Program Latihan Khidmat Negara Tahun PERTAMA siri KE-3, Iaitu sekitar tahun 2004. Kejadian berlaku di KEM KUALA KUBU BHARU -KKB
setelah mendapat surat dari kerajaan yang menyatakan saya antara yang terpilih untuk menyertai Program PLKN ini..
pelbagai perasaan bercampur baur.. antara seronok, sedih, takut, risau semua lah.. ye lah saya anak tunggal tak pernah berpisah dengan Ayah dan Arwah Mama… lagi2 lah dengan keadaan saya yang macam ni… senang bende2 halus ni mengacau memang Ayah risau sangat.. tapi saya yakinkan Ayah dengan berjanji untuk manjaga diri dan tetap mengamalkan bacaan2 Ayat Alquran seperti biasa dan Tidak meninggalkan SOLAT..dengan berat hati Ayah pun lepaskan lah saya untuk berjauhan selama 3 bulan ( Tempoh Khidmat )
Cerita Ni Panjang Tapi Saya Pendekkan Je Lah
Nak dijadikan cerita khemah2 yang ada semua di tandai dengan huruf sahaja iaitu HURUF ABC lah macam tu..rakan 2 saya ni selang sebuah khemah dari saya mereka di khemah E dan saya di khemah H seingat saya lah .. dah lebih sedekad hahaha… dan Khemah mereka ni menghadap KHEMAH-G..
untuk pengetahuan khemah G ni betul2 tepi padang yang besar dan dibawah sebatang pokok yang agak besar gak la… dan agak suram kelihatan lagi2 waktu malam betul2 di bawah sinaran bulan tau.. memang nampak sesuatu lah… dan ia memang sesuatu lah.. sebab semua khemah berpenghuni cuma khemah G ni sahaja yang kosong tidak berpenghuni dan tidak dibersihkan nampak sangat tak dijaga dan diselenggara.. daun2 kering bersepah2 dalam khemah dan luar khemah..
Suatu malam bulan terang, seperti biasa saya akan menyelinap keluar dari khemah saya untuk melepak dengan kawan2 saya ni lah.. entah kenapa malam tu saya rasa lain macam sangat.. perasaan yang dah lama saya tak rasa sejak hijab saya ditutup.. tiba2 ada macam angin sejuk lalu kt telinga belah kanan saya.. terus lah saya menoleh ke sebelah kiri.. ujung mata saya ni dah perasan ada satu susuk hitam dalam 5fit Inch macam tu betul2 sebelah khemah G tu.. saya ni rabun jadi memang nampak macam samar2 ditemani cahaya bulan… saya kecilkan mata saya untuk betul2 fokus pada susuk tu… dengan cahaya bulan yg samar2 tu saya nampak wajah susuk tu…
“Oh, Cikgu Ramlah…” getus hati kecil saya la.. saya tak fikir apa pun masa tu.. saya hanya fikir mungkin Cikgu sedang melakukan “rounding” untuk jaga tapak khemah kami.. begitulah yang saya fikir.. tapi pada masa yang sama takut jugak kene ‘marah atau denda’ lari keliling padang malam2 buta ni sebab langgar arahan ( tak dibenarkan keluar khemah selepas 10 malam) masa tu waktu dalam 10 lebih lah mcm tu..
“ aduh nasib aku tak baik malam ni kantoi pulak, mampuih aku” cakap saya dalam hati la masa tu… sedang saya bermonolog sendiri saya dengar susuk tersebut panggil saya.. “ heyy!! kamu… buat apa tu?” tanya susuk tu dari jauh.. bergema juga lah suara dia sebab keliling sunyi kan… “ Err.. saya lapar kgu, nak ambil roti kt khemah E ..” jawab saya terketar2 takut lah kan , dibuatnya kena denda masa tu juga mau nangis saya KSM …
“balik sekarang!! kamu tak takut ke gelap2 macam ni, DEGIL?” Gertak Cikgu Ramlah. “ Baik Cikgu, saya masuk sekarang!” jawab saya lagi..
Apa lagi dah kena herdik macam tu memang masuk khemah balik la… kira malam tu memang saya tak dapat melepak la cerita dia..PISHANG la saya malam tu… nak tak nak saya baring dan paksa la mata ni lelap.. rakan2 dalam khemah saya semua dah lena siap ada berdengkur lagi.. entah pukul berapa malam tu saya terlelap saya pun tak sedar.. cuma saya tersedar sebab tiba2 rasa seram sejuk tu macam tadi tu datang balik.. masa tu saya tidur dalam keadaan mengiring dan memalingkan badan saya ke belah kanan.. ni memang Ayah da pesan kalau tidur mengiring mesti mengiring kekanan.. jadi dah terbiasa.. apa lagi saya pun tarik selimut dan selubung seluruh badan saya tak bergerak2… berpeluh2 lah masa tu.. saya tengok jam kat tangan dah pukul 3.13am macam tu.. “ mak aih… apa bende ni” bebel saya dalam hati.. “ apa hal malam ni suwey semacam” bebel saya dalam hati.. sebab saya tahu memang ada “BENDA berdiri betul2 tepat kat hujung katil saya dan dapat rasa benda tu memandang tepat pada saya..
perasaan masa tu Allah je tahu.. dalam keadaan berpeluh2 tu saya cari semangat diri.. saya baca Ayat2 Al-Quran yang Ayah dan Arwah Tok bekalkan.. ALHAMDULILLAH saya kembali tenang dan tidur dalam keadaan berpeluh2 sampai la saya dengar Azan subuh pagi tu , terus saya bangun mandi dan siap2 untuk berjemaah subuh, malam tu berlalu macam tu sahaja…
Tengah kami rancak ber borak tu, saya ternampak Cikgu Ramlah… Saya pun antara berani dengan tak pergilah jumpa cikgu tu, kononnya nak minta maaf lah, nak minta jasa baik la jangan denda saya sebab saya langgar peraturan malam tu.. “ Cikgu, cikgu” saya panggil Cikgu Ramlah, masa tu dia tengah berjalan menuju ke meja Cikgu2 sambil bawak makanan kat tangan dia.. “ HA ..Ye.. ada apa ye?’ tanya Cikgu tu pada saya.. “ Err .. Cikgu , Malam semalam Cikgu ada buat “Rounding” ke? tanya saya.. “Semalam ye? Oh semalam bukan tugas saya, semalam Cikgu IMAH.. Kenapa? tanya Cikgu lagi.. “ Err.. tak ada apa Cikgu saja tanya” jawab saya.. “Saya baru sampai KEM pagi tadi, saya balik Kuarters saya sebab malam tadi saya kena ke Bandar untuk belikan makanan budak2 ni, jawab Cikgu Ramlah tenang… “ oh ye ke.. baik cikgu.. tu je nak tanya..” jawab saya.. “ haa baiklah.. nanti kalau awak nak beli makanan ringan ke apa beritahu saya ya nanti bagi je duit nanti saya belikan, awak listkan apa awak nak nanti ye..” jawab Cikgu Ramlah.. “ Baik Cikgu” Jawab saya dalam keadaan bingung…
***“Dah tu yang semalam tu.. yang berborak dengan aku tu siapa?” tanya saya pada diri sendiri.. “ALLAHU dah terkena aku “ bebel saya pada diri saya.. nasib baik lah tak ada apa2 yang jadi… memang benda tu nak berkenalan dengan saya agaknya.. begitulah pengalaman pertama untuk FS yang saya nak kongsikan hari ni…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit