Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

‘Tak pernah tahu ada nenek’

Assalamualaikum pembaca & Peminat fiksyen Shasha, Nama saya Maya (Bukan nama sebenar) berumur 30tahun. Saya di sini ingin mencerita kan serba sedikit mengenai keluarga saya , arwah nenek dan pendampingnya.

Pada satu malam ketika dahulu, Sewaktu saya berumur dalam lingkungan 12tahun, Ibu dan bapa saya dapat satu panggilan dari makcik saya (Adik kepada ibu saya), Saya terdengar perbualan mereka, makcik berkata pada ibu saya “Balik lah ngah jumpa mak, dah 10tahun mak tunggu kau, aku dah penat jaga mak tiap-tiap malam” ,Saya rasa sedikit aneh apa maksud makcik cakap jaga mak(nenek) tiap-tiap malam itu Lepas pada itu ibu End call dan saya tak dengar lagi perbualan mereka.

Keesokan paginya, Ayah kejutkan saya dari tidur dan suruh saya masuk ke dalam kereta, Tak sempat bersiap mandi dan sarapan, Kami sekeluarga bergegas balik ke kampung, Dalam 5-6jam perjalanan tiba lah di kampung halaman (Lokasi dirahsiakan). Saya tak pernah tahu ibu ada ahli keluarga dan masih ada kampung. Buat pertama kalinya, Saya kenal ahli-ahli keluarga sebelah ibu, Dan kenal arwah nenek.

Sambung pada cerita sewaktu tiba di kampung, Ahli keluarga ibu beramai-ramai tunggu di hadapan rumah menanti kami turun dari kereta, Belum sempat ibu melangkah keluar dari kereta ibu menjerit “Aku dah cakap aku taknak, aku ada anak perempuan!!! (Dengan nada yang sangat marah). Ayah cuba tenangkan ibu, Ayah berkata pada ibu “Awak boleh, Awak satu satunya waris, Mak awak susah nak pergi, Awak perlu tolong mudahkan urusan mak, Nanti kita cari jalan macam mana nak putuskan dia).

Pada malam itu, Ahli keluarga yang saya tak pernah kenal berkumpul, Kami sekeluarga bacakan yassin pada nenek yang sedang nazak. Tepat jam 12malam, Angin dengan tiba-tiba sangat kuat menghempas zink atap rumah, Dan kami sekeluarga dengar dengan jelas suara mengilai dan cakaran yang sangat kuat, 5minit selepas suara itu berlalu nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir. Esok pagi proses pengebumian Arwah nenek, Alhamdulilah segalanya dipermudahkan. Setelah selesai, Kami pon pulang ke rumah (Keluar dari kampung).

Sejak pulang ke rumah, Ibu kerap sakit dan terkena gangguan, Begitu juga saya, Tiap-tiap hari akan ada lebam di badan dan tubuh ditindih waktu tidur, Pernah bermimpi dipaksa terima sesuatu (Dalam mimpi ayah memeluk dan bawa saya lari dari benda itu).

Sebulan kemudian, Ibu baru terbuka hati untuk menceritakan apa yang berlaku terhadap keluarganya. Arwah nenek, Pernah mengambil sesuatu dari orang dulu-dulu, Ia dipanggil pendamping, Selepas arwah atok meninggal sewaktu usia ibu 7tahun, Pendamping itu lah yang meneman nenek sepanjang masa, Ibu pernah ternampak nenek tidur bersama “Benda” itu. Saya tidak tahu “Benda” Di panggil apa, Tahun demi tahun berlalu nenek pon sudah tidak mahu pendamping itu lagi,

Tapi perjanjian tidak dapat dibatalkan selagi usia ibu saya belum 18tahun, Saya pon bertanya pada ibu, Kenapa “Benda” itu tak mahu dekat makcik ?, Ibu menjawab “Makcik hanya anak angkat, bukan darah daging”.

Ibu membesar di rumah keluarga angkatnya (iaitu keluarga ayah saya) sejak nenek mula berubah, Dan berkahwin dengan ayah di usia yang muda. Sehingga ke hari ini, Ibu saya kerap pergi ke perubatan islam, Berbelas tahun lamanya ibu melawan dan kuatkan diri , Kuatkan iman kerana ‘Tiada lain yang disembah Melainkan Allah S.W.T’.

Kesimpulannya, Saya ingin sampaikan, Bergantunglah pada kekuasaan Allah, Jangan berpaling darinya. Jika ada dari pembaca pernah terpesong, Putuskan lah selamatkan ahli keluarga sebelum terlambat. Itu sahaja yang ingin saya ceritakan, Semoga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum.

Nur Nissa Umairah
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram