Along, Siapa Tu?

Assalamualaikum readers Fiksyen Shasha sekalian. Semoga kita semua sentiasa di bawah perlindungan Allah. Harapnya semua dalam keadaan yang sihat selalu.

Aku pernah hantar satu entri ke Fiksyen Shasha yang bertajuk Kakak Dalam Cermin (kisah benar). Ini link-nya: https://fiksyenshasha.com/kakak-dalam-cermin/

Untuk ayat yang aku janjikan dalam kisah tu adalah Al-Manzil. Kalau mampu amalkan lah setiap hari, kalau tak mampu, seminggu sekali. Kalau tak mampu juga, amalkanlah bila hidupmu dibelenggu misteri. Haha. Al-Manzil ni banyak khasiatnya, salah satunya melindungi sesiapa yang membacanya daripada orang yang ada niat tak elok dekat hampa, dengan izin Allah. Hampa boleh ja dapatkan Al-Manzil di kedai-kedai buku, ataupun download di PlayStore ataupun google ja. Selamat beramal.

Mari kita baca cerita pasal kakak (Along) aku pulak.

Along aku ni yang paling sensitif dengan benda halus ni dalam kalangan family aku. Along perasan yang dia special masa dia darjah 6. Secara ringkasnya, along ternampak ada lembaga putih mengelilingi padang sekolah rendah waktu tu, lepas tu dia mengadu dekat cikgu. Aku rasa cikgu dia pun perasan kot yang along tu nampak sesuatu bukan manusia, cikgu bawa along pergi ke kelas. Lepas tu baru cikgu bagitahu mama dengan abah aku pasal kes along. Sebab itulah parents aku sampai sekarang risau kalau along drive kereta seorang diri malam-malam.

Nak dijadikan cerita, masa aku berumur 13 tahun, along aku 16 tahun, keluarga aku terpaksa berpindah ke Terengganu sebab abah aku dipanggil untuk bekerja di luar negara selama setahun. Masa tu semua plan last minit punya, jadi parents aku terpaksa masukkan aku dan along di sekolah yang paling dekat dengan kampung aku di Kemaman, Terengganu. Sekolah menengah harian yang tiada asrama, dan baru dibina tak sampai 10 tahun pun lagi masa kami masuk tu. Pada permulaannya semua okay je, aku pun dapat kawan baru, Along pun dah boleh adapt dengan sekolah baru.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, aku dan along pergi sekolah naik motor, aku yang bawa dia. haha Brutal kan adik. Tapi, selalunya kunci motor along yang pegang. Jadinya, kalau ada apa-apa aktiviti yang menyebabkan aku balik lambat ke, ataupun along balik lambat ke, mesti kami akan tunggu sebab nak balik sama-sama. Anyway, Along ni seorang perempuan ye, takut hampa keliru.

Pada suatu hari, kami pergi sekolah macam biasa. Waktu tu dalam pukul 11:00 pagi sahaja. Baru lepas waktu rehat. Aku dan classmate lain tengah belajar dalam kelas bersama dengan cikgu sejarah, tiba-tiba along datang kelas.

Along : Annie, ni kunci motor. Along nak balik dulu tau, Along dah call mama. Along tak sihat ni.

Aku : Yeke engkau tak sihat? Okay je adik tengok.. (Jealous sebenarnya)

Along : Malas aku nak layan kau ni. Mama kata lepas kelas terus balik. Jangan melencong tau.

Aku : Okay.

Aku pun masuk kelas dengan perasaan yang cemburu, sebab nak balik jugak. Lepas dah habis kelas, aku pun balik rumah. Aku dengar along bukan main lagi ketawa bergurau dengan Tok Wan aku, macam sihat je. Aku bagi salam, masuk rumah terus sound along.

Aku : Kau ni Along adik syak, kena demam malaria lah. Yelah, demam kat sekolah, balik rumah terus sihat.

Along : Banyak lah engkau. Along memang tak sihat tadi lah. Macam nak pitam.

Mama : Along kau nampak hantu kat sekolah tadi, tu yang balik awal. Hahahahaha.

