Aku dan Bayang Hitam

Salam sejahtera semua.
Saya rasa, agak lama juga saya tak baca cerita baru yang telah disiarkan di page FS. Maklumlah sebuk dengan masalah diri. Sebab dah banyak cerita baru yang telah di aprove oleh para juri admin FS yang saya belum baca lagi. Sebelum itu, saya nak jawap beberapa tanda tanya dari para pembaca yang komfius dengan cerita saya yang bertajuk ‘bayang hitam dan orang tua berjubah putih‘ di ruang komentar Facebook dan juga FS.

Pertama, untuk cari jawapan cuba anda search kat google ‘doa aku percaya’. Anda akan jumpa jawapannya disana. Yang kedua, 3 kalimah syahada yang saya maksudkan adalah petikan yang di ambil dari doa aku percaya. Dan yang terakhir, kalau anda sudah jumpa jawapan yang pertama, anda tahu akan jawapan bagi setiap tanda tanya yang ada di kepala anda. Saya sengaja tak terangkan lebih terperinci, untuk anda cari jawapan sendiri dan luaskan lagi pengetahuan anda sekiranya mencari berbanding dibagitahu.
– Jangan Marah Ya –

Ok, untuk rujukkan anda semua, saya senaraikan pendek tajuk cerita yang telah di aprove dan disiarkan di FS sebelum ini seperti berikut,

  1. Mengaji beramai-ramai
  2. Disakat hantu Asap
  3. Bayang hitam dan orang tua berjubah putih.

Kali ini, saya nak ceritakan satu lagi kisah. Boleh dikatakan sambungan untuk cerita yang lepas, yang telah di aprove oleh juri-juri admin FS, yang bertajuk ‘Bayang hitam dan orang tua berjubah putih’. Tapi kali ini, saya ceritakan lebih dekat lagi pengalaman saya yang disakat oleh Bayang Hitam untuk kali kedua.

Kejadian ini berlaku lagi semasa saya berpindah kerja ke Kota Samarahan, Sarawak. Jawatan saya masa itu sebagai Salesman Assistant, Stok Keeper, Trainer dan Runner, maklumlah staf senior katakan. Fuu… penatnya tak terbayang dek akal saya masa itu, tambah lagi kalau ada staf baru masuk yang saya perlu uruskan. Maklumlah kerja lebih dari dua kerja nak buat dalam suatu masa. Sampai lewat malam pun, kadang-kadang masih ada lagi kerja yang perlu disiapkan. Ok balik pada cerita.

Pada pukul 3 hingga pukul 6 adalah masa untuk pertukaran giliran untuk rehat bagi semua staf yang ada. Giliran masa rehat memang dah dijadualkan. Masa itu jadual rehat saya adalah pukul 6. Maknanya, saya yang paling last keluar rehat bersama 3 lagi staf yang lain. Kadang-kadang saya dapat keluar rehat awal, kadang-kadang juga dapat keluar rehat lewat. Macam biasa saya akan cepat-cepat berkemas sebab jam untuk saya keluar rehat dah semakin hampir. Tinggal nak tunggu orang untuk ganti saja.

Tengah saya berkemas tu, saya perasan ada sedikit perubahan di sekeliling saya. Udara rasa macam agak panas sikit, padahal aircond sentiasa dibuka. Kadang-kadang telinga saya berdengun dan berdesin agak lama sikit dari yang biasa. Rasa macam kurang udara pun ada. Secara tak sengaja saya terpandang kelibat bayang hitam tengah intai saya di antara celah susunan barang. Matanya nampak tajam merenung ke arah saya. Warna matanya kuning keemasan yang sangat pekat sampai anak matanya nampak macam titik noktah.

Tiada mulut kelihatan, seakan-akan seperti dijahit. Saya masa itu dah kaku satu badan. Tak dapat bergerak. Bulu roma jangan cakaplah, meremang satu badan. Seram sejuknya sampai ke tulang temulang rasanya. Rasa nak terkencing, terberak pun ada. Masa saya tengah taip cerita ini pun, saya dapat rasakan ‘si dia’ ni tengah perhatikan saya. Dari mana saya tahu, sebab bulu roma dan telinga saya dah bagi signal awal-awal. Saya rasa, dia dah tahu yang saya ni tengah kongsikan cerita tentang dia kat page FS ini.

Bayang hitam itu sepertinya, bayang hitam yang sama intai saya dulu tapi kali ini dia tunjuk rupa sebenarnya. Siapa pernah tonton movie seram orang putih yang berjudul Oaija: Origin of Evil? Kalau pernah tonton, pasti anda tahu rupa bayang hitam yang saya maksudkan. Kan ada satu scene yang budak perempuan tu, yang tengok dirinya dicermin itu dengan Kanta papan penunjuk oaija tiba-tiba budak tu terpandang lembaga hitam bermata kuning dibelakangnya. Ya… lebih kurang macam itulah rupa bayang hitam itu yang saya nampak.

Tiba-tiba, seruan Azan untuk solat asar berkumandang dari Masjib yang tak jauh dari tempat kerja saya, sayu-sayu kedengaran. Dengan sekelip mata saja bayang hitam ini pun hilang dari pandangan saya. Barulah saya dapat gerakkan seluruh badan saya yang kaku dari tadi. Syukurlah, nasib baik tak terjadi apa-apa. Saya tengok jam tangan saya dah menunjuk pukul 5.47. Cepat-cepat saya turun ke ground floor untuk tenangkan diri.

Tak lama kemudian, orang yang ganti saya pun masuk lapor diri. Saya namakan dia ni Arin. Masa saya paskan tugas kat Arin, sempat lagi dia tanya kat saya, “Kenapa muka kamu nampak pucat? katanya. “Saya tak seberapa sihat”, jawap saya acuh tak acuh sebab masih trauma akan kejadian tadi. “Aaa… Rin, boleh tolong saya sambung kerja saya di atas tak? Selepas saya rehat ini, saya tolong awak jadi runner Boleh?” sambung saya lagi. “Ok, tak ada hal lah.” balasnya.

Tak lama kemudian, saya pun keluar rehat. Sejak hari itu, saya ditimpa Bad Luck tanpa kesudahan. Jadi saya syak ‘benda’ ini yang menyebabkan saya ditimpa nasib tak baik. Sebulan selepas itu, saya berhenti kerja di situ kerana sering kali tertekan dengan manager yang selalu push saya melebihi kemampuan saya. Selepas itu saya dapat kerja baru tapi tak lama. Lebih kurang 3 minggu saya bekerja di situ. Tak ada ribut, tak ada taufan, tiba-tiba saya dapat tahu yang saya ni terpaksa diberhentikan termasuk juga staf yang lain sebab kompeni dah gulung tikar.

Sial saya menjadi makin parah saban hari sehingga saya tertutup pintu rezeki sehinggalah sekarang. Nak berubat untuk hilangkan sial, dah tak mampu lagi dah saya nak usahakan. Wang ringgit dah banyak habis sehinggakan 5 sen pun tak ada. Nak cari kerja baru, satu pun tak ada yang mahu ambil saya bekerja. Sebab itulah saya katakan tadi, pintu rezeki saya dah tertutup serapat-rapatnya gara-gara ‘benda’ ni selalu ikut saya kemana saja saya pergi.

Saya tahu ‘benda’ ni masih perhatikan saya dan ikut saya kemana saja saya pergi. Sebab itu semakin hari semakin parah nasib saya dibuatnya. Kejadian saya disakat kali ke-dua ini berlaku pada penghujung tahun 2018 yang lepas. Saya tak seberapa ingat bulan berapa. Kalau ada yang ikhlas nak tolong ubatkan atau nak tolong carikan orang yang pandai tengok-tengokkan sakit saya dan buang sial saya ini, lagi bagus. Asalkan dia ikhlas membantu. Kalau yang berbayar, maaflah saya tak ada uang untuk bayar. Dah lama saya begini, kalau tak silap saya dah 8 bulan dah. Motosikal saya di tarik, hutang pula di sekeliling pinggang itu pun mak dan ayah saya yang tolong selesaikan. Kan dah menyusahkan mereka dah. Siap dicopkan lagi anak tak guna sebab makan minum semua mak dan ayah saya yang tanggung. Kan dah jadi macam tu dah. Terukkan saya ni.

Kerja, satu pun tak dapat. Nak putus asa pun ada. Di ketawa orang kampung pun ada sebab mereka tahu saya berpendidikan tinggi tapi tak ada kerja. Sering kali jatuh sakit dan tak sihat badan. Di tinggalkan girlfriend tanpa sebab, 6 kali kemalangan dan banyak lagilah. Kalau saya nak list kan sampai ke sudah, pun tak habis. Begitulah kesudahan nasib malang saya.

Bagi yang bersempati dengan nasib saya ini, doakanlah saya ini ikut keikhlasan hati anda.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Free Danil
FOLLOW FB KAMI.

8 comments

  1. semoga dibantu dan diberkati,,rezki tkpernah salah,,insya allh ada cume sebagai hamba kita kena usaha,mcm nabi kita sewaktu diuji baginda tahu allah membantu tapi baginda berusaha,,

  2. Bro…jgn ckp & fikir mcm tu…xder benda yg jd sial dlm hidup kita ni…teman pon pernah alami mcm yg miker tgh hadap skrg…ubat nyer sng jer…kembali pd jln Allah…kalo org islam kn percaya qada & qadar…usah fikir yg bkn2 boleh jd syirik pulak…try miker solat 5 waktu tpt pd msnya…lps solat berdoa…minta dibukakan pintu rezeki…selalu buat solat taubat…solat sunat hajat…mlm2 takleh nk tido terbangun pi buat solat sunat tahajud.. yg penting selalu berdoa…insyaallah cukup sebulan miker buat camtu…pelan2 rezeki tu akan dtg…lg satu ngan ibu bapa jgn derhaka…yg plg penting jgn sesekali bt maksiat…biar makwe tinggalkan kita…sbb itu bkn jodoh yg plg baik utk kita…insyaallah jodoh tu ada…yg lbh baik…cuma skrg Allah nk uji…semakin kita rs berputus asa itu tandanya rezeki tu nk sampai…Allah x bg dugaan kt hambanya dugaan yg dia tak lalu nk hadap…dugaan yg Allah bg tu mesti ada hikmahnya…percayalah…yg plg penting jgn lupa kt Allah…

  3. Yang paling afdhal ialah doa tuan punya badan untuk diri sendiri. InyaAllah. Ntah kenapa saya tidak pasti tuan penulis ni beragama apa. Tapi, kalau tuan beragama Islam, istighfar dan selawat itu adalah pembuka pintu rezeki yang sangat berkesan. Jangan sesekali berputus asa. Amalkan istighfar dan selawat ini sebagai pemulih aura. Buat sampai ribu-ribu setiap hari. Ingat dan yakin bahawa rezeki bukan bergantung pada makhluk. Allah yang mengatur dan memberi. InsyaAllah. Tapi kalau tuan bukan Islam pun yakinlah bahawa hidup ini ibarat roda. Berpusing. Nanti kesusahan itu akan pergi juga. Akan sentiasa ada senang dan gembira selepas kesusahan. InsyaAllah kami akan mendoakan semoga tuan terlepas dari belenggu kesusahan.

  4. doa aku percaya ni keimanan dan syahadat triniti untuk orang Kristian… muslimin dan muslimat dinasihatkan jangan membaca atau menyebutnya. dibimbangi akan merosakkan iman… admin tolong edit/remove perenggan kedua untuk kebaikan semua.

  5. Hahah… aku rasa ko sial sbb ko suka menipu.. pastu ko ni jenis poyo dan angkuh x bertempat.. baca cerita ko pun mual rasa sbb terpancar sifat angkuh ko tu.. kerja x setara mana pun tapi belagak senior.. rasa ko hebat konon manager push bagai.. berpelajaran tinggi konon… alahai…
    Pastu kampung mana ko duduk azan asar pukul 5 40 ptg?
    Ubah sikap tu dulu… InsyaAllah nasib ko berubah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.