Nyah Oo Nyah

Hai all. Aku nak story pasal satu kejadian yang aku tak boleh lupa. Maaf kalau cerita ni panjang dan bosan, dan tak seram sebab takda penampakan pun. Yang ada hanya rasa. Story ni jadi masa aku tengah praktikal di salah sebuah negeri. Disebabkan aku takda saudara mara di sana yang boleh tumpangkan aku sepanjang aku praktikal, jadi aku pun ambil inisiatif untuk cari rumah sewa. Cari punya cari dapat kat satu kawasan ni.

Disebabkan aku takda kereta, jadi perpindahan aku dari rumah sewa lama ke rumah sewa baru haruslah menunggu boyfren aku pinjam kereta abah dia. Aku cadang nak pindah seminggu awal sebelum tarikh start praktikal tapi abah boyfren aku cuti weekend je. Plus, rumah yang aku akan masuk tu, menurut ownernya, hanya akan available 2 hari sebelum start tarikh praktikal. Jadi aku decide untuk pindah ahad, yang mana, esoknya akan start praktikal aku di salah sebuah galeri seni di situ.

So ahad, pagi2 lagi boyfren aku dah sampai, tolong aku pindah barang. Settle semua, bertolaklah kami ke rumah tu. Elok sampai je di kawasan apartment tu, call owner rumah since aku deal straight dengan owner rumah. Tak berjawab. Seriau jugak tak jawab ni. Deposit dah bank in. Bukan sikit, banyak, RM700 tu. Call lagi lagi dan lagi. Dah berpuluh2 misscall dah aku rasa owner tu dapat. Still tak angkat. Dari kul 9am aku call. Last2 aku dapat mesej berbunyi lebih kurang begini pada pukul 12pm,
“Adik, maaf, rumah akak tak siap renovate lagi, boleh tak adik masuk Rabu depan?”.

Apa lagi, menangis la aku. Aku cakap yang aku dah start praktikal esok mana boleh dah janji masuk harini kan. Akak tu mintak maaf and janji nak pulangkan deposit aku. Dah kalut mana aku nak berumah ni. Tiba2 pulak, hujan sangat lebat, selebat air mata aku. Ewahh. Dugaan nak praktikal agaknya. Cari punya cari, jumpa area tak jauh dari tempat praktikal aku. Dah terdesak, rembat je la. So pindah la aku ke rumah sewa tu. Area apartment aku duduk tu kawasan bukit, and kawasan baru, agak sunyi jadi agak menyeramkan bagi aku yang penakut ni.

Memang dah takdir, aku tak jadi masuk rumah sewa yang renovate tu and masuk rumah sewa ni. Allah nak ajar aku agaknya sebab lalai dan ambil mudah perintahnya. Rumah tu ada 4 orang termasuk aku. Mula2 semua okay. Sampai lah sorang ni bawak balik sorang “pompuan” satu malam ni. Sekali tengok memang tak pecah lubang. Dah lama kenal baru tau, laki a.k.a ponen. Aku gelarkan dia nyah je la ye. Sebab aku memang panggil dia nyah. Mula2 katanya menumpang je.

Lama-lama memang jadi rumah dia. Segala perabot dia beli. Makanan, minuman, dapur, peti ais, meja makan. Memang jadi rumah dia la. Sedangkan dia tak bayar sewa atau deposit atas nama menumpang. Tapi since rumah full dengan barang dia, setiap kali nak guna, of course kami yang lain minta izin. Bagusnya nyah ni, baik sangat. Makanan basah dia beli, kiteorang tinggal masak je. Dia tak kisah. Kiteorang pun jadi tak kisah dengan dia.

One day, nyah ni cerita, yang dia selalu kena dajal dengan orang yang dengki dengan dia. Biasa la nyah sama nyah nak berebut laki kan. Nyah kawan aku ni, memang lawa. Body lawa. Semua lawa, macam aku kata tadi, tak pecah lubang. So disebabkan banyak yang dengki dengan dia, dia teringat ke anak dia. Anak dia tu dia dah tertinggal masa pindah randah dulu katanya. Mula dengar aku heran, anak??? Ko ada buntingkan anak orang ke siap ada anak. Pastu tertinggal plak, kalau tertinggal takkan tak pi amek balik. Anak kot weiiii.

