Lepak Malam

Assalamualaikum.

Cerita benar yang terjadi pada sahabat baik saya baru baru ini. Aku dalam cerita ni merujuk pada kawan saya tu.

………

Aku lepak dengan member member malam tu dekat satu mall baru ni. Dalam dok bersembang tu aku ada bergurau mengusik sorang member ni,
“Eh kau tau tak mall ni dulu bekas tapak Penjara **? Haaa jaga-jaga, balik nanti hati-hati takut ada yang mengikut. Kikiki.” Kataku sambil ketawakan member yang dah berkerut dahi dia.

Sembang punya sembang kat kedai makan tak sedar jam dah menunjukkan pukul 10 malam, mall pun dah nak tutup. Masing- masing bangun untuk bergegas pulang sebab keesokannya hari bekerja.

Aku buka Waze dan set alamat rumahku sebab tak berapa familiar dengan jalan di situ. Sambil drive aku buka radio slow layan suasana malam. Dalam lebih kurang 20 minit drive, suara kakak Waze berbunyi ‘turn right’ maka aku pun menuruti arahannya.

‘You have arrived at your destination.” Alangkah terkejutnya aku apabila Waze membawa aku semula ke mall tadi! Aku pelik, rasanya betul dah aku set alamat rumahku tadi. Aku berhentikan kereta dan cek balik. Sah! Memang betul dah aku key in tadi, tapi takpe, aku masukkan semula alamat rumahku sekali lagi. Time ni aku tak rasa apa lagi. Aku cuba positif saja.

Aku sambung perjalanan ikut arahan Waze, dan bila sampai di cabang jalan yang sama, sekali lagi Waze berbunyi “turn right”, which means jalan yang akan membawa aku ke mall tadi.

Aku dah mula rasa seram. Aku kuatkan sikit radio untuk hilangkan rasa sunyi dan suram dalam kereta. Aku decide kali ni tak nak follow Waze, aku redah je jalan tu sebab tahu dah nanti mesti sampai ke mall tu.

Tapi masalahnya Waze aku ni tak henti henti dok sebut “turn right, turn right” padahal aku atas highway jalan lurus je nak turn right celah mana. Perasaan takut menyelubungi diri, kali ni memang rasa nak cepat cepat sampai rumah, tapi masalahnya tak ingat jalan, aduhhh.

Aku turn off aplikasi Waze dan drive ikut rasa hati sambil follow signboard menuju arah rumahku. Dalam hati aku menyumpah diriku, ni mesti sebab aku mengusik kawanku tadi.

Sedar tak sedar, jam dah menunjukkan hampir pukul 1 pagi, tapi masih belum sampai ke rumah. Time ni aku rasa nak menangis dah. Radio tadi aku tukarkan channel yang islamik ada bacaan ayat al-Quran. Sambil sambil tu aku baca surah apa-apa yang aku ingat. Aku tenangkan hatiku dan sambung drive.

Alhamdulillah, slowly aku dah mula cam jalan menghala ke rumahku. Aku pecutkan sikit keretaku sebab nak cepat sampai.

Jam dan menunjukkan pukul 2.30 pagi. Setibanya di simpang terakhir nak masuk ke perkarangan apartmentku, tiba-tiba ada seekor kucing melintas di depan keretaku. Aku brek mengejut, nasib baik sempat brek.

Entah kenapa, waktu tengah brek tu aku terasa macam nak berpaling ke arah kanan. Belah kananku tu sebenarnya bus stop. Elok berpaling terpacul satu tubuh yang sangat tinggi, tinggi yang luar biasa, rupanya seperti perempuan arab yang pakai burqa yang menutupi keseluruhan wajahnya, hanya sepasang mata yang kelihatan. Pakaiannya serba hitam, tapi burqanya labuh mencecah jalan.

Aku terpegun seketika, tengah loading apa yang aku tengok tengah berdiri rapat di belah kanan keretaku. Bulu romaku tiba-tiba meremang, tanpa berfikir panjang aku terus pecut masuk ke apartment.

Balik rumah tu tertidur dan keesokannya aku demam seminggu. Sampai sekarang aku masih mengingati rupa wanita burqa, mau taip ini pun sudah seram.

Terima kasih sudi baca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ara

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 49 Average: 4.4]

1 thought on “Lepak Malam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.