PENGALAMAN SERAM DI PEJABAT Kompleks Petadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Admin Fiksyen Shasha dan semua pendengar. Saya Mimi, dari Sabah Malaysia. Saya sentiasa mengikuti FIKSYEN SHASHA melalui saluran Youtube Channel. Inilah rancangan kegemaran saya sebelum tidur malam. Kebiasaanya, saya akan mendengar cerita-cerita FIKSYEN SHASHA dengan menyambungkan telefon bimbit dengan bluetooth speaker untuk mendapatkan feel dan suasana menyeramkan di rumah. Kali ini saya tergerak untuk menulis kepada pengalaman seram saya ketika berada di pejabat, salah sebuah jabatan kerajaan di Negeri Sabah.

Pada hari tersebut, saya dan 2 orang rakan pejabat menghadiri Majlis Amanat bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di salah sebuah bilik seminar yang berada di bangunan yang sama dengan pejabat kami. Untuk makluman, lokasi pejabat kami adalah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di mana terdapat 3 blok bangunan dan setiap bangunan mempunyai 7 tingkat. Masyarakat di sini memanggil bangunan ini Mini Putrajaya kerana design dan warna bangunan sama seperti kompleks kerajaan di Putrajaya Semenanjung Malaysia.

Kejadiannya berlaku seperti ini, selesai sahaja majlis Amanat diadakan saya dan 2 orang rakan sejawat pulang ke pejabat untuk mengambil handbag dan barang-barang untuk dibawa pulang. Pejabat kami berada di tingkat 7. Jam menunjukkan lewat pukul 6.30 petang dan keadaan di lif dan di bangunan sekitarnya sudah lenggang, kemungkinan semua staff sudah pulang. Ini kerana masa beroperasi semua jabatan kerajaan adalah pada pukul 5.00 petang. Kami bertiga melajukan langkah kaki agar keluar dari lif dan menuju ke dalam pejabat kami untuk mendapatkan barang masing-masing. Tiba-tiba saya teringat pada sebelah pagi saya ada terbawa beg make up di dalam bilik rehat yang berada di hujung bilik pejabat. Kunci kereta juga ada tersimpan di dalam beg tersebut. Saya berlari kearah bilik tersebut sebab saya risau sekiranya rakan-rakan saya turun dahulu meninggalkan saya. Selepas mencapai beg make up tersebut saya ternampak 2 orang rakan saya tadi berada di bilik fotostat dan sedang melakukan kerja-kerja fotostat. Tanpa ada rasa pelik, saya bertanya kepada mereka berdua.
“ Kamu 2 belum balik ka?”

Kedua-dua mereka tunduk dan tidak menjawab soalan saya dan terus melakukan kerja. Saya berjalan kearah pintu keluar pejabat dan alangkah terkejut nya apabila saya melihat kedua rakan saya tadi berada di pintu hadapan kaunter. Tidak mungkin 2 orang rakan saya boleh sampai ke pintu tersebut tanpa saya sedar. Ini kerana hanya ada 1 pintu keluar sahaja di pejabat tersebut. Saya terdiam dan tidak mahu bertanya apa-apa termasuk kejadian yang saya melihat mereka berdua di dalam bilik fotostat baru sahaja tadi. Kami bertiga bersama-sama masuk ke dalam lift untuk turun ke Lobi parking kereta. Di dalam hati saya masih tertanya siapakah yang saya lihat di dalam bilik fotostat tersebut? Tiba-tiba saya terasa kepala saya agak pening dan saya tidak dapat menyeimbangkan badan.

Sedar-sedar saya sudah berada di hospital. Saya dibenarkan keluar selepas keadaan kembali sihat dan telah diberikan beberapa ubat. Beberapa minggu selepas kejadian baru lah rakan saya menceritakan apa yang berlaku selepas saya tidak sedarkan diri di lif. Mereka menyaksikan saya meronta-ronta kesakitan dan menggelupur di dalam keadaan mata terpejam. Paling menghairankan apabila mereka mengatakan saya meminta secawan kopi selepas habis meronta-ronta. Padahal, rakan-rakan saya sedia maklum saya bukan peminum kopi. Mereka juga mengatakan saya mula bercakap menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami seperti bahasa siam. Padahal secara realitinya, saya tidak boleh berbahasa siam seperti yang mereka katakan. Di kesempatan ini juga saya bertanya kepada kedua rakan saya, adakah mereka berada di dalam bilik fotostat seperti yang saya nampak tempoh hari? Kedua rakan saya menafikan yang mereka berada di sana pada waktu tersebut mereka hanya menunggu saya di depan pintu kaunter. Semua kejadian yang berlaku menyebabkan saya mula berhati-hati apabila berada di dalam bangunan pejabat. Adakah kaitannya dengan kedua sosok yang saya lihat di dalam bilik fotostat tersebut?

Sebenarnya, sebelum kejadian saya pengsan ni ada beberapa kejadian yang sudah berlaku di dalam pejabat kami. Ada beberapa rakan staff yang mengalami kejadian kerasukan dan mula berbicara bahasa asing seperti itu. Kedua rakan saya tadi merupakan staff lama di sini dan mereka adalah saksi-saksi kejadian tersebut. Berlaku juga kejadian seperti ada sosok-sosok nenek yang sering menampakkan diri di dalam bilik kawalan penghawa dingin. Kebiasaanya, staff tidak akan stay back sehingga lewat jam 7.00 malam untuk menghindari kejadian-kejadian aneh seperti ini daripada berlaku. Ada juga rakan yang nakal berseloroh mengatakan:
“Dah…balik-balik…sekarang shift dorang buat keja, kalau tak balik, ada rezeki terserempak”
Kami semua menyambut gurauan tersebut dengan ketawa berdekah-dekah. Pernah suatu masa dahulu pejabat kami memohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sabah (JAKIM) untuk melakuan aktiviti pembersihan dan pengusiran makhluk halus, akan tetapi ia datang kembali kerana menurut ustaz JAKIM tersebut pejabat kami merupakan tempat tinggal mereka sudah beratus-ratus tahun lamanya sebelum bangunan pejabat ini dibina. Dahulu tapak tanah pejabat ini merupakan tanah paya bakau yang berhutan tebal tetapi terpaksa ditoreh untuk pembinaan bangunan-bangunan kerajaan persekutuan.

Kami menganggap perkara ini sebuah kebiasaan, kalau setakat dengar bunyi-bunyian, suara wanita menangis dan mengilai adalah suatu yang amat biasa. Kawasan tandas juga lokasi yang sangat dihindari pada masa petang selepas jam 5.30 petang kerana kerap juga kejadian “ikan tembakol timbul”
Hihihihi …
Dan kami telah sebati dan boleh menerima keadaan tersebut. Paling canggih, bunyi thumb print berdenting, seolah-olah ada seseoang yang sedang thumb in di mesin tersebut. Tetapi apabila ditoleh, tiada seorang pun yang berbuat demikian. Hari demi hari, kami sudah terbiasa dengan keadaan ini. Apa boleh buat, di sini lah tempat kami mencari rezeki, dan kami juga faham makhluk-makhluk tersebut juga suda lama menetap di sini. Jadi, masing-masinglah melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Sekian sahaja dari saya admin. Nanti jika ada masa saya akan berkongsi cerita lagi berkenaan dengan pengalaman seram saya yang lain.

Leave a Comment