Butuh dampingan jin, lupa Sang Khaliq

Assalamualaikum wbt kepada Team FS dan pembaca sekalian. Semoga kita semua dalam Redha, Rahmat dan Rahim ALLAH SWT. Kali ini saya nak kongsikan kisah yg baru2 saja berlaku beberapa bulan semasa Kita dlm mengharungi dugaan PKP COVID-19. Kisah ni berlaku pada sebuah keluarga yg kaya raya dan berkedudukan tinggi dalam status masyarakat. Namun setiap orang ada dugaan dan bahagian masing-masing. Semoga kisah ni menjadi iktibar kepada kita semua berdoa dijauhkan dari kesyirikan kepada ALLAH AZZAWAJALLA.

Kisah bermula sewaktu saya berkunjung atas jemputan aidilfitri yang lepas di Putra Heights. Dengan mengamalkan jarakan sosial dalam memutuskan rantaian covid19 jemputan agak kurang walau kawasannya luas.

Kerana lalu lintas agak jem dan hujan lebat, saya sampai ke destinasi tuan rumah lebih kurang lewat petang hampir masuk waktu maghrib. Kagum syukur saya sejenak kerana kawasan dan rumah yang luas tersergam indah dan dihiasi tumbuhan yang cantik.

Sedang kami berborak dengan tuan rumah dan menunggu ketibaan tetamu yang lain, tiba-tiba suatu suara berbisik di telinga kanan saya mengatakan tetamu baru sampai.

Saya lihat sekeliling tidak ada susuk tubuh selain kami dan tuan rumah. Sepuluh saat selepas itu muncul tetamu lain di muka pintu. Tuan rumah pun sambut mereka yang tiba waktu maghrib.

Saya mula tertanya suara siapa yang berbisik tadi..Arghh saya abaikan dan terus nak tunaikan solat maghrib.

Masuk saja rakaat pertama, saya nampak dari hujung-hujung mata saya ada sesusuk tubuh yang saya tak kenali selain dari tuan rumah dan tetamu. Susuk tubuh ni ikut saya tunaikan solat maghrib. Saya biarkan saja keeana beranggapan mungkin jin islam kot.

Bila saya berikan salam, susuk tadi dah hilang. Saya selesaikan solat dengan doa dan terus ke ruang tamu.

Sepanjang perbualan saya cuba untuk panggil dan komunikasi dengan susuk tubuh tadi. Saya bertanyakan pada nya siapakah dia, asal mana dan bertuan atau tidak? Namun susuk itu hanya diam. Susuk itu menjelmakan diri dengan pakaian jubah, namun janganlah kita percaya terus sebab memang sifatsifat makhluk jin dan syaitan akan cuba kelirukan anak Adam dengan penyamaran sedemikian.

Susuk tadi hanya diamkan diri saja walau berkali saya tanya. Malam itu dapat rasakan kehadiran banyak susuk yang memerhatikan saya dengan rasa penuh amarah.

Beberapa hari selepas itu, tuan rumah menghubungi saya dan bertanyakan satu soalan yang pelik, adakah saya rasa apa-apa yang tidak normal semasa dirumahnya tempoh hari. Saya pun ceritakan dan tuan rumah cakap dia pun ada kena kacau juga.

Saya cakap padanya carilah jalan untuk huraikan dan tamatkan gangguan ini. Laku dia pun carilah ustaz dari kenalannya. Sebab saya pun diganggu juga, lantas saya pun cuba siasat apakah yang berlaku ni.

Saya mohon dari ALLAH untuk panggilkan benda yang kacau saya dari lokasi tuan rumah. Namun tiada jawapan dari susuk yang dipanggil. Selang beberapa malam datang susuk tadi dalam mimpi dan memberi amaran jangan masuk campur jika tidak binasa saya.

Namun saya serahkan urusan itu pada ALLAH TAALA kerana Dia yang Maha berkuasa. Esoknya tuan rumah call saya dan bagi tahu cerita sebenar.

Rupa-rupanya tuan rumah ada jumpa ustaz sebab kena gangguan. Masih dalam rawatan, ustaz tu cakap ada yang dengki menghantar benda tak elok pada dia sekeluarga kerana bisnes dan harta.

Saya ada tanya beberapa kali tentang susuk yang saya jumpa di rumahnya membisikkan sesuatu. Tuan rumah tak nak jawab, apabila saya cakap saya tahu setelah dapat petunjuk dr ALLAH SWT barulah dia mengaku.

Tuan rumah ada menggunakan khidmat dampingan jin yang menyerupai nenek kebayan untuk jaga bisnes dan keturunan mereka sekeluarga.

Saya istighfar banyak dan nasihatkan tuan rumah itu adalah syirik kerana minta selain dari ALLAH SWT. Saya bagi tahu dosa besar menyekutukan ALLAH SWT namun hidayah itu milikNYA..

Tuan rumah tetap nak gunakan khidmat dampingan dan beri amaran pada saya jangan campuri urusan mereka sekeluarga. Saya bagi tahu walau gunakan jin islam masih syirik dan beri beberapa p****g ayat dari surah al Ankabut, namun tak dihiraukan.

Saya sentiasa memohon pada ALLAH SWT perlindungan dari ancaman ghaib begini.

Tuan rumah perlukan dampingan kerana nak kaya dan harta yang banyak. Katanya itu sejak dari keturunan nenek moyangnya lagi diguna pakai.

Semoga ALLAH SWT lindungi kita dari gejala-gejala syirik, kufur, munafik dan fasik.

Inshaa ALLAH….
Wassalamualaikum wbt..

Har kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

3 thoughts on “Butuh dampingan jin, lupa Sang Khaliq”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.