Cukup sekadar aku kenalkan diri dengan nama Ipah. Ini kisah yang aku alami sendiri 2 minggu lepas. Bismillah cerita aku kali ni sebenarnya sangat susah untuk aku share sebab ni aib aku tapi aku nak share jugak untuk korang jadikan pengajaran dalam hidup untuk sentiasa berhati-hati sekiranya melalui kawasan yang lama dibiarkan atau kawasan hutan.
Sempena sambutan bulan kemerdekaan pejabat aku ada anjurkan kayuhan merdeka sekitar kawasan kampus. Untuk pengetahuan semua seramai 10 orang menyertai kayuhan tersebut dan kami lalui jalan sekitar kampus termasuk Tapak Semai dan Laluan Pokok Buluh yang sentiasa menjadi tempat untuk para fotografi atau para pelajar untuk mengabdi potret sempena konvokesyen.
Sepanjang hampir 12 bekerja Laluan Pokok Buluh aku tidak pernah kunjungi kerana badan aku sudah punyai lubang dengan erti kata lain takut terkena rasukan. Setibanya di kawasan tersebut aku hilang kata-kata sebab bagi aku tempat itu “cantik” kerana susunan pokok buluh dengan peranan warna hijau kekuningan memang cantik.
Selepas aktiviti bergambar bersama team aku mengajak rakan-rakan yang lain beredar untuk kami ke destinasi lain. Perkataan yang aku gunakan “jom-jom balik”. Di pendekkan cerita ketika pulang dari rumah aku rasa kaki kiri mula rasa sakit seperti sesuatu berada di kaki dan menyucuk macam jarum. Badan aku mula terasa letih dan selepas magrib aku sudah mula meracau seperti sesuatu merasuk aku.
Bermulalah cerita aku “benda” yang berada di kaki kiri berpaut tidak mahu pulang ke tempat asal, aku sudah berada di jasad yang lain perantara malam itu ayah dan juga suamiku. Berpuluh kali di tanya soalan kenapa tidak mahu pulang ke tempat asal “katanya” aku mengajak dia balik bersama dan berulang jawapan itu sehingga berapa kali aku berlawan bangun dan pegsan semula.
Suasana menjadi lebih tegang setiap kali ayat rukyah di baca ibu jari kaki aku ditekan “benda” yang merasuk aku akan menangis, menjerit untuk pulang tetapi tidak mahu kerana katanya aku cantik.
Dipendekkan cerita hampir 2 jam aku bertarung kerasukan keadaan aku kembali normal tapi agak meletihkan. Apabila ditanya oleh ustaz ayah dan suami, aku menceritkan program kayuhan aku ada singgah berhenti untuk bergambar, dan aku menyatakan hanya memuji tempat itu “cantik” dan mengajak rakan-rakan kayuhan pulang selepas bergambar dan “benda”yang menumpang tidak bertuan ingat aku memuji dan mengajaknya pulang.
Jadi kepada pembaca semua jagalah mulut ketika mana berada di kawasan yang tidak pernah kita lalui. Itu saja kisah saya terima kasih kerana membaca.
Hantar kisah anda : fikyenshasha.com/submit
bole pulak dia tersalah faham yaa , seramm