni dari mano? Apohal ea kau datang mengacau budak ni?
T: Ekau tak dongar ko ko den cakap ni ha.. Da tontu la orang nismilan.. Takan orang Johor pulak cakap cam ni ha..
A: hahaha.. Jangan la marah den nak ajak kau burak yo..
T: Nak burak apo, tangan kek tokak ni ha, sakit.. Kepalo den ditokan ea, poning ha.. Yang goli kaki tangan lg.. Da macam 3 balak ateh badan den ni. Boghi la den bangun monapeh sikit.
A: Yolah.. Apo kau nak datang sinj memalam buto?
T: Den nak budak yang dalam bilik tu.
A: Bilik mano? Bilik belakang tu ko?
T: Bilik belakang tu nk wek po.. Busuk!!
A: Abih, bilik mano?
T: Bilik tongah tu ha.. Ha.! Yang kek bolakang den ni ha.
Adik aku keluar dari bilik nak tengok.. Hahaha.. Terus dia lari masuk bilik balik lepas dengar tetamu tu cakap macam tu.
A: Apohal ea ko datang sini?
T: Dulu maso takdo, dicari cari den ni ha. Bilo da dapek ditingga an den bosepah.
A: Itu bukan kitorag do..
T: Tapi koturunan kau!!
A: Koturunan bolah mano tu??
T: Osah la bodoh ea ko ni ha.. Da den cakp nismilan.. Tontu la oghang nismilan yang ko patot tanyo.. X kn omak ko pulak.. X yo paham-paham lai.
Abang aku tanya direct kat abah. Abah pulak cakap x tau..
A: Ekau dongar sndiri apak den kato x do..
T: Aduh.. Penat la cm ni.. Lopeh an la tokak den ni ha.. Sakit la.. Boghi la den menapeh bro.
A: selagi ko x jawab soklan den, memang xdo den nk lopeh an do..
T: Rilek ar.. Td koba nak sembang.. Ni da mcm nk m******h dah gayo deh.
A: Cubo ko boghi kojo samo..
T: Halah ko bukan hebat pon nak pakso-pakso den.. Botahun ko dorito tanggung sakit tu.. Den yang buek an.. Anak ko tu.. Bulih den pijak an sampai pampuih. Hahaha..
A: ceghito lamo tak usah la ko sobut.. Ko buek den sakIt botahun dulu.. Ni jam, biar den sakit an ko pulak yo.
T: dah la ha.. Den dah tuo.. Takdo dayo den nk lawan ko do.

Diam… Sunyi.. Tamat perbualan mereka.
Abang aq sekadar senyum.
Iz nampak makin lemah. X melawan.. Lebih kepada nak lelap.. Risau kn keadaan Iz, abang aku melonggarkan sikit cengkaman kat tengkuk Iz.. Tetamu pulak dah senyap… Nak amik nafas katanya.. Tp disitu lah silapnya.. Liciknya dia menipu.. Saat cengkaman dilonggarkan, terus dia keluar.. Iz pengsan..

“Mi amik air. Bangunkn Iz.. Suruh dia minum.”
Terus aKu capai gelas yang Iz prepare untuk makan megi td.. Kejut bangun, bg air.. Iz capai gelas yang aku sua dengan kedua tangan macam kucing Pegang barang.. Mata masih pejam.. Macam separuh sedar. . Gelas disua kembali pada aku..

Aku panggil Iz duduk sebalah aku atas sofa.. Dia menurut sambil memaling mukanya.. Dalam hati aku, tetamu tu masih ada.. Dengan muka yang dipaling ke arah lain, tangannya menguis aku.. “Nak air cik”.. Amboi.. Da la x nk pandang aq.. Tapi pandai pulak nak air mintak kat aku.. Aku tak bagi pn. Aku terus suruh dia makan megi yang dia buat tadi..

“Iz.. Tadi ko kata nk mkn megi itik kn.. P la mkn.. Da kembang da megi ko”
Tiada bantahan.. Terus bangun, duduk kat meja makan, makan..

Tapi,gayanya masih sama macam kucing.. Makan megi tanpa sudu dan garfu.. Muka dimasukkan dalam mangkuk, lidah terus jilat segala isi yang ada dalam mangkuk..

“Bro. Makan pakai sudu la!!” aku tegur perbuatan dia. Kepala diangkat dan mendengus.. Sudu garfu dicapai dengan tangan yang sentiasa tergenggam rapat tu.. Bukan guna jari ye.. Aku buka genggaman tangan dia, ajar pulak mcm mana pegang sudu.. Walaupun protes dan mendengus berkali kali, akhirnya akur.. Tapi kejap je la.. Lastly, dicampaknya sudu ngan garfu tu, terus diangkat Mangkuk megi ke mulut.. Dengan sekali hirup, selesai.. Jatuh rahang aku tengok..

Tengok perbuatan dia, tahu la kami.. Masih bersisa lagi makhluk dalam badan si Iz ni..Umpama kucing kekenyangan, Iz terus duduk di lantai, menjilat2 badan, dijilatnya tangan kemudian digosoknya seluruh muka.. Aku panggil dia duduk sebelah aku untuk sesi rawatan sepenuhnya..

Maka, bermula lah sesi menyalur tenaga batin melalui zikrullah.. Setelah selesai sesi terakir iaitu, pembersihan dengan mandian air limau. Kami biar Iz tido sementara abang aku zikir kan beberapa utas benang untuk jadikan rantai dan pendinding badan Iz yang dah berlubang..Rantai akan putus sendiri bila tiba masanya..

Tak lama lepas tu, Iz sedar.. Ajak laki aku Pergi smoking.. Tiba-tiba dia dengar suara kat telinga dia.. “Aku gerak dulu.. Nanti aku datang lagi”. Terus diorang masuk rumah.. Alang-alang menunggu subuh, kitorang beramai-ramai war dulu seround dua.. Haha.. Walaupun kepenatan dari jam 1 pagi sampai 5 lebih, kami rela bersengkang mata dari berperang mcm tadi..

Sakit di badan dah mula terasa.. Kesian kat Iz.. Asyik tanya kenapa sakit kaki tangan.. Knp muka merah.. Rasa panas. Sambil gelak-gelak, kitorang mintak maaf kat Iz.. “Iz, ko tau tak, Acu lempang And sepak ko da tiga kali. Bambil smack down ko da berkali kali.. Tak termasuk lagi kene pulas tangan, kene himpit lagi. Lauk ko.. “

Misteri asal usul yang tak dapat dihurai.. Anak cucu yang jadi mangsa.. Da setahun berlalu.. Tetamu kami gelar Tok Rimau,Kembali muncul.. Ada dikalangan sahabat Iz..Bila bergambar beramai-ramai, muncullah dia berpakaian jawa..
Terima kasih.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Itsukey

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Tetamu Lewat Malam”

  1. Tergolak2 den baco dialog tu haaa…
    Aduuiii…
    Bolagak plak ko an Tok Rimau…
    Rimau kunun tapi manjo mcm kucing…
    Hahahahaha comeeyyy…

    Reply
    • Mungkin mereka y x de kebolehan tu kebanyakkannya x mengalami n kadang2 xsedar pn pasal bnd2 mcm ni.. Plus x berminat dengan bnd mistik.. MAYBE..
      Ada jugak y xde apa2 tetiba terkena.. Normally sensor dlm badan akan outo on ye.. 😊

      Reply
    • Sebelum kejadian, sensor Iz to makhluk halus ni x on pn.. After that baru dye blh nampak.. Setiap orang ada sejarah yang turn on sensor ni.. Like my brother n Yaya.. Ada kisah diorang sendiri.. Plus, yang revealed kisah dlm ni pn kisah sendiri.. Kebolehan tu subjective ye.. Maybe u only can feel it, tp x nampak. Ko boleh nampak tp x rasa kehadiran tu.. It can be both.. 😊

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.