#alyaomar : perjalanan komuter 2

Sambungan perjalanan komuter part 1

“Hang bawak benda apa ni balik ?”

Apa benda yang aku bawak balik? Aku pandang sekeliling aku. Sebenarnya aku tau maksud atuk, tapi saja aku buat acah noob.

Atuk geleng kepala. Mulut dia terkumat kamit baca benda yang aku sendiri tak jelas benda apa lepastu tangan dia macam tarik sesuatu turun dari bahu sampai lengan aku. Dia buat dekat dua dua belah bahu aku. Sesaat dua macam tu baru bahu aku terasa ringan balik. Aku tau, tadi tu mesti ada benda yang duduk bertenggek atas bahu aku.

Dalam perjalan balik rumah atuk tu, kereta belah belakang asyik bunyi ‘skrek skrek’ macam bumper bawah belah belakang terlaga dengan tayar sebab rapat sangat. Kalau dekat bonggol aku faham la kalau bunyi ‘skrek skrek’ tu sebab kereta atuk pun boleh tahan innalillah uzur dia. Tapi ni sepanjang jalan. Macam ada benda berat ya amat yang duduk dekat seat belakang. Tiba tiba atuk berhenti kereta dekat satu simpang ni. Aku dalam hati “ha sudah atuk nak buat menda pulak ni.” Atuk keluar dari kereta dan bukak pintu belah belakang. Atuk macam tengah cakap dengan orang. “Dah aku tumpang hang sampai sini ja. Jangan kacau cucu aku dah.” Macam tu la ayat yang aku dengaq kalau tak silap. Aku tak berani nak toleh berlakang. “Keluar !” Beberapa saat lepastu suara atuk naik meninggi. ‘Bam !’ Bunyi kereta belakang kena hempas kuat. Atuk masuk kereta balik dan sambung perjalanan. Bunyi ‘skrek skrek’ tu masih ada sampai naik ngilu gigi aku dengar.

Entah macam mana mata aku boleh tergatal nak pandang cermin pandang belakang yang dekat tengah tu. Haaa… sekali pandang, zap! Sekali lagi aku tak tau mata aku yang kelabu ka apa tapi memang jelas ada bayang hitam dekat seat belakang. Aku terpaku. Badan aku jadi membahang tiba tiba. Memang aku tunduk bawah pandang kaki ja & tak tengok mana mana dah lepas tu.

“Hang makan dak gi ni ?”

Aku geleng. Alhamdulillah memang aku tengah lapor pun time tu. Terus atuk berhenti dekat gerai makan dekat simpang nak masuk taman kampung atuk. Elok aku dengan atuk nak duduk, ‘Pang !’. Meja terbalik sendiri macam ada orang tolak dengan kuat. Kuat sangat sampai semua yang ada dekat situ pandang kami. Uih malu. Nak kata angin, angin time tu memang tak ada ! Last, aku kata dekat atuk, “tak payah la makan dekat sini. Nanti balik rumah atuk orang pandai pandai la makan apa yang ada.” Tapi atuk paksa jugak aku makan dekat situ. Maka, makanlah aku dengan tidak berseleranya.

Sampai depan rumah atuk, sunyi. Kereta tak ada. Pakcik dan makcik aku yang biasanya tinggal dengan atuk dan opah tak ada. Depa balik kampung belah makcik aku. Atuk tergesa gesa suruh aku masuk. Aku faham la sebab apa. Aku jalan nak masuk rumah lepas ambik beg apa semua. Lepastu aku kalih belakang nak pegi dekat kereta atuk balik sebab baru teringat earphone aku terlupa ambil. Kalih kalih, ya Tuhan. Ada satu benda hitam duduk landing elok atas bumbung kereta. Aku apa lagi, terus masuk rumah. Sebelum tutup pintu, atuk ada baca baca sikit benda yang aku taktau benda apa lepastu dia ludah ludah sikit.

