Seram di Pulau Bintawlan,Philippines

Assalamualaikum warga FS.

Terima kasih admin andai sudi kongsi kisah saya. Saya Mey, dan ini adalah perkongsian pertama saya. . Kisah yang saya kongsikan ini adalah kisah-kisah dari mak, Pakcik, arwah atok dan arwah nenek saya. Bagi saya, rate keseraman kisah ni adalah 4/10 (3 cerita).

Cerita 1

Untuk pengetahuan pembaca, atok dan nenek saya berasal dari Philippines di perairan tawi-tawi, tinggal di Pulau Bintawlan. Orang tawi-tawi ni walaupun islam, dorang mempunyai kepercayaan animisme (kepercayaan kepada makhluk halus dan roh) dan atok saya ni pandai ubat orang yang kena sihir sikit-sikit dan semestinya bukan rawatan islam yang sebenar.

Nak dijadikan cerita, atuk datang ke Malaysia dan adalah orang nak minta tolong rawat. Pesakit tu perempuan, waktu tu saya kecik lagi mungkin baru ting 1. Apa sakit kakak tu saya tak tahu sebab mak tak bagi menyebok. Rumah kami ada 3 bilik dan semua bilik tu tak ada pintu, tutup guna kain jer. atuk rawat kakak tu dekat bilik tengah. Atok sengaja biar bilik tu terbuka masa merawat. Yang saya nampak kakak tu baring menelentang (ada pakaian) dan ada beberapa pekakas disediakan untuk sesi merawat. Yang saya ingat adalah telur mentah dengan lilin. Lilin tu atuk nyalakan walaupun lampu memang buka. Masa merawat tu, saya nampak atuk baca-baca (tak tahu dia baca apa). Lepas baca-baca tu, atok mengguling-gulingkan telur mentah tu mula dari dahi turun ke lengan dan ke kaki kakak tu. Dia tak sentuh bahagian lain selain muka, lengan dan kaki (sentuh dengan telur). Habis je sesi rawatan tu, atok pecahkan telur yang dia guna tadi and tunjuk kat kakak tu dengan kita org. dalam telur tu ada paku bekarat dan pasir. Lepas dari tu kakak tu balik dan tak pernah nampak dia datang balik. Mungkin dah sihat kut, harapnya.

Cerita 2

Masa tu mak aku kat Bintawlan tinggal dengan arwah atok dan nenek. Mak masih bujang masa tu. Rumah-rumah kat kepulauan tawi-tawi majoriti berlantaikan pokoh buluh dan takde elektrik, harap generator je tak pun lilin atau lampu pelita. Waktu tu dorang mak dengan adik beradik dia nak tido dah berbekalkan lampu pelita. Memandangkan lampu pelita tu satu je, jadinya tak semua tempat kena cahaya dan tempat mak lah yang tak kena cahaya. Baru je mak nak melelapkan mata tiba-tiba dia rasa ada benda yang berlendir dan bersisik bergesel dengan betis dia. Serta merta mak teriak menyebabkan semua orang terjaga. Nenek cepat-cepat ambil lampu pelita dan pergi tempat mak. Mak bagitau nenek apa jadi maka semua orang pun cuba mencari benda tu tapi tak jumpa apa-apa. Atok kata mungkin ular tapi nenek kata bukan ular. Wallahua’lam.

Cerita 3

Kisah yang ke-3 ni pulak adalah kisah pakcik aku. Terjadi kat Bintawlan jugak. Dekat Bintawlan ni ada 2 Kg iaitu Nusa-Nusa dengan Bukut. Nenek dengan atok saya tinggal kat Bukut dan Pakcik saya ni lepas kawin tinggal dekat Nusa-Nusa dengan anak bini dia. Jarak Nusa-Nusa dengan Bukut ni tak lah jauh sangat, dalam 20-30 min jalan kaki. 2 Kg ni terletak di persisiran pantai dan salin bertentangan macam utara dan selatan. Jadinya satu hari ni ada kenduri kat Bukut, tak ingat kenduri apa.

Pakcik saya dari Nusa-Nusa nak ke Bukut. Jalan Kg ada 2 ja iaitu melalui darat (hutan) atau laut dan Pakcik saya pilih jalan darat sebab nak jimat minyak gasoline. Hutan Bintawlan ni tak adalah tebal sangat, hanya dipenuhi pokok pisang dan pokok kelapa sebab pulau ni tak ada bukit, rata ja. Jadi waktu Pakcik saya tengah jalan tu, tiba-tiba dia tak nampak jalan.

Puas dia cari jalan keluar tapi tak jumpa-jumpa. Tapi pada masa yang sama dia kata dia boleh dengar bunyi orang riuh dan orang lalu-lalang dari jarak yang tak berapa jauh. Tengah dia sibuk mencari jalan, tiba-tiba dia sakit kencing dan tanpa berfikir panjang dia pun buka seluar dan melepaskan hajat. Tak lama lepas tu dia nampak jalan keluar dan dia cepat-cepat pakai seluar dan ikut jalan keluar tu. Dia rasa hairan sebab tempat laluan tu dah banyak kali dia pusing tapi tak nampak, padahal dia kat situ-situ ja.

Kemudian baru dia ingat pesan kawan dia yang mengatakan kalau sesat di hutan dan tak jumpa jalan kena buka baju atau telanjangkan diri baru jumpa jalan, Walahua’lam. Pakcik aku kata dia kena sembunyi hantu Kokok dan hari tu dia tak balik rumah dia. Seperti yang saya nyatakan awal tadi, orang bintawlan ni ada kepercayaan animism walaupun islam. Islam dorang tak kuat sebab tak menerima ajaran yang betul jadinya ayat kursi atau doa-doa lazim pun dorang tak tahu.

Ada banyak lagi kisah mistik yang terjadi di kepulauan Tawi-Tawi tapi sekadar ini sahaja perkongsian saya kali ini. In Shaa Allah ada masa saya karang dan kongsi lagi SEANDAINYA dapat respon positif . Terima kasih.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mey
Seram di Pulau Bintawlan,Philippines
8.6 (86.05%) 86 votes

9 comments

    1. macam salu dengar mak aky dok sebut2 bukut2.. tawi2..
      keturunan aku asal sana jgk cuma aku lahir dan membesar kat sabah..
      penah balik kg sana masa kecik2..

      best kat sana betul2 kg.. mandi air sungai, naik kerbau masa nak turun bukit.. bukit x de la tggi mana..
      guna pelita je .. real kg habiss ,hehee.. ni da lama tak balik .. puluh tahun da kot

  1. mst indah pemandangan kawasan ni.. sy rasa kawasan ni mgkn blm tercemar penuh dengan pelbagai khazanah alam dari laut hgg ke hutan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.