Jin Ifrit
BERDASARKAN KISAH BENAR
Assalamualaikum Dan Salam sejahtera para pembaca Fiksyen Shasha, aku nak kongsikan pengalaman paling ngeri dalam hidup aku. Kisah ini bermula pada tahun lepas.
Aku yang lena dibuai mimpi tiba2 terdengar suara ibuku yang sedang memarahi aku.
“Woi budak! kau tak payah sedap sangat mimpi. Ada hati nak kahwin lah, nak bercuti lah. Ingat aku tak dengar?”
Aku tersedar dari tidur. Aku kehairanan macam mana ibu aku boleh tahu aku mimpi apa?. Adakah aku mengigau?.
Persoalan tersebut hanya mampu timbul dari benak fikiran aku sahaja dan tak mampu dizahirkan melalui kata-kata. Aku hanya mampu bersangka baik, mungkin aku betul-betul mengigau.
Aku fikirkan kejadian seperti itu hanya berlaku sekali sahaja namum sangkaan aku meleset. Setiap kali aku tidur dan bermimpi ibu aku seolah2 boleh dengar dan tahu apa yang aku mimpikan. Yang anehnya ibu aku seperti boleh dengar suara orang lain yang ada dalam mimpi aku. Akibat dari kejadian yang berulang kali berlaku, aku sudah tidak yakin lagi untuk tidur. Aku risau jika masih mengigau sewaktu dibuai mimpi. Akibatnya aku tidak cukup tidur.
Pada suatu pagi aku terjaga dari tidur. Aku terdengar suara ibu aku memarahi aku.
“Kau memang anak derhaka, dengan ibu kau sendiri pun kau sanggup buat dosa.
Aku bangkit dari tidur dengan penuh kehairanan. Kenapa ibu aku kata aku anak derhaka?. Apa dosa yang aku telah lakukan kepada ibu aku?, aku tak ada buat apa2 perkara yang menyinggung perasaan ibu aku.
Aku hanya mampu bersangka baik. Mungkin ibu aku hanya marah sekejap sahaja. Aku hanya fikir bahawa aku mesti memohon maaf kepada ibu aku supaya ibu aku dapat memaafkan kesalahan aku.
“Anak derhaka! Aku tak akan maafkan kau sampai bila2. Jangan minta maaf dengan aku. Kau bukan anak aku”.
Fikiranku penuh dengan kemusykilan, ibu aku seolah2 tahu apa yg terlintas di hati dan pikiran aku, sedangkan aku tidak bersuara. Adakah aku benar2 telah disumpah jadi anak derhaka?.
Aku melangkah ke tandas untuk membersihkan diri. Pelbagai persoalan muncul dari fikiran aku, kenapa ibu sanggup anggap aku sebagai anak derhaka sedangkan aku langsung tidak membuat sebarang kesalahan terhadap ibu aku.
“Kau bukan anak aku! Kau dah buat banyak dosa dengan aku dan adik beradik kau. Aku doakan kau dicampak ke dalam neraka jahanam!”.
Hati aku berkecai mendengar kata-kata ibu. Sanggup ibu tidak menerima diriku sebagai anak.
“Ibu…saya minta maaf..ibu jangan anggap saya anak derhaka..saya tak pernah menyinggung perasaan ibu..apa salah saya buat sampai menyinggung perasaan ibu?. Aku berbicara di dalam hati.
“Kau dah buat dosa dengan aku tetapi kau berpura2 tidak tahu. Tak perlu beriya minta maaf dengan aku. Tak akan maafkan kau sampai bila-bila”.
Hati aku remuk dan sayu. Aku merintih meminta maaf kepada ibu aku. Dengan linangan air mata, aku terimbas kenangan pahit ketika aku berada di universiti.
“Ibu kata saya ini anak harapan ibu. Tetapi kenapa semuanya harus terjadi begini, ibu tidak kasihan kepada saya?. Saya satu-satunya anak ibu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Saya tidak pernah meminta duit dengan ibu. Saya
sanggup mengikat perut semasa belajar. Saya dibuli oleh kawan-kawan.”
Aku meluahkan isi hati di dalam hati dengan deraian air mata.
“Kesiannya anak aku, masa kecik je kau tu jadi harapan aku, bila kau dah besar, kau jadi anak tak guna.” Terdengar ibu aku membelel sampai mencuci pinggan.
Aku melangkah keluar dari bilik air sambil menyapu air mata di pipi. Aku harus meminta maaf dan sujud kaki ibu aku. Aku tak sanggup di anggap anak derhaka.
Namun apakan daya, ibu aku seolah2 mengelak dari aku tidak ingin memandang wajah aku.
” Aku tak akan maafkan kau. Aku doakan kau mati.
Aku harap aku cuma bermimpi namun aku yakin semuanya adalah realiti.
Aku terdengar ibu aku berdoa selepas solat. “Mulai saat ini Siti Sarah bukan lagi anak aku. Dia anak derhaka. Aku serahkan segalanya kepada Engkau. Engkau ambilah nyawa dia.”
Aku bergegas berlari kepada ibuku. Aku harus segera memohon ampun. Namun, sekali lagi ibu hanya berlalu pergi dan tidak ingin memandang wajah aku.
“Mulai sekarang anak aku cuma enam orang”. Hati aku merintih sayu. Sanggup ibu buang aku sebagai anaknya, sedangkan anak ibu ada tujuh org.
Kejadian tersebut berulang sampai ke malam hari. Aku berharap agar dapat tidur dengan tenang malam itu. Namun, harapan tersebut meleset. Ibu seolah2 membuka aib aku satu persatu2. Aku seakan2 sudah jadi gila.
Aku masih bersoal kepada ibu. “Kenapa ibu sanggup buat macam ini kepada aku?, adakah aku sudah gila?”.
“Jangan panggil aku ibu. Aku bukan ibu kau. Kau anak derhaka. Ya Allah! Engkau ambilah nyawa dia. Dia bukan anak aku. Anak aku cuma enam orang”.
Ibu menjerit berdoa.
Aku hanya mampu beristighfar sambil mengucap. Adakah aku sudah jadi gila?.
“Itu baru dunia, belum lagi akhirat. Ya Allah Engkau lemparkanlah dia ke dalam neraka Jahanam”. Kedengaran lagi ibu berdoa sambil menjerit.
Jeritan ibu mendoakan keburukan kepada aku berlanjutan hingga hampir subuh. Aku tidak berpeluang untuk melelapkan mata. Ibu kedengaran sangat marah kepadaku.
Kejadian yang berulang kali berlakui akhirnya menemui titik noktah. Ibu menyuruh aku keluar dari bilik.
Engkau keluar sekarang.
“Jika saya keluar adakah ibu memafkan saya dan menerima saya kembali sebagai anak ibu?. Kita masuk syurga bersama2.?
“Ya…ibu maafkan kau, ibu terima kau kembali sebagai anak. Kita masuk syurga bersama satu keluarga. Kau keluarlah. Datanglah kepada ibu.”
Aku menekup muka ke bantal dan menangis semahu-mahunya. Aku melontarkan pelbagai persoalan kepada ibu di dalam hati.
“Kenapa ibu hukum saya begini. Saya tahu saya banyak dosa tapi bagilah peluang untuk saya berubah”.
“Ibu minta maaf..ibu minta maaf. Ya Allah kenapa aku buat begitu kepada anak aku. Tak baiknya aku. Kau keluar sekarang. Kau keluar…kau keluar.” Kedengaran ibu berulang kali menyuruh aku keluar dari bilik.
Aku melangkah keluar dari bilik dengan linangan air mata. Sebaik sahaja keluar, sosok ibu terpancar di pintu bilik.
“Kenapa menangis?. Soal ibu kehairanan.
Aik!. Tadi suruh keluar. Bisik hatiku kehairanan.
Aku menyoal kepada ibu. “Ibu tidak tahu ke?, atau ibu berpura2 tidak tahu?.
“Kenapa?..cakaplah kenapa?.” Ibu menyoal lagi kehairanan.
Aku menangis semahu2nya sambil memeluk ibu. Aku menjerit sambil menangis. “Saya jahat kepada ibu!. Saya ank derhaka!. Allah dah hukum saya”.
“Itu semua hanya bisikan syaitan. Ibu tak pernah anggap kamu anak derhaka. Kamu anak yang baik”.
“Hahhh! Bisikan syaitan?. Saya dengar semua, saya nampak. Adakah saya bermimpi?. Adakah saya sudah gila.?”
Persoalan bertubi2 keluar dari mulut aku.
“Saya mahu pergi ke hospital sakit mental. Tolong hantar saya ke sana.?. Ujar aku sambil menatap wajah ibu.
“Mari pergi berubat dengan Pak Ali”. Ibu menyuarakan pendapat untuk mendapatkan rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di kampung sebelah.
Ibu bergegas menelefon seorang kakak aku yang sedang berkerja untuk segera menghantar aku ke rumah Pak Ali.
Aku menceritakan kesemua kejadian yang berlaku kepada kakak aku. Menurut kakakku. Itu semua adalah mainan jin. Aku bersyukur kerana semua itu hanyalah halusinasi dan delusi yang aku alami bukannya realiti.
Pak Ali menyambut kehadiran kami di rumahnya. Tikar dibentang di ruang tamu. Aku disuruh membaringkan tubuhku di atas tikar tersebut.
Menurut Pak Ali semangat aku terlalu lemah dan hampir hilang semuanya. Proses membuang lima ekor jin yang bersarang di dalam badan aku sangatlah panjang. Aku menjerit sekuat hati. Pipiku ditampar berulang kali. sakitnya bukan kepalang. Setelah tiga jam barulah proses tersebut berakhir.
Namun begitu, disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Aku masih mendengar suara-suara yang tidak wujud. Setiap saat aku rasa terancam sehinggalah aku tidak dapat tidur di malam hari. Akibatnya aku mengalami halusinasi dan delusi yang sangat teruk. Kejadian tersebut berlaku selama seminggu.
Aku pulang ke rumah ibuku dan pergi mendapatkan rawatan susulan di hospital. Aku disahkan menghidap Skizofrenia. Maka, bermulalah hidup baruku sebagai pesakit Skizofrenia. Rutin harianku bersama ubat Olazanphine pada setiap malam. Aku masih mengalami halusinasi dan delusi selama seminggu. Antaranya suara yang menyamai Pak Ali, ibuku dan kakakku. Aku mengalami halusinasi dan delusi sehingga rutin harianku agak tergangu.
Doktor menyarankan agar dos ubat Olazanphine 5mg ditukar kepada 10mg. Setelah mengambil ubat tersebut selama sebulan, banyak perubahan positif berlalu kepada diriku. Halusinasi dan delusi yang aku alami hampir hilang.
Aku mendisiplinkan diri mengambil ubat pada setiap malam dan pergi mendapatkan rawatan susulan di hospital setiap tiga bulan. Setelah lebih setahun menghadapi penyakit Skizofrenia, aku disahkan sembuh sepenuhnya.