PENGALAMAN BANTU MEKAP

Kisah seram kenangan.

DULU-dulu sebelum menulis, saya pernah juga jadi assistant MUA @ Make up Artist. Kenal kakak MUA ni time aku jadi model part time ( zaman2 frehair) so, long short story satu hari ni kak Emma minta aku follow dia mekap pengantin kat satu kampung di Jengka ( klau tak silap)
Kitaorang bertolak dari Ipoh malam sebelum hari kenduri. Jumaat malam Sabtu.

Tidur hotel bilik asing-asing. Kat hotel okay je takde apa-apa yang bisa menegakkan bulu kudukku.
Bila sampai kampung pengantin perempuan tu. Pendalaman juga. Tempuh estet kelapa sawit.
Rumah pengantin pada pandangan saya, okay juga. Dari hotel kitaorang gerak awal pagi so sampai awal juga and agak gelap.
Bila dah sampai, as usuall pergi ke bilik lah. Pengantin dah mandi cuma tak boleh bersolat.

Kak Emma mekap dia dan saya mekap pengapit dia. Sebelah-menyebelah. Mula-mula memang ok sampailah pada satu waktu ni di mana pengantin tu bernafas deras. Macam kena semput. Kitorang ingat dia ada penyakit jadi Kak Emma minta inhaler dari pengapit. Tapi sebenarnya, saya dah rasa kembang kepala.

Bulu belakang leher semua naik. Kena tiup angin padahal kipas dekat pengantin. Tingkap pulak tertutup masa tu. Lepas dapat inhaler baru kakak pengantin cun tu ok. Rupa-rupanya dia memang ada semput. So, sambung mekap balik. Cumanya rasa seram-sejuk tu tak mahu hilang. Nak tanya Kak Emma dia tengah sapu eyeshadow. Part tu payah so taknaklah kacau.

Tengah aku ralit mekap kawan dia, si pengapit tu muka aku terdongak kejap dan pandang cermin meja solek yang kakak cun tu bagi belakang.
Aku tengok sekali imbas kemudian cepat-cepat tunduk balik. Tangan agak menggigil time nak pakai bulu mata kat pengapit. Nasiblah mata dia terpejam kalau tak tentu tanya, dah kenapa.

Dalam hati aku baca surah-surah yang patut. Aku dahlah tak pernah jejak ke situ. Sekali lagi, kakak pengantin cun mendesah macam tadi tapi makin kuat.
“Kenapa? Ada yang tak puas hati ke?” Aku ingat lagi dialog Kak Emma. Masa tu, aku dan pengapit sama-sama berpandangan dan bermuka cuak.

Tok! Tok! Tiba-tiba tingkap ada orang ketuk dan kakak cun tu, mula ketawa. Mengekek( rasa mcm film kan? tapi tu lah dianya…)
“Aku nak dia mati…” Kakak cun tu cakap macam itu.
“Siapa? Shila cakap apa ni? Shila sedar tak ni? Okay tak ni? Nak akak panggil mak?” Kak Emma melayan.
“Ya Allah, lauk rendang basi. Baru masak!!!” Suara-suara kecoh aku juga dapat dengar.
“Kenapa dengan awak?”
“Saya tak tahu. Semalam dia okay. Tiba-tiba saja ni…” Macam tulah perbualan aku dengan pengapit.

“Aku nak dia mati. Aku nak dia mati. Aku nak dia mati…” Kakak cun tu asyik ulang ayat yang sama. Kak Emma dah pandang aku semacam.
“Kak…ada bau…”
“Tu lah… kita kena keluar cari tuan rumah sekarang!” Arah Kak Emma tanpa ingin mengemas beg mekap.
“Kenapa, dah tahu ke..?”
Serius aku menggigil. Kau bayangkan time aku pula nak keluar, kakak tu pusingkan kepalanya senyum seringai mata terbeliak. Tanya soalan tu pada aku.

“Aku memang nak perempuan ini mati. Dia tak patut kahwin dengan milik aku…” Dia cakap lagi. Aku dengar je macam tu, aku terus berlari.
Kak Emma terus bercerita pada emak Kak Shila yang cun tu. Beristigfar dia, suaminya dan sedara-mara lain.

Tapikan aku ada perasan sesuatu, bukan nak menuduh tapi ni perasaan aku saja. Salah-seorang perempuan berkerumun depan bilik pengantin tu, ukirkan senyuman.
Akhirnya, kami tak dapat nak sambung mekap. Pernikahan kena hold katanya. Beg mekap pun tak kami ambil sebab tak berani. Tak makan pun sebab lauk basi. So, kami pun pulanglah ke hotel. Atas kereta, macam-macam jugalah saya dan Kak Emma beri andaian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

DHIA AMIRA

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.