Opah suruh aku mandi dulu. Bilik air opah, ruang jamban dan kolah sekali. Bumbung bilik air pulak macam zink main tindan tindan ja lepastu ada satu bumbung ni aku tak pasti zink ka apa tapi dia jenis jernih. Boleh nampak langit dari zink tu kalau pandang atas. Tengah mandi, aku dengaq bunyi sayup sayup macam ada orang tengah gosok baju dekat ruang jamban. Aku dah seram sejuk time tu, engko faham la bila dah seram sejuk dalam bilik air mula la mata nak menerjah sekeliling. Sekali nampak kaki berbulu daaa duduk atas zink yang jernis tu. Terus aku capai tuala keluar. Nak jadi satu hal. Lepas salin baju, baru aku perasan tuala tu banyak gila rambut. Dan baru aku perasan badan badan aku pun habis melekat rambut yang aku taktau kepunyaan siapa. Lepas mandi, aku solat isyak. Masa nak sujud terakhir tu, aku rasa kepala aku macam kena tolak pi dekat lantai. Sampai sakit dahi aku.

Sembang dengan atuk & opah aku tak mention langsung pasal dalam bilik air & tuala. Then atuk kata aku boleh tidur bilik paksu. Paksu aku ni jenis tengah pagi buta pukul 4-5 pagi baru balik dari lepak. Balik tu memang dia terus tidur atas sofa dekat ruang tamu so maksudnya dia tak gunalah bilik dia. Ni yang aku rasa seram. Time tu aku rasa dah nak dekat pukul 12 tengah malam. Aku sebelum tidur memang wajib cucuk earphone dekat telinga. Ada lagu baru boleh lena. Tengah dengar lagu tu, bunyi guli melerek selang seli dengan bunyi lantunan guli. Apahal lah suka sangat main guli benda ni ? Aku buat taktau je lah. Dengar pulak macam ada benda tengah cakar dinding sebelah. (bilik makcik & pakcik aku) selang seli dengan bunyi macam gelang kaki?

Tak silap aku. Dinding dah la jenis kayu yang nipis tu. Memang jelas la bunyinya. Badan dah menggigil dah ni. Aku tekad nak minta tidur dengan atuk & nenek. Aku ambil charger dalam beg dekat sebelah beg yang letak botol air tu. Sekali aku ambik charger, ada sebiji guli dalam tu yang aku taktau datang dari mana terkeluar sekali. Bunyi dia ‘tung.. tung.. tung.’ masa melantun jatuh atas lantai tu.  Aku perati betul betul. Ya! Guli ni yang ada dalam komuter tadi. Aku boleh cam sebab dalam dia ada kaler kuning & merah terang dan ada sikit retak. Untuk kali yang ketiga, bunyi ketawa tu datang balik. Terus aku cabut lari pergi bilik atuk. Elok aku nak ketuk bilik atuk,

“Alya, bukak pintu dekat paksu sat.”

Bunyi pintu rumah kena ketuk. Aku masa tu was was. Betui ka tu paksu ? Tapi tu memang suara paksu. Aku cam. Aku decide takmau bukak. Aku ketuk pintu bilik atuk lagi.

“Alya.” Suara paksu jadi macam marah lagumana taktau.

Aku ketuk lagi pintu bilik atuk. Dalam hati “ya tuhan atuk tidoq mati ka.” sambil mata dah makin berair. Makin laju aku ketuk pintu bilik atuk, makin makin makin kuat pintu rumah kena ketuk. Aku rasa macam nak roboh pintu tu. Tak sampai berapa minit, atuk bukak pintu. Elok atuk bukak pintu, ketukan pintu rumah senyap. Time ni baru aku boleh telan aiq liur dengan leganya. Aku cerita dekat atuk dari cerita dalam komuter sampai habis. Atuk geleng kepala. Malam tu atuk suruh tidoq dengan dia & opah dulu.

Esok pagi bangun tu aku terkejut. Lengan aku habis ada kesan cakar. Bukan la cakar yag teruk sangat, cakar ringan ringan ja.

“Hang ada ambik apa apa dak dekat mana mana ?” Atuk tanya.

Aku geleng. Aku cerita yang guli tu ada sendiri dalam beg aku. Bukan aku yang ambik.

“Hang ada ambik ni. Hang pikiaq elok elok.” Oh lupa nak bagitau, atuk aku ni boleh la sikit sikit buat perubatan islam.

Aku pikir punya pikir. Shoot! Baru aku ingat. Masa tengah tunggu komuter dekat tempat menunggu ada sorang budak tengah main depan aku. Lepastu dia dengan mak dia pergi mana aku taktau, aku ingat pergi tandas. Aku nampak ada gelang jatuh atas lantai depan aku, aku kutip simpan dalam beg. Aku ingat tu budak tu punya. Niat dalam hati nak bagi balik bila budak tu dengan mak dia datang balik. Tapi sebab dah lama menunggu, aku pun jadi lupa pasai gelang sampai aku terbawa balik gelang tu sekali.

“Sebab tu la benda tu duk kacau hang.”

Aku cuak. Aduh lepastu macam mana ni ? Aku tanya atuk.

“Satni kita pi balik stesen dekat rumah hang. Letak balik benda tu. Ada dekat hang kan ?”

Aku angguk sungguh sungguh. Biarlah harus ku pulang ke rumah balik walaupun tak sampai sehari duduk dengan atuk. Aku sanggup. Aku tak tahan kena kacau. Takleh buat main oo. Boleh jadi gila !

Petang tu aku selamat letak benda tu dekat tempat asal dia balik. Masa letak tu aku dengaq sayup sayup macam budak menangis. Aku tengok sekeliling. Takda budak ! Atuk kata, “dia sedih nuh.” Aku taktau atuk buat lawak ka apa tapi memang meremang bulu roma. Masa letak, aku sempat doa, benda tu takkan ganggu aku dah.

Lepastu atuk hantaq aku balik rumah mak aku, mak aku gelak ja siap perli padahal dia taktau cerita sebenar.

“Takkan duduk sehari dekat kampung tak tahan dah kut.”

Tapi atuk cover, atuk kata dia ada kerja dengan geng geng berubat dia.

Alhamdulillah lepas pada tu tak ada dah gangguan. Aku pun tak naik komuter dah. Maaf pihak komuter hahah. Dan sampai sekarang jugak aku tak cerita dekat mak aku ka abah ka. Yang tahu hanya, atuk, nenek dan readers FS.

Sekian terima kasih.

P/s : Semua jalan cerita ni hanya mai dari imaginasi aku hahah yerk. Dan percayalah, aku si penulis kecil, yang hanya baru berusia 15 tahun. Doa doalah semoga karangan bm pt3 aku panjangnya sepanjang cerita ni jugak. Kahkah. Sesungguhnya, tiada hantu pun di dalam komuter. Ada kurang lebih, harap dimaafkan.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Loading...

31 comments

  1. Bertuah punye anak lar haaaiii…
    Semoga bertuah dpt cemerlang dlm PT3 lar naaa…

    ….isk isk isk…menangis sambil berlalu pergi…tipah tertipu bang…huhuhuhuu…

  2. bijak ! mati-mati akak percayaa diknonnnnn .. hahahahaha siap bole bayangkan lagii cemana keadaan .. ceittt..

    btw cerita nie mang best ..

  3. Mangkuk ayun aku ingat betoi , sbb aku pernah kena skli dlu dalm train dari perlis ke alor star . Tu aku pecaya, kena kat hg bru hg tau laa . aku kena dah

  4. bagus citer hang nie dik.. mesti karangan sokmo dpt A nie… bagus2.. boleh jd novelis citer seram nie… good luck! kipidap!

  5. Jln penceritaan yang agak bagus walaupun masih diusia remaja. Boleh bersaing dengan TJ ni. Mungkin diolah kembali dari cerita dan peristiwa yang pernah dilalui. Kipidap n dongiwap.

  6. cerita x betul pun takpe la adik yang penting penggunaan tatabahasanya okay dan senang faham berbanding jalan cerita yang merapu meraban…

  7. Semenjak banyak cerita2 rekaan ni fiksyen shasha mendapat banyak komen negatif
    Kepada yang mencoret kan kisah2 rekaan tu admin doakan semoga rekaan korang tu menjadi kenyataan dlm hidup korang ye…
    Lenkali imaginasi tu sumbangkan la kat tempat lain bukan disini ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *