Bas Tiada Pemandu di Universiti

Assalamualaikum dan hai pembaca setia FS. Aku, Cik S pernah buat 1st entry di laman ni melalui cerita menghuni ‘bilik arwah’. Bila baca balik cerita tu, panjang pulak yee..hehe..apa pun, thanks sudi baca dan thanks admin up lagi satu cerita aku ni.

Cerita kali ni aku nak share tentang pengalaman aku di sebuah universiti (uni) di hujung utara malaysia dan uni aku ni mmg di rimba sikit ( ha, siapa2 dpt tangkap uni mana, tahniah! ). Tapi aku dah grad dah pun, alhamdulilah..

Okey, sepanjang di uni tu, aku stay di dewan penginapan pelajar (dpp) yang sama since sem 1 sampai sem 8 memandangkan aku ni aktif di uni, jadi tak la kena campak ke mana2 dpp setiap tahun (uni aku ni pelajar wajib duduk hostel). Sebelum masuk uni ni, macam2 cerita seram aku dengar.yela, uni tempat jin bertandang,.tapi bg aku, inshaallh kita tak kacau depa, depa tak kacau kita aih.!

Satu malam, aku dan roomate (satu bilik 2 org) stay up late. Kami mmg suka stay up late, lagi2 kalau esoknya tak ada kelas. Yela, time tu adalah time yang bagus untuk dpt idea coding (student study programming tahu sakit kepala nak buat coding) dan line wifi, laju nyaaaaaaaa..ya tuhan!

Pukul 2 pagi, aku ni nak ke toilet. Aku pulak jenis memang tak suka kacau orang study. Memandangkn roomate aku tgh khusyuk gila study. Jadi aku ke toilet seorang diri. Bilik aku aras bawah, dan selang 2 bilik aku adalah toilet . Toilet pulak terletak kat hujung blok, dekat dgn pintu masuk blok. Disebabkan pintu blok tu dah tercabut, jadi pemandangan nak ke toilet tu mmg seram sikit la sbb bila nak ke toilet, mata akan terpandang jalan raya dan hutan.

Aku pergi toilet dan membuang segala hajat. Toilet ni pulak salah satunya toilet y tak direnovate baru macam toilet2 lain. Pasaipa tak renovate pon tak taw. Masuk toilet tak ada rasa takut pun. Bila aku tengah basuh tangan di sinki, sambil menyanyi nyanyi, aku dengar bunyi bas lalu. Belakang dpp aku ni ada jalan raya memang laluan utama bas uni. Jadi aku pon teruskan jalan nak keluar toilet.
Entah apesal la mata aku ni nak tengok pulak jalan raya yang seram tu. Aku berdiri sekejap dekat pintu toilet sambil mengeliat dan pandang ke jalan raya. Aku nampak bas lalu. Slow je bas tu jalan. Jadi aku tak fikir ape la. Aku pusing badan dan jalan slowly nak balik bilik. Tiba tiba hati aku terdetik,
‘Eh, bas apa pkul 2 pagi ni ek.? Ha…sudah.!’

Dengan berbekalkan keberanian yang ciput ni, aku patah balik, dan aku perhatikan bas yang lalu slow motion tu. Aku perhatikan ja bas tu ada bawak orang ka? Jawapannua, tiada penumpang! And guess what, bila aku perhatikan bahagian pemandu,? Wey, tak ada pemandu wey!!! Tak ada orang yang drive bas tu! Masa ni la aku rasa takut mengigil kaki. Aku terus lari masuk bilik dan kunci pintu. Roomate aku (nor) tekejut sambil keluarkan earpiece dari telinga, nor perhatikan aku pelik.

Nor “wey roomate, kau pahal? Tekejut aku!’
Aku “eh, tak ada apa.lipas tu aku lari, dia kejar. Aku geli..!!!”
Diam sekejap. Aku duduk di kerusi meja belajar dan betulkan rentak nafas aku yang berterabur sama mcm aku lari tadi.
Aku ” roomate, tidoq la jom. Aku ngantuk dah ni.karang tak sedo nak bangun subuh!”

Aku terus kemas buku2 dan off laptop serta lampu belajar.si nor ni pula jenis kalau aku tidur, dia pon akan tidur sbb dia penakut. Jadi sedang nor kemas2 meja study dia, aku dah ready atas katil tepuk2 bantal dan baring. Nor tutup lampu. Sedang kami masing masing baca doa nak tidur, bunyi pintu bilik.

‘Tok..tok..tok..!’
Nor bangun duduk di hujung katil nak buka pintu.
Aku “wey nor! Sat..toksah buka pintu dulu.salam pon tak dak bunyi! ”
Aku halang nor dari buka pintu, tapi aku masih berlagak tenang sebab tak nak bgi nor takut.
Aku ” siapa tu..??” Aku jerit bertanya. Sunyi tiada jawapan.
Aku “siapa ye? ” masih tiada jawapan.
Nor “wey, hang ni entah2 si timah nak tidoq sini. ”

Timah tu junior aku, memang suka tidur bilik aku sebab aku dan roomate gabung katil single kami. Nor bangun dan buka pintu tanpa buka lampu bilik sambil mulutnya membebel.
Nor “timah, kalau datang tu bagi la sa..timah…?”
Nor jenguk kan kepala ke kiri dan ke kanan. Tiada orang. Dan tiada langsung nampak kelibat orang yang mengetuk pintu bilik tadi. Nor terus tutup pintu bilik dan pandang ke arah aku yang sedang baring dalam samar2 lampu luar.

Nor “roomate, sekarang dah pukul berapa?”
Nor bertanya seolah olah meminta kepastian.
Aku “dah pukul 2 lebih nor. Jom tidur”

Nor seperti kena pukau dengan aku, terus dia ke katil dan baring. Kami sama2 memandang ke ceiling dan senyap tanpa suara.
Nor “roomate, sebab tu ka hang tak bagi aku buka pintu tak sat?” Nor bercakap seolah olah berbisik. Aku hanya menjawab dengan tergelak kecil. Dan nor faham. Malam tu kami tidur dalam keadaan takut.

Esoknya sewaktu makan tengah hari, nor bertnya kepada timah
Nor “timah, malam tadi, timah ada ketuk pintu bilik akak ka?”
Timah dengan muka pelik “mana ada kak.malam tadi timah tidur awal kepenatan.bangun tidur je, dah azan subuh.awat?”

At last,aku pun bercerita pada semua tentang apa yang aku nampak dan ketukan pintu bilik.
Nor “ish, pasaipa hang tak habaq kat aku wey? Kalau tak, tak da la aku dok berani buka pintu taw dak!”
Nor marah aku. Aku memang sengaja tak nak cerita pada nor tentang bas tu. Nor tu dah la penakut. Buatnya dia takut, aku pun jadi lagi takut. Sbb tu aku buat rileks jek. Selamat la masa nor buka pintu tu, ‘dia’ tak tunjuk muka. Fuh!

Itu la antara pengalaman seram aku sepanjang duduk uni tu. Banyak lagi sebenarnya lagi2 masa kami saja yang tinggal di hostel untuk mengikuti kursus semasa cuti semester.(nanti ada masa aku share )
Pengajarannya di sini, kalau nak stay up late then terasa nak ke toilet tu, ajaklah sesiapa teman hangpa. Dan kalau ada orang ketuk pintu tengah2 malam without beri salam, toksah la buka pintu tuh. Sejak hari kejadian, aku dan roomate memang tak buka pintu kalau orang ketuk tak beri salam.tak kira la siang ke malam.tapi, kejadian seram tu tak patahkan semangat kami la nak bangun study tengah2 pagi atau bangun untuk tahajjud.

Yang penting, kami akan buat semua berdua dan bukan berseorang.
Kepada junior2 uni tu yang baca kisah ni, meh hakak bagi hangpa rasa lagi takut. Dpp hakak warna oren, nun hjung di selekoh pintu belakang uni. Hati hati bila stay up late tu, niat biar elok nak study.

Bukan niat nak tenguk korean drama sbb wifi laju malam2 (tawla wifi uni laju gila).hakak yang niat study pon kenaa kacau.tak taw la hangpa yang niat selain study tu…hehee

Sekian, terima kasih pembaca
-Cik S-

 

7 thoughts on “Bas Tiada Pemandu di Universiti”

  1. haaa…bnda ni aku prnh kena…aku igt lg tiap pkl 3.45…..dpp mn??dpp yg ade tasik puaka…dpp ni br…sblm tu kolej ja…aku ajak kwn2 aku g tgk skali…awlnya smua nk tgk..lps tu harammm..bkn tkt sgt…cm buang masa ja..biaq p la…depa pn nk blajaq jgk..depa kls mlm,kita kls siang…cm xpnjm ptptn ja…la ni pn dok ada lg…biasa la…yg time kami dh grad…yg lain plk msk…

    Reply

Leave a Comment