Hi dan Assalamualaikum semua pembaca FS. Nama aku Safa. Aku ni sejak kecil lagi dah biasa dengan makhluk halus. Tapi kisah yang ingin aku ceritakan ini bukanlah pengalaman aku, tapi pengalaman yang dialami oleh suami aku pada cuti sekolah baru-baru ini.
Disebabkan cuti Panjang pada minggu tu, suami aku mengajak aku untuk berjalan di kuala lumpur dan menginap di hotel sekitar shah alam kerana keesokan harinya dia ada friendly match bola tampar di petaling jaya.
Setelah seharian berjalan, kami tiba di hotel sekitar jam pukul 2 petang. Selesai check in, kami terus solat dan tidur akibat keletihan. Selepas solat maghrib, kami bersiap – siap untuk turun dan berjalan di sekitar icity dan semasa kami keluar dari bilik, aku hampir terlanggar dengan seorang lelaki di koridor tetapi yang peliknya pandangan muka lelaki itu macam kosong dan langsung tak mengelak aku tetapi terus berjalan macam takde apa-apa berlaku masuk ke bilik dia. Aku ada memberitahu suami aku tentang perkara tuh, tapi suami aku minta aku abaikan katanya mungkin lelaki tuh ada masalah dan tak perasan aku. Disebabkan aku pun jenis malas nk pikir Panjang aku terus lupakan tentang perkara tuh.
Selepas mencuba beberapa permainan yang ada di icity, kami makan malam dan terus balik ke hotel sekitar pukul 10 malam. Selesai membersihkan diri, kami borak-borak dan tertido. Untuk pengetahuan korang, aku jenis tidur mengiring ke kanan dan jika aku tidur di tempat baru aku akan kerap terjaga dan setiap kali itu juga aku akan tengok jam di handphone.
Dalam pukul 2 pagi macam tuh, aku terjaga dan lihat keadaan bilik gelap gelita sedangkan sebelum tidur lampu di depan toilet dan lampu di tepi tv aku biarkan terpasang. Aku pelik tapi aku abaikan dan sambung tido semula kerana aku anggap mungkin suami aku yang padamkan lampu kerana susah nak tido dengan keadaan terang dan bunyi bising dari kenderaan di luar.
Pukul 4 lebih sekali lagi aku terjaga kerana terdengar bunyi dari bilik air dan aku lihat suami aku tiada disebelah jadi aku biarkan dan aku sambung tido semula sehinggalah subuh. Dalam pukul 6.30 pagi macam tuh aku terjaga dan terus mengejut suami aku untuk solat subuh. Semasa mengejutkan suami aku…aku rasa badan suami aku panas dan muka dia agak pucat…aku tanyakan kenapa tapi suami aku cakap tiada apa dan suami aku terus bangun untuk bersiap solat subuh bersama…selesai solat suami aku minta aku mandi bersiap untuk bersarapan di bawah dan terus nak check out.
Aku pelik jadi aku tanya suami aku, kenapa awal lagi nak sarapan nak check out lagipun game start pukul 11 pagi kan. Tapi suami aku cakap nanti masa sarapan dia cerita. Jadi aku terus bersiap dan untuk turun sarapan Bersama di bawah.
Masa kami keluar dari bilik untuk bersarapan, aku terpandang ke arah bilik lelaki yang aku hampir terlanggar semalam dan aku terkejut rupanya itu bukan bilik tetapi pintu untuk hos bomba macam tuh. Aku terus bagitahu suami aku dan suami aku boleh cakap, dari awal rupanya dia dah uji kita tapi kita yang tak perasan. Aku pelik lah aku tanya kenapa cakap macam tuh tapi suami aku cakap takpe kita turun sarapan dulu.
Semasa sarapan suami aku cerita yang malam tadi dia kena ganggu. Aku macam terkejut lah hah kena ganggu, sebabnya aku takde rasa apa-apa pun dan tak terfikir bukan-bukan sebabnya hotel tuh hotel mewah dan bilik dia sangat-sangat selesa dan tak Nampak suram sama sekali.
Mengikut cerita suami aku dalam pukul 3 dia terjaga dan tengok keadaan bilik gelap gelita, dia pusing tengok aku dan masa tuhlah dia ternampak seorang perempuan datang dari dinding sebelah aku dan perempuan tuh terus berjalan dan berdiri di bahagian kaki dia. Suami aku bangun nak pastikan apa yang dia Nampak, tapi dia baru sahaja nak duduk dia terbaring semula dan perempuan tuh terus terapung atas badan dia. Suami aku cakap dia tak Nampak muka perempuan tuh kerana ditutupi dengan rambut dia yang Panjang. Suami aku cuba panggil aku tapi suara dia tak keluar dia cuba bergerak pun tak boleh jadi dia pejamkan mata dan baca apa yang patut sehinggalah badan dia rasa ringan dia buka mata dan tengok perempuan tuh dah takde. Jadi suami aku terus bangun dan pergi ke bilik air.
Semasa dalam bilik air dia terdengar bunyi bising di koridor depan bilik kami, jadi dia keluar dari bilik air dia terus intai dari lubang yang terdapat di pintu bilik. Masa dia intai tuh, dia Nampak seorang lelaki berpakaian seragam pekerja hotel berdiri di depan pintu, dan entah macam mana suami aku tanpa fikir Panjang dia terus bukak pintu sebab nak tanya ada apa-apa berlaku ke tapi pekerja hotel tuh terus masuk berjalan dan berhenti di depan katil. Suami aku macam terkaku sekejap dan baru je dia nak bukak mulut nak tanya, pekerja hotel tuh terus gelak sambal tunding jari pada aku yang tengah tidur waktu tuh. Selepas itu, lelaki tuh terus berlari dan tembus dinding di sebelah aku.
Suami aku cakap dia tak tahu nak describe macam mana cara gelak tuh tapi dia kata cara macam psiko dan dia memang merinding habis…lepas tuh dia terus tutup pintu dan terus meluru naik atas katil dan peluk aku.
Jujur aku cakap lepas dengar cerita suami aku memang aku terkejut gila sebab selama nih hanya dengar dan baca pengalaman orang kena ganggu semasa tidur di hotel dan kali ini walaupun bukan secara langsung aku yang kena tapi sebab aku pun berada di situ turut rasa seram dia.
Untuk pengetahuan korang, lepas kami check out kami terus ke perlawanan friendly match bola tampar di petaling jaya dan habis kira-kira pukul 3 petang. Semasa perjalanan balik, suami aku bagitahu tadi ada sorang kenalan dia tanya yang kami menginap di mana malam tadi dan selepas suami aku beritahu nama hotel tersebut. Kawan dia cakap beraninya duduk situ orang sekitar sini semua tahu yang hotel tuh ada puaka. Suami aku tak tahu nak cakap apa dia hanya tersenyum sahaja.
Wallahualam aku sendiri tak pasti betul atau tak apa yang kawan suami aku bagitahu. Tapi apa yang pasti kami dah mengalaminya.
Sekian cerita dari aku, sorry kalau tak seram dan sorry jugak kalau penulisan tak cantik, first time menulis setelah sekian lama. Insya Allah ada masa aku cerita lagi kisah seram yang aku alami.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit