Cahaya Misteri Dari Dasar Laut

Selamat petang dan salam sejahtera admin serta para pembaca. Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin kerana telah menyiarkan kisah saya yang terdahulu, iaitu jelmaan penghuni laut. Saya ada membaca komen dalam posting tu, dan ada diantara sahabat yang meminta saya sambung kisah [email protected] di dalam laut. Saya akan ceritakn dalam kisah kali ini dan saya akan tambah dengan beberapa pekara misteri yang crew2 lain pernah alami.

Kisah pertama, lampu @ cahaya misteri dalam laut. Kisah ini di alami oleh senior saya time diorg pergi memancing di tengah laut. Untuk makluman para pembaca, kisah ini masih berkisar di tempat saya bertugas iaitu sebuah pulau yang berada di Laut china selatan. Senior saya ni orang panggil Apek, sorang lagi Singh. Kedua2 nya memang kaki pancing. Satu malam mereka berdua bercadang untuk turun memancing ke laut dengan menaiki bot. Ada beberapa crew lain yang turut serta pada masa tu. Bot tu tak besar mana, boleh naik dalam 7 org ja. Malam tu mereka berempat, yang lain xnak ikut. Menjadi kebiasaan, Apek la yang akan membawa bot ketika memancing dan dia la yang arif tentang port2 yang banyak ikan.

Setiba mereka di port yang di kenal pasti lubuk ikan, singh pun menjatuh kan sauh bot. Bila dah settle, diorg pun memulakn aktiviti memancing. Waktu pada masa tu lebih kurang dalam jam 10 malam. Mereka sangat seronok memancing kerana setiap kali kail dijatuhkan pasti akan disambar ikan. Ikan yang diorg dapat diletakan di dalam jut ( sejenis jaring tempat letak ikan) . Jut tu pulak diorg letakkan tepi bot dan terendam dalam air. Tujuan nya ada lah untuk memastikan ikan itu kekal hidup. Dan yang dah mati letak kat 1 bekas lain. Cuma yang hidup ja di letakkab dalam jut.

Semakin lama, semakin kurang ikan makan umpan diorg. Dan masa tu dah agak lewat, sekitar jam 1 pagi. Kerana khusyuk menarik ikan, diorg tidak sedar yang diorg dh lama kat situ. “Haihhh…tadi banyak pulak ikan cagut (tarik), sekarang senyap pula” kata singh sambil baring di tempat duduk. “Sabar singh, aku nak penuh kan jut2 yang kita bawa ni. Bru boleh balik” kata apek pada singh sambil menghembuskn asap rokok ke udara. Yang dua org lagi tu dh lena dibuai mimpi. Tinggal apek dan singh ja masih bertahan. Apek sorang yang masih dalam keadaan duduk, manakala singh dah terbaring menunggu mata terlelap.

“Ehh singh…bangun jap.” Apek menepuk lengan Sigh. “Ko nampak tak cahaya tu?” Kata Apek bertanya pada Singh, sambil jari nya menunjukkan cahaya di dalam laut. Cahaya tu bergerak perlahan lahan menuju ke arah bot diorg. “Aah la…benda apa tu Apek” tanya Singh. Apek pun diam tak tau nak jawab apa sebab cahaya tu betul2 dah berada di bawah bot diorg….cahaya tu berputar- putar mengelilingi bot tersebut dan kemudian beredar. Apek dan Singh diam seribu bahasa. Cuma boleh tengok lampu tu berlalu. Apek dah tak sedap hati, begitu juga dengan sigh…nampak raut wajah nya yang gelisah. Hanya mereka berdua saja yang melihat cahaya tu, yang dua org lagi tidur mati. Apek pun mencadangkan supaya mereka balik kerana sudah lewat malam. “Kejutkn dua org tu, kita balik” kata Apek pada Singh. Singh pun mengejutkan dua org crew yang lena di buai mimpi tadi. Ketika Singh mengangkat jut pertama, dia terkejut melihat jut tu kosong. ” Eh…Apek, ko ikat elok ke tali jut td…pasal apa jut aku ni kosong” kata Singh kepada Apek. ” Jgn ckp jut ko je kosong, jut aku yang nak penuh ni tadi pun kosong jugak” kata Apek kepada singh…begitu juga dengan crew yang dua org lgi….”jut dah kosong”. “Jum gerak” jangan banyak cakap” Apek bersuara. Dia pun start enjin bot lalu meninggal kn port misteri itu dengan penuh tanda tanya.

Setiba nya diorg kat tempat kediaman kami, baru lh Apek bersuara. Kejadian tu adalah kejadian ke dua yang berlaku pada diri nya….bagi singh, itu kali pertama. Kejadian pertama yang Apek alami tu on sama ja macam ni. Nampak cahaya dalam laut menuju ke bot, lepas tu cahaya tu mengelilingi bot…bila cahaya tu hilang, ikan dalam jut pun turut hilang. Kejadian tu masih menjadi tanda tanya kepada kami semua. Apek juga pernah cerita, tentang port mancing favorite dia tu….port tu memang lain sikit…bila kita tengok laut berombak, kat area tu tenang ja…ibarat xda ombak….serius, memang tenang. Saya sendiri pernah nampak. ” Len, hang perasan dak klu kita snookerling kat area tu…hang ada nmpak tali sauh panjang berjuntai” kata Apek kepada saya.”Pernah” jawabku pendek. “Tali sauh tu bukan saja2 kami kerat dulu” kata Apek.

Sebab kalau diikutkan logik, memang xda siapa berani kerat tali sauh tanpa sebab….mau kena marah dengan CO. Apek meneruskan cerita dia lagi. Kami yang duduk kat pondok tu pun khsyuk mendengar cerita senior atau orang lama. Apek pun memulakan ceritanya mengenai tali sauh tu….Kisah nya begini, diorg pergi memancing kat port fav tu pada waktu petang. Dan diorg berjanji nak pulang ke tempat kediaman sebelum azan maghrib. Apek pada masa tu, job dia jadi tekong la…apa lgi…haha…” Ok, angkat sauh” kata apek pada Balak (senior saya yang dah posting). ” Orait apek jerit Balak tang pada masa tu berada di depan bot.

Ketika Balak menarik tali sauh tu, dia dapat merasakan yang sauh tu berat dia lain macam. Dia meminta bantuan sorang lagi rakan yang ada dalam bot untuk membantu dia menarik tali sauh tersebut. Balak merasa pelik, sebab selama ni sorang ja boleh tarik tali sauh tu, tp kali ni kena berdua….tu pn msih terasa berat. Mata Balak merenung ke dalam laut sambil memerhati sauh yang ditarik,” Allah!!!”……jerit Balak…dia pun tanpa berfikir panjang lalu mencapai parang dan memotong tali sauh itu. “Wei Balak, pasai apa hang potong tali sauh tu.” Kata apek kepada Balak yang muka nya pucat seperti org kehilangan darah. “Dah, ko start bot, kita balik sekarang juga” jawab Balak. Apek pun menghidupkan enjin Bot Yamaha 65HP tu, lalu memecut meninggalkn port angker tu.

Setiba di tempat kediaman, barulah Balak membuka cerita. Ketika dia menarik tali sauh tadi, dia nampak ada benda bergayut pada tali sauh tu. Dia mengambarkan rupa benda tu seperti rupa manusia, mata terbeliak, tapi dalam keadaan yang amat kurus. Sebab tu la dia terasa agak pelik, biasa sorang2 pun boleh tarik tali sauh tu…ini berdua pun masih terasa berat. Balak pun x cakap banyak, dia cantas terus tali sauh tu….”Biarlh CO nk marah. Aku sanggup lagi kena marah dari tarik benda tu naik atas bot” kata Balak.

Kami yang mendengar cerita tu pun rasa tindakan dia tu betul. Kita tak tau apa yang ada dalam laut tu. Laut tu bukan tempat kita. Yang penting, kita x kacau diorg, tapi diorg curi ikan kitaorg…hahaha…gurau ja….ok la sahabat semua, setakat ni ja cerita saya pada kali ini….ada masa saya akan menulis lgi berkenaan kisah di kampung ayah di sarawak. Ingat ya….lautan ini juga ada penghuni nya….cuma kita tak nampak, yang pernah nampak tu, kira dia nak tnjuk kan diri dia ada kat kawasan tu. Terima kasih pada para pembaca serta admin sekali lg. See you soon. Bye.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

CozyLazy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.