Rupanya, anak yang dimaksudkan adalah, anak kerak. Dia dapat dari sorang bomoh siam. Sekarang anak kerak tu dah tak da dah. Sebab dia tertinggal patung apa tah kat rumah lama dia. Okey la, lega aku dengar. Tetiba one day, dia cite ngan aku, anak kerak dia dah mai balik. Huwaaa. Apakah?? Katanya, dia seru mai balik. And katanya, anak kerak tu ada je dalam rumah tu, Cuma kiteorang tak nampak. Anak kerak ni akan jaga dia dari segala gangguan jahat and niat jahat orang kat dia.

Bermula dari hari tu la, aku jadi sangat penakut. Tambah pulak nyah ni selalu je cakap macam ni,
“anak kerak, mai la makan.. aku dah sedia makan ni”. Weh, anak kerak makan apa wei?? Seriau aku kot dia dok jamu darah kiteorang haha. Punya la buruk pemikiran aku masa tu. Masa dia seru-seru tu, aku and housemate lain diam je. Pandang sama-sama sendiri. Takut kot. Nyah ni pulak, everytime aku balik praktikal, dia je ada kat rumah. Housemate lain malam baru sampai. Kiranya dari pukul 6 sampai lepas maghrib, aku dengan nyah tu je kat rumah.

Yang bestnya, kalau aku masuk rumah, mesti akan nampak dia kat meja, tengah main fon sambil silang kaki goyang-goyang. Masuk je rumah, aku mesti tegus dia.. “buat apa tu nyah?”.. diam je dia. Tak menjawab. Terus la aku masuk bilik. Tah-tah tu jelmaan dia je ke kan. Nak mandi ke apa ke, mesti aku takut-takut je keluar bilik. Ya Allah, teringat masa tu, aku rasa macam aku duduk dengan hantu. Takut sangat. Ya aku tau, kita kena takut dengan Allah je, tapi aku penakut yakmatttttt.

One night, kiteorang duduk lepak2 meja makan sama-sama. Nyah ni cerita, salah sorang kawan kiteorang ni memakai benda bagi nampak lawa. Benda dia pakai tu, susuk tu la, susuk ni la. Salah satu tu apa namanya, gajah mandi ke apa taktau. Anyone know, please correct me if I’m wrong. Katanya nyah, orang yang pakai benda ni, malam-malam, akan ada yang terbang atas rumah dia, sambil menjerit-jerit, mengilai-ngilai, sambil cerita nyah tu angkat-angkat tangan dia buat macam hantu terbang. Mandi gajah tu sangat kuat, kata nyah tu la.

Aku dah takut sangat dah. Malam tu, aku tido bukak pintu, and 2 orang housemate aku tido kat ruang tamu, sebab takut. Semua tak berani tido sorang. Aku pulak bilik betul depan ruang tamu, so aku bukak je la pintu, malas nak angkut tilam sebab tilam aku lawa sangat. Haha. Oh ye, kiteorang ada bela kucing, nama Cici dan sugarglider 4 ekor. Korang tau kan, yang pernah bela sugarglider je la, yang sugarglider tu sangat susah nak bunyi. Sepanjang bela, jarang dengar suara sugarglider tu.

Malam tu, kul 2 pagi, semua dah tido. Aku terjaga, gelap je, ada cahaya lampu tido je dari ruang tamu. Aku pejam takleh jugak lena. Aku dah terbayang dah cerita nyah tu. Hua. Teringat anak kerak dia lagi dalam rumah. Huaaaaa. Even housemate aku tido depan pintu bilik aku pun, tapi bagi aku still jauh. Perasaan takut dah mai dah, takut sampai takmau bukak mata. Tiba-tiba, rasa berbulu-bulu kat pipi. Terus aku terbukak mata, eh.. cici rupanya, nak teman kita la tu, kata aku dalam hati. Haa perasan laa aku ni, sebenarnya cici tengah kejar something yang aku tak nampak.

Cici duduk sebelah pipi aku, sambil tengok tenung satu tempat je, iaitu ke arah dinding betul sebelah aku. Aku tido tepi dinding weiii. Huaaa. Cici pasaipaaa hang ni. Tiba-tiba, mata cici lari ke tepi, ke atas, ke kiri, ke kanan, macam dok tengok benda bergerak. Cuak dah aku. Tiba-tiba mata laju pandang ke arah pintu bilik aku, serentak tu, dengar gelas plastik jatuh kat dapur. Terus cici lari keluar bilik aku.

And tak lama lepas tu, aku dengar sugarglider kat dapur marah-marah. Punya la bising. Tau kan sugarglider marah macam mana? Macam kena kacau dengan kita, dia punya bunyi. Aku jenguk housemate dua ekor tu dok nyenyak lena. Tak dengar pa pe ke dorang ni. Aku pun terus selubung dalam selimut, tah bila tah aku terlena.

Sejak haritu, rumah kami memang tak aman, aku and housemate aku asyik gaduh je, sampai menjerit-jerit kami bergaduh sedangkan aku memang bukan seorang yang suka gaduh, tambah lagi sampai menjerit-jerit. Si nyah rileks je. So aku and dua lagi housemate aku decide untuk pindah rumah bersama-sama. Nak pindah pun bukan senang ye. Si nyah boleh tukar tombol pintu ngan mangga masa kami tengah pindah-pindah barang. Sebab kiteorang tak pindah sekaligus. Pindah sikit-sikit sebab semua kekangan kerja.

Sekali datang, pintu ngan tombol dah tukar. Tapi Alhamdulillah, sejak pindah takut semua dah tak ada. Aku rileks je balik keje duduk sorang-sorang. Takda takut-takut dah. Dasar penakut hahaha. Tapi ada la kami still bergaduh menjerit-jerit. So kiteorang pun pegi la berubat di Cheras. Dengan sorang ustaz ni. Rupanya, kiteorang kena gangguan. Sejak berubat, Alhamdulillah, kami okey. Sekarang semua dah kahwin, dah bahagia. Nyah? Aku malas cerita, Cuma aku nak mengambil kesempatan untuk berucap sikit.

Nyah, kalau la ko baca, atau anak kerak ko baca then dia sampaikan kt ko, kteorang tak benci ko pun, kteorang pindah sebab dah takut sangat. And kiteorang mintak ko bayar deposit kiteorang pun sebab kiteorang susah cari orang ganti kiteorang kt rumah tu sebab kan status ko yang ko sendiri tau. Ko kena ingat, kiteorang tak kaya macam ko. Tambah aku, nak pindah tu pun pakai duit abah aku. Harap ko tak berdendam dengan kteorang. . okay?

Minah

18 comments

  1. Takpaham kenapa awak masih duduk serumah even tahu dy seorang lelaki. Takkan sb dia loaded and tanggung mkn minum korang sanggup langgar perintah Allah.. Hm.

  2. nyah mmg ada segelintir akan amalkan ilmu hitam tak semua nya. Sbb dorang nak org lain nampak doranglah diva, queen. Ada yg baik, ada jgk yg busuk hati. Aku tahu mcm ni sbb aki ada pengalaman berkawan dgn kaum ni. Senang cerita, dorang ni jgn dijentik je. Sanggup buat ape je. Seriously, nasib baik aku kwn ngan nyah baik.

  3. Seram duduk dengan belaan dia satu hal, seram jugak pasal dia tu lelaki! Tapi saya faham bukan mudah nak carik rumah sewa yang lain, lebih2 lagi bila dah praktikal. Apa2 pun yang penting awak pindah akhirnya!

  4. ada banyak benda aku tertanya2 :-

    Nyah tu kan lelaki,jadi sepanjang tinggal situ aurat korang jaga tak? huhu.. dah kalau menetap lama susah sikit nak jaga aurat.

    lepastu anak kerak tu macam mana? tak apalah nanti aku google.

    n bunyi sugarglider mcm mana pula? pun aku google la nanti ea.. huhu

    aku dah dapat agak nyah pelik semacam sebab dia beli semua macam2 paahal tak sewa situ. nampak sangat ada motif,sekarang org buat baik susah sikit nak percaya. kalau nak halau cara baik aku tak kisah,ni sampai main kotor.

  5. hahaha jenis mcm kakak aku laa nii. nyah stay dengan dia. dah nk bt mcmana kannn hahaahhaha. btw sumpah kelakor psal anak kerak tu. terkekekk kekek aku ketawa

  6. Setahu aku anak kerak ialah janin yg digugurkan kemudian dijampi. Ada filem org kita judul Anak Kerak ni tp aku x pernah tengok lg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *