Hi Assalamualaikum untuk semua pembaca , aku Alisya dan ini merupakan kali PERTAMA aku coretkan kisah seram aku dekat sini. Kalau cerita aku di approve aku nak ucapkan terima kasih dekat fiksyen shahsha . So berdasarkan tajuk kat atas mesti ramai yang dah tahukan mengenai ‘Nasi Kangkang’ ni . Senang cerita nasi kangkang ni tujuan dia satu je iaitu untuk si isteri nak si suami ikut telunjuk dia . Okay aku ada satu pengalaman di mana aku nampak dengan mata aku sendiri orang yang mengamalkan nasi kangkang ni JENG JENG JENG
Okay aku mulakan cerita . Aku merupakan seorang siswa di salah satu ipta di ibu kota . Korang tahu la kan first sem memang disediakan tempat tinggal tapi bila dah masuk sem kedua, student kena cari tempat tinggal sendiri . So nak dijadikan cerita kawan aku , zana ni dah jumpa satu rumah dekat la jugak dengan Universiti kitaorang . Alhamdulillah aku lega la dengar sebab tak payah nak mencari lagi tapi si zana ni musykil satu benda la pasal rumah yang bakal kitaorang sewa ni sebab sewa rumah dia murah sangat (50 hengget je uolls)dan kawasan rumah tu jauh dari kawasan rumah orang memang sangat terpencil tapi kitaorang buat tak tahu je sebab murah dan rumah tu dekat dengan U kitaorang. Untuk pengetahuan korang ,pemilik rumah tu tinggal dekat sekali dekat rumah tu(suami isteri) sebelum pindah memang kitaorang tak tahu pemilik rumah duduk situ . So si zana ni janji dengan tuan rumah (isteri) yang kitaorang akan pindah masuk minggu depan dia pun kata okay .
Hari yang ditunggu-tunggu tiba , kitaorang pun dah siap hangkut barang masuk kereta so drive terus la pergi rumah tu . Kitaorang ada berhenti dekat area rumah tu sebab nak beli goreng pisang yela tengah hari kan . So aku pun turun la beli then makcik goreng pisang tu tanya aku
‘Eh anak ni dari mana nak kemana tak pernah nampak pun sebelum ni’
‘Saya memang bukan orang sini makcik , saya ni ke sini sebab nak menyewa dekat area-area sini’
‘Oh iyeke kamu nak menyewa di mana?’
Aku pun tunjukla alamat yang aku tulis di kertas dekat makcik tu . Tiba-tiba air muka makcik tu berubah macam terkejut
‘Kamu nak menyewa dengan cik bunga ke Allahu Akbar’
‘Kenapa ye makcik?’ Heran jugak aku
‘Macam nilah , makcik nak pesan kamu tu perempuan , jadi hati-hati sikit ye duduk dengan cik bunga tu’
Aku pun tak cakap banyak terus bayar dan cakap terima kasih . Terdapat seribu tanda tanya yang belum terjawab . Kenapa dengan cik bunga ? Kenapa makcik tu suruh aku hati-hati ? .malas nak pikir aku masuk kereta terus drive sambil makan goreng pisang, zana ada tanya apa benda yang aku sembangkan dengan makcik tu , cukuplah sekadar aku menggelengkan kepala tak mahu dia risau .
Perjalanan nak ke rumah sewa tu ambil masa lebih kurang sejam memang suram kawasan dekat situ . Bila dah sampai dekat area situ adalah jugak aku bertanya dengan orang sekitar di mana alamat rumah tu yela malu bertanya sesat jalan. Yang aku perasan bila aku tunjuk alamat tu dekat orang , ramai yang menyuruh agar aku berhati-hati tetapi diberitahu jugak bagaimana nak ke rumah itu . Aku dah tak pikir panjang terus je drive sampai la kitaorang tiba dekat rumah tu . Dari jauh dah nampak ada seorang perempuan tengah tunggu dekat depan pintu rumah.
Aku kata dekat zana ni mesti tuan empunya rumah . Kitaorang pun turun dari kereta dan bersalaman dengan dia . Keadaan rumah agak menyeramkan(rumah kayu) depan rumah ada tempayan untuk basuh kaki alah macam rumah orang dulu-dulu . Lepas dah salam perempuan tu perkenalkan diri katanya namanya cik bunga . Oh inilah cik bunga tu . Umurnya aku anggarkan dalam lingkungan 50-an tetapi muka dan badannya seolah-olah orang muda. Kita orang dijemput masuk dan dia kata
‘Kamu berdua jangan lupa disiramnya kaki dengan air tempayan itu pantang larang jika hendak memasuki rumahku’
Gaya cik bunga bercakap macam orang dulu-dulu . Kitaorang pun ikut jelah bila dah naik rumah baru cik bunga bagi tahu yang dia dengan suami dia tinggal di sini dan dekat sini hanya bilik yang disewa (ada dua bilik) terkejut jugak kitaorang . Masa tu memang macam nak cancel je menyewa dekat situ . Lepas tu dia ada bagi beberapa pantang larang dekat rumah dia walaupun dah 2 tahun berlalu tapi aku ingat lagi pantang larang dia
1.bilik nombor 2 jangan pernah masuk (sentiasa dikunci ,bilik cik bunga no.1 ,bilik aku no.3 and bilik keempat bilik zana)
2.masa cik bunga masak kami diharamkan masuk dapur
- Malam jumaat kitaorang kena tido awal sebelum pukul 10(masa untuk dia buat nasi kangkang)
4.jangan pernah bercakap dengan cik jali (suami dia)kitaorang duduk situ 4 hari je dan tak pernah nampak cik jali, nampak dia pun masa pagi sebab pergi beli kan lauk. Cik jali tak dibenarkan tido dalam rumah ,dia tido dekat luar dekat pondok yang macam bekas reban ayam situla tempat dia duduk ,makan tido.menitis jugakla air mata
Aku dah rasa lain macam bila dia tetapkan pantang larang . So lepas dah angkat barang masuk bilik aku cakap dengan zana yang aku nak menyewa tempat lain tapi zana kata tinggal la sini dulu sebab nak mencari rumah sewa memang susah .
Hari pertama okay sebab kitaorang sampai petang pastu sembang dengan cik bunga pun dekat magrib lepastu dia suruh kitaorang masuk rehat . Hari kedua kita orang dah habis kelas around 4 pm lepastu balik la . Bila sampai dah dekat depan rumah kitaorang nampak cik bunga marah cik jali dikatanya bodoh lah tak berguna lah .cik jali pulak nampak macam pak turut ikut je apa cik bunga kata macam dah kena guna-guna . Kitaorang tanyala kenapa marah cik jali ,cik bunga jawab senang je
‘Suami aku itu bodoh orangnya itu sebab aku tidak suka padanya dasar suami bodoh’
Kitaorang diam jela pastu terus naik . Bila dah mandi apa semua , kita orang nak solat asar cik bunga datang marah kitaorang dia kata kitaorang belagak alim pakai tudung nak tunjuk baik la sembahyang sebab nak perli dia tak sembahyang la (ye memang cik bunga tak pernah solat) . Masuk hari keempat duduk situ memang kitaorang tak tahan yela time solat dia marah kitaorang, time mengaji dia gelak-gelakkan time azan dia selalu menjerit panas panas. Aku memang betul-betul tak paham sampai la satu malam .
Malam tu malam jumaat di mana cik bunga tak bagi kitaorang keluar bilik . Aku memang masa tengah tido akan terjaga nak ke tandas jadi malam tu Allah nak tunjuk , aku rasa tak nak terkucil je terus lupa pesanan cik bunga. malam tu aku tengok jam dah pukul 12 lebih aku pun bangun nak ke tandas (tandas dekat dapur) gelap kan masa tu jadi aku tak sengaja ternampak cik bunga duduk dekat dapur dengan kain batik disenteng ke atas betis , dia kangkang dan ada periuk nasi dekat bawah kangkang dia tu aku nampak air menitik jatuh dalam periuk wallau hu a’ lam aku tak tahu apa yang cik bunga buat aku dengar dia baca mantera dia aku dah lupa yang aku tahu dia seru benda tu tengah dia baca mantera tu dia pandang aku .
Allahu muka dia lain tak macam cik bunga , muka dia macam orang tua dengan rambut mengerbang dengan pandangan mata yang tajam dia jerkah aku ,suara yang garau
‘AKU SUDAH BILANG AKU HARAMKAN KAU DATANG SEWAKTU AKU MEMASAK HAHAHAHAH’
Masa tu meremang bulu roma aku terus aku lari ke bilik zana dan aku perasan cik bunga mengejar aku , masa aku lari tu aku rasa lama betul nak sampai bilik zana. Ya allah tak tahu aku nak gambarkan macam mana masa tu aku rasa macam cik bunga betul-betul duduk belakang aku . Aku terus tolak pintu bilik zana masa tu zana pun terkejut tengok aku. Syukur masa tu zana tak kunci pintu lepas dah masuk aku terus kunci.
Lepas aku kunci tu macam ada orang ketuk pintu kuat sangat sambil jerit ‘bukak aku pun nak masuk jugak’ sambil mengilai. Aku dengan zana masa tu memang dah kecut perut sampai bacaan ayat quran pun berterabur . Kitaorang cuba jugak baca ayat kursi sampai lah ketukan pintu tu hilang aku tengok jam pukul 3 pagi . What ! Maknanya lama kejadian tu jadi.
Sepanjang malam tu aku dengan zana tak boleh tidur kita orang dengar macam suara cik bunga sedang bergurindam . Korang bayangkan gurindam dia tak macam gurindam yang kita dengar gurindam dia seolah-olah sayu ,seram lepas tu dengan bahasa dulu dia . Sampai sekarang aku ingat lagi gurindam tu (masa aku duduk sorang-sorang aku macam dengar gurindam tu).
Aku cakap dengan zana yang pagi besok kita keluar dari sini dan nak tahu apa jadi ada suara perempuan sayu sangat merayu cakap jangan pergi sambil mengilai lepastu tingkap dengan tiba-tiba terbuka macam ada angin kuat sangat . Kitaorang tak putus-putus baca ayat quran sampailah subuh barulah semuanya berhenti . Kitaorang tunggu sampai dekat luar cerah baru kitaorang keluar dari bilik.
Masa tu nak tahu aku nampak cik bunga sendukkan nasi dari periuk yang semalam aku nampak dia kangkang tu bagi cik jali makan ,kesian aku tengok cik jali. Dia tengok kitaorang sambil tersenyum macam tak ada apa yang jadi sambil mempelawa kitaorang makan sekali ,memang tak la nak makan rasa loya ada la bila ingat aku ada makan benda dia masak. Lepas tu aku masuk bilik aku kemas barang , zana pun dah kemas barang dia kitaorang mintak izin kat cik bunga yang kitaorang nak pindah sebab kitaorang dah dapat rumah lain (alasan) lepastu muka cik bunga sedih sangat dia kata
‘Kalau begitu siapa yang mahu jadi pengganti ku’
Aku masa tu dah seram sejuk lepas tu terus kitaorang salam dia lepastu blah . Masa kitaorang masukkan barang dalam kereta cik bunga duduk dekat pintu rumah dia sambil bergurindam sayu . Yang aku ingat dalam gurindam dia tu dia titipkan aku (dia sebut nama aku) dekat ‘benda’ dia . Dia kata aku pengganti dia lepastu dia kata aku ni tuan baru la apa lah . Aku dah seram sejuk terus masuk kereta lepas tu tiba-tiba cik bunga datang tepi tingkap kereta aku dan cakap .
‘Jika ada kelapangan nanti datanglah menjenguk bondamu ini , akan ku turunkan ilmuku kepada mu’
Aku dab seram sejuk terus je drive and even dah dalam kereta kitaorang still dengar cik bunga bergurindam . Zana just cakap yang cik bunga nak jadikan aku anak angkat dia. Aku macam apalah yang kau cakap ni .zana kata lagi masa hari ketiga kitaorang duduk situ masatu aku ada kelas zana takde so dia dudik umah jela. Cik bunga sembang dengan zana yang dia berkenan nak aku jadi anak angkat dia .aku masa tu terus meremang .siapa nak jadi anak angkat dia yelah dengan amalkan benda syirik macam tu.
Aku cakap dekat zana yang 4 hari kita duduk dengan cik bunga dah banyak bagi pengajaran dekat kita . Patutlah makcik yang jual goreng pisang tu suruh hati-hati .masa aku drive tu sambil zana cerita cerita seram yang ada dekat rumah tu aku dah perasan yang dekat 2 jam aku drive aku still dekat tempat yang sama . Aku berenti jap tepi jalan pastu aku baca ayat qursi baru aku drive dan jumpa jalan keluar.
Zana masa tu tengok aku pelik je . Kitaorang ni dengan tak mandi busuk bagai berhentilah dekat satu masjid ni area2 situ jugak . Aku dengan zana turun pergi ke toilet masjid tu . Toilet ada satu je so aku masuk dulu lepas aku keluar zana masuk . Masa nak tunggu zana tu ada sorang lelaki ni dengan berkopiah bagai datang sapa aku.
‘Assalamualaikum, awak ni dari mana ye tak pernah nampak pun sebelum ni?’
‘Waalaikummussalam ,saya dengan kawan saya ada menyewa dekat hujung kampung sana tapi dah pindah keluar harini’
‘Menyewa? Dekat rumah sapa ye’
‘Cik bunga’
Istigfar panjang dia. Lepas tu dia cerita la pasal cik bunga tu .Kisahnya cik bunga tu pengamal ilmu hitam tu sebab rumah dia jauh dari kawasan rumah orang . Lelaki tu nama dia irfan . Irfan cerita dulunya cik bunga tu baik tapi dia bersuamikan cik jali yang panas baran , kaki perempuan . Pantang cik bunga silap sikit mesti dipukulnya cik bunga so cik bunga tak tahan dia terus cari guru nak belajar pasal ilmu nak menundukkan suami dia la nak bagi cantik la.
Irfan cerita lagi masa cik bunga muda dia guna darah haid dia (masa dia datang bulan) untuk buat nasik kangkang tu sebab cik jali jadi macam tu . Cik bunga tu ada membela ,ramai orang kampung pernah terserempak dengan kelibat cik bunga tengah malam sambil bergurindam . Sekarang ni cik bunga dah tua jadi dia nak cari la pengganti dia sebab tu dia dia cari orang yang nak menyewa dengan dia.
Syarat penyewa mesti perempuan . Aku pun macam terkejut la sebab aku rasa macam aku yang dipilih cik bunga . Lepas tu aku cerita dekat irfan yang cik bunga nak jadikan aku anak angkat la nak turunkan ilmu lah . Terkejut irfan lepas tu dia ajak aku masuk masjid sekali la dengan zana lepas tu dia kata
‘Bila kita masuk masjid dia tak dapat ikut , tak dapat dengar’
Seram jugak la aku masa tu . Irfan suruh aku lunjurkan kaki lepastu dia ada baca ayat quran dia gerakkan tangan dia dari kepala aku sampai ke kaki . Badan aku rasa ringan lepas tu irfan kata ada benda yang cik bunga hantar suruh duduk dalam badan aku . Allah, seram . Masa aku type ni pun meremang habis.
Walaupun dah 2 tahun berlalu, masih segar dalam ingatan aku dan bila masa aku teringatkan cik bunga pasti aku dengar gurindam cik bunga . Sampai sini dulu cerita aku , yang baik dari Allah yang kurang dari aku sendiri . Maaf sekali lagi sekiranya ceritaku terlalu panjang dan tidak seseram yang kalian jangkaan
Terima kasih kerana sudi baca cerita aku yang tak seberapa ini assalamualaikum.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ye cerita cerita cerita. Tashabar ni?
tlg sambung ASAP!. thanks π
Saya musykil beberapa perkara:-
1) Penulis kata IPTA dia dekat dgn rumah cik bunga…tp takkan lebih sejam jaraknya dikatakan dekat…
2) Jarak penjual goreng pisang ke rumah cik Bunga dekat sejam….jauh gak tu…mcm jarak dari KL ke Nilai…
3) Sewa RM50…mmg murah…tp cik Bunga iklankan bilik sewa guna handphone ke? Canggih gak bomoh tu…
4) Kenapa cik Bunga guna bahasa dulu2…ikutkan kalau usia 50an dah guna bahasa skrg…
Harap penulis teliti hal jarak dgn betul…so tak la keliru dan tertanya….
CITE NI MMG BEST…..teruskan…
Yeesszaaaa…
Citer ni dh cukup sereeemm…
Cumenyeeee…
Hakak pon pikir benda yg same…
Kate carik umh yg dekat…
Tp jarak dr kedai pisang goreng pon dh sejam…
Punyelah jauh tu…
Ibaratnye study kt UiTM Shah Alam, beli pisang goreng kt Puchong, umah sewa kat Banting…
Well known bebenor Cik Bunga sampaikan makcik pisang goreng tgk alamat pon tau tu umah sape…
Ngalahkan posmen Poslaju koo…
Pastu canggihnye Cik Bunga buat iklan tu online ke cemane ekk…
Akk pon x pandei iklan gune Mudah.my…
Ke Cik Bunga ade pesbuk????
Serius…akk sgt sgt xleh hadam perkiraan lojik akal especially isu jarak tu skrg ni…
Huhu… samala.. xperlu saya ulangkan.. mmg confuse jgak bab2 tu… mak sya dan mak mertua sya umor 60 an pn mnggunakn bhsa moden.. mmg thp bhsa sya la jgak.. haha…
Bapak sya 80an umurnya(alhmdulillah…) dia de gune bhsa lma… tp ada jga cmpur moden…
Cik Bunga umah xde astro…
Jadinye dok layan jelah video tape lame lakonan Sipot Sarawak tu…
Hehehehehhe…
Ke Cik Bunga tu mmg dh diresapi antu zaman dlu kala sbb amalan Black Magic Womannye…???
Hye kak yulie
bahasa klasik tu mungkin sebab ada kaitan dengan ilmu songsang dia tu kot..biasa mentera2 macam ni kan guna bahasa-bahasa lama..just ikut logik sy..hehehe
Pendapat saya macam ni….
Ini semua kerja syaitan iblis.
Apa sahaja mereka boleh buat.
Dari jarak perjalanan kedai ke rumah, rumah ke U, iklan sewa, dan apa sahaja yang ditulis, mungkin syaitan iblis nak mengelirukan mangsa. Tu tak mustahil.
Dia berbahasa dulu-dulu, kemungkinan usianya tak selari dengan masa.
Pengamal ilmu hitam ni, boleh berubah-ubah.
Kita tunggu feedback penulis dalam penulisan dia seterusnya mungkin.
nanti sambung yer bakal anak angkat cik Bunga yang tak jadi… hehehehe
wah xde jodoh dengan irfan ke..hehe
Eee… Seram…kesian… Padan muka pun ada kat pak jali tu. Kaki perempuan. Siann jg kak Cik bunga tu sbb jadi mangsa pastu buat lah kerja syirik sbb terdesak. Tapi x bermksd Cik bunga tu x salah. Ermmm… Entahlah… dunia
sambunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Serius seram..
Eiii meremang segalanya.
Jangan lupa sambung ye.
Best citer. Teruskan berkarya.
nak sambungan cite plz….
Seram… Nasib jumpa org baik2… kalo x… ada benda rupanya dlm diam… takutttttt!!!
best sangat. sampai terbyg2 iolls muka cik bunga tuu. mesti seramm gilaa kann .hihiih
Amboii citee dy siap ada jeng jeng jeng lgi??btw best cite sis ni bhgian yg seram ????time dy kejar sis huwee?,nsib sis slmt ,nnti citee lgi tksabar nk bca
ceta ne best… dpersilakan sambung
Rasa nya kan,bnda yg dia bela tu sjnis mhkluk dulu2,yg brckp tu,bnda yg dia bela tu la..
huhu..gli la bla bca part darah haid tu..tak dpt dbayangkan ..aduh..hli nyer…
yuackkk geli part drh haid tu,kembang tekak aku terimagine sekali
Dulu2 kerap ulang tayang block 404 ke kak
Mcm pelikla . Zana ni kenapa watak dia mcm blur je sedangkan dia y bgtau pasal rumah sewa murah ni . Ke Zana ni pengantara Cik Bunga ? Y lain tu tak obvious sgt tp bila sampai part Zana ni jadi mcm “eh takkan dia taktahu?”
ok..pls sambung
tapi tak dinafikan kalau zana tu blurr, sebabnya aku sendiri ada kawan yang blur yang jenis takde common sense gitu. huhu, tp baik orangnya..
bab bahasa dulu2 tu mungkin jugak sebab yg bercakap itu belaannya yg zaman dahulu kala.
tapi tang cari rumah sewa tu aku pun nak tau gak camna cik bunga iklankan rumah tu . hehehe
mohon sambung cerita seterusnya.. eeh nickname i mmg cik bunga tapi ioools bukan cik bunga yang bomoh tu tau..ioools muda belia lagi π
cik bunga…entah ye ke tidak nie…entah.2 jelmaan cik bunga yg sebenar…eeeeeeeeeeee
Pelakon yg sesuai melakonkn watak Cik Bunga ialah Khatijah Tan…. hahahahaa.. apa pun pliss sambung kisah anda.. tq
haha… best juga
Ada tak sesiapa yang tahu sambungan cerita ni tajuk apa ?
Maaf tak tau
nasi? hm. Common sangat. Aku guna teh je. Rare sikit. Huhu
Okay gurau je. Huhu. β
????????????????? ewwwwww
Ada part seterusnya tak,, boleh share link,, best sgt citer ni,, seram
Errkk eeewwww geli
*
Hai cik.. Pisang goreng ye, bukan goreng pisang.. π maaf hanya menegur.
euuuwwwwww geli rasa main dengan darah haid eyyy
betul geli sangat
Cerita nie mungkin hanya rekaan semata-mata yg baik jd teladan…yg buruk jd sempadan..ambik contoh Dan iktibar time kita mbaca tu…. Syirik hukum hakam kne diketahui… Segala perbuatan kita.. Akan diambil kira oleh tuhan di akhirat Nanti… BerhatiΒ² lah wahai manusia..berkawan lah dgn tuhan… Jgn berkawan dgn jin & syaitan! Nauzubillah…ππ