Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

Santau Dendam Jiran

Salam semua❤️ kali ni aku nak kongsi cerita ayah aku sendiri. Cerita ni ayah cerita masa aku kecik dulu, tapi sampai sekarang aku ingat lagi setiap detail sebab cara ayah cerita memang buat aku menggigil. Ini kisah zaman 90-an masa ayah aku baru je kahwin dengan mak, diorang duduk kat kampung dekat Kuala Pilah, kampung ni kecik je penduduk pon tak ramai semua kenal semua orang.

Ayah aku ni orang kampung tulen, kerja sehari-hari jadi peraih getah. Setiap pagi dia pergi motorsikal buruk dia pergi kebun sadap getah sampai tengahari. Masa tu ayah aku baru start bisnes kecil-kecilan jual getah kat orang tengah, boleh dikatakan agak senang sikit berbanding orang kampung lain. Mungkin sebab tu jugalah ada orang tak suka dengan kejayaan ayah walaupun kejayaan tu kecik je pada orang lain.

Ada seorang jiran ayah, nama dia biar rahsia je aku panggil dia Pak Longlah, dulu Pak Long ni pon peraih getah gak tapi bisnes dia tak menjadi. Ramai orang kampung dah tukar jual kat ayah aku sebab ayah bagi harga lagi elok. Dari situlah Pak Long ni mula rasa dengki, tapi ayah aku langsung tak perasan pon sebab ayah memang orang yang baik selalu tolong orang susah.

Satu malam ayah balik dari kebun rasa penat sangat, dia terus baring kat rumah. Tapi malam tu ayah mula rasa pelik, badan dia panas macam terbakar dalam tapi kalau pegang luar biasa je. Mak aku dah risau sangat sebab ayah tak pernah demam macam ni. Ayah cakap dia rasa macam ada benda merayap dalam perut dia, sakit yang tak boleh nak explain macam mana. Setiap malam sakit tu datang lagi kuat sampai ayah tak boleh tidur, termenung je dia pandang siling.

Mak dah bawak ayah pergi klinik kampung tapi doktor kata tak ada apa-apa, semua result okay. Pelik kan, badan sakit teruk tapi doktor kata sihat. Sampailah satu malam ayah cakap dia nampak dalam badan dia macam ada sesuatu bergerak-gerak bawah kulit, macam ulat halus tapi tak nampak pon bila cuba tekan. Mak terus menangis takut sangat, dia dah rasa ini bukan sakit biasa.

Orang kampung pon mula bercakap-cakap, ada yang kata ayah kena santau. Sebab tanda-tanda tu memang macam kena santau, badan panas dalam sejuk luar, rasa ada benda merayap dalam perut, dan yang paling ketara badan makin kurus walaupun makan macam biasa. Mak pon tak fikir panjang terus bawak ayah jumpa Tok Bomoh kampung sebelah, namanya Tok Da, orang kampung memang selalu rujuk dia kalau ada masalah macam ni.

Tok Da tengok ayah then dia diam sekejap, dia pegang tangan ayah then baca-baca sesuatu. Selepas tu dia cakap, “Anak Tok, kau kena santau. Orang yang buat ni memang ada dendam dengan kau, dia hantar ulat dalam badan kau sikit-sikit sampai kau lemah, then kau akan mati perlahan-lahan kalau tak dirawat cepat.” Mak terus tersentak dengar tu, siapa yang sanggup buat macam ni kat ayah yang tak pernah buat salah kat orang.

Tok Da mula buat rawatan, dia letak air dalam bekas then baca ayat-ayat, lepas tu suruh ayah minum sikit air tu. Malam pertama rawatan ayah cakap dia rasa macam ada benda dalam perut dia bergerak lagi kuat macam meronta-ronta nak keluar. Sakit yang tak tertanggung, ayah sampai menjerit malam tu. Tapi Tok Da kata itu tanda benda tu dah mula lemah sebab dah kena lawan.

Malam kedua rawatan, ayah termuntah keluar benda hitam macam ulat kecik-kecik bercampur darah. Mak yang tengok tu terus pengsan sekejap sebab tak sanggup nak tengok. Tok Da kata itulah ‘penghantar’ yang orang tu suruh masuk dalam badan ayah, memang jenis santau yang teruk sebab sengaja nak bunuh perlahan-lahan bukan nak sakitkan je.

Selepas benda tu keluar semua, ayah rasa badan dia ringan balik, sakit yang selama ni tak boleh nak tahan tu hilang macam disihir pergi jauh-jauh. Tok Da then tanya siapa lah yang buat sampai macam ni, tapi dia tak boleh nak tunjuk muka orang tu secara terus, cuma dia beritahu, “Orang yang buat ni ada kaitan dengan kerja kau, dia dengki dengan rezeki kau.”

Ayah terus teringat kat Pak Long. Memang selama ni ayah perasan Pak Long tu kurang senang bila tengok bisnes ayah makin maju. Tapi ayah tak nak buat spekulasi je, dia simpan dalam hati. Lepas seminggu selepas rawatan, tiba-tiba dengar berita Pak Long sendiri jatuh sakit teruk, katanya kena serangan sendiri sebab santau yang dia hantar tu ‘tolak balik’ bila kena lawan dengan doa Tok Da.

Orang kampung mula sembang-sembang cerita ni, ada yang kata Pak Long memang dulu pernah belajar ilmu hitam dengan orang jauh. Tapi ayah tak nak fikir panjang, dia cuma bersyukur dia selamat dan sihat balik. Lepas kejadian tu ayah jadi lagi rapat dengan Tok Da, selalu jugak ayah pergi tengok-tengok Tok Da sampai Tok Da meninggal beberapa tahun kemudian.

Sampai sekarang bila ayah cerita balik kisah ni, dia selalu pesan kat kami adik-beradik, jangan sekali-kali kita dengki dengan rezeki orang, sebab benda yang kita hantar untuk orang lain, kadang-kadang balik semula kat diri sendiri. Ayah pon sampai sekarang masih sihat dan masih ingat betapa nyaris dia hilang nyawa hanya sebab dendam seorang jiran yang tak puas hati dengan rezeki orang lain.

Sekian cerita aku kali ni, harap semua dapat pengajaran daripada kisah ayah aku ni. Kalau ada salah silap dalam penulisan aku mohon dimaafkan. Terima kasih admin sudi baca dan post cerita aku ini❤️.

Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram