Teguran

Assalamualaikum kepada yang muslim dan salam sejahtera kepada yang bukan muslim. Pertama sekali biar aku perkenalkan diri sebagai S je. Cerita yang aku nak kongsi ni biasa-biasa je. Tak de la seseram cerita yang lain. Ini pengalaman aku sendiri di sebuah ipta di Melaka negeriku bersejarah. Ececeh hahaha.

Ok kisah ni berlaku sewaktu aku semester pertama. Waktu tu dah nak akhir sem, kira tengah final exam la ni. Mula semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Alhamdulillah. Tapi, ku sangka paneh hinggo ke potang, tongah ari dah mondung pulak huhuhu sadis tol hidup waktu tu. Asrama dekat ipta ni kami panggil kolej. Kolej yang aku duduk ni kolej lama. Kira macam antara kolej yang terawal di bina la kat situ. Kebanyakan pelajar semester 1waktu tu duduk di kolej baru di bina.

So, kat aku duduk dengan senior senior la kiranya. Kolej aku duduk ni ada 2 wing. Ada 4 aras bagi setiap wing. Aku duduk di wing 1 aras 3. 1 aras ni ada berbelas gak la bilik dia. Bilik aku kira tengah tengah. Ok boleh bayangkan tak. 1 bilik macam biasa duduk 4 orang. Paling best sebab bilik aku menghadap betul-betul 1 pokok besar ni. Mula-mula memang seronok la dapat bilik hadap pokok sebab redup tak panas. Tapi ada 1 peristiwa yang terjadi dengan pokok tu. Ok nanti aku ceritakan pasal pokok tu. Ok sambung, masa kejadian tu aras yang aku duduk ni bercampur dengan budak budak pra diploma dan diploma. Kebanyakannya memang budak pra diploma yang duduk situ.

Jadi bila final exam, budak pra diploma ni dah habis dulu. Jadi la kami budak diploma ni tinggal 3 bilik je. Bayangkan dari berbelas bilik hampir ke 20 tak silap. Tinggal kami 3 bilik je. Memang sunyi sesunyi sangat la aras aku tu. Mula-mula suka la sebab sunyi so boleh fokus study. Ok 1 hari tu, paper aku ada gap yang panjang dalam seminggu macam tu. Jadi roommate aku pun berjemaah la balik ke rumah sebab panjang sangat gap. Termasuklah budak yang 2 bilik lagi. Aku mula-mula plan nak balik gak, tapi aku tak jadi balik sebab kesiankan dekat ada sorang kawan aku ni tinggal-sorang sorang kat aras tu. Apasal la aku ni baik sangat nak teman kan die tak tau la.

Jadi petang tu sunyi sepi lagi la aras aku tu. Tinggal aku berdua je dengan kawan aku ni. Ok aku namakan die sebagai E. E ni pulak jenis yang tak banyak bercakap dan suka buat hal sendiri. So aku pun selain dari study, layan laptop je la mampu nak hilangkan bosan. Tiba-tiba rasa menyesal tak balik pulak. Huhuhu, sadis betul aku. Ok untuk hari pertama sume berjalan lancar. Tak ada gangguan apa. Hari kedua bermula la kejadiannya. Petang tu dalam pukul 6.30 tak silap. Si E ni pergi mandi dulu sorang-sorang. Aku pulak tunggu bilik. Yela tak de orang kan. Takut pulak orang pecah masuk. Mase final exam ni la banyak kes pecah masuk.

Ok sambung, sementera tunggu si E ni mandi. Aku pulak tah mana datang keberanian pergi duduk lepak dekat kaki lima depan bilik aku. Tiba-tiba aku nampak 1 pintu bilik yang dah kosong tu terbuka. Aku punya la noob sangat waktu tu, ingat makcik cleaner g kemas lupa tutup pintu. Aku dengan baik hatinya nak tolong tutupkan la. Sampai je aku depan bilik tu, aku tengok semua laci, almari, tingkap terbuka dengan luasnya. Padahal sebelum ni, bilik tu elok je tertutup sume. Aku dah rasa tak sedap hati. Terus aku cepat tutup pintu bilik tu, lari masuk bilik aku. Sebaik tak lama tu si E ni masuk bilik. Aku senyap je, tak cerita ape ape kat E.

Esoknya aku ajak E ni pergi study dekat luar. Takut nak duduk bilik. Malamnya, nak tak nak terpaksa la duduk dekat bilik jugak. Malam tu aku dan E tidur awal sebab siang keletihan study. Dalam bilik ni katil double decker. So aku dan E tidur bahagian bawah. Dalam pukul 1 ke 2 pagi macam tu. Aku terjaga sebab aku terdengar macam suara orang mendengus kena sembelih. “Ush, ushh”. Korang bayangkanlah eh bunyi dia. Susah aku nak explain, hahahhaa. Aku terus menghadap ke dinding tak bukak mata dah. Takut punya pasal. Sebab apa, sebabnya bunyi tu makin lama makin dekat dengan telinga aku. Macam-macam aku baca sampailah aku terlelap dengan badan basah dek peluh jantan keluar.

Esok nya aku tanya E. Dia ada mengingau ke apa malam tadi. Tapi si E jawab, dia tidur dengan lena. Dah sudah, apa pulak yang dengus-dengus aku ni. Dia marah ke sebab aku pergi tengok bilik yang dia selongkar tu. Sebaik la esoknya roommate aku balik. Tak ada la sunyi sangat lagi. Tapi makin kasar benda tu bergurau. Lepas kes aku tu, jadi 1 kes yang lagi nyata benda tu bergurau senda. Lepas habis 1 paper exam, malam tu confirm latak akan study untuk paper seterusnya. Jadi kami kami ni nak berhibur la. Hilangkan stress katanya. Bilik aku ada 5 orang masa tu. Bilik 1 lagi ada 2 orang (ni kaki study nya) hahahha. Bilik 1 lagi ade 5 orang gak. Roommate aku dah lama dibuai mimpi indah. Tinggal la aku dengan kawan aku lagi sorang, nama dia Y. Aku dengan si Y ni tengah otp dengan sorang classmate kteorang.

Tengah-tengah gelak sakan masa berborak tu, tiba kteorang dengar macam ada orang cakap shhhhh. So, kteorang ingat roommate aku, suruh diam sikit nak tido. Aku slow kan suara. 5 minit lepas tu, bunyi lagi. Shhhhhh. Aku pandang roommate aku. Tak bergerak sekutik pun. Maksudnya, bukan dia yang cakap. Makanya, aku pandang Y, Y pandang. Masa tu la baru kami ni tersedar bagaikan kena tampar di muka. Bunyi shhhhh tu dari pokok besar depan bilik aku. Aku dan Y dah berpelukan ketakutan. Tiba-tiba roommate aku bangun tersedar dengar kteorang menangis. Kteorang pun cerita la dengan dia. Terus roommate aku call kawan-kawan kteorang yang bilik 1 lagi panggil datang. Rupanya, dieorang pun kena kacau mase tu. Ceritanya, dieorang tengah main kad uno ke donkey tah. Aku tak ingat. Biasa la kalau dah main, gelak memang tak ingat dunia la kan.

Tiba-tiba dieorang dengar macam ada orang nak buka pintu bilik. Pintu masa tu lock. Dieorang ingat kteorang yang datang. Dieorang panggil la nama. Tapi senyap. Tak ada sahutan. Lagi sekali tombol tu di gegar gegar nak buka. Semua senyap seribu bahasa dah. Bende tu punya gegar tombol tu sampai rosak la. Mase tu la phone dieorang bunyi sebab roommate aku call. Terus benda tu pergi kot. Benda tu nak tegur kot, jangan bising-bising dah 2 3 pagi. Dia pun nak tidur jugak. Sebab bilik yang 1 lagi tu, tak ada ganguan apa-apa. Sejak tu kteorang terus buat solat berjemaah masa mahgrib dan isyak. Alhamdullilah sampai abis la kteorang jawab exam masa tu.

Itu kisah masa sem 1. Masa aku semester lain pulak, aku dah duduk kolej lain. Tapi tak jauh la dari kolej lame. 1 malam tu masa aku tidur, tiba-tiba aku terjaga sebab dengar bunyi anjing menyalak tepi tingkap aku. Dari sayup-sayup ke kuat. Ok aku apa lagi. Terus tarik selimut la. Korang mesti akan cakap, ala anjing menyalak je pun. Masalahnya, bilik aku tingkat 1. Tepi tingkap mane ada koridor. Dah anjing tu ada sayap ke apa bole terbang. Malam-malam seterusnya, memang aku tarik tilam turun la tidur dengan kawan aku.

Ok lah, penat dah jari-jari bulat aku ni menaip. Dah la keypad hp kecik. Btw korang mesti boleh agak kan ipta aku ni apa. Hahahha. Sah-sah la yang famous dengan kisah si melati tu. Konklusinya, bila dah malam-malam tu, senyap-senyap la tidur. Jangan nak berhuha huha lagi. Tu mase dia pulak nak berhibur..hahahha. Ok la nanti aku muncul lagi dengan kisah lain. Maaf kalau ayat berbelit, paham-paham la sendiri. Ok sijari bulat mengundur diri. Assalamualaikum

Leave a Reply

3 Comments on "Teguran"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
nenek kebayan

hahaha UITM kampus Lendu ler tu…same ler dgn kite…tp aku sem 1 duk kolej Firdaus/ Tun Putih…sem 2 dah pindah Tun Merah…alhamdulillah xde ape yg seram walaupon bilik mgadap pokok getah…tp nk bgun kencing mlm mmg trpkse kejut member teman…sian die mamai2 tunggu depan toilet hehe…mse ko crite pon aku dh leh agak nie UiTM..tp kolej ape?

nenek kebayan

yg bunyi anjing menyalak kat tepi tingkap tu aku penah kena tp kat tempat lain…..mse tgh tdo pnye kuat bunyi anjing tu sampai aku trjaga…tp xberani nk p tgok…xberani nk berpaling pon….esok pagi aku tnye rumate ko dgar x ape dgar mlm td? die ckp die pon trjaga…tp pura2 tdo…sbb xberani nk tgok…kuat sgt bunyinye padahal rumah tgkat 2……ape bende tu ek??

Baik punye

Anjing tu mnyalak sbb ada something la tu kat situ

wpDiscuz