Bertuah betul mama ni, takut aku dibuatnya. Aku pun masuk mandi, tukar baju, keluarkan kerja sekolah, berkumpul dekat ruang tamu rumah dengan keluarga aku. Aku pun paksa along buka cerita yang mama bagitahu tadi. Macam ni cerita dia,

Along : Tadi masa tengah rehat, along dengan Yaa tengah jalan-jalan baru balik daripada kantin, lalulah dekat depan lab kimia. Pastu along nampak macam ada orang dekat dalam, tapi pintu depan belakang macam tutup rapat. Kalau ada kelas, mesti depa buka pintu kan? Pastu, takpelah along jalan sampai lah nak turun tangga, masa tu along ada setingkat atas daripada lab tu, along pandang lagi dekat tingkap belakang. Along nampak perempuan tu tengan pandng along dengan Yaa. Tapi yang jadi masalahnya, rupa perempuan tu memang rupa macam manusia, tapi pucat gila tapi mata merah. Lepas daripada nampak tu, badan along jadi berat, macam nak pitam. Tapi bila along langkah je keluar dari kawasan sekolah, terus segar. Pelik kan?

Aku dengar dengan penuh perhatian sambil pegang tangan mak aku. Sekali lagi, dasar anak mak. Haha. Lepas daripada along cerita tu, aku ingat habis dekat situ je. Rupa-rupanya, tidak sama sekali. Mak sedara aku tinggal sekali dengan kami, terkena dengan lembaga tu.

Cerita dia, mak sedara aku ni jenis suka bertangguh basuh pinggan dekat dapur, last-last menggunung malam tu baru nak basuh. Dia cerita, dia tak pernah rasa meremang dan macam diperhatikan dekat dapur dalam rumah, hari tu dia rasa gitu. Tapi mak sedara aku cerita pada esoknya.

Pada malam hari yang sama, mama terkena. Ni cerita mama.

Mama : Malam tu mama susah nak tidur sebab panas dia lain macam. Mama pun baca-baca sikit lepas tu try lelap. Dalam pukul 2 pagi macam tu baru boleh lelap. Lepas tu, mama mimpi ada perempuan duduk dekat dapur, depan peti ais. Perempuan tu rambut panjang, cantik tapi muka pucat lesi dengan mata yang merah pekat. Mama tahu dah yang along memang terbawa balik ‘dia’ dekat rumah. Lepas tu, mama cuba halau dia. Tapi dia degil. Mama cakaplah jangan kacau keluarga aku, sini bukan tempat kau. Keluarlah. Lepas tu mama azan kat dapur, perempuan tu makin lama makin hilang dalam kegelapan malam.

Itulah ceritanya, tapi jujur aku malam tu memang tak boleh nak tidur sebab panas. Siap tukar tidur kat atas lantai bawah kipas, bahang tak tertanggung oi! Tak sangka pulak sebab ada entiti tu dalam rumah. Nasib baik dia duduk kat dapur, bukan bilik aku. Haha. Sebenarnya, esoknya pagi tu, aku bangun nak mandi, nak siap-siap pi sekolah. Aku nampak mama berdiri dekat pintu daripada ruang tamu ke dapur, pastu melilau-lilau. Lepas mama cerita tu, aku jadi takut nak ke dapur sorang diri. Mesti ajak mama ke, along ke.

Lepas daripada mimpi mama tu, family aku tak lagi nampak entiti tu. Mungkin dah pulang ke tempat asalnya. Lab kimia mungkin. Tapi, mama kata mama still tak boleh lupakan wajah perempuan tu sebab cantik, nampak sedih je. Hmm, mama pun janganlah macam-macam. Ha. sebab tu lah, kalau nampak bukan-bukan, istighfar lepas tu baca ayat Qursi. Pulihkan semangat dengan Al-Fatihah. Jangan terus balik rumah kalau rasa badan berat, pergilah singgah mana-mana dulu, baru balik. Ni abah pesan.

Peristiwa ni kan, macam ada kena mengenakan dengan cerita Kakak Dalam Cermin tu kan? Mungkin aku mewarisi mama sebab kalau ada apa-apa berkaitan dengan makhluk tu, mesti masuk mimpi. Ada tak readers lain alami keadaan ni? Sharelah dekat komen. Sampai sini sahaja cerita aku kali ni. Banyak je lagi pengalaman dengan along, nanti kalau aku ada masa, aku share lagi pengalaman lain. Anyway, cerita kali ni aku kekalkan keaslian watak-watak sebab wataknya kami sekeluarga sahaja pun. Haha. Hampa pun, jangan main-main dalam lab kimia tau. Ada yang memerhati. Sekian!

Ma’assalamah.

Annie
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

20 comments

  1. Assalam.. Sya tergin jgk nk share crta psl diri ni. Tp nanti2 lh. Apa2 pon makhluk halus ni memg ad je disekeliling kta cma terhijab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.