#alyaomar : perjalanan komuter

Aku nak cerita pengalaman seram aku dalam train sampai buat aku fobia. Masih fresh di ingatan. Huhuh lama tak menulis ni. Kejadian ni berlaku tahun lepas masa aku umur 18 tengah tunggu result. Aku tak kerja sebab mak aku tak kasi. Mak aku jenis over-caring tambah aku pulak perempuan. Memang mereput jugaklah aku. Lepastu tengah cuti tu atok ajak duduk kampung dengan dia 1-2 minggu. Aku pun “cun tok ! esok orang sampai.”

Esok tu, aku balik naik komuter sebab naik komuter ambil masa 30-40 minit je nak sampai stesen dekat kampung atok. Aku balik sorang okay ! Mak aku kasi la pulak. Pukul 5:20 aku beli tiket untuk komuter pukul 6. Lepastu pengumuman kata train pukul 6 ditunda sebab hujan memang lebat gila macam ribut. Tiba tiba aku dah rasa macam tak sedap hati. Nak dekat pukul 7 baru la pengumuman komuter ke sekian sekian.. Boleh tunggu di platform 2. Masa tu hujan dah reda dah cuma awan makin gelap + nak dekat senja dah. Tak ramai pun haritu sebab tu hari sekolah/kerja. Aku pun dalam hati bahagia la sebab dah sah sah tempat duduk banyak, tak payah berdiri. Aku pergi tandas dulu sebelum pergi platform 2. Lepastu baru aku naik lif dekat platform 1 untuk sampai dekat jejantas yang sambung ke platform 2.

Di sini kisah bermula treng teng teng. Masa aku nak naik lif tu memang tak ada siapa, semua dah tunggu dekat platform 2. Aku masuk lif, dah ingat tak ada orang nak naik dah aku pun tekan button tutup pintu (>|<) tapi dia tutup sekerat ja lepastu dia terbuka balik macam ada orang tekan button buka pintu (). Mula mula tu aku boleh lagi husnuzon ingatkan ada masalah teknikal ke apabenda ke. Tapi dah nak dekat 6 kali duk jadi lagutu jugak. Yang kali terakhir tu aku dapat rasa angin kecil dan lembut menerpa ke aku. Aku apa lagi, dah start naik bulu roma la. Nak tak nak kena naik guna tangga jugak. Lagi seram ! Dah la sunyi.

Aku tengok jam dekat tangan. Lagi lapan minit sebelum komuter sampai. Aku cepatkan langkah kaki. Tapi makin aku cepat daki tangga, aku dengar macam derapan tapak kasut tengah naik tangga dalam keadaan laju. Bunyi tu macam 10 orang tengah naik tangga sekaligus. Aku berhenti kejap, bunyi tu hilang. Aku sambung ada balik bunyi tu. Sampai dekat jejantas tu, elok aku pandang depan, pintu lif dah terbuka tapi tak ada orang pun. Sumpah ! Aku rasa nak luruh jantung. Masa tu baru tahu menyesal nak panggil mak mak mak mak. Aku jalan laju laju aku turun tangga untuk ke platform 2. Masa tengah turun tu aku macam samar samar dengar orang ketawa, halus je suara. Aku husnuzon. Mungkin tu hanya perasaan aku sebab aku terlalu takut. Sampai platform 2, aku tengok sekeliling. Ada 6-7 orang masih tunggu. Tarik nafas lega aku.

Masa tu nak dekat pukul 7:20 dah. Komuter pun sampai. Aku tengok agak ramai orang. So aku pilih untuk masuk ikut pintu yang depan sekali , pintu first sebab dekat pintu tu selalunya orang jarang masuk ikut situ. Dalam otak aku fikir nak tempat duduk kosong je. Aku sorang je yang masuk ikut pintu first. Semua yang tunggu tadi masuk ikut pintu tengah dan pintu lain lain. Masuk masuk, dalam tu kosong ! Kosong langsung weh. Tak ada siapa. Kau bayangkan la. Masatu memang aku nak keluar balik je untuk masuk ikut pintu pintu lain tapi agak ah. Tak pasal kena tinggal dek train aku nanti.

Aku toleh tengok ruang komuter sebelah ikut pintu penyambung. Ramai orang. Semua lagak biasa. Ada yang tidur, main phone apa semua. 10 kali jugak aku fikir, nak pergi ke ruang sebelah ikut pintu tu ke taknak. Akhirnya aku pilih tidak. Aku sedapkan hati yang tak ada apa pun akan berlaku. Aku duduk diam atas kerusi, buka phone dan main phone sambil menunggu untuk tiba di stesen kampung atok. Kalau nak ikutkan lama la jugak aku kena tunggu. Ada 2 stesen sebelum sampai stesen dekat kampung atuk. Huhuh sabar sabar.

Ni permulaan bagi kisah dalam komuter pulak. Masa aku khusyuk main phone, tiba tiba dengar bunyi ‘ting !’. Engkorang tahu tak besi palang yang ada dekat tengah tengah tu untuk orang pegang tu ? Ha dengar macam ada gunting bertemu dengan besi tu. Aku tak layan bunyi tu. Tapi lagi sekali, ‘ting !’. Dia bunyi. Aku tak layan jugak, buat dunno.

Aku ambik earphone dalam beg, aku pasang lagu deras deras. Lantak pi kat hang. Lepas aku tak layan kali kedua tu, bunyi ‘gedebok !’. Macam ada budak jatuh atas lantai komuter. Engko bayangkan la bunyi tu deras mana sampai aku yang pakai earphone volume 100 ni pun boleh dengar jelas.

Tak usah dikata la dalam dada ni jantung aku berdegup laju mana. Tapi aku tetap tak layan bunyi tu. Aku cabut earphone kejap. Aku baca ayat kursi dan surah yasin ayat 9. Alhamdulillah dah tak ada apa sampai la sampai dekat stesen seterusnya yang pertama.

Sampai stesen seterusnya. Aku lega sebab mungkin nanti ada la orang masuk. Tapi tak ! Lega aku hanya untuk seketika. Tak ada orang pun masuk ! Yang aku rasa cuma macam ada haba dekat sebelah aku.  Dekat sangat. Aku pandang tingkap depan, ada pantulan wajah aku dan zup ! Aku taktau mata aku kelabu ka apa ! Tapi ada bayang hitam dalam tingkap tu berada selang satu tempat duduk dengan aku.

Masatu tak kira apa aku memang niat nak masuk ruang komuter sebelah ikut pintu penyambung dah. Elok aku lari anak dekat pintu tu, pintu tu macam bergegar nak terbuka sendiri dari belah sana. Tapi tak boleh sebab macam terkunci. Orang sebelah sana memang macam tak perasan langsung kewujudan aku dekat sebelah sini. Aku duduk balik diam diam.

Air mata dah start meramu dah. Aku taktau nak buat apa. Dalam hati duk panggil mak abah ja. Aku dah lemah semangat time tu. Lemah sangat sampai aku terfikir aku boleh jadi gila dan pada masa tu, aku terdengar lagi suara ketawa yang sama aku dengar dekat tangga stesen tadi. Celaka !

Lepastu tiba tiba ada sebiji guli bergolek. Aku taktau dari mana guli tu datang. Dan aku jadi leka sangat tengok guli tu bergolek sampai aku rasa nak capai guli tu. Tak sempat capai, pintu terbuka. Dekat stesen ni baru ada 2 orang lelaki 20-an macam tu dan seorang kakak dengan budak umur 2-3 tahun (anak dia kut) macam tu masuk. Macam mana aku boleh tak sedar yang dah sampai stesen seterusnya ? Tapi apapun aku bersyukur sangat dalam hati. Sampai stesen ni bermakna lagi 10 minit aku akan sampai stesen rumah atuk. Lega.

Dari budak tu masuk dia asyik pandang aku. Dah nak dekat 5 minit dia asyik pandang aku jugak tak kalih kalih. Kejap dia senyum kejap dia jelir macam tengah bermain dengan kawan. Aku pun pelik, dia buat dekat siapa ni. Aku pun senyum dekat budak tu, tahu dia buat apa ? Muka dia macam takut lepastu dia nangis weh ! Kuat ! Huduh sangat ke senyuman manis ku ini ?

Mak dia yang dari tadi duk main phone terus panggung kepala pandang aku macam aku cubit anak dia. Dajei betui. Dan akhirnya, jam 7:57 macam tu, aku sampai di stesen yang dinanti nanti, budak tu masih tak habis nangis sampai la aku keluar dari komuter terus tiba tiba senyap budak tu. Dan elok aku keluar komuter bahu aku jugak tiba tiba lenguh, rasa berat. Dari jauh aku dah nampak atuk tengah tunggu. Terus aku lari pergi dekat atuk dan salam. Muka atuk berubah.

“Hang bawa benda apa ni balik ?”

Aku time tu ? Bingung !

Dan inilah kisah seram aku dalam komuter. Hang tak rasa cerita ni seram, hang diam ! Hang hati kering boleh la. Okbye. Ada masa nanti kalau feedback boek aku sambung pasal atuk aku. Ni berjela sangat + im in rush aku ada kerja. Bye !

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Alya Omar

Leave a Reply

12 Comments on "#alyaomar : perjalanan komuter"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
z

Weyyhh…tergantung kat situ. Cepatlah smbung. #alyaomar

Shah

mohon sambung
#ketagih

Ghost_Hunter

bapak seram …..harap harap x jd kat aq

bawang merah

Weyyy seram siot . Hahahahahahahahahaha cepat cepat sambung .

kura2 hijau

waaa…seram!!! sambung please

Kak Yulie

Hang bawak apa weeii…???
Woi woi woooooiiiii…
Hang p mana???
Citar kasi perabih aarrr…
Adeehhh….

Darm

hang p mana
hang p mana
hang p mana
haha

pelam biru

wahh seramnya….mcm nk gelak.tp seram

kak jie jue

Giler¬°!!!! La Wei….Berani nya..Boleh pitam Kalau Kene macam Ni…… Cepat la Sambung yer….tq

BungaMerahPunya

weyhhh…serammmm…seb bek selama aku nek train xpenah jd pape yg menakutkan..

Langsat

nokhorom..”seram gila”…at least cerita la atuk hang tegoq hang bawa apa…hantu ka,pocong ka…kutu ka..ni tiba2 tergantung teruih..antiklimaks btoi

dawsa

b@b1… buruk perangai…

wpDiscuz