Salam semua…
Ini adalah pengalaman dari suami kepada kawan baikku.. Biarlah sahabat saya gelarkan hanya ‘Ros’ dan suaminya sebagai ‘mie’..
Kisah ini berlaku lebih kurang 7@8 tahun yang lepas..
Mie bekerja sebagai operations theatre dalam sebuah syarikat(supplier bhn2 medical).. Hendak dijadikan cerita , pada hari Rabu (tarikh lupa) ditugaskan untuk ke Hospital Melaka seperti sebelum2 ini ..Kebiasaan tugasnya selesai hingga ke petang tetapi pada hari tersebut tugasan nya selesai hingga lewat malam..
Seperti biasa, Mie akan menelefon isterinya Ros sebagai makluman selesai kerjanya.. Sebelum gerak dalam kereta Mie turut akan telefon Ros lagi untuk maklumkan , jam ketika itu menunjukkan dalam pukul 1 lebih.. Mie turut nyatakan bateri hp nya hampir kong dan mungkin akan berehat sebentar di rnr Pedas Linggi.. Ros pun berpendapat sama seperti suaminya, memandangkan kedengaran suaminya menguap berulang kali.. Yela, bimbang di hati Ros jika suaminya memandu dalam keadaan penat camtu , biarlah Mie rehatkan sebentar ..
Esoknya, pada hari Khamis Ros ke tempat kerja seperti biasa.. Dan suaminya belum pulang lagi.. Mungkin tidur lagi dalam kereta la tu, bisik hati Ros ..
Namun sehingga Ros balik ke rumah , suaminya masih tidak pulang.. Oleh kerana masih belum cukup 24jam Ros tekad untuk periksa sendiri dimana lokasi terakhir suaminya maklumkan semalam.. Dan cuba periksa di setiap rnr dari Ayer Keroh hingga ke Kuala Lumpur namun tiada keberadaan suaminya..
Atas nasihat kawan2 Ros membuat laporan polis.. Dan turut meminta pertolongan keluarga serta lain2 mencari Mie..
Sehinggalah pada pagi hari Sabtu, tiba2 Mie pulang ke rumah.. Pakaian yang sama dipakai sebelum ke Melaka cuma Ros terkejut dengan keadaan suaminya.. Bau badannya dan jambang seperti lama tidak bercukur serta kakinya bengkak.. Bengkak kakinya umpama seperti ibu2 mengandung yang bakal bersalin.. Keadaan Mie agak sedikit khayal dan seperti sangat penat.. Ros sangat khuatir lantas meminta pertolongan dari seorang ustaz..
Pada hari yang sama selepas asar , ustaz datang bersama pembantunya..
Assalammualaikum… Ustaz memberi salam .. Pada awalnya nampak seperti tiada apa2.. Ustaz berbual2 biasa dengan Mie.. Bertanya ke Melaka bawa kereta apa? Mie kata bawa kereta office.. Ustaz tanya lagi “adakah kereta tu berwarna coklat” .. “Ya” jawab Mie.. “Adakah kereta itu, kamu parking di bawah pokok dan menghala ke hutan”? “Ya” ..jawab Mie lagi.. Kemudian Ustaz memaklumkan bahawa Mie telah masuk ke dalam pagar dan setelah Mie masuk, tiada siapa yang boleh melihat keberadaan Mie ketika itu.. Mungkin ada sesuatu yang “mereka” mahukan dari Mie dan kita tidak tahu apa yang “mereka” mahukan..
Ustaz meminta Mie menceritakan apa yang berlaku. . Dalam keadaan Mie yang sedar x sedar itu mula bercerita..
Ceritanya ” aku sangat penat, dan tiba di rnr aku lelapkan mata..Tiba2 perut aku terasa lapar .. bila aku buka pintu kereta kelihatan banyak gerai2 di atas bukit berdekatan dengan kereta aku tadi.. tanpa fikir panjang aku terus duduk di gerai yang pertama dan order nasi goreng kampung & air teh o ais.. aku nampak pakcik&makcik dalam gerai tu berpakaian alim.. Dan yang hantar makanan tu anak perempuan kepada pakcik tu agaknya.. Apabila habis makan , aku minta bil dan ingin bayar tetapi pakcik itu tidak mahu terima dan kata2 nya hanya “NANTI JUMPA LAGI”.. aku senyum dan terus kembali ke kereta dan sambung tidur”.. Tapi yang aku perhatikan keadaan gerai tu mcm zaman dulu2.. air pun dalam bekas buluh.. Aku tak fikir apa-apa..
Sehinggalah pagi tadi aku terjaga, aku terus ke office untuk tukar kereta ..Apabila sampai , office tutup dan aku berhenti hendak beli surat khabar..Dan tengok di surat khabar tu hari sabtu.. Terus aku tanya org2 yang ada disitu.. Aku jadi bingung terus balik ke rumah.. Aku xtahu apa yang jadi.. Tiba2 Mie pengsan..
Ustaz dan pembantunya menjalani sesi perubatan.. Tiba2 Mie bangun dan terus ke sinki kerana muntah ..Keadaan Mie ketika itu sngat lemah, ustaz memberikan air yang telah dibacanya dan Mie muntah lagi. . Ustaz meminta Mie duduk mengadap ke balkoni dan menggunakan sejadah memukul belakang Mie.. Dengar ustaz kata “pergi kau, jangan kacau anak cucu Adam”..
Selesai sesi perawatan itu, ustaz maklumkan bahawa ada benda yang ikut Mie hingga ke rumah dan tadi ni pun bnda tu ada lagi.. Ustaz kata apa tujuan sebenarnya tak pasti.. Ustaz kata Mie telah masuk ke alam lain dan mungkin hendak kan sesuatu dari Mie.. Wallahuallam.. Cuma jangan cepat terpengaruh dengan janji2 manis mereka.. Jika tersasar sedikit cepat2 istigfar dan mohon bantuan daripada Allah.. Selesai semuanya, ustaz ada beberapa doa supaya amalkan.. Insa’allah. .
Ustaz ada beritahu juga , kenapa kaki Mie bengkak .. Ini kerana Mie tidak membuang air selama 3hari ,maka sebab itu kakinya begitu.. Apa2 pun kita mohon petunjuk daripada Allah..
Untuk makluman, saya telah diberitahu apabila kita sudah masuk ke alam lain @ alam bunian bermakna kita di antara mimpi atau nyata.. 1hari kita berada dialam sana bermakna 3hari di alam nyata.. Tetapi saya sendiri tidak pasti sama ada kenyataan itu benar atau tidak.. Wallahuallam..Apabila dikira , Mie hilang dari hari rabu dan pulang ke rumah pada hari sabtu.. betul2 sudah 3hari..Padahal Mie kata macam baru je terlelap..
Alhamdulillah.. Bersyukur kepada ilahi kerana Mie tidak terus hilang ke alam itu. Dan masih ingat dirinya & keluarga.. Selepas kes itu Ros kata tiada gangguan apa2.. Dan mereka suami isteri banyak berubah ke arah kebaikan..
Mie kata ketika kejadian itu, rnr Pedas Linggi yang menghala ke Kuala Lumpur cuma ada tandas semata2.. Baru2 ni saya ada singgah untuk isi minyak kereta.. Tak tahu pula sudah ada petrol palm, sejak bila?? Adakah selain kisah Mie ni pernah berlaku kejadian2 lain agaknya.. Atau mungkin disebabkan banyak perkara telah berlaku maka ujudnya stesen minyak ni… Wallahuallam. .. Bagus juga… sekurang nya kalau nak berehat pun xlah seram..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit