KISAH RAWATAN SIHIR PEMISAH

Pertengahan tahun lepas, semasa saya tengah buat rawatan di sebuah rumah di negeri Kedah, ada seorang lelaki telefon saya minta bantuan, isteri dia hilang dari rumah. Katanya malam tu balik dari kerja, dia dapati isteri dia takdak dekat rumah. Bila dia telefon isterinya, tak dapat. (Mungkin kena block). Bila telefon rumah pak mertua, mertua dia kata depa pun taktau. Bila dia pi rumah mertua, bapak mertua dia kata hang balik dulu. Nanti kami tolong cari bini hang. Dia syak isteri dia ada di rumah mertua sebab bapak mertua dia tu tak bagi dia masuk rumah. Cuma bapak mertua dia bagi nombor telefon saya, suruh dia mai jumpa saya minta tolong cari isteri dia. (Mana la aku tau bini hang lari pi mana)

Saya pun bagitau la kat dia kata la ni saya tengah dok berubat orang dekat Sungai Petani. Taktau nak balik rumah pukul berapa. Saya mintak dia mai rumah saya esok pagi pukul 10.30. Nanti kita ikhtiar la macam mana nak panggil dia balik rumah.

Keesokan harinya dia pun mai la rumah saya. Dia pun cerita la sedikit sebanyak pasai masalah rumah tangga depa ni. (Baru kawin 6 bulan). Katanya kadang-kadang depa 2 laki bini boleh bertengkar pasai kes yang remeh temeh ja. Dia pun naik hairan. Saya kata nanti saya panggil kawan saya mai sini. Mintak dia tolong scan tengok apa masalahnya. Takut-takut ada unsur-unsur sihir pada rumah tangga depa ni.

Dok sat tu kawan saya pun sampai la dekat rumah saya. Selepas di scan, dia kata memang ada sihir pemisah pada depa 2 laki bini. Dia kata sebaiknya kita buat rawatan pada si suami & si isteri, sebab 2-2 pun ada gangguan jin sihir dekat depa. Tapi disebabkan abang ni mai sorang saja, jadi saya berubat dia dulu la. Untuk isterinya saya niatkan sekali masa buat rawatan tu. Cuma saya bagitau peratus kesembuhan untuk isterinya mungkin dalam 20 ke 30 peratus sahaja. Untuk abang tu mungkin 70 ke 90 peratus sebab dia mai berubat secara berdepan. Jadi saya boleh cek & rawat semua bahagian tubuhnya (kiri, kanan, depan & belakang). Cuma saya pesan, kalau jumpa isteri dia nanti, suruh dia minum air Rukyah saya. Lepas tu pujuk dia mai berubat dengan saya secara berdepan.

Keesokan harinya abang tu telefon saya kata dia dah jumpa isterinya. (Memang dok ada dekat rumah bapak mertua dia pun). & Dia bagitau kata bapak mertua dia jemput saya mai rumah depa berubat isterinya. Malam tu saya pun pi lah rumah mertua abang tu dengan kawan saya. (Rumah depa taklah jauh sangat dengan rumah saya. Dok 1 taman perumahan ja dengan saya). Bapak mertua dia memang saya kenai sangat la sebab sebelum ni depa memang dah pernah mai berubat dengan saya. Sebab tu bila jadi masalah rumah tangga macam ni, dia suruh menantu dia mai jumpa saya. Depa pun syak macam ada unsur-unsur sihir dekat anak & menantu depa ni.

Sebelum memulakan rawatan abang tu bagitau dekat saya, lepas berubat dengan saya kemarin memang badan dia rasa sihat sangat. Segala serabut-serabut dalam kepala pun hilang. Macam kutey tauk buang. Saya pun ucap Alhamdulillah asbab dari rawatan kemarin, sebahagian dari masalah abang ni dah selesai. Tinggal berubat isteri dia ja lagi.

Selepas kawan saya dah siap scan rumah & orang-orang yang ada dalam rumah tu, saya pun memulakan rawatan pada isteri abang tu. Masa berubat memang saya dapati ada gangguan jin pada isteri abang tu. Boleh tahan KUAT jugak gangguan jin sihir dekat dia. Cuma isterinya ni taklah sampai kerasukan jin sepanjang tempoh rawatan (Ruqyah) tu. Mungkin sebab semangat dia kuat kot, jadi susah sikit la nak jadi kerasukan jin. Sebenarnya kalau takdak kerasukan jin, lagi saya suka. Taklah letih sangat saya nak berubat. Boleh baca Ruqyah dengan tenang. Dah siap berubat, saya ceritakan sikit tentang amalan-amalan yang perlu depa buat selepas buat rawatan. Contohnya seperti mandian untuk rawatan. Cara nak minum air Ruqyah & amalan-amalan pendinding diri untuk kuatkan rohani depa. Insya Allah kalau betul-betul buat, depa boleh sembuh sepenuhnya. Lepas tu keluarga mertua abang tu pun buat la sedikit jamuan ringan untuk kami. Dah siap makan & bersembang kami pun minta diri nak balik la.

Selang beberapa bulan, saya terserempak dengan bapak mertua abang tu di sebuah pasaraya. Saya pun tanya la pak mertua dia tu macam mana keadaan anak & menantunya sekarang. Dia kata Alhamdulillah depa boleh dok elok-elok dah. Takdak bergaduh-gaduh lagi.

Baru-baru ni abang tu ada telefon saya nak mai buat AYAQ TAWAQ. Bini dia tengah mengandung anak pertama. Ada alahan sikit masa mengandung ni. Saya suruh depa mai beli air Ruqyah saya ja. Bagi minum & mandi. Insya Allah OK la lepas tu. Dia pun mai la rumah saya petang tu beli air Ruqyah. Saya pun tanya la dia pasai perkembangan terkini depa lepas buat rawatan dengan saya tempoh hari. Dia kata Alhamdulillah semuanya OK, lepas berubat tu. Isteri dia pun dah tak panas baran dah. Kalau tidak, pantang tegur. Mesti dia MENJAWAB.

SEKIAN…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 34 Average: 3.4]

2 thoughts on “KISAH RAWATAN SIHIR PEMISAH”

  1. Assalamualaikum..

    Saya nak bertanya,mcm mana sy nak dapatkan nombor telefon org yang membuat rawatan Islam yg menceritakan pengalaman ini?urgent..kalau boleh respon email saya..Terima kasih atas bantuan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.