KAMPUNG DELEK

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS dan FS sendiri jika sudi terima kisah aku ini. Disini aku dikenali sebagai (aku) nama di rahsiakan. Aku seorang lelaki ya. Tidak asing lagi jika ada yang tahu kisah misteri mengenai Kampung Delek yg amat popular di Klang Selangor pada tahun era 90an, ia menceritakan tentang BERUANG JADIAN dan ORANG MINYAK sehingga diterbitkan oleh TV3 dalam Rancangan MAJALAH 3 ketika itu. Rasanya jika kita Google ada kot kisah ni. Hal ni aku tak mahu bangkitkan korang search la Google sendiri kalau Ade. Ok aku mulakan cerita.

Aku memang menetap di Kampung Delek sejak dari tahun 1991 masa ni aku darjah dua. Agak lama kan. Kawasan sini kebanyakannya dahulu hutan. Tapi sekarang dah banyak projek perumahan dah macam cendawan tumbuh dah. Ok. Sebelum ni aku berasal dari kg. Raja Uda, Klang. Di sini aku ingin menceritakan kisah dan pengalaman aku sendiri. Kampung Delek adalah kampung yg agak misteri bagi aku. Maksudnya pon sudah mendalam, Delek bermaksud tersorok dalam bahasa jawa kalau tak silap. Tapi aku bukan org jawa aku keturunan Bugis. Ok atas sebab desas desus org2 lama yg ada menceritakan hal2 terdahulu, di sini banyak orang menimba ilmu yg terlarang di Kampung Delek ketika dahulu. Jadi itu salah satunya Kampung Delek menjadi kampung mistik.

PART.1
PENANGGAL

Pada jumaat malam sabtu 13 tahun yg lepas aku masih ingat dan segar lagi dalam ingatan. Ketika itu keluarga aku balik kampung di Negeri Sembilan dalam 4 hari. Jadi tinggallah aku sorang diri di rumah, tidak ada teman. Nak dijadikan cerita, aku ajaklah kawan aku bernama Helmi tido rumah aku. Kebetulan malam tu dia guna motor abang dia. Lepak punya lepak kat rumah aku sambil tengok bola, kami pon tertido. Tiba2 Hp 3310 norkiah berbunyi haha. Jam menunjukan 2:45am. Rupanya abang si Helmi ni call dia nak guna motor. Lapar agaknya sebab baru bangun tido. Jadi aku kejutkan la si Helmi ni, mengatakan abg die call nak guna motor. Aku dgn dia pon pi la hantar motor temankan dia akibat seram katanya. Aku ni pon bukan berani sangat, acah2 berani je.

Sedang hendak melepasi lorong rumah aku, aku terpandang satu objek berbentuk bulat dengan rambut kusut masai agak panjang, cuma muka dia saja tidak kelihatan. Hanya kepala sahaja terbang. Objek terebut berada betul2 di atas bumbung rumah jiran aku. Aku berdiam seribu bahasa. Cuma si Helmi ni mamai agaknya pergi teguh benda alah tu (ehh apa tu). Objek tersebut terus bergerak ke arah kami. Kami pon apa lagi cabutt tak pandang belakang dah. Pulas motor habis. Sampai rumah Helmi tak ada apa2 berlaku. Abg dia tegur kenapa muka kami pucat. Jadi kami ceritakan hal sebenar. Last2 tido rumah dia Hehehe. Esok baru balik, tu pon seram sebab duduk sorang. Tapi esoknya abg Helmi pulak temakan aku. Alhamdulillah takda apa2 berlaku..

Kejadian seterusnya 10 tahun yg lepas pada sabtu malam minggu aku dan kawan2 ingin pergi ke kedai mamak di seberang kampung. Kami berempat so dua motor. Sebijik motor dua org naik. Motor kawan aku dua org tu, ade di hadapan. Aku dan kawan aku bernama Amy (lelaki) ade di belakang. Sebelum itu Sedang kami menikmati angin malam dgn jalan yg agak suram. Ketika itu aku yg bonceng motor. Tiba2 aku dan Amy nampak sesuatu benda terbang. Aku fikirkan plastic sampah terbang sebab masa tu angin agak kuat sedikit sebab nak hujan. Benda tu melintas di lampu dan handle motor aku. Aku tak sempat nak pijak break lalu aku telanggar objek berkenaan. Apa yg aku rasa?? Aku rasa ditangan kiri aku seolah jari aku menyisih rambut seorang wanita. Yang membuat kami gelabah ialah rambut objek tersebut tersangkut di jari jemari aku. Bila aku angkat tangan dan lihat di bawah cahaya lampu jalan, ia adalah helaian rambut yg panjang dan amat kasar. Aku buang terus rambut tu. Kemudian kami apa lagi membawa motor selajunya. Sampai kedai mamak kami ceritakan pada kawan kami lagi dua org tu hahaha. Kemudian masing2 takut nak balik rumah.

PART.2
ARWAH SI POLAN

Malam tu aku dan kawan aku bernama Fei ada plan nak tengok bola kedai tomyam di luar kampung masa tu, aku ingat lagi Chelsea vs M.U. Setelah habis layan bola aku berdua sorang satu motor. Ikut jalan shotcut iaitu jalan jepun. Jalan tu sememangnya agak gelap serta seram dan ada melalui jejambat KTM. Bila sampai di atas jejambat memang boleh nampak pemandangan perkuburan di kampung sebelah. Kami pon bukak cerita pasal kawan kami seorang tu, kononnya gelakkan die (ini kalau ajak Faizal lalu memang kompom die terjun motor tak mau naik) sambil kami gelak2 atas motor. Kawan kami bernama Faizal tu memang penakut orangnya haha.

Si Fei ni memang nak lepak rumah aku kejap lepas tengok bola katanya. Sedang kami meronda2 untuk tuju ke rumah aku sambil berbual atas motor, kami lalu di Kampung Delek baru. Ketika itu jam menunjukan 2:00am lebih kurang. Kami pon lalu depan rumah arwah si polan. Ketika lalu kami terlihat seseorang sedang berdiri tegak di kaki jalan dengan keadaan agak lusuh pakaiannya dalam samar2 kegelapan. Aku berkata dalam hati (macam aku pernah tengok budak ni) dan aku luahkan pada Fei. Dia juga berkata sedemikian ( a ah la..macam penah tengok la..) kemudian serentak kami bercakap ‘ITU BUKAN KE ARWAH SI….POLAN!.’ dan kami pandang semula ke arahnya..APA YG KAMI LIHAT?

Wajahnya berubah menjadi hodoh, mukanya menjadi hitam dan matanya terjojol macam bola ping pong berwarna putih. Tidak ada mata hitam. Kami teruskan perjalanan dgn membawa laju. Racing la apa lagi. Hehe, tp kami sambil membaca surah apa yg patut. Ok aku nak cerita sikit pasal arwah si polan ni, kisah dia begini. Arwah ni telah mati dibunuh khabarnya. 3 bulan yg lepas setelah kejadian mistik aku dan Fei ni, dia dibunuh dan dicampakkan ke dalam parit di Kampung Delek kanan di selekoh S. Dan dalam hal ni pon sudah tersebar di media dan akhbar pasal arwah. Setelah arwah meninggal tersebar juga orang kampung terjumpa arwah. Huh seram, tapi sekarang dah takda lagi hal sedemikian terjadi. Alhamdulillah. Apa pon al fatihah pada beliau…

PART.3
LANGSUIR BELAI KUCING

Pada satu malam ade panggilan masuk ke hp aku (kau kat mana jom ngeteh) kawan aku bernama Bob, aku apa lagi terus siap2 keluar pi mamak mengeteh. Setelah sampai di kedai makan kami pon berbual dgn hal2 kami. Hari mula berangin hujan merintik kecil, jadi aku buat keputusan untuk pulang, lagi pon dah lewat sangat 3:00am. Eok pon dah mula bekerja setelah cuti ahad. Kami bonceng sorang satu motor sambil meronda untuk pulang ke rumah masing2 dengan angin sepoi2. Kelihatan kenderaan pon takda. Tiba2 kami nampak dari jauh dalam 30 meter arah hadapan kami di tengah jalan susuk tubuh wanita berbaju putih sedang membelai kucing hitam.

Lalu aku berdialog dgn bob..,
(Bob: weh takkan awek duk main kucing tengah2 pagi buta ni. Tengah jalan plak tu. Kalau nak cari kucing dia pon, misti dia ambik terus bawak masuk rumah, takkan duk belai2 lama atas jalan).
(Aku: yelaa bob. Lain macam aku tengok, dengan rambut tak terurus, siap bercanggung belai kucing)
Sedang kami menghampiri mahluk berkenaan, dia seolah tidak memandang arah kami. Rambutnya menghurai. Gayanya seperti Ju-on. Setelah melepasinya, aku terpandang sidemiror dalam beberapa meter, tak sampai berapa saat hilang dah mahluk tu. Jadi kami buat tak tahu jela. Sampai ke rumah masing2. Aku beri salam sebelum masuk tapi lupa nak basuh kaki ke apa. Terus tido.

Tiba keesokannya aku cerita dgn org tua aku. Rupanya dia malam tadi kena kacau sedang tidur. Mngkin benda alah tu ikut aku balik sampai masuk rumah haha..
(Ayah: patutlah aku kena kacau malam tadi. Habis peha ayah kena cakau kucing hitam, dalam mimpi tu ade pmpuan pakai baju putih sambil dukung kucing hitam). Memang SAH benda alah tu..
sehingga peha bapak aku bercalar..sedangkan itu mimpinya..tapi kesan cakar tu jadi kenyataan..aku tergamam…itu saja takda apa2 berlaku selepas tu..alhamdulillah..

PART.4
MASJID BIRU

Ini bukan berlaku pada aku, tapi pada kawan aku yg bukan org Kampung Delek. Cerita dia macam ni. Pertama kali dia memasuki Kampung Delek untuk berjumpa dengan seseorang. Kawan aku ni namanya, Mat dia tinggal di telok gedong Port Klang. Mat ingin berjumpa kawannya atas urusan kerja. Ketika itu jam menunjukan 6:30pm. Zaman ni masih tiada lagi smartphone, jadi sedang dia memasuki Kampung Delek utk mencari rumah kawannya dia tersesat sehingga ke benteng hujung jalan mati Kampung Delek baru. Waktu sudah menunjukan 7:25pm waktu maghrib. Mat masih membuat panggilan pada kawannya, tapi masih tidak dapat dijawab.

Selang beberapa minit menunggu di kawasan tersebut sambil memerhatikan sekeliling, akhirnya kawan dia call si Mat ni..
(ko kat mana mat, lama sangat aku tunggu ni, kata kawannya)
(mat: aku dekat masjid biru. Masjid besar, kat sini ada jembatan kayu ni. Nak seberang masjid ni)
(masjid biru??? Kat sini masjid biru tak pernah aku dengar. Bertahun aku duduk, masjid besar hanya ada satu je. Masjid nurul amin warna hijau, kata kawannya)
Mat dah mula rase pelik. Hari semakin gelap. Keadaan masjid tu amat cantik sekali. Orang2 yg hadir ke masjid tersebut semuanya berpakaian dan jubah putih. Dia ingin berhenti menunaikan solat maghrib di masjid berkenaan. Tapi hatinya terlalu berat. Jadi Mat membatalkan hajatnya.

Dia terus mencari rumah kawannya. Sedang mencari-cari jalan, tiba2 dia terjumpa masjid nurul amin iaitu masjid besar Kampung Delek. Kali ni baru nyata benar apa yg kawan dia katakan. Baru Mat tahu mana arah rumah kawannya. Sesudah sampai di rumah kawannya, dia menceritakan hal tersebut. Kawan Mat agak terkejut apa yg dilalui oleh Mat. Mat berkata (selamat aku tak solat kat masjid tu. Silap2 alam mana aku masuk, tak balik2). Akhirnya dia tumpang solat di rumah kawannya. Selesai hal si Mat tu, dia pon baliklah. Selepas kejadian tu dia pun cerita dekat aku. Mistik betul Kampung Delek ni ye. Sekian.

Moral of story ramai orang2 luar yg masuk banyak berceritakan tentang Kampung Delek. Mereka berkata Kampung Delek jika lewat malam agak seram kalau nak balik. Jalan pon agak lengang. Kecuali hari cuti je. Dan macam2 juga pengalaman mereka. Dulu pernah sekali satu deret lorong rumah aku ni pernah dengar ada satu malam tu pontianak menjerit sambil terbang dari awal lorong hingga hujung benteng, dalam hutan. Sehingga ramai yg dengar pada malam tersebut. Dalam jam 2-3 pagi. Esok semua jiran2 bercerita. Oh Kampung Delek ku..

Hah ni baru berlaku, betul2 punyer! Sedang aku menaip kisah Kampung Delek ni utk pos ke FS, tiba2 babywalker anak aku bergerak lah pulak…! Angin takda ribut takda, kipas pon tak bukak. Anak bini aku semua dalam bilik tido, aku je kat ruang tamu ni ha. Adohh, naik bulu roma aku..hahaha masuk tido dulu. Ok bye assalamualaikum..

40 thoughts on “KAMPUNG DELEK”

  1. Wa….KD kampung mak saya…dok 2 lorong dari Masjid Nurul Amin tu..meme agak serem tapi dulu..mase kecik2 pnah kene kaco…de lembaga tinggi mcm pakai jubah muke pnjang..mase tu mnangis x hingat…, mak sedare pon penah kene kaco dgn nenek kbayan,langsuir tembus dinding bilik air,pagi time nk p skola…,jelmaan menyerupai arwah nenek la,dengar bunyi orang main carrom la..padahal dalam bilik xde org…mmg misteri KD tu..da lama x balik sana….

    Reply
  2. Omg! Tak sangka gila my tempat kediaman masuk dalam fiksyenshasha haha, tak pernah tahu pulak ada cerita seram macam ni lol rip me. But yea, kinda pernah dengar ada hantu orang minyak lah and so on but i dont know where is it since i pun pindah kg delek on 2007 not 90s haha. Yang selekoh s delek kanan tu seram gilaaa, tak pernah tahu pun. And yea yang masjid biru tu mesti milikan bunian sekitar situ kan.. Wah im impressed! XD

    Reply
  3. Omg! Tak sangka gila my tempat kediaman masuk dalam fiksyenshasha haha, tak pernah tahu pulak ada cerita seram macam ni lol rip me. But yea, kinda pernah dengar ada hantu orang minyak lah and so on but i dont know where is it since i pun pindah kg delek on 2007 not 90s haha. Yang selekoh s delek kanan tu seram gilaaa, tak pernah tahu pun. And yea yang masjid biru tu mesti milikan bunian sekitar situ kan.. Wah im impressed! XD

    Reply
  4. Kampung Delek ni biase sgt pegi kadang2 tiap mggu sbb sepupu rapat sy duduk Kg Delek Kiri. Memang seram pun Kg Delek ni kalau malam2 hahaha. Paling seram sekali kedai runcit yang lorong jalan nk menuju ke jambatan kecik nak pegi kolam mancing delek tu. Sepupu tu cerita, kedai runcit tu time malam barang2 sume tinggal je kat luar takde orang berani nak curi pun hahaha kalau curi memang silap besar la sbb ade penunggu nya hahaha. Wallahualam la tapi tu yang diceritakan oleh sepupu sy la.
    Ade satu lagi cerita baru2 ni yang orang meniaga burger kt jambatan baru tu kene kacau dgn Kak Pon. Wallahualam la tak tahu la betul ke tidak hehehe.

    Reply
  5. hehehe…saya mmg asal duk kg delek..arwah atok ngan nenek adalah org yg terawal duk kg delek.masa kecik2 dlu pkul 7 ptg je mak dh menjerit suh masuk rumah…mmg seram pun smpai sekarang…lg2 dh ada taman perkuburan selat klang..nk buat mcm mana arwah abah dah beli tanah kt situ untuk anak cucunya…so duduk je la..tp ktorg dh biasa..dh x kisah sgt.

    Reply
  6. akhirnya… ade gak yg cerita pasal kampung delek hehe.. dulu mase kecik2 tahun 90an mmg ramai cakap kg delek ni byk hantu, citer hantu pocong ar.. keranda terbang ar.. dan mcm2 lg la.. sampai tengelam citer hantu kg len yg ade kt situ.. haha.. kg keretapi dgn cerita langsuir kt landasan keretapi, kg sg sireh 2 ade kak ponti, hantu galah ngan org kerdil bawak keranda.. pastu kg raja uda ngan cerita hantu purdah ngan org bwk batu nisannya.. dulu mase kecik2 lepas mengaji selalu berlonggok kt surau dgr cerita hantu..hehe..

    Reply
  7. Tu dia…nama kd naik…nama sekolah aku pun naik….aku batch 2001-2005…hahaha

    Jln paling legend..jln tok sidang…hahaah

    Reply
    • Kmpg sebelah wa’ rupànya., ni area Telok Gadong kecil je..dekat blkg rumah mak wa’ ada kuburan lama betul,, sebelum zaman Jepun lgi.,area kubur ni jgn lah nk mencarut tak tentu.. pasti ada hadiah.,dengar kisah nyang’ wa’,.dulu org kmpg kami selalu pinjam pinggan mangkuk dgn tok bunian,. dekat kuburan tu ada pokok ara,beso gila lah,.blkg pokok ara ni sungai ,. lepas tu tembus jln Jepun.. pokok tu yg bagi pinjam pinggan mangkuk ni,. ntah cam mna,. perjanjian itu telah di tarik oleh tok bunian angkara tak tepati janji.,jln Jepun pulak.. dulu jdi lapangan terbang tentera Jepun.. dan sebelum nk di ambil..jadi lah kisah berdarah dgn ank kmpg..ramai yg korban.,tu yg dlm thn 1988 to 2005..jln ni seram betul..byk kisah lah..yg top,atas pokok ara putih tdi.. kak Ponti kita dok nyanyi suka hati dia..ada juga kisah jembalang hisap darah ayam di reban., tapi tu kantoi juga..belaan org tu lapar,.toyol pun ada dengar,. semua ni dari warga asing yg dok situ secara haram yg bela.. tak silap akhir tahun 1994 ke 95.. lupa dah.. kisah anjing /beruang jadian mengamuk ,. rosakkan pokok pisang kmpg blkg.,last kantoi kat asrama wanita sebuah sekolah di Klang..kepala dia je cam haiwan lain..badan manusia lagi..tu pun warga asing salah tuntut ilmu..mmg dlm kmpg Delek, Telok Gadong, sungai udang yg punya pusat² silat ni..tapi kebanyakan yg Putih”.., ilmu yg sesat ni dari warga luar bawa masuk dlm kmpg.. arwah Affendi dan Mona pun ada port” mereka dlm kmpg kami ni..yg ank jati kmpg mesti tahu apa yg ada dlm kmpg kita ini kan..so.. lebih baik kita tak payahlah cerita.. nanti glamor pula…

      Reply
  8. wow..bangga nama tempat ku naik…tanah tumpahnya darahku…hahaa
    atok aku pernah citer asal usul kg delek..zaman jepun dulu waktu askar jepun serang teluk gadong kecil,jalan yadi je…tapi kg delek dorg langsung tak serang… dan kebetulan ramai orang jawa duduk sini, tu laa di nama kan kg delek=kg tersembunyi.. dan kawasan rumah kami dulu kawasan perang, dan depan rumah ni, ade tanah perkuburan jepun..masa kecik2 selalu main dekat situ..haha
    dan kawasan kami, kawasan laluan bende2 ni semua, jadi da biasa da…haha
    klu dok rungkai kisah misteri kg delek mmg tak kan habis…dulu jugak pernah di katakan ada harimau dekat selekoh S nk pi ke delek dalam..tapi skrg da jd perumahan…

    Reply
  9. kg delek ni memang famous bab mistik ni. aku pernah duduk kg delek baru setahun je lepas tu kami pindah andalas. bayangkan aku dulu duduk di gombak rumah perumahan 2 tingkat berpagar semua. agak jakun dengan suasana kampung. pindah kg delek rumah 3 bilik tak ada pagar sebelah semak samun depan rumah bukak pintu nampak kebun pisang orang. masa mula-mula duduk sana memang seram. dah lah lorong rumah gelap. memang tak berani keluar malam. alhamdulillah tak pernah lagi mengalami dan tak nak pun haha. dulu ada kawan kena kacau lepas balik pasar malam jumaat kg delek kat area simpang tu ada pokok ketapang. tengah dok merempit naik basikal dia terperasan ada benda kat atas pokok. tetiba benda tu pusing pandang dia. benda tu macam ada kepala je. terus dia pecut balik rumah tak merempit dah. sorang kawan aku ni duduk kat telok gadong kecil lorong rumah dia ada orang bela toyol. terpaksa la dia stapler duit yuran spm sebab takut kena curi dengan toyol haha. benda tu tak reti nak bukak kot. banyak lagi cerita mistik kg delek ni. sesape yg pernah duduk memang tau la kan hehe

    Reply
  10. Huhu… dulu aku posting jadi guru praktikal kat sk telong gadong, 2012.. x sangka plak kisah kg ni memang seramm..:’D

    Reply
  11. Aku muskil bab mat telefon kawan die ms ru xde smartfon lps tu ko ckp kwn mat tel mat. Guna publicpon ke.. Mcm. Cerita reka.. Aku terus xbaca

    Reply
    • Rasanya hp nokia lama2 tu.. smartphone kan yg mcm skrg bole tgk waze ke gps ke.. Hp nokia dlu main game ular bole la..

      Reply
    • Apa pulak takde henpon dulu. Tahun 2000 an dulu dah ada henpon tapi bukan la smartphone. Akak dulu ada macam-macam jenis henpon. Dari Sagem ke Motorola ke Samsung. Rugi ko tak baca.

      Reply
  12. saya pernah tinggal di jalan hasan..kawasan kg delek-sg udang-teluk pulai memang ada mistik tersendiri..banjir pun kuat juga haha
    saya selalu ikut laluan dari northport masuk ke kawasan kandang kuda-ladang tebu..angker weh 2 3 pagi haha tapi syukur Allah sentiasa pelihara.

    Reply
  13. Hai. Family aku orang asal kg delek & moyang aku antara keluarga terawal yang menetap kat sini. Aku lahir tahun 81. Makna kata, 90an tu aku dah remaja. Aku nak sahkan kat sini yang cerita seram pasal hantu yang korang dengar dari mulut ke mulut tu tak betul. Mana ada hantu kat sini woi. Memang la tahun 90an tu kg delek pukul 10 dah sunyi. Tak banyak kereta. Tapi takde la sampai kau lalu pun jadi seram. Ape merepek la. Dasar penakut masing². Tapi kalau dah penakut dan asyik fikir hantu, malam² nampak bannee sangkut kat tiang lampu pun boleh nampak macam hantu bergayut. Hahahaha. Aku kayuh basikal time tu lepas pukul 10 malam sampai ke 3 pagi ok je. Hari² merayau pegi kedai beli rokok batang atau melepak. Lagi² kalau cuti sekolah. Takde pulak jumpa apa².

    Memang la ada dengar kisah itu kisah ini. Bila ditanya tuan punya diri secara details, cerita jadi lain. Jalan cerita macam tak clear. Lebih banyak timbulkan keraguan daripada cerita lengkap. Bila sampai kat orang lain, disampaikan pulak dari A ke B ke C sampai Z, cerita jadi lain. Sampai kat aku, aku pelik. Ni cerita mana pulak ni? Asal orang yang kena tu cerita lain kat aku? Yang cerita ni lain pulak. Tapi makin sedap la jalan cerita dia. Mana² part yang tak clear tu terus jadi clear. Hahahahahahaha!

    Bila dinilai balik, semua kisah hantu tu skeptikal sangat. Sama je jalan cerita dia. Lebih kepada halusinasi aku rasa. Mainan perasaan. Kalau tengah malam tengah lalu atas jalan sunyi, tiba² kucing melompat melintas basikal, terus terbayang harimau. Kemudian tersebar la kat kampung “seekor harimau melompat melintasi hadapan basikal si polan pukul 2 pagi”. Padahal kucing. Si polan pun femes kejap. Dikatakan sangat berani sampai harimau pun tak berani nak cuit. Punya syok orang kenal. Bila tanya details, hah mula la cerita tak clear. Itu tak tau ini tak tau. Sebab apa? Sebab cerita tak betul. Dan aku pun ada buat cerita gak sampai 1 kampung bercakap pasal tu. Semua ingat benda tu betul. Padahal bersungguh aku merayau malam² sebab nak cari pengalaman mistik. Sampai la ke umur sekarang ni. Hahahahahaha!

    Cerita si penulis ni aku tak nak nilai. Korang nilaikan sendiri berdasarkan apa yang aku tulis tu. Satu benda yang korang wajib tau, kg delek ni tahun 90an dulu bukan femes pasal hantu. Tapi banyak kes mat² gian dan mat ganja. Tokan besar ada dalam kg delek. Patah satu, muncul satu lagi yang baru. Polis keluar masuk kampung hari² cari suspek. Time tu belum ada dadah sintetik. So ganja la yang paling top. Dia punya femes pasal ganja ni sampaikan kalau kau naik motor kena tahan roadblock kat shah alam, polis tengok ic alamat kg delek, automatik kena urine test. Hahahaha. Cilaka betul. So, kebarangkalian cerita mistik yang top diceritakan semua tu datang dari mat ganja yang tengah high, adalah sangat tinggi.

    Kg delek mana ada hantu. Kalau ada, aku la orang yang selalu jumpa sebab selalu sangat merayau malam.

    HAHAHAHAHAHA!

    Reply
  14. Tak sangka kampung Delek masuk dalam FS, umah arwah atuk aku dan seluruh sedara aku dari Lorong Hj. Amin, Jalan Bawal, Jalan Hassan sampai la ke kampung Delek. Mmg kawasan Kg. Delek/Kg. Sg Udang mmg banyak kisah seram dia… sampai aku pun selalu gi tidur umah arwah atuk aku byk kali dh terkena. Nampak Pontianak bawah pokok rambutan sebelah umah arwah Tok Yah, pocong datang umah masa aku ngan arwah atuk dan nenek sibuk tgk berita jam 10.. sampai pakcik makcik dan semua sedara mmg pernah mengalami pengalaman seram kat sana. Tapi apa pun aku rindu sgt nak balik

    Reply
    • Betul2 lah sebab tiang yg disangka tiang rumah bila dipandang kali 2 cik pocong pun nak berdiri sebalah tiang rome rumah aku… Apa lagi tutup pintu baca dan tawakal lh.

      Reply

Leave a